feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Tanda-Tanda Kematian

Labels: ,


Kematian adalah kesudahan bagi setiap hayat yang bernyawa. Setiap insan pasti tidak dapat memungkiri janji Allah apabila ajal datang menjemput, walau sedetik pun, dan biar di mana pun kita berada, di darat, di laut, di angkasa, mahupun bersembunyi di dalam kubu yang amat kebal, malaikat maut pasti datang menarik roh keluar dari jasad, untuk kembali mengadap Yang Maha Pencipta, Allah s.w.t.

Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah menzalimi hambaNya. Tanda-tanda isyarat kematian yang Allah berikan, meskipun amat mengerikan, bertujuan agar kita dapat bersedia dalam perjalanan terakhir mengadap Allah s.w.t. dengan segera bertaubat, serta menggandakan amalan kita. Malah kita juga dapat menyediakan keadaan diri (jasad) dengan sebaik-baiknya bagi memudahkan penyempurnaan jenazah kita untuk dikebumikan. Seandainya kita dapat merasai tanda-tanda kematian kita, maka sempatlah pula kita berpesan atau berwasiat kepada anak, isteri atau suami, serta sanak saudara yang akan ditinggalkan buat selama-lamanya nanti. Semua tanda-tanda kematian ini diberikan Allah kepada umat Islam, terutama golongan mukminin, manakala orang-orang kafir dan yang mengingkari perintah Allah semasa hayatnya akan direntap rohnya dengan kasar tanpa sebarang peringatan atau tanda-tanda, sesuai dengan kekufuran mereka terhadap kekuasaan Allah s.w.t.

Rasulullah s.aw. di saat akhir kewafatan baginda, mampu menceritakan kesukaran menghadapi sakaratul maut, dari awal hinggalah berakhirnya hayat baginda. Baginda menceritakan bagaimana malaikat Izrail menangis kesedihan kerana tidak sanggup memisahkan roh dari jasad baginda serta tidak sanggup pula melihat baginda kesakitan sewaktu perjalanan roh baginda ditarik keluar dari jasad, sedangkan Allah telah memerintahkan malaikat Izrail menarik roh baginda dengan cara yang paling lembut di antara hambaNya yang lain. Imam Ghazali pula diriwayatkan memperolehi tanda-tanda kematian beliau sehingga beliau sempat melakukan sendiri sebahagian besar persiapan menghadapi sakaratul maut. Beliau dikatakan dapat memandikan, mewudukkan dan mengkafankan diri beliau sendiri sehinggalah apabila perjalanan rohnya telah sampai ke bahagian kepalanya, beliau terpaksa meminta bantuan abangnya Imam Ahmad Hambali untuk menyambung penyempurnaan jenazah beliau.

Sesungguhnya tanda-tanda kematian itu berlaku dalam beberapa peringkat:

Tanda 100 hari sebelum mati:
Ia berlaku selepas waktu Asar, sama ada disedari atau tidak oleh mereka yang mendapatnya. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran yang seakan-akan menggiggil. Tanda-tanda awal ini jika disedari amat menguntungkan kerana kita mempunyai masa untuk meyiapkan diri mengadap Illahi membayar segala hutang piutang kita terhadap Allah s.w.t. dan sesama manusia.

Tanda 40 hari sebelum mati:
Ia berlaku selepas waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Ketika ini daun yang tertulis nama kita gugur dari pohon yang terletak di Arash. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya untuk memisahkan roh dari jasad kita. Ia akan mengikuti kita sepanjang masa dan akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu kepada kita, dan jika ini terjadi, kita akan menjadi bingung seketika. Malaikat maut ini cuma satu namun kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum mati:
Tanda ini diberikan kepada mereka yang diberi musibah kesakitan, di mana orang yang sakit tenat atau tidak makan akan tiba-tiba berasa sihat dan berselera untuk makan.

Tanda 3 hari sebelum mati:
Bahagian tengah dahi iaitu di antara dahi sebelah kiri dan kanan akan berdenyut-denyut. Apabila tanda-tanda ini datang, hendaklah kita berpuasa supaya usus kita tidak mengandungi banyak najis untuk memudahkan urusan memandikan jenazah kita nanti. Ketika ini mata hitam kita juga tidak akan bersinar lagi dan kedudukan hidung kita agak jatuh sedikit jika dilihat dari bahagian sisi. Telinga kita juga akan layu iaitu di bahagian hujungnya akan beransur masuk ke dalam. Tapak kaki kita jika dilunjurkan akan jatuh dan sukar ditegakkan seperti kebiasaannya.

Tanda 1 hari sebelum mati:
Ia juga berlaku selepas waktu Asar. Ubun-ubun di atas kepala kita akan berdenyut-denyut menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda akhir sebelum mati:
Bahagian pusat kita akan kesejukan dan ia akan turun ke bahagian pinggang dan seterusnya kesejukan ini akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini, janganlah sesekali kita lalai dari mengingati Allah. Ucapkanlah kalimah Syahadah dan berdiam dirilah menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput roh kita kembali kepada Maha Pencipta yang menghidupkan kita selama ini, dan kini mematikan kita pula.

Sue~ Sesungguhnya marilah kita beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Bertaubat dan mohonlah keampunan dari Allah Yang Maha Mengasihi dan Maha Mengampuni, semoga setiap helaan nafas dan gerak jantung kita dipenuhi dengan zikirullah yang menjadikan kita hambaNya yang diberkati. Berdoalah kita agar diberi kesedaran dan peka dengan tanda-tanda kematian kita, semoga kita sempat membuat persiapan terakhir sebelum roh bercerai dari jasad. Dari Allah kita semua datang, kepadaNya jugalah kita akan kembali.




2 comments:
gravatar
Samad said...
September 7, 2010 at 3:32 PM  

Salam saudara. Saya ingin bertanya kepada saudara ttg perkara ini

Tanda 100 hari sebelum Mati - Mengeletar seluruh tubuh selepas waktu ASAR. Blh
tau adakah diantara waktu ASAR dan Maghrib, atau ASAR dan SUBUH

Tanda 40 hari sebelum Mati- Adakah denyutan ini akan berlaku betul2 di pusat?
Adakah hulu hati termasuk bahagian pusat? Dan ada kah denyutan ini kerap berlaku
selama 40 hari (hingga tanda akhir) atau berlaku sekali sahaja iaitu pada hari
40 sebelum mati.Blh tau adakah diantara waktu ASAR dan Maghrib, atau ASAR dan
SUBUH

gravatar
Sueozana said...
September 9, 2010 at 3:52 AM  

>> Sdr Samad
Wlkmslm..

Tanda2 kematian ini lbh bersifat subjektif.

1-Berdasarkan sumber rujukan saya, "SAKIT Apakah Ubatnya- penelitian Drpd Al-Quran dan Hadis" - Wan Md Jamal Bin Haji Wan Saman,dr WJSB Resources, serta pembacaan2 dr artikel di internet, kebanyakannya hanya menyatakan tanda2 tsbt dirasai SELEPAS ASAR, tanpa ulasan lanjut.

Sukar utk saya pastikan secara TEPAT (kerana belum merasainya). Bgaimana pun, secara 'akli (akal dan logik) saya berpendapat tanda2 ini akan berlaku pada waktu selepas Asar dan sebelum Maghrib. Alasan: Kerana pada waktu Asar inilah berlakunya pertukaran (Shift) para Malaikat di mana para malaikat dr bumi/dunia (yg bertugas dr waktu Subuh hari tsbt)akan naik ke langit membawa catatan amal setiap manusia kepada Allah swt DAN malaikat dari Arsy akan turun ke bumi/dunia utk memulakan tugasan mereka sehingga Subuh esoknya.

Alasan ini disandarkan juga kpd tanda2 40 hari kematian; iaitu, pada waktu sesudah 'Asar inilah daun yang tercatit nama kita digugurkan dari pohonnya di Arsy. Jelas bahawa ia BERLAKU sebaik sesudah masuk waktu 'Asar.

2-Samada tanda2 tersebut akan terus dirasai sehingga tibanya skaratulmaut atau HANYA seketika pada hari ke 40 (dll), juga TIDAK diterangkan secara terperinci.

Namun, berdasarkan pemerhatian saya secara realiti, tanda2 yg jelas bermula dr 7 hari hgga tanda akhir sblum kematian mmg dirasai sehingga kedatangan sakaratul maut (melainkan kematian mengejut spt accident, tanda2 akhir kematian - kesejukan dr pusat - tidak dpt dipastikan).

Wallahu'alam.

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."