feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Showing posts with label Di mana Allah. Show all posts
Showing posts with label Di mana Allah. Show all posts

Mengenal Allah swt - Terima kasih Wan & Tok Wan.

Labels: ,

Sewaktu kecil, dalam lingkungan umur 6 - 9 tahun, kami sering diingatkan dan disoal oleh wan dan tok wan sebelah arwah ayah, mengenai persoalan ilmu agama seperti perukunan solat, bacaan-bacaan zikir, selawat, Asma ul Husna serta tidak ketinggalan sifat-sifat 20 Allah swt.

Sesi soal jawab antara 'tok guru / mak guru' dengan anak-anak murid (cucu-cucu) ini bermula sebaik habis mengaji al-Quran di rumah mereka. Kelas mengaji di rumah wan bermula selepas solat Maghrib - ramai budak-budak dan remaja yang datang mengaji Quran di rumah wan, tanpa apa-apa bayaran pun dikenakan (sukarela / ikhlas).

Pada sesi soal jawab ini kebanyakan anak-cucu mereka yang sebaya kak su akan menundukkan kepala merenung lantai hingga kepala hampir mencecah Al Quran (kami mengaji Quran sambil bersila atas lantai mengadap Quran di atas rehal). Ada kalanya wan atau tok wan sengaja 'membedal' rotan ke lantai di sisi sesiapa yang menjadi pilihan mereka, menandakan soalan tersebut ditujukan kepada si polan... kerana semua mata tertumpu ke lantai dan jarang yang berani bertentang mata dengan wan / tok wan, takut disoal... termasuklah kak su! (Pada waktu mengaji kak su selalu pakai selendang mak untuk menutup sebahagian muka bila tiba sesi ini...).
Selalunya kakak-kakak dan abang-abang yang yang hafal perkara-perkara tersebut akan segera menjawab dan mereka dapat pulang lebih awal. Bagaimanapun, di pertengahan jalan mereka akan bersembunyi di sebalik pokok di tepi lorong yang menuju ke rumah wan, sebagai persediaan untuk menyergah kami adik-adik yang tergagap-gagap menjawab soalan wan dan terpaksa pulang kemudian daripada mereka...

Apa pun, disebabkan rumah wan dan rumah ayah serta tok Aki hanya dalam lingungan 100 meter antara satu sama lain, anak-anak cucu wan mengambil kesempatan saat balik mengaji sebagai satu acara lumba lari - iaitu, siapa yang berjaya sampai awal ke rumah akan dapat hadiah. Hadiahnya bukan apa pun, cuma dia akan menjadi putera atau puteri yang 'dijemput' dari rumahnya oleh saudara-saudara yang lain pada keesokan malamnya sebelum beramai-ramai berjalan menuju ke rumah wan untuk mengaji lagi...

Seronok sungguh kalau dapat 'dijemput' oleh 'dayang-dayang dan hulubalang istana', terasa 'gah' meskipun bila tiba di pertengahan jalan mereka dengan sengajanya berlari mendahului si putera atau si puteri di belakang, sambil berteriak, "hantuu... hantuu...." Huh! Apa lagi, putera atau puteri pun ikut serta berlari tercungap-cungap dengan tangan memegang selipar... takut tertinggal di belakang kawan-kawan. Sampai di rumah wan, kami masing-masing akan dimarahi wan. Tok wan biasanya diam saja memerhatikan gelagat anak cucunya yang nakal.

Apakah sifat 20...?

Iaitu sifat-sifat yang wajib bagi Allah swt. Sebagai hamba Allah swt, kita wajib mempercayai sifat 20 ini melalui 2 cara - iaitu secara ijmal atau secara tafsil.

Ijmal
Ijmal bererti beriman dan mengetahui secara ringkas sifat-sifat 20 yang wajib bagi Allah swt, iaitu mempercayai dengan bersungguh-sungguh hati bahawa Allah swt bersifat dengan sifatul Kamal- iaitu bersifat dengan kesempurnaan seperti berkuasa dan berilmu. Allah tidak bersifat dengan sifatul Noqsan- iaitu sifat-sifat yang kekurangan dan kelemahan seperti lemah dan bodoh.

Tafsil
Tafsil bererti beriman dengan sifat-sifat 20 Allah serta mengetahui, memahami huraian dan dalil-dalil ke atas sifat-sifat 20 tersebut.
Allah bersifat wujud. Kewujudan alam ini adalah kerana ada yang menciptakannya, iaitu Allah swt, Tuhan semesta alam. Dia yang menjadikan alam ini dan seluruh makhluknya. Dia juga yang menguasai setiap sesuatu. Tiada siapa pun yang boleh melihat Allah swt selain dari tanda-tanda kewujudanNya. Allah swt mempunyai Zat yang tidak diketahui oleh siapa pun.

Zat Allah swt menjangkau jauh di luar dari gambaran yang ada dalam pemikiran manusia dan makhluk ciptaan Allah swt. Namun atas sifatNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah swt membayangkan diriNya dalam Al-Quran melalui sifat-sifat 20 yang dimilikiNya, dan manusia serta hamba Allah termasuk golongan jin, beriman dan mempercayai sifat 20 Allah ini.

SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI ALLAH

1. Wujud ertinya ada

2. Qidam ertinya sedia

3. Baqa ertinya kekal

4. Muhalafah tu hu Lil Hawadith ertinya menyalahi bagai segala yang baharu

5. Qiyamuhu ni Nafsihi ertinya berdiri dengan sendirinya

6. Wahdaniat ertinya esa (tunggal)

7. Qudrat ertinya berkuasa

8. Iradat ertinya berkehendak

9. Ilmun ertinya mengetahui

10. Hayatun ertinya hidup

11. Samiun ertinya mendengar

12. Basarun ertinya melihat

13. Kalamun ertinya berkata-kata

14. Kaunuhu Taala Qadiran ertinya yang berkuasa

15. Kaunuhu Taala Muridan ertinya yang berkehendak

16. Kaunuhu Taala A'liman ertinya yang mengetahui

17. Kaunuhu Taala Hayyan ertinya yang hidup

18. Kaunuhu Taala Samian ertinya yang mendengar

19. Kaunuhu Taala Basiran ertinya yang melihat

20. Kaunuhu Taala Mutakaliman ertinya yang berkata-kata


Adakah kita hafal dan benar-benar mendalami sifat-sifat 20 Allah swt...?



Selamat beramal di 10 hari terakhirRamadhan 1432H ^.^


Terima kasih kerana sudi membaca..






Dengarlah...

Labels: , ,

Dia seorang Paderi, anak kepada Ketua Paderi yang ada 15 buah Gereja di bawah jagaannya...... Dengarlah bicara hatinya bagaimana dia memeluk Islam malah mengislamkan beribu orang2 Kristian lain dan seterusnya mengislamkan ke dua ibu bapanya yang tercinta....

Kasih sayang dan kekuatan hatinya mencari agama yang benar dan kemudiannya berjihad demi Allah swt menjadikan Father Johanis seorang Muallaf yang lebih baik dari orang2 biasa yang secara alaminya dilahirkan dalam keluarga Islam. Dengarlah pengakuannya, semoga kita mendapat iktibar dan menambahkan kekuatan iman dan jihad kita kepada Allah..... Semoga dia dirahmati Allah swt.













GOD..? : Points To Ponder

Labels: ,


An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, the Almighty. He asks one of his new Muslim students to stand and…

Professor: You are a Muslim, aren’t you, son?

Student : Yes, sir.

Prof: So you believe in God?

Student : Absolutely, sir.

Prof: Is God good?

Student : Sure.

Prof: Is God all-powerful?

Student : Yes.

Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn’t. How is this God good then? Hmm?

(Student is silent.)

Prof: You can’t answer, can you? Let’s start again, young fella. Is God good?

Student :Yes.

Prof: Is Satan good?

Student : No.

Prof: Where does Satan come from?

Student : From…God…

Prof: That’s right. Tell me son, is there evil in this world?

Student : Yes.

Prof: Evil is everywhere, isn’t it? And God did make everything. Correct?

Student : Yes.

Prof: So who created evil?

(Student does not answer.)

Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they?

Student :Yes, sir.

Prof: So, who created them?

(Student has no answer.)

Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son…Have you ever seen God?

Student: No, sir.

Prof: Tell us if you have ever heard your God?

Student : No , sir.

Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?

Student : No, sir. I’m afraid I haven’t.

Prof: Yet you still believe in Him?

Student : Yes.

Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn’t exist. What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Prof: Yes. Faith. And that is the problem science has.

Student : Professor, is there such a thing as heat?

Prof: Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Prof: Yes.

Student : No sir. There isn’t.

(The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events).

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There is pin-drop silence in the lecture theatre).

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Prof: Yes. What is night if there isn’t darkness?

Student : You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light….But if you have no light constantly, you have nothing and it’s called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t. If it were you could be able to make darkness, darker, wouldn’t you?

Prof: So what is the point you are making, young man?

Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Prof: Flawed? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure.

Sir, science can’t even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?

Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class is in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain?

(The class breaks out into laughter.)

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it?…..No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable)

Prof: I guess you’ll have to take them on faith, son.

Student : That is it sir.. The link between man & God is FAITH. That is all that keeps things moving & alive.





GOD ? : Points To Ponder..(1)

Labels: ,


KENAPA TAK BOLEH LIHAT ALLAH...???

Di bawah adalah soal jawab di antara Ustaz Saiful (Saifulislam) dengan seorang pelajar tingkatan 4 yang menyertai kem motivasi beliau tentang sesuatu yang mungkin menyentuh hati kita untuk difikirkan dan direnungkan bersama.

"Allah bagi semua benda supaya kita percaya Dia. Bagi Quran, bagi alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tak bagi. Dan saya rasa disebabkan oleh Allah tak bagi yang ini, saya susah nak bulatkan kepercayaan saya kepada-Nya. Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?

Sepi seketika.

Awak pelajar kelas Sains ke?”
Ya” .

Ok, ustaz jawab ikut pelajaran Sains awak ya!

Dia mengangguk.

Untuk membolehkan kita melihat sesuatu, benda itu mestilah lemah. Lemah dalam erti kata ia perlu tunduk kepada undang-undang tertentu. Awak rasa undang-undang apa?

Sunnatullah!

Kita ketepikan istilah Sunnatullah. Kita guna istilah yang awak lebih familiar. Benda yang kita nak tengok, ia kena lemah dalam erti kata, ia kena tunduk dan tertakluk kepada hukum Sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, ditafsirkan oleh mata, dihantar ke otak dan difahami sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada ‘di atas’ undang-undang tersebut. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu Sains”

Terkenang diskusi saya bersama Prof. Khazani dan beberapa orang rakan tentang hal-hal sebegini. Memanfaatkan Sains untuk mengukuhkan kepercayaan.

Maksud ustaz, bukan Allah tak bagi kita tengok Dia, tapi kita yang tak mampu tengok Dia?

EXACTLY!!! Benar. Betul sekali

Itulah makna kita menyebut Allahu Akbar!

Beliau mengangguk faham....


Moral:

Kita jangan hanya mengikut ajaran Islam, malah setiap sesuatu... Sebaliknya cubalah kita menjadi penganalisa agar kita benar-benar faham ajaran agama yang kita anuti, maksud yang tersurat dan tersirat....

Kalau tak faham, kita sama-sama angkat tangan dan bertanya pada yang 'ahli'. Lebih-lebih lagi bersangkutan hal-hal agama! Ilmu kita umpama setitik air di tujuh buah lautan.......Ayat ni kak sue suka....."Learning is unending process.....".






Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."