AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
Puasa Dan Kesihatan
Puasa yang dilakukan dengan betul memberi kesan yang baik pada kesihatan.Puasa membantu menyingkirkan toksin, mengurangkan berat badan dan merehatkan sistem penghadaman. Kajian menunjukkan berpuasa boleh membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah, menurunkan paras kolesterol dantekanan darah. Puasa adalah proses pembersihan badan secara menyeluruh.Malah, Ramadan memberi peluang kepada sistem pencernaan untuk berehat selepas bekerja selama 11 bulan.
Menahan lapar dan dahaga sepanjang siang ada kalanya menguji daya ketahanan seseorang. Justeru, tidak hairan ada yang cepat berasa letih, mudah diserangsakit kepala, gayat, masalah penghadaman, sembelit, gastrik, peptik ulser dan pedih ulu hati. Namun, ada yang berupaya menurunkan berat badan manakala yang lain bertambah gemuk hingga tidak boleh menyarung baju kebaya baru yang ditempah untuk Hari Raya Puasa.
Antara masalah yang dialami kebanyakan orang sepanjang Ramadhan ialah:
# Keletihan
# Pening
# Sakit kepala
# Sembelit
# Penghadaman terganggu
# Paras gula rendah
# Kejang otot
# Ulser peptik
# Pedih ulu hati
# Gastrik
# Mudah jatuh sakit
# Berat badan menurun
# Berat badan bertambah
Semua masalah yang disenarai di atas boleh diatasi dengan menjaga tabiat pemakanan. Pemakanan sewaktu menjalani ibadah puasa sama seperti hari tidak berpuasa, bezanya cuma waktu makan.
Lebih ringkas pemakanan kita, lebih baik kerana selain memenuhi tuntutan agama dan menimbulkan keinsafan, puasa menjadi jalan mudah mengekalkan kesihatan. Memperbanyakkan amal ibadat sunat seperti solat tarawih dan bertadarus sedikit sebanyak dapat mengawal kekerapan umat Islam untuk makan, terutama pengambilan makanan atau minuman manis. Justeru,berat badan kita patut kekalsepanjang berpuasa.
PEMAKANAN SEWAKTU BERPUASA

Tabiat Makan
Ramai tidak mengambil perhatian mengenai tabiat makan sewaktu berpuasa. Kita boleh lihat ada orang yang makan secara berlebihan ketika berbuka puasa dan ada pula yang tidak bersahur. Kita semua biasa melihat orang ramai berpusu-pusu ke bazar Ramadan yang menjual aneka juadah berbuka puasa. Permintaan yang meningkat bagi bufet buka puasa di hotel dan restoran juga mencerminkan tabiat makan berlebihan ketika berpuasa.
Tabiat makan secara berlebihan bertentangan dengan prinsip puasa kerana berpuasa tidak bermakna seseorang itu perlu makan banyak untuk menyimpan tenaga atau menggantikan khasiat pemakanan yang kurang.
Diet kita ketika puasa tidak seharusnya berbeza daripadadiet biasa yang sihat dan seimbang. Kita tidak perlu makan lebih ketika berbuka puasa kerana badan kita mempunyai mekanisme kawalan yang diaktifkan ketika berpuasa. Ia akan menggunakan lemak badan dengan cekap untuk membekalkan tenaga yang kita perlukan. Justeru, diet biasa dengan pengambilan jumlah makanan secara normal dan seimbang adalah mencukupi untuk membolehkan kita sihat dan aktif sepanjang waktu berpuasa terutama pada bulan Ramadan.
Sebaliknya, kebanyakan orang memilih untuk tidak bersahur atau makan terlalu sedikit ketika sahur. Sahur penting kerana seseorang itu akan makan makanan terakhir sebelum mula berpuasa sepanjang hari. Walaupun susah atau penat, kita perlu makan ketika sahur. Ini untukmembekalkan nutrien dan tenaga sepanjang hari.
Apabila bersahur, segelas air sejuk atau secawan minuman panas tidak mencukupi. Katanya, setiap orang perlu mengambil makanan yang betul sekalipun lebihan makanan daripada juadah berbuka puasa.
Diet Makanan Seimbang
Satu lagi aspek yang tidak dihiraukan ketika berpuasa ialah pilihan makanan, khususnya diet makanan berkhasiat danseimbang.
Ketika berpuasa, badan memerlukan makanan sebelum subuh dan selepas senja untuk memastikan imbangan pemakanan yang sihat dan membekalkan vitamin, mineral selain tenaga yang tahan sepanjang hari.
Badan kita juga memerlukan nutrien untuk pemulihan pada waktu malam. Disebabkan kekurangan tenaga dan kandungan gula dalam darah menjelang penghujung waktu puasa, terdapat kecenderungan untuk mengambil makanan berasaskan karbohidrat dan kuih manis ketika berbuka puasa hingga kita mengabaikan kumpulan makanan yang lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perbezaan antara karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas juga perlu difahami. Karbohidrat ringkas cepat mengenyangkan tetapi tidak dapat memberikan tenaga yang berpanjangan. Antara contoh karbohidrat ringkas adalah kuih, kek, roti putih dan emping jagung bersalut gula. Alternatif lebih sihat termasuk roti mil penuh, nasi bijian penuh dan mee.
Sebaliknya, makanan berkarbohidrat kompleks yang lambat hadam membekalkan tenaga selama 8 jam, berbanding makanan cepat hadam yang hanya membekalkan tenaga untuk 3 hingga 4 jam.
Diet yang sederhana dan meliputi semua kumpulan makanan utama adalahpenting dan lebih baik daripada satu kumpulan makanan saja.
Sekiranya nutrien, vitamin dan mineral tidak dapat diperoleh dengan secukupnya pada bulan puasa, disyorkan mengambil multivitamin sebagai tambahan.
Kesihatan ketika berpuasa bukan saja bergantung kepada makanan yang seimbang tetapi juga air yang secukupnya. Minum sekurang-kurangnya 9 gelas atau satu liter air sehari walaupun pada hari berpuasa. Strategi terbaik ialah minum 9 gelas air ini secara beransur-ansur dari saat kita berbuka puasa hingga sahur.

Panduan Kekal Sihat Sewaktu Berpuasa
# Ambil makanan rendah glisemia (GI) ketika bersahur untuk membantu mengawal paras gula dengan memilih makanan lambat hadam yang membekalkan tenaga sehingga 8 jam.
# Makan karbohidrat secukupnya khususnya yang kaya dengan serat.
# Ingat untuk makanan buah-buahan dan sayuran.
# Minum air secukupnya - satu liter sehari.
# Elak ambil makanan kandungan gula tinggi seperti gula-gula, kuih atau minuman manis.
# Elak makanan terlalu pedas.
# Elak minuman berkafein - kafein adalah diuretik (menyebabkan kerap kencing).
# Kurangkan merokok.
# Ambil tambahan multivitamin lengkap dengan zat mineral untuk menjaga sistem imun dan tahap tenaga badan.
Makanan Sewaktu Bersahur
# Bijirin oat atau gandum penuh, 1 hingga 2 hidangan dengan secawan susu.
# Makan 1 hingga 2 hidangan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Makanan Sewaktu Berbuka Puasa
# Badan kita memerlukan sumber tenaga cepat. Elakkan mengisi perut dengan makanan berkarbohidrat secara segera.
# Mula dengan kurma dan jus untuk meningkatkan paras glukosa darah kepada paras normal.
Jangan jadikan waktu berbuka puasa sebagai Pesta Makan
Apabila paras glukosa kembali normal, ambil makan daripada kumpulan makanan berikut :
# Daging/kacang
# Roti/bijirin/nasi
# Susu/yogurt
# Sayur-sayuran
# Buah-buahan
# Buah-buahan dan kacang boleh dimakan sebagai snek sebelum tidur.
Berpuasa Meningkatkan Kesihatan Mulut Dan Gigi
Apabila seseorang itu berpuasa, gigi terlindung 14 jam daripada kesan manisan. Ia hanya berlaku ketika berbuka puasa apabila manisan dalam juadah dan makanan mula diambil. Ia dapat mengurangkan kekerapan pendedahan manisan ke atas permukaan gigi dan proses kerosakan gigi.
Berpuasa mengurangkan pengambilan rokok
Mengikut kajian, perokok mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat barah mulut dan penyakit gusi (periodontitis). Penyakit gusi mengakibatkan gusi menjadi radang dan kehilangan sokongan gigi pada soketnya.
Kesan sistemik kepada tubuh badan apabila merokok ternyata berkurangan dan perokok berjaya menahan daripada ketagihan nikotin selama 14 jam ketika berpuasa. Perokok sepatutnya mengambil peluang daripada berpuasa pada Ramadan untuk membentuk hidup lebih positif dengan mengurang ataumemberhentikan tabiat merokok.
Kesan berhenti merokok terbukti berupaya lebih berkesan dalam memulihkan penyakit gusi dan pencegahan barah mulut.

Kanser mulut kronik akibat merokok
MASALAH NAFAS BERBAU
Masalah mulut berbau adalah perkara biasa ketika berpuasa. Apabila berpuasa atau berlapar, badanmembakar lemak untuk penghasilan tenaga dan ini mengakibatkan pembebasan aseton melalui nafas yangmemberi bau kurang menyenangkan.
Mulut juga bertambah kering ketika berpuasa. Bagaimanapun, ia tidak perlu dibimbangkan, malah ia satu kelebihan bagi orang berpuasa sebagaimana disebut dalam hadis diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim :'Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada harum kasturi.'
Namun mulut tambah berbau dan kurang menyenangkan apabila mulut menjadi terlalu kering, kurang bersih danmemakan makanan berbau ketika berbuka atau bersahur. Mulut kering mengakibatkan sel mati di dalam mulutterkumpul padapermukaan lidah dan gigi menyebabkan mulut berbau.
Kebersihan mulut yang tidak baik disebabkan terdapat sisa makanan dan plakyang terkumpul pada permukaan dancelah gigi. Sisa makanan dan plak bertindak balas dengan bakteria dan menghasilkan gas berbau (sulfur).
Makanan seperti rempah-ratus dan bawang putih boleh mengakibatkan mulut berbau jika diambil berlebihan ketika berbuka mahupun bersahur.

Mengatasi Masalah Mulut, Gigi Dan Nafas Berbau
Amalan berikut boleh membantu:
# Memberus gigi secara menyeluruh dengan lebih efektif sebelum tidur dan selepas bersahur
# Menggunakan flos untuk membuang plak dan sisa makanan antara celah gigi
# Bersihkan gigi palsu dengan baik
# Banyakkan minum air sewaktu berbuka dan bersahur
# Pastikan gigi berlubang ditampal
# Mengawal kuantiti dan kekerapan pengambilan minuman dan makanan manis
Memberus Gigi Amalan Rasulullah SAW
Peluang menambah pahala sentiasa terbuka sepanjang Ramadan apabila kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW iaitu sentiasa bersugi (membersihkan gigi).
Sudah pasti apabila ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih, bertadarus dan bertahajud pada malam hari, disunatkan memberus gigi sebagai sebahagian penjagaan kebersihan diri sebelum menunaikan ibadat.

KELONGGARAN HUKUM PUASA