feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Fadhilat Hari Wukuf Di Arafah

Labels: ,



Kerajaan Arab Saudi telah menetap bahawa wukuf di padang Arafah pada 5 Nov 2011 iaitu hari Sabtu , manakala umat Islam di malaysia dan negara islam lain akan beraya pada hari Ahad 6 Nov.

Hari ini 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432 H adalah hari berwukuf di Arafah. Bagi kita di Malaysia, ia bersamaan dengan masa dari 5 petang hingga 10.39 malam.

Fadhilat Hari Wukuf atau Hari Arafah

Pada hari Wukuf yang dikenali juga sebagai Hari Arafah, ketujuh-tujuh pintu syurga dibuka, dan TIADA HIJAB di antara Allah swt dengan hambaNya. Ia adalah hari paling afdhal untuk beramal soleh, seperti bersolat sunat, membaca Al-Quran serta berdoa memohon ehsan dan rahmat dari Allah swt ke atas diri, keluarga dan sebagainya.

Allah swt memuliakan hari Wukuf (pada setiap 9 Zulhijjah) dan akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah daripada api neraka. Justeru, sebagai kesyukuran di atas kemuliaan Allah ke atas hambaNya pada hari Wukuf, umat Islam menyambut hari keesokannya iaitu 10 Zulhijjah sebagai hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha.

Kelebihan Hari Wukuf di Arafah, tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah swt berdasarkan sabda Rasulullah saw:

“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. Hadis Muslim.

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT.

Pada masa yang sama, Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada hari raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan sahih yang meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t ". Hadis Muslim.

Pada hari raya Aidiladha umat Islam disunatkan melakukan ibadah Korban dan memberi makan fakir miskin serta merupakan hari untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt.

Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bagi umat Islam yang tak berwukuf, mereka digalak mengerjakan korban”. Hadis Ibnu Abbas.

ibadat korban, korban, raya korban 2011, 6 nov 2011 raya haji,

Hikmah ibadah korban :

Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata :


Para sahabat Rasulullah saw bertanya,’wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?’ Rasulullah saw menjawab dengan sabdanya yang bermaksud :


“Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”. Hadis Ibnu Majah.

Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.


Ketiga : Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.


Keempat : Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan menteladani kesabaran Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah swt.


Salam Aidiladha buat semua..






Aidiladha: Korban dan Haji

Labels:


Hari Raya Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji dirayakan di seluruh dunia.. Ia merupakan hari raya yang terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah..bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah. Sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan pada hari-hari Tasyrik iaitu bermula pada 10 Zulhijjah sebaik Khatib selesai membaca khutbah Aidiladha, atau pada hari ke 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah ( iaitu sebelum matahari terbenam pada hari ke 13 Zulhijjah tersebut).

Hari raya Aidiladha (Adha-korban) adalah hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Hajar dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail yang sanggup dikorbankan (disembelih) dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Allah s.w.t telah membalas keimanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya dengan keajaiban menggantikan korban sembelihan Nabi Ibrahim dengan seekor kibas/biri-biri, sementara Nabi Allah Ismail tidak mendapat sebarang kecederaan. Peristiwa ini ada disebutkan dalam Al Quran, surah As-Shaffat ayat 101-111.

Allah s.w.t telah menguji keimanan Nabi Ibrahim a.s dengan ujian yang amat besar. Bagaimana pun dengan keimanan yang kukuh, kesabaran serta keredhaan baginda menghadapi ujian dari Allah s.w.t, baginda telah dipilih sebagai Nabi yang istimewa dan tinggi mertabatnya di sisi Allah s.w.t, sehinggakan nama baginda dan keluarganya turut disebut dalam selawat dan tahiyyat akhir pada setiap solat fardhu!

Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan solat sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Kebiasaannya solat sunat Aidiladha dipercepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya adalah demi memberi lebih banyak masa untuk ibadah penyembelihan korban. Sementara solat sunat Aidilfitri pula biasanya dilewatkan sedikit untuk memberikan peluang kepada mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka.

Raya Korban Makna Hari Raya Aidiladha

Semasa Hari Raya Aidilfitri, umat Islam juga disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid, manakala bagi Aidiladha, disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang diberkati Allah s.w.t. kerana sebaik selesai solat sunat Aidiladha,, ibadah korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hikmah berkorban ini diharapkan dapat meresapi jiwa seluruh umat Islam kerana ia akan mewujudkan ketenangan dan kedamainan dalam masyarakat serta akan mendekatkan jurang yang memisahkan antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah, antara penguasa dengan rakyat biasa.

Mereka yang kaya mengorbankan sebahagian daripada hartanya untuk membantu mereka yang kesusahan, seperti yang biasa dialami oleh fakir miskin, yatim piatu ataupun sesiapa yang memerlukan pertolongan. Mereka yang telah menerima bantuan sepatutnya pula bersyukur dan berusaha dengan sekuat akal dan tenaga agar tidak hanya bergantung kepada pemberian orang, Rasullah s.a.w.telah mengingatkan bahwa:

"Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah"

Sabda baginda lagi:

“Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Alllah di Hari Nahar (10 hb Zulhijjah) selain dari menyembelih atau berkorban binatang. Sesungguhnya haiwan sembelihan itu akan datang di Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya (sebagai saksi terhadap amal korban tersebut). Sesungguhnya ibadat (pahala) korban berkenaan akan sampai kepada Allah sebelum darah sembelihan itu sampai (tumpah) ke bumi“.

Ibadah Haji adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang berkemampuan, sekali seumur hidup. Allah s.w.t.berfirman yang maksudnya:

"Dan serulah manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus (disebabkan jauhnya berjalan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebutkan nama Allah pada hari yang ditentukan, karena rezeki yang Allah telah anugerahkan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan orang yang sengsara dan fakir." (Qur'an. S.al-Hajj:27-28)

Sungguh besar manfaat yang akan diperolehi mereka yang mendapat kesempatan menunaikan ibadah haji. Antaranya, terjalin perasaan ukhwah Islamiah sedunia. Mereka yang datang menunaikan ibadah haji terdiri daripada berbagai bangsa dari segenap penjuru dunia, dengan demikian kita saling berkenalan dan dapat mempelajari adat manusia dari berbagai bangsa dan suku puak. Justeru ia menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar menghadapi ujian.

Di samping itu kita berpeluang melihat sendiri tempat tempat sejarah Nabi Ibrahim dan Ismail, tempat bersejarah ketika Rasulallah s.a.w. dan sahabat berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan dan mengajak manusia ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah s.w.t. yang terkandung dalam Islam.

Berbagai kesukaran dan pengorbanan yang terpaksa dilakukan setiap individu demi menyempurnakan ibadah haji. Bermula dari persiapan fizikal serta kerohanian, serta persiapan kewangan iaitu perbelanjaan untuk yang pergi dan untuk yang ditinggalkan. Kesukaran dalam perjalanan, kesukaran menghadapi berbagai ragam manusia, kesukaran cuaca yang berbeza dari tempat asal kita, dan sebagainya. Semua itu akan membentuk diri dan peribadi kita menjadi manusia yang lebih bersabar dan tabah menghadapi ujian dan rintangan hidup.

Kita berdoa kepada Allah s.w.t. semoga diampuniNya segala dosa-dosa kita yang lalu, baik dosa terhadap diri sendiri, ataupun terhadap orang lain, terutama dosa kepada mereka yang lemah. Kita bermohon kepada Allah s.w.t. semoga diterimaNnya segala amal ibadah kita dan akhirnya kita akan memperoleh Husnul Khatimah, pengakhiran yang baik dan mendapat kehidupan yang diberkati dan diberikan ketenangan serta diselamatkan dari segala malapetaka akibat dosa-dosa yang pernah kita lakukan samada sengaja ataupun tidak.

Semoga ibadah Haji dan korban kita pada tahun ini menjadikan kita sebagai hambaNya yang lebih beriman, lebih bertaqwa serta perihatin kepada sesama makhluk. Kepada semua muslimin dan muslimat;


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Terperinci Ibadah haji sila rujuk: http://www.al-azim.com/haji/faq/hukum.htm





The Call For Hajj From Mecca

Labels:





For those who are capable, do not wait till you are too late to do so..
And for our dear Muslims who go on their Hajj Pilgrimage this year, let us pray for them, may Allah accept their repentance and bless them...

....Labbaikallah hummalabbaikk....

....Allahu Akbar!


Updated: 13hb Disember 2009....
(Petikan dari Berita Harian 13/12/09)

SOALAN: RAMAI jemaah kita yang sudah kembali dari Tanah Suci ketika ini. Rasa gembira pasti dirasai, terutama mereka yang menyambut ibu bapa masing-masing. Malangnya, ibu bapa saya sudah meninggal dunia dan arwah belum menunaikan haji. Bolehkah saya menggantikan haji mereka..?

Wan,
Negeri Sembilan.



JAWAPAN:

ALLAH SWT berfirman mengenai kewajipan haji iaitu: "Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah."

Allah SWT menutup ayat itu dengan firman-Nya:

"Bertakwalah kamu kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (terhadap orang yang melanggar perintah-Nya).� (Surah al-Baqarah 2:196)

Ayat itu adalah perintah yang wajib dilaksanakan bagi mereka yang cukup syarat. Secara dasarnya, haji ialah ibadat badaniyah yang harus dikerjakan sendiri.

Namun, jika seseorang tidak dapat mengerjakan sendiri, anaknya dapat menunaikan sesudahnya. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya anakmu termasuk usahamu." (Riwayat Abu Daud).

Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi, anak ialah sebahagian daripadanya dan sebahagian amalannya. Selain itu, anak dianggap pewaris selepas seseorang meninggal dunia.

Seperti yang disebut hadis riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

"Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang mendoakannya".

Maka anak salih adalah penyambung kehidupan orang tuanya. Oleh itu, anak boleh mengerjakan haji bagi pihak kedua orang tuanya. Kalau mereka tidak boleh melaksanakan sendiri, boleh mewakilkannya kepada orang lain.

Seorang wanita bertanya Nabi SAW , apakah dia boleh melakukan haji ibunya yang bernazar sebelum meninggal dunia.

Baginda SAW menjawab:

"Hajikanlah dia! Bagaimana pandanganmu sekiranya ia mempunyai hutang, apakah engkau boleh melunaskan hutangnya?"

Wanita itu menjawab: "Ya."

Baginda bersabda:

"Maka tunaikanlah kerana hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilunas".

Dalam riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

"Maka hutang kepada Allah itu lebih berhak dilunas."

Apabila anak boleh melunasi hutang orang tuanya dalam urusan harta benda, begitulah pula dalam urusan ruhiyah dan ibadat.

Apabila anak yang akan mewakilkan kepada orang lain untuk mengerjakan haji orang tuanya menggunakan wangnya sendiri, maka perkara itu bergantung kepada kemampuan kewangannya.

Namun, perlu diingat bagi orang yang mahu melakukan haji orang lain, disyaratkan dirinya sudah menunaikan haji.





Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."