feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Showing posts with label Selera Kita. Show all posts
Showing posts with label Selera Kita. Show all posts

Buah Berangan aka Chesnut.. Ada Umppph!

Labels: ,

Asal Usul Buah Berangan

Buah berangan ditanam di kebanyakan tempat di seluruh China, antaranya yang paling banyak termasuklah kawasan di provinsi Hebei dan Shandong. Buah berangan yang dihasilkan di Tai'an, Shandong amat terkenal kerana rasanya manis dan sedap. Buah berangan di Shandong dijadikan "makanan khusus untuk maharaja" sejak dulu kala lagi, iaitu sejak zaman Dinasti Jin dan Dinasti Yuan dalam sejarah China. Sekarang, jumlah eksportnya mencapai lebih seratus juta kilogram pada setiap tahun.


Jenis Tanah
Picture
Buah berangan membesar dengan elok di tanah yang bersaliran bagus serta kelembapan yang mencukupi. Cenderung pada tebing yang curam ke tanah dalam; bukan pada tanah yang cetek atau tanah yang padat, bertanah liat. Pokok Buah Berangan Cina biasanya subur pada tanah bersaliran bagus tapi ianya tumbuh lebih baik pada tanah yang kering, berbatu.

Walaupun Buah Berangan boleh tumbuh dan bertoleransi pada tanah yang sangat berasid (diantara pH5.5 - 6.0), ia tidak boleh tumbuh dengan bagus pada tanah yang beralkali seperti tanah kapur...Namun ia membesar pada tanah yang terhasil daripada granit, batu pasir atau mineral syis. Pada tanah yang beralkali, pokok buah Berangan boleh tumbuh dengan mencantumkan ia pada akar stok pokok Oak.

Penyimpanan atau Pengawetan
Picture
Oleh kerana kandungan airnya yang tinggi, kadar transpirasi menyebabkan kehilangan berat; buah berangan bertindak seperti buah segar (tidak seperti jenisan kacang). Ia perlu disimpan sejuk sepanjang masa termasuklah ketika di kedai sebagai pameran untuk dijual. Untuk mengekalkan kesegarannya selama beberapa bulan tanpa penyejukan buatan, buah berangan perlu segera direndam di dalam air sejuk selama 20 jam selepas dituai dan barulah ia dikeringkan ditempat teduh, serta dilapisi dengan pasir kering. Dengan kata lain, buah Berangan bertindak seperti biji benih; menghasilkan 'ethylene' (sejenis gas hidrokarbon) dan kadar respirasinya sangat rendah iaitu diantara 5 ke 20 mg/ (kg.h) bergantung kepada suhu.

Khasiat Pemakanan
Picture
Buah berangan segar mempunyai lebih kurang 180 kalori (800kJ) setiap 100gram bahagian yang boleh dimakan..yang mana lebih rendah dari kacang 'walnut', 'almonds', jenis kekacang yang lain dan buahan kering ( lebih kurang 600 kcal/100g ). Buah berangan, seperti tumbuhan makanan yang lain, tidak mengandungi kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat sedikit, hampir tidak tepu dan tiada gluten.
Kandungan karbohidratnya jika dibandingkan gandum dan beras; mempunyai pelbagai asid gula kebanyakkannya sukros (socrose), glukosa (glucose), fruktosa (fructose) dan sedikit 'stachyose', dan 'raffinose'. Di sesetengah kawasan, pokok berangan manis dipanggil 'pohon roti'. Apabila berangan mulai ranum, keseluruhan buahnya hampir berkanji bila ditekan dengan jari dan mengandungi kandungan air yang tinggi. Setelah ranum, kanji tersebut perlahan-lahan bertukar kepada gula, dan kandungan lembapan juga mulai menyusut. Apabila menekan buah berangan, ada sedikit kekosongan dirasakan iaitu ruang dalaman tidak terlalu melekap diantara isi dan kulit.

Buah berangan mentah adalah satu-satunya 'kacang' yang mengandungi Vitamin C, iaitu lebih kurang 40mg setiap 100gram. Jumlah kandungan Vitamin C berkurangan hampir 40 % selepas dipanaskan. Buah berangan segar mengandungi lebih kurang 52% air melalui beratnya akan menyejat cepat ketika disimpan. Dalam masa satu hari, dengan kesejukan 20 celsius..beratnya akan hilang secara tetap dan kelembapannya hilang 70%. Kulit, kayu, daun dan biji sekamnya mengandungi Asid Tannin. Sekamnya mengandungi 10-13% Asid Tannin.


Buah Berangan ( mentah,berkupas )
Nilai nutrisi setiap 100g (3.5oz)

Tenaga = 820kJ (200kcal)
Karbohidrat = 44g
Gula = 11g
Lemak = 1.3g
Protein = 1.6g
Vitamin C = 40mg (67%)
Zat Besi = 0.94mg (8%)
Potassium = 484mg (10%)

Peratusan adalah berdasarkan nilai pemakanan USDA bagi orang dewasa.

Kaedah Memasak
Picture
Buah Berangan boleh dikupas dan dimakan mentah, tetapi ia boleh menjadi seperti pedar (pedas-tajam) terutamanya jika pelikel tidak diasingkan. Kaedah lain untuk makan adalah dengan membakar..ini tidak perlu dikupas. Sebelum membakarnya perlu dibelah sedikit supaya ia tidak menyebabkan 'letupan' kecil. Setelah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang. Kaedah penyediaan ini popular di utara China, di mana ia dimasak di dalam besen mengandungi batu arang panas.Buah berangan bolah dikeringkan dan diuli ke dalam tepung untuk membuat roti, kek, penkek atau untuk memekatkan didihan sup dan sos. Buah berangan juga boleh dimakan menjadikannya halwa, rebus, kukus, panggang atau bakar.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPqDSs294m2P0_gJyWB_Ab6okM_bOj4IrNqqDK7QgB5XxdzlR2PZHgM9uEqIEm-aNqC1FwFs-IfOaIM7lH-42ag5v9RuxySB93dxVwM0U1YnqFDZjsJyA4zjIYm4nXEc_ZP9J-MQvFjXho/s1600/buah+berangan+3.JPG

4 kaedah asas memasak:-

Membakar
Panaskan ketuhar / oven pada 200 C. Letakkan buah Berangan pada dulang pembakar selama 10-15 minit, atau sehingga kulitnya terbuka sedikit dan isinya mudah ditekan dengan mata pisau.

Bakar / panggang / barbeku
Masak (sentiasa gaul) di dalam kuali sederhana panas, di besi gril atau berbeku selama 10-12 minit atau sehingga kulitnya terbuka sedikit. Tidak mengapa jika kulitnya kehitaman kerana setelah dikupas hanya isinya yang dimakan.

Gelombang mikro / Mikrowave
Letakkan buah Berangan di dalam loyang untuk melindungi plat gelombang mikro. Masak pada 850 watt / tinggi /100% selama 2-3 minit. Lebih mudah jika masak berulang kali, berhati-hati...mulai dengan masa yang singkat untuk lebih selamat.

Merebus
Letakkan buah Berangan kedalam periuk berisi air sejuk, tutup dan panaskan hingga didih selama 10-12 minit atau sehingga isinya lembut.




Mengklasifikasikan Buah Berangan Untuk Jualan

Picture

Saiz buah Berangan mengikut diameter :-
Kecil = 0 - 25mm
Sederhana = 26 - 29mm
Biasa = 30 - 32mm
Besar = 33 - 38mm
Spesial = > 38mm






Sumber: Google.




O! Budu O! Tempe..

Labels: , ,

Budu sebagai makanan dan Produk Kosmetik:


BUDU sangat sinonim dengan masyarakat Kelantan. Dikatakan, hampir setiap keluarga di negeri itu mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka.
“Walaupun keluarga saya berketurunan Cina, namun kami selalu makan budu bersama ikan bakar dan ulam-ulaman,” akui Tan Chia Ying, 22.
Beliau yang tinggal di Kampung Panji, Kota Bharu, tidak malu mengaku makan budu sejak kecil. Keluarganya sering menyediakan budu yang diperah limau nipis dan dicampur cili api dan bawang.
“Bukan sesuatu yang ganjil sekiranya melihat masyarakat Cina di Kelantan makan budu. Malah ramai kenalan saya yang berketurunan Cina meminati budu,” katanya yang berkulit putih gebu.
Kartilawati Subari, 40, pula berkata, beliau sentiasa menyimpan bekalan budu di rumahnya untuk dihidangkan kepada keluarga. Terang beliau, walaupun budu merupakan makanan tradisional namun ia mempunyai banyak khasiat tetapi kurang didedahkan.
“Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda,” ujarnya sambil tersenyum.
Bagi seorang usahawan, Mat Ismail, 57, permintaan budu yang tidak pernah putus itu adalah satu idea perniagaan yang hebat. Pada tahun 1978, Mat mula membuat budu secara kecil-kecilan di belakang rumahnya di Kampung Geting, Tumpat dengan bermodalkan RM1,500. Beliau menubuhkan syarikat Perusahaan Warisan Ketereh dan menggunakan biji ketereh sebagai tanda niaganya.
Selepas 30 tahun, ternyata budu telah memberi banyak kebanggaan kepada beliau. Ia bukan semata-mata kerana beliau kini tinggal di rumah banglo dan memandu kereta Mercedes Benz. Sebaliknya, Budu Ketereh beliau menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek. Kejayaan itu dicapai pada tahun 2007.
Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) itu, Budu Ketereh kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan. Budu Ketereh juga digunakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk menghasilkan produk kosmetik.
Buat masa ini, Mat mempunyai sebuah kilang budu di atas tanah seluas 0.8 hektar dengan dibantu 40 orang pekerja. Empat daripada lapan anaknya hasil perkahwinan dengan Kamariah Hussein, 45, turut melibatkan diri dalam perniagaan itu.
Menurut Mat, proses membuat budu adalah ringkas iaitu hanya mengunakan ikan bilis, garam dan gula. Katanya, kerja memproses budu dimulakan dari bulan Jun hingga November kerana ia merupakan musim ikan bilis.
“Dalam tempoh tersebut, kerja-kerja pembersihan dan pengasingan ikan bilis dilakukan oleh pekerja di bahagian pelantar kilang yang dibina di tebing sungai sebelum diangkut ke darat.
“Ikan bilis itu digaul dengan garam dan diperam selama enam bulan di dalam tong gentian kaca atau dalam kolah yang diperbuat daripada simen,” katanya yang kini memiliki 20 buah tong gentian kaca berukuran 1.2 meter tinggi dan 2 meter lebar.
Khabarnya, Mat merancang untuk membeli 200 buah tong lagi. Penggunaan tong gentian kaca disarankan oleh Sirim bagi meningkatkan kebersihan produk berbanding kolah simen.
Bulan Disember hingga Mei pula adalah masa untuk memasak, menapis dan membotolkan makanan itu. Selepas budu dimasak, ia ditapis dan disejukkan selama beberapa jam sebelum dibotolkan menggunakan tenaga mesin dan manusia.
Secara purata, kilang Budu Ketereh mampu mengeluarkan 12,000 botol budu sehari untuk memenuhi pasaran di seluruh Malaysia.
Bekalan bilis makin kurang
Bagaimanapun, Mat mengakui kekurangan ikan bilis menyebabkan pengeluaran budunya agak terhad. Secara purata beliau memerlukan bekalan ikan bilis sebanyak tiga hingga empat tan sebulan, namun bekalan yang diperoleh sejak kebelakangan ini sekitar satu tan sahaja.
“Saya terpaksa membeli ikan bilis dari Sabah untuk memenuhi permintaan.
“Ikan bilis di perairan negara kita semakin berkurangan dan pada masa yang sama banyak kawasan pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut Negara,” katanya yang menambah budu yang baik bergantung pada kualiti ikan bilis yang dibekalkan.
Pada awal tahun ini, Mat membeli sebuah mesin pembungkusan baru berharga RM45,000 untuk memasarkan budu dalam bentuk peket. Budu yang diusahakan oleh Mat Ismail merupakan budu yang pertama di negara ini yang dimodenkan penampilannya hasil bantuan Sirim dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC).
Menurut Mat, idea untuk memasarkan budu di dalam peket muncul selepas beliau mendapati kebanyakan produk seperti kopi segera kelihatan lebih moden dan ringkas apabila dipeketkan.
“Selain itu, budu yang disimpan di dalam botol agak sukar dipasarkan ke negara luar kerana ia tidak boleh dibawa dengan kapal terbang.
“Dengan pembungkusan menggunakan teknik lebih canggih, saya berharap Budu Ketereh mampu menembusi pasaran antarabangsa sedikit masa lagi,” katanya.
Mat berkata, mesin pembungkusan baru itu mengeluarkan budu dalam dua peket berbeza iaitu kandungan 20 mililiter dan 80 mililiter. “Dalam sehari mesin itu boleh mengeluarkan lebih 1,000 peket budu,” katanya.

Budu cerahkan kulit dan anti penuaan
RAUT wajah Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek kelihatan seperti gadis 20-an walaupun umur sebenarnya adalah 40 tahun. Apabila ditanya rahsia awet mudanya, graduan dalam bidang pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, beliau pada mulanya menggunakan produk kecantikan terkenal.
“Namun kini saya beralih kepada makan budu setiap kali makan tengah hari dan makan malam,” katanya.

Menurut Hamidah, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.
“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.
“Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Produk kosmetik budu Sirim terbahagi kepada tiga iaitu pembersih dan penyegar, krim kulit dan serum kecantikan kulit. Ia menggunakan jenama BK iaitu Budu Kelantan atau Budu Ketereh.
“Walaupun hanya satu peratus ekstrak budu digunakan sebagai bahan asas kosmetik tetapi ia berkesan kerana komponen itu sudah cukup untuk memberi khasiat kepada pemakainya.
“Malah kami kini mengkaji potensi tempe sebagai produk kosmetik,” katanya.
Hamidah berharap produk BK akan mendapat sambutan daripada pengguna kelak sebaik sahaja Sirim bertemu syarikat yang berminat untuk mengedarkannya.
Produk kosmetik daripada Tempe:
Sirim sudah memulakan siri kaji selidik terhadap banyak bahan semula jadi yang berupaya memberi kebaikan kepada kulit manusia sejak 10 tahun lalu
untuk kesejahteraan kulit wajah manusia seperti tempe dan hidupan marin, ikan bilis yang diperap menjadi budu. Bilis yang diperam menjadi budu mempunyai bahan tertentu yang berfungsi baik tanpa bahan kimia merbahaya terhadap kulit wajah -
Penasihat Kanan, Program Produk Semula Jadi dan Biokosmetik Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM, Rozanida Tan Sri Abdul Rahman

Rozanida juga bertanggungjawab merumus formula kedua-dua bahan tradisional berkenaan berkata, SIRIM bertindak melakukan kajian terhadap bahan terpilih itu untuk membantu usahawan bidang kecantikan menggunakan bahan tempatan kerana hasil daripada produk tempatan juga tidak kurang hebat.


“Sebelum mengkomersilkan produk ini juga, kami sudah menjalankan ujian terhadap sekumpulan individu yang menjalani ujian penggunaan bahan ini bagi mengesahkan mutu produk dan selamat digunakan. Selepas mendapati hasilnya memuaskan, barulah kami ingin menawarkan kepada usahawan memperkenalkan produk ini kepada pengguna,” katanya.

“Tempe adalah bahan semula jadi daripada kacang soya yang boleh mencerahkan kulit dengan cara yang selamat. Ia tidak mengandungi bahan peluntur dan produk pemutih yang menghakis kulit".


“Saya melakukan kajian terhadap sel kolagen yang dirawat dengan tempe yang sudah diekstrak dan hasilnya menjadikan kulit wajah lebih cerah tanpa meninggalkan kesan bahaya. Modul ujian yang dilakukan adalah membandingkan antara sukarela yang menggunakan produk daripada tempe dan sebaliknya,” katanya.

Produk berasaskan tempe itu bukan bertindak memutihkan kulit secara total, tetapi dalam istilah penggunaan kosmetik, produk berkenaan mencerahkan kulit di samping tidak mematikan sel kulit.

Katanya, terdapat empat produk yang sudah dihasilkan daripada tempe iaitu facial cream cleanser, purifying tuning mist, moisturising day cream dan reforming night cream.


Sehubungan itu, Rozanida meminta mana-mana usahawan yang berminat memasarkan produk daripada bahan tradisional itu, mereka bolehlah menghubungi SIRIM untuk urusan selanjutnya.

– MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM.

Baca juga:

Terima kasih kerana sudi membaca......




Mari Main Masak-masak...

Labels: ,

Sejak kak sue mengikuti perkembangan blog-blog masakan rakan2 di alam maya ni.. timbul juga perasaan ingin mencuba resepi-resepi yang menyelerakan dari blog-blog tersebut... Antara blog masakan yang selalu kak sue ikuti adalah blog2 En Adnan Ibrahim (CMG), Bro Rozzan, Hasue, Fzi, Maz, Izah, Nor, kak Hanieliza dan bebarapa lagi. Bagi rakan2/family di FB, sekiranya ingin akses ke blog mereka ini sila rujuk blog list kak su di http://thecoloursofmylife-sue.blogspot.com/

Seronoknya melayari blog resepi mereka ini kerana ia banyak memberi tips masakan dan secara tidak langsung ia menaikkan semangat kak sue sebagai seorang ibu dan isteri, untuk lebih banyak mevariasikan masakan, baik dari segi lauk-pauk, nasi, mee, kek, mahu pun kuih-muih. Cuma disebabkan blog kak sue bukan blog masakan, tak perlulah kak update masakan yang kak sue telah cuba... nanti marah pulak CMG, Hasue, fzi, Maz, Nor dan lain2... sebab??? Oh, kerana followers dah beralih arah, asyik dok browse blog kak sue la pulak! Perasannyer... hehe! Sementelah, dalam proses cuba-mencuba tu ada juga yang menjadi dan ada pulak yang sebaliknya. Al-maklum, kak sue ni bukannya pro memasak... setakat cuba mengikut citarasa keluarga dan mengikut ala kadar bahan yang ada di dapur kak sue jer la.. Cuma bila ada permintaan anak-anak atau suami, semasa menyambut harijadi ahli keluarga, perayaan atau meraikan tetamu, barulah kak sue masak berbagai sket.. Pada hari2 biasa masakannya biasa saja tetapi dipelbagaikan mengikut hari dan selera keluarga...Untuk rujukan lauk-pauk dan kuih Kelantan kak sue selalu rujuk blog Menu di: http://fzmenu.blogspot.com/2010/08/kuih-putih-telortaik-itik.html


Haha... ni la ghupe Slice cheese cake berperisa mango yang kak sue cuba buat...it's just a simple bare cake one without topping... agak gelap wajahnya kerana tak sabar... mengejar masa, lalu inilah akibat dari menaikkan suhu oven... but honestly, rasanya sedap, kurang manis, lembut dan tak muak... Kak sue buat ni masa anak2 kak sue balik sempena cuti Deepavali Jumaat lepas... Ada sesiapa nak cuba kek ni untuk minum petang? Kak sue dapat resepinya (dengan sedikit olahan sendiri - menderhaka dari resepi asal) dari CMG di :http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/02/slice-cheese-cake.html


Kak sue ada juga buat Tapai beras yang menjadi kegemaran suami dan anak2, tapi disebabkan terlambat buat dan salah perkiraan hari (ada ke macam tu..???) anak2 dan suami tak dapat merasa tapai tu...Tak sempat 'masak' tapainya.. Bila mereka dah pergi pagi tadi, (anak2 balik kampus dan suami dah out station ke Terengganu), barulah tapai tu sedia untuk dimakan... Kak sue tak seronok nak update gambar tapai tu sebab mereka tak boleh makan...(sedihnyer!), nanti kalau terbaca entri ni mereka terliur la pulak.. tak baik kan..?? Sob, sob...!

Ermm....... walla! Ini English-style Cofee loaf yang amat kak sue gemari.. makan sekeping nak lagi dan lagi... Suami kak sue memang tak berapa suka makan kek, tapi bila kak sue buat kek yang satu ni... Alhamdulillah, boleh makan berkeping-keping pulak... Tambah enak jika dipasangkan dengan Nescafe O' atau Coffee panas..! Perasan tak bunga Kantan di sebelah kek tu..?? Itu hasil dari pokok yang kak sue tanam kat belakang rumah kami. Pokoknya rimbun, batangnya yang berdaun hijau lebar menjulang tinggi...sejuk mata memandang...! Bunganya pula besar dan cantik!!















Kalau ingin mencuba kek 'Real Coffee' English Style loaf ini, sila rujuk: http://oneperfectbite.blogspot.com/2009/04/real-coffee-cake.html

Kek yang di bawah ni memang tak payah nak cerita panjang lebar. Anak sulung kak sue (Abang) memang sukakan kek ni.. Cheese cake dari cream cheese! Cuma kali ni kak sue variasikan dengan perisa lemon, glaze nya dari jem Orange marmalade dan hiaskan dengan buah strawbery. Base nya kak sue buat dari biskut Marie berperisa coffee, kekacang Almond, Cashewnuts, serta cornflakes. Sengaja kak sue tebalkan base nya mengikut citarasa kak sue... suke..!


Resepi cheese cake ini asalnya kak sue dapat dari CMG jugak... Jika berminat mencuba sila rujuk CMG di:http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/09/blueberry-cheese-cake-dan-tetamu.html Namun, seperti biasalah... cheese cake kak sue ni telah kak sue olah mengikut bahan2 yang ada di dapur kak sue...


Hmmm....... dan yang di bawah ini adalah biskut gajus yang kak sue buat untuk minum petang... Rasanya agak unik kerana kak sue memandai-mandai blend cornflakes, cashewnuts dan kacang pistachio... tak sangka bila dicampurkan kesemuanya... sedap!!! Resepinya seperti biskut kekacang yang lain cuma diwarnakan dan dibentuk seperti buah gajus (woh tte-ghe kata orang Klate...)


Gambar di atas diambil sewaktu adunan biskut belum dimasukkan ke dalam oven.... Biskut ni dibentuk oleh anak bujang bongsu kak sue. Si abang menghias dengan 'kepala' cashewnuts. Dah masak, lupa pulak nak ambil gambar... terus di'ngap' jer...

Sebenarnya bukan saja-saja kak sue ajak pembaca main masak-masak kali ni... Bukan nak tukar blog ilmu ke blog resepi atau saja nak tayang kek dan biskut yang tak seberapa tu... Sementelah kak sue pun bukannya berniaga kek atau catering nak cari pelanggan di sini....hehe! Tujuan kak sue sebenarnya nak mengajak adik2 dan anak2 yang kurang kemahiran dalam soal masakan supaya tidak jemu belajar dan mencari ilmu dari blog-blog yang boleh memberi manfaat kepada diri dan keluarga.

Beberapa kemahiran seperti memasak, menyusun atur perabut rumah dan halaman serta kemahiran mendandan diri, ternyata boleh memberi nafas baru kepada diri dan juga rumah tangga... Ia boleh memberi inspirasi, kesegaran, mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga (terutama jika si ibu mengajak anak2 turun ke dapur untuk sama2 menolongnya memasak sesuatu resepi); si ibu, bapa dan anak2 berganding bahu membersihkan halaman rumah, menyusun atur lanskap halaman; masukkan ke dalam senarai tanaman yang hendak ditanam pokok2 kesukaan suami dan anak2, agar mereka merasa dihargai dan diterima dalam sebuah institusi asas 'masyarakat keluarga'. Jangan sesekali kita bersifat memonopoli meskipun suami menyerahkan segalanya mengikut pertimbangan kita...

Mewujudkan masa berkualiti bersama keluarga amat penting untuk mengeratkan hubungan ahli keluarga, terutama jika anak2 dan /atau suami berada jauh dari rumah samada kerana belajar atau bekerja.... Selain dari bercuti bersama, kita boleh juga mewujudkan suasana kebersamaan secara 'in-situ' di mana kita dengan harga yang tidak seberapa, kita boleh membina suasana rumah yang santai seolah dalam percutian... Bersama ahli keluarga kita tanam pokok2 hiasan atau pokok2 buahan kesukaan ahli keluarga kita. Kita juga boleh membina kolam ikan dan wakaf (gazebo) jika ada di antara ahli keluarga yang menggemari ikan atau gemar bermain gitar/ membaca buku di luar rumah! Tidak perlu tanah dan halaman rumah yang berhektar, ruang halaman rumah teres juga boleh merealisasikan impian percutian keluarga kita jika kita bijak membahagi ruang....

Bagi mereka yang tinggal di rumah pangsa atau apartmen, binaan struktur air di suatu sudut dalam rumah dengan akuarium kecil sudah memadai meraih aktiviti bersama di hujung minggu! Kita boleh menukar air akuarium secara bergotong-royong, kita juga boleh memberi tugasan memberi makan ikan kepada anak2 agar mereka merasa bertanggung-jawab memikul sesuatu tugas kekeluargaan. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan bersama selain aktiviti memasak si ibu bersama anak2 dara / bujangnya di hujung minggu... Apa pun aktiviti sihat yang kita lakukan, jangan lupa memanjatkan doa kepada Illahi supaya rumah tangga dan ahli keluarga kita sentiasa diberkati Allah s.w.t.



Terima kasih kerana membaca.......





Saya Mak Budak Baru Belajar...

Labels: ,


My Passion....

Introduction to Sarawak Layer Cakes. Let's give a glance...


~Sarawak Roll Cakes:




~Sarawak Layer Cakes:















Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."