feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Salam Aidil Fitri Al-Mubarak Untuk Semua

Labels:




~ SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI AL-MUBARAK ~

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat untuk Sue mengucapkan Salam Aidilfitri
kepada semua pengunjung blog Sue yang baru berusia setahun jagung dan penuh dengan kekurangan di sana sini...

Meskipun blog ini berbentuk agak formal
namun yang penting Sue cuba sama-sama berkongsi ilmu dan pengajaran
yang dikutip dari pembacaan buku-buku dan juga yang dipelajari
di mana-mana sahaja, asalkan ianya membawa manfaat
buat diri ini dan saudara-saudara Sue semua.

Bukan sekali-kali terniat di hati ini untuk menunjuk pandai....
sekadar berkongsi ilmu yang ada, sebagai santapan mata dan rohani
agar masa yang berlalu sehari-hari dapat juga diberi sedikit pengisian.
Semoga niat ikhlas Sue dapat diterima seadanya
Andai ada teguran dan cadangan
Sue sedia menerima
seikhlasnya.

~~~o0o~~~





Jalan Pintas Ke Syurga: Peliharalah Tiga Hak

Labels:



1) Peliharalah Hak Allah dan RasulNya

Allah s.w.t telah berfirman: " Sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, Allah s.w.t. akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya anak-anak sungai, dan barangsiapa yang berpaling (yakni tidak taat kepada Allah) nescaya ia diberi azab yang amat pedih ". (Surah Al-Fath: Ayat 17)


Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. adalah Tuhan Yang Maha Pencipta, Maha Pengasih lagi Maha Pengampun. Allah s.w.t telah mencipta alam semesta dan sekelian makhlukNya.


" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepadamu, maka kamu tidak akan dapat menghitungnya satu persatu ". (Surah Ibrahim: Ayat 34).

Sesungguhnya asal manusia hanyalah dari segumpal tanah, kerana dari tanahlah Allah s.w.t. telah mencipta Nabi Adam a.s., bapa kepada semua keturunan manusia. Setelah itu Allah ciptakan pula Hawa iaitu isteri Nabi Adam, ibu kepada semua keturunan manusia, dari tulang rusuk kiri Nabi Adam a.s. sendiri.


Kemudian Allah s.w.t. menjadikan keturunan manusia berkembang dari hubungan sepasang ibu bapa ini melalui setitik air mani lalu dikandung oleh si ibu. Setelah Allah s.w.t. menghidupkan roh janin di dalam rahim si ibu, lalu lahirlah seorang manusia yang sempurna sifat-sifatnya sebagaimana kehendak Allah s.w.t. Manusia dikurniakan denga segala pancaindera yang lengkap untuk hidup; mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap, makan dan minum, kaki dan tangan untuk berjalan, berpegang dan melakukan berbagai-bagai pekerjaan lain. Akhirnya manusia itu dikurniakan dengan otak yang dilengkapi dengan akal dan fikiran untuk mentadbir kehidupannya, memilih dan membezakan di antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk.

Firman Allah s.w.t: " Dan Allah s.w.t.mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan kamu tidak mengetahui sesuatu apapun dan Dia mengurniakan kepadamu pendengaran dan penglihatan, serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur ". (Surah An-Nahl: Ayat 78).

Kewajipan pertama yang mesti kita lakukan adalah mengenal dan beriman kepada Allah s.w.t. Taatlah kepada segala perintahNya, tunaikan segala suruhanNya dan tinggalkanlah segala laranganNya. Tingkatkan amalan soleh dan jauhi godaan hawa nafsu serta pujukan syaitan yang menyesatkan. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengutuskan para rasulNya sehinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk membimbing umat manusia ke jalan yang lurus dan menerangkan segala peraturan hidup di dunia, serta perkhabaran mengenai alam Akhirat, iaitu balasan syurga dan neraka bagi setiap amalan dan perlakuan yang dilakukan oleh setiap manusia di dunia. Garis panduan ini jelas dimaksudkan dalam kandungan Rukun Iman agama Islam yang suci :

1~Beriman kepada Allah:(meyakini Allah s.w.t. sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta)

2~Beriman kepada Rasul-rasul Allah(meyakini ajaran rasul-rasul Allah)


3~Beriman kepada Malaikat Allah :(meyakini wujudnya malaikat-malaikat Allah)


4~Beriman kepada Kitab Allah :(meyakini ajaran yang ada dalam Al-Quran)


5~Beriman kepada Hari Kiamat :(meyakini akan wujudnya Hari Kiamat yang mengakhiri kehidupan dunia yang fana' dan akan digantikan dengan dunia Akhirat yang kekal)


6~Beriman kepada Qada' dan Qadar Allah :(meyakini ketentuan dari Allah s.w.t.)



Allah s.w.t juga telah mengajar manusia menunjukkan kepatuhan kepadaNya dan para rasulNya melalui Rukun Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w:


1~ Mengucap dua kalimah syahadah:
"Assyhadu an Laa ilaa ha illallah, wa assyhadu anna Muhammadarrasulullah "
(Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah rasulullah - Syahadah adalah pengakuan paling penting dalam penentuan aqidah seseorang manusia sebagai seorang Islam).


2~ Mendirikan Solat fardhu (wajib) lima kali sehari semalam:
(Solat Subuh dua rakaat; solat Dhuhur empat rakaat; solat Asar empat rakaat; solat Maghrib tiga rakaat dan solat Isyak empat rakaat).

3~ Berpuasa di bulan Ramadhan :
(wajib berpuasa pada siang hari di bulan Ramadhan kecuali mereka yang terlalu uzur
kerana sakit atau umur yang tua, serta wanita yang berhadas dengan darah haid atau nifas (darah dari ibu yang baru bersalin).

4~ Mengeluarkan zakat apabila cukup nisabnya:
(Membayar zakat harta perseorangan dan zakat dari hasil keuntungan perniagaan)

5~ Menunaikan Haji di Mekah:
jika berkemampuan dari segi harta dan tenaga.


Sesungguhnya keimanan seseorang itu tidak mencapai tahap kesempurnaan selagi hatinya tidak benar-benar kasih dan taat kepada Allah s.w.t, melebihi dari segala yang dikasihinya di dunia ini.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: " Tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggalah ia mengasihi Allah s.w.t. melebihi kasihnya terhadap ayah, anak dan manusia semua".

Dari Allah kita datang dan kepadaNya juga kita akan dikembalikan. Justeru, taat dan patuhlah kep
ada Allah s.w.t yang mencipta dan akan mematikan kita.



2) Peliharalah Hak Ibu Bapa

Asas bagi setiap kehidupan manusia (selain Adam dan Hawa), adalah hasil dari hubungan di antara ibu dan bapanya. Seorang ibu mengandungkan setiap orang anaknya selama purata sembilan bulan dalam keadaan serba kesukaran, baik dari segi fizikal mahu pun mental. Apabila tiba saat kelahiran, seorang ibu akan sanggup menggadaikan nyawanya demi memberi laluan dan membolehkan anak yang dikandungnya selamat dilahirkan ke dunia ini. Allah s.w.t. telah memuliakan martabat dan pengorbanan setiap ibu terhadap anaknya dengan meletakkan syurga seseorang anak itu sebagai di bawah tapak kaki ibunya.


Seorang bapa pula akan bekerja keras demi menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan dan keperluan lain yang sempurna untuk keluarganya, terutama dalam usaha memastikan kesempurnaan masa depan anak-anaknya. Dari kecil setiap orang anak diberi belaian sepenuh kasih sayang. Ibu bapa menjaga mereka supaya sentiasa sihat dan selamat dari segala bahaya. Setiap ibu bapa yang bertanggungjawab akan mendidik anak-anak mereka dengan didikan keagamaan serta memberi pendidikan formal selengkapnya, kerana mereka mahukan anak-anak mereka hidup sebagai insan yang berjaya di dunia dan akhirat.


Setiap ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi kesempurnaan dan kebahagiaan anak-anak mereka. Mereka sanggup mengorbankan masa, wang atau harta, demi membesarkan anak-anak dengan sempurna. Malah ibu bapa sanggup berkorban nyawa demi kasih dan sayang mereka kepada anak-anak. Setiap kesakitan dan keperitan anak-anak seolah mahu digalang-ganti oleh setiap ibu dan bapa. Sesungguhnya kerana kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa yang terlalu besar terhadap anak-anak mereka, maka Allah s.w.t telah menempatkan mertabat ibu bapa sebagai tempat kedua tertinggi selepas mertabat Allah s.w.t.


Allah s.w.t. telah berfirman: " Janganlah kamu berkata kasar kepada kedua ibu bapa, jangan kamu herdik, dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia dan berlemah lembut kepada keduanya, dan rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya. Dan hendaklah kamu katakan; Wahai Tuhanku, berilah rahmat kepada keduanya kerana mereka telah mendidikku ketika aku masih kecil ". (Surah Al-Isra': Ayat 23-24)

Ingatlah, bahawa Allah s.w.t meyertai setiap kemarahan ibu bapa terhadap anaknya. Anak-anak yang menyebabkan kemarahan ibu bapa kepada mereka akan mendapat kerugian di dunia dan akhirat, kerana mereka juga mendapat kemarahan Allah s.w.t. Taatlah kepada ibu bapa selepas mentaati Allah s.w.t. Janganlah sekali-kali kita menderhaka kepada mereka, melainkan mereka menyuruh ke arah kemaksiatan dan kufur kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t. melarang mentaati manusia yang derhaka kepada Allah s.w.t. Namun Allah s.w.t. tetap menyuruh seorang anak menolak permintaan ibu bapanya dengan cara yang baik. Setiap anak yang taat dan patuh kepada ibu bapa telah dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t.
Allah s.w.t. telah berfirman mengenai kesusahan ibu mengandung dan memberi perintah kepada manusia supaya mentaati kedua ibu bapanya:

" Kami ingatkan kepada manusia supaya ia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya mengandungkan ia dengan berbadan lemah, berlipat ganda (ketika) melahirkannya, menyusukannya, dan menceraikannya dari susuan setelah dua tahun. Sebab itu hendaklah berterima kasih kepadaKu, dan kepada kedua ibu bapa kamu dan kepada Aku kembali ". (Surah Luqman; Ayat 14).


Jelaslah bahawa ketaatan anak-anak terhadap ibu bapa begitu penting di sisi Allah s.w.t. Setiap anak yang menderhaka atau mengabaikan ibu bapanya seolah sengaja menempah kunci neraka. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mentaati perintah ibu bapa serta memuliakan mereka sewaktu hidup, dan mendoakan roh mereka setelah kematian mereka.


3) i- Peliharalah Hak Suami (Wanita)


Apabila seorang wanita telah berkahwin, gugurlah semua tanggung jawab ibu dan bapanya kerana suaminya akan memikul segala kewajipan tersebut. Dengan itu Allah s.w.t.
telah menjadikan kewajipan bagi setiap wanita mentaati suaminya sebagaimana dia telah mentaati ibu bapanya sebelum berkahwin. Syurga bagi seorang wanita yang telah berkahwin adalah di bawah tapak kaki suaminya. Amat senang bagi wanita yang mentaati Allah s.w.t. (dengan menjaga solat, puasa, menutup aurat) dan menjaga kebajikan suaminya, untuk memasuki syurga.

ii- Peliharalah Hak Saudara (Lelaki)

Seorang lelaki Islam diwajibkan menjaga hak saudaranya iaitu saudara sedarah, saudara seagama, baik yang berdekatan mahupun yang berjauhan darinya (keutamaan adalah kepada jirannya). Islam meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga dan ummah. Rasul-rasul Allah s.w.t semuanya terdiri dari kaum lelaki. Mereka diberi tanggung jawab yang berat sesuai dengan fizikal yang kuat dan penguasaan akal yang lebih daripada nafsu, berbanding dengan kaum wanita yang bersifat lemah-lembut, sesuai sebagai ibu yang membimbing dan mendidik anak-anak, di samping menjaga kebajikan keluarganya.

Sebagai seorang ketua,lelaki islam mesti peka kepada keadaan saudara-saudaranya. Islam menekankan kasih sayang dan kesaksamaan kepada umatnya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
" Tidak akan masuk ke syurga seseorang itu jika dia tertidur kekenyangan sedangkan dia mengetahui jirannya dalam kelaparan".

Allah s.w.t. telah mewajibkan zakat harta dan zakat perniagaan demi menjaga kepentingan golongan yang serba kekurangan.

Lelaki islam juga diwajibkan mempertahankan maruah saudara dan keturunannya, menjaga hak agama saudara seislamnya. Pada zaman Rasulullah s.aw. serta para sahabat, orang-orang lelaki islam sentiasa mencari peluang untuk berjihad membantu saudara-saudara islamnya yang teraniaya oleh pihak pemerintah kafir. Mereka sanggup merentasi gurun dan lautan demi menjaga hak saudara seagamanya. Jihad juga adalah jalan pintas bagi kaum lelaki memasuki syurga Allah s.w.t.

Golongan miskin wajib dibantu.





Barisan Di Akhirat

Labels: ,


Allah berfirman dalam surah Al-Naba' : "Dan pada hari Sengkakala ditiup, maka kamu sekelian datang berbaris-baris".

Ketika ditanya oleh Muaz bin Jabal r.a akan huraian ayat di atas, Rasulullah s.a.w. telah menangis teresak-esak sehingga basahlah pakaian baginda oleh air mata, sambil bersabda: " Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan aku perihal yang teramat berat. Sesungguhnya umatku datang ke Padang Mahsyar untuk menghadapi hisab dalam keadaan mengikut barisan masing-masing, mengikut amalan yang telah mereka lakukan semasa di dunia. Ada dua belas barisan di Akhirat nanti......".

Dua Belas Barisan Di Akhirat:

Barisan Pertama
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Mereka adalah orang-orang yang semasa hidupnya menyakiti hati jiran mereka.

Barisan Kedua
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Mereka adalah orang yang semasa hidupnya meringan-ringankan solat.

Barisan Ketiga
Diiringi dari kubur berbentuk keldai, sedang perut mereka pula dipenuhi ular dan kala jengking. Mereka adalah orang yang semasa hidupnya enggan membayar zakat.

Barisan Keempat
Diiringi dari kubur dengan darah memancut-mancut keluar dari mulut mereka. Mereka adalah orang yang semasa hidupnya berdusta atau menipu dalam jual-beli.

Barisan Kelima
Diiringi dari kubur dengan badannya berbau bangkai. Mereka adalah orang yang semasa hidupnya menyembunyikan perlakuan derhaka mereka terhadap Allah takut diketahui manusia lain, tetapi mereka tidak takut pula kepada Alla s.w.t.

Barisan Keenam
Diiringi dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan. Mereka adalah orang yang semasa hidupnya menjadi saksi palsu.

Barisan Ketujuh
Diiringi dari kubur dengan mulut mereka mengalir darah dan nanah. Mereka adalah orang yang semasa hidupnya enggan memberi kesaksian di atas kebenaran.

Barisan Kelapan
Diiringi dari kubur dalam keadaan badan mereka terbalik dengan kepala mereka ke bawah dan kaki ke atas. Mereka adalah orang yang melakukan zina semasa hidupnya.

Barisan Kesembilan
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api yang marak membakar diri. Mereka adalah orang yang semasa hidupnya telah memakan harta anak yatim melalui cara yang tidak benar.

Barisan Kesepuluh
Diiringi dari kubur dengan tubuh mereka penuh dengan sopak dan nanah dari penyakit kusta. Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa semasa hidupnya.

Barisan Kesebelas
Diiringi dari kubur dengan mata mereka buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka mereka lebar sampai ke dada, dan lidah mereka terjulur sampai ke perut dan dari mulut mereka keluar bebagai kotoran yang menjijikkan. Mereka adalah orang yang meminum arak semasa hidupnya.

Barisan Keduabelas
Diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar seperti bulan purnama. Mereka melintasi titian Siratolmustaqim secepat kilat. Mereka adalah orang-orang yang berbuat baik, menjauhi penderhakaan terhadap Allah, memelihara solat, serta meninggal dunia dalam keadaan diri mereka yang sudah bertaubat sesungguh hati kepada Allah, dan tidak mengulangi dosa-dosa mereka yang lampau.

Sesungguhnya hanya barisan keduabelas yang dapat memasuki syurga Allah sedangkan barisan-barisan yang lain akan dihumban ke dalam neraka jahanam.

Jika kta mahukan kemesraan dan kasih sayang dari Allah, hendaklah kita 'garang' dengan diri kita, kerana nafsu dan syaitan sentiasa memujuk kita ke arah kejahatan, berlengah-lengah dari kebaikan dan amat melalaikan. Apabila kita dapat merasakan kemanisan kemesraan dan kasih sayang Allah kepada kita, kita akan menangis keperitan jika terpisah dariNya.




Sue ~ Ya Allah, Engkaulah Tuhan kami...., Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, sesungguhnya ampunilah dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar kami, kami tak layak memasuki syurga Mu... dan tak sanggup pula menghuni neraka Mu...

Nota: Gambar hiasan di atas telah diambil dari laman blog sdr. Ezamphg untuk pengajaran kita semua. Gadis malang ini telah marah lalu menderhaka kepada ibunya yang sedang membaca Al-Qur'an berhampiran dengan televisyen. Akibat marah kerana ibunya terus sahaja membaca Al-Qur'an, gadis tersebut telah merampas dan menghempas Al-Qur'an ke lantai. Si ibu terus mengutip kalam Allah tersebut lalu memeluknya ke dada dan dengan tiba-tiba anak gadisnya yang menderhaka tadi bertukar rupa kepada keadaan di atas. Mengikut sumber, sekarang gadis itu ditempatkan di sebuah hospital di Oman. Wallahu'alam.




Mimpi Rasulullah S.A.W.

Labels: ,


Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan,sebelum aku diisraqkan..."


1- Aku telah melihat seorang umatku telah didatangi seorang malaikat maut dalam keadaan yang amat kasar dan menakutkan untuk mencabut nyawanya, namun malaikat itu terhalang oleh ketaatan dan kepatuhan umatku itu terhadap kedua ibu bapanya. Lalu nyawanya dijemput dengan kemuliaan.

2- Aku telah melihat seorang umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, namun dia terselamat berkat wuduknya yang sempurna.

3- Aku telah melihat seorang umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah yang cuba menyesatkannya, namun dia diselamatkan oleh zikir-zikirnya yang ikhlas dan tulus kepada Allah.

4- Aku melihat bagaimana seorang umatku telah diseret dengan rantai yang diperbuat dari api neraka, dan dimasukkan rantai itu dari mulutnya dan dikeluarkan pula dari duburnya oleh malaikat Ahzab, kemudian datang solatnya yang kusyuk serta tidak menunjuk-nunjuk lalu melepaskannya dari siksaan itu.

5- Aku telah melihat umatku dihalang meminum air dari sebuah telaga, sedangkan dia mengalami dahaga yang amat sangat. Lalu datanglah amalan puasanya yang ikhlas kepada Allah memberinya minum air sehingga ia puas.

6- Aku telah melihat umatku dihalang dari mendekati sekumpulan nabi-nabi dalam syurga, kemudian datanglah amalan mandi junub dengan rukun yang sempurna lalu memimpinnya duduk di sebelahku.

7- Aku melihat seorang dari umatku berada dalam kebingungan di tempat yang gelap gelita. Lalu datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah lalu membawanya ke tempat yang terang-benderang.

8- Aku melihat seorang umatku sedang menepis-nepis percikan api neraka pada mukanya, lalu datanglah pahala dari amalan sedekahnya yang ikhlas kerana Allah lalu menabiri muka dan kepalanya dari api neraka itu.

9- Aku melihat seorang umatku tidak dibalas sapaannya oleh sekumpulan orang-orang mukmin dalam syurga, lalu datanglah amalan dari sifat silaturrahimnya dan tidak suka bermusuhan lalu menyeru orang mukmin itu supaya menyambut sapaan dan berbicara dengannya.




Kalam Suci: Ayatul-Qursi

Labels: ,





Hikmah Ayat Al-Qursi

Labels: ,


Ayat Al-Qursi diturunkan di Madinahtul Munauwarah dengan diiringi oleh 80,000 para malaikat. Ia mengadungi 17 ayat yang tersusun dari 50 perkataan dan didokong oleh 170 huruf. Rasulullah s.a.w. telah memanggil Zaid bin Sabit untuk menulis ayat ini sewaktu ia diwahyukan kepada baginda. Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa ayat Al-Qursi adalah ayat paling mulia dalam surah Al-Baqarah(ayat ke 225) dan ia adalah Penghulu ayat-ayat Al-Qur'an.

Ayat ini mengandungi banyak kelebihan dan rahsia yang tersirat. Sewaktu turunnya ayat ini, iblis laknatullah dan syaitan-syaitannya berasa teramat gelisah dan kelam kabut, tanpa mengetahui sebabnya sehingga mereka menyiasat dan akhirnya mengetahui ia disebabkan penurunan ayat ini di Madinah.

Pada malam isra' makraj, diriwayatkan Rasulullah s.a.w telah terpandang tiga cahaya yang terlalu indah pada tiga penjuru di Lauhul Mahfuz. Apabila ditanya, Jibrail a.s menjawab: " Itulah cahaya ayat Al-Qursi, surah Yaasin dan surah Al-Ikhlas ".

Sesungguhnya Ayat Al-Qursi itu hidup dan ia bertasbih di kaki Arasy Allah s.w.t. Ia adalah perbendaharaan rahmat Allah s.w.t. di Arasy. Rasululah s.a.w telah bersabda:

"Sesungguhnya jika ditimbang langit dan bumi serta isi kandungannya berbanding dengan ayat Al-Qursi, maka berat lagilah timbangan ayat Al-Qursi".

Fadhilat ayat Al-Qursi:

1~ Sesiapa yang membaca ayat Al-Qursi apabila berbaring untuk tidur, Allah s.w.t. menghantar dua orang malaikat untuk menjaganya,serta memelihara seisi rumahnya dan rumah jiran-jirannya dari sebarang musibah sehigga subuh.

2~ Sesiapa yang membaca ayat Al-Qursi sebelum keluar dari rumahnya, Allah s.w.t. mengutuskan 70 ribu orang malaikat kepadanya yang memohon keampunan Allah s.w.t. atas segala dosa-dosanya dan dan mendoakannya.

3~ Sesiapa yang membaca ayat Al-Qursi sewaktu dalam kesusahan maka Allah s.w.t. akan memberi pertolongan kepadanya.

4~ Sesiapa yang membaca ayat Al-Qursi pada akhir setiap solat fardhunya;
~ Allah s.w.t akan merahmatinya dan akan menempatkannya ke dalam syurga.
~ Allah juga akan mengurniakannya hati yang sentiasa bersyukur
~ Setiap perbuatannya bersifat benar.
~ Pahalanya setaraf pahala para nabi.
~ Apabila tiba waktu kematiannya, rohnya akan dikeluarkan dari jasadnya secara lembut dan akan dimuliakan sepertimana roh para syuhada.

5~ Sesiapa yang mempelajari ayat Al-Qursi dan mengetahui sebenar-benarnya ayat itu, Allah s.w.t. membuka kesemua lapan pintu syurganya dan memberi keizinan untuk memilih mana-mana pintu syurga yang dia ingin masuk.

6~ Sesiapa yang membaca ayat Al-Qursi sebanyak 313 kali, iaitu mengikut bilangan rasul-rasul Allah dan jumlah tentera Islam dalam Perang Badar, pertolongan Allah s.w.t. akan sentiasa datang kepadanya dan dia akan mendapat kejayaan dalam apa sahaja urusan hidupnya di dunia dan juga akhirat, selagi dia terus mengamalkannya.

7~ Sesiapa yang mengamalkan bacaan ayat Al-Qursi sebanyak 170 kali, dia akan dikurniakan jiwa yang kuat, digeruni musuh, dihormati dan tiada siapa pun yang akan menyusahkannya ,baik dengan perbuatan mahu pun perkataan.

8~ Sesiapa yang mengamalkan ayat Al-Qursi dalam bilangan yang tertentu ia akan menyembuhkan penyakit serta menghalang gangguan jin dan syaitan.



Rujukan:
-Kelebihan Surah-surah Al-Quran - Zulhelmi Asy Shibli, Percetakan Nsional Msia Bhd, 1997.





Subhanallah - Nasyeed By Sami Yussouf

Labels: ,





Alam Roh

Labels: ,


1) Pesanan Roh

Apabila roh manusia keluar dari jasadnya, ia akan berkata-kata dan berpesan, lalu seluruh isi alam dapat mendengar kecuali manusia dan jin.

Apabila mayat dibawa untuk dimandikan, roh berpesan: "Wahai orang yang memandikan, aku mohon dengan nama Allah, tanggalkanlah pakaianku perlahan-lahan kerana pada saat ini aku baru sahaja terlepas dari seretan malaikat maut yang amat menyiksakan".

Apabila dimandikan, roh merayu: "Janganlah engkau menuangkan air yang terlalu dingin, serta janganlah engkau menggosok dengan kuat, kerana tubuhku baru sahaja terbakar dan luka-luka sewaktu keluarnya rohku dari jasad".

Sewaktu mayat jasadnya akan dikafankan dan kakinya diikat, roh memanggil-manggil dan merayu lagi: "Wahai saudaraku, janganlah engkau ikat terlalu kuat dan janganlah kau kafani kepalaku, kerana akan menghalang aku dari melihat wajahku sendiri serta anak-anak, isteri (atau suami), pada saat-saat terakhir, kerana aku tidak akan dapat melihat mereka lagi sehinggalah hari Kiamat".

Sebaik dibawa keluar dari rumahnya roh berpesan: " Wahai saudara-saudaraku, hari ini telah ku tinggalkan isteriku menjadi balu, anak-anakku menjadi yatim, janganlah engkau menyakiti mereka... Sesungguhnya aku tidak akan dapat kembali lagi untuk melindungi mereka".

Apabila mayat diletakkan di atas pengusung keranda, roh menyeru kepada jemaah: " Wahai saudara-saudaraku, janganlah engkau percepatkan penghantaranku ke kubur sebelum aku mendengar suara anak-anak, isteri (atau suami) dan saudara-saudaraku buat kali terakhir". Setelah dibawa melangkah sejauh tiga langkah, roh berpesan: " Wahai anak-anakku, wahai isteriku (suamiku) dan saudara-saudaraku, jangan engkau terpedaya oleh dunia sebagaimana ia telah melalaikan aku. Sesungguhnya pada hari ini, aku tinggalkan apa yang telah aku kumpulkan untuk diwariskan, dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahan dan dosa-dosaku. Allah menghisab amalanku, sedangkan mereka bersenang-senang dengan harta yang ku tinggalkan untuk mereka. Sedikitpun mereka tidak mendoakan untukku..."


2) Cara Malaikat Mengeluarkan Roh dari Jasad Manusia
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: " Apabila telah sampai ajal sesorang itu, maka malaikat maut masuk ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan menarik roh dalam jasadnya melalui ke dua-dua tapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu ditarik pula rohnya dari perut ke dadanya, kemudian dari dada ke kerongkongnya dan saat ini jasad berada dalam keadaan nazak.

Sabda Rasulullah lagi: " Jika orang yang nazak itu seorang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan melebarkan sayapnya yang di sebelah kanan supaya orang yang sedang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga dan lupalah dia akan orang di sekelilingnya kerana sangat rindunya kepada syurga. Sebaliknya jika orang yang nazak itu seorang yang munafik, maka malaikat Jibrail akan melebarkan sayapnya yang di sebelah kiri supaya orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan lupalah dia akan orang yang di sekelilingnya kerana sangat takut melihat neraka yang bakal dihuninya".

Sebuah hadis meriwayatkan bahawa jika Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya, maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut, maka keluarlah zikir dari mulutnya dan berkata:" Tidak ada jalan bagimu mencabut rohnya dari jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t.". Setelah itu malaikat maut cuba pula mencabut roh orang mukmin itu dari arah tangan, lalu berkatalah tangan:" Tidak ada jalan bagimu mencabut rohnya dari arah ini, kerana tangan inilah yang digunanya untuk bersedekah, mengusapi kepala anak-anak yatim dan menulis ilmu yang membawa kebaikan".

Malaikat maut mencuba pula mencabut roh orang mukmin itu dari arah kaki, lalu berkatalah kaki: " Tidak ada jalan bagimu mencabut rohnya dari jalan ini kerana kaki inilah yang berulang alik untuk menunaikan solat berjemaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu". Lalu malaikat maut mencuba pula mencabut roh orang mukmin itu dari telinganya, lalu berkata pula telinga: " Tdak ada jalan bagimu mencabut rohnya dari arah ini kerana telinga inilah yang digunanya untuk mendengar bacaan Qur'an dan zikirullah". Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut roh orang mukmin itu dari arah mata, lalu berkatalah mata: " Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut rohnya dari arah ini kerana mata inilah yang selalu menangis kerana takutkan Allah s.w.t.".

Setelah gagal mencabut roh orang mukmin itu malaikat maut pun kembali mengadap Allah s.w.t dan menceritakan apa yang telah berlaku. Lalu Allah berfirman: " Wahai malaikatku, tuliskanlah asma'Ku di tapak tanganmu dan tunjukkanlah kepada roh hambaKu itu". Setelah mendapat perintah Allah s.w.t. malaikat pun menghampiri roh orang mukmin itu dan menunjukkan asma' Allah kepadanya. Sebaik melihat asma' Allah, maka keluarlah roh orang mukmin itu dari jasadnya melalui arah mulutnya dengan tenang, kerana cintanya yang amat sangat kepada Allah s.w.t.


3) Ke mana Roh Pergi Selepas Kematian

1- Roh para nabi dan utusan Allah menuju ke syurga Adnin.
2- Roh para ulama' menuju ke syurga Firdaus.
3- Roh orang-orang beriman akan menuju ke syurga Illiyyin.
4- Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5- Roh orang Islam yang berdosa tergantung di udara (tidak di bumi dan tidak di langit),
sehinggalah tiba hari Kiamat.
6- Roh orang kafir akan berada di dalam neraka Sijjin dan akan disiksa bersama jasadnya sehinggalah tiba hari Kiamat.



4) Apa Yang Akan Ditanya
Malaikat Munkar dan Nangkir akan mendatangi setiap roh dan jasad sebaik tiba ke dalam kubur, iaitu setelah jemaah meninggalkan kubur sejauh tiga langkah. Dalam setiap soal jawab, perkara yang paling asas ditanya adalah apakah perbuatan dan amalan yang setiap hamba Allah lakukan pada setiap kali nafasnya dihela masuk dan dihembus keluar. Sedangkan manusia bernafas sekitar 4320 kali dalam sejam, selama beberapa tahun kehidupannya di dunia...


5) Tiga Kelompok Manusia

Rasullah s.a.w. bersabda: " Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh malaikat sebaik keluar dari kubur mereka ialah:

1- Orang yang mati syahid kerana menyebar dan mempertahankan Islam.
2- Orang yang mengerjakan solat malam pada bulan Ramadhan.
3- Orang yang berpuasa pada hari Arafah.


6) Tiga Cahaya di Hari Kiamat
Ada tiga cahaya yang bersinar di hari Kiamat:

1- Cahaya seperti sinaran bintang-bintang.

~adalah dari sinaran wajah mereka yang meninggalkan pekerjaan mereka dan terus berwuduk, serta segera menunaikan solat apabila mendengar azan.

2- Cahaya seperti sinaran bulan.

~adalah dari sinaran wajah mereka yang mengambil wuduk sebelum mendengar azan.

3-
Cahaya seperti sinaran matahari.
~adalah sinaran dari wajah mereka yang bersiap sedia di dalam masjid untuk bersolat,

sebelum mendegar azan.


7) Kala jengking Neraka
Di hari Kiamat nanti akan keluar seekor binatang dari neraka Jahanam bernama 'Huraisy' yang berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini adalah dari timur ke barat dan panjangnya adalah sejauh jarak langit dan bumi.

Malaikat Jirail menyapa Huraisy: " Hai Huraisy, engkau hendak ke mana dan siapakah yang engkau cari?" Lalu Huraisy menjawab: " Aku hendak mencari lima golongan orang. Pertama orang yang meninggalkan solat, kedua orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat, ketiga orang yang menderhaka kepada ibu bapanya, keempat orang yang bercakap (membesarkan) dunia di dalam masjid dan kelima orang yang suka minum arak".





Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."