
AL-FATIHAH
*************************


Aminulrasyid 1: Tragedi Dan Pembelaan

2:37pm - Malaysia Kini
![]() |
"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.
![]() |
Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca." Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.
Laporan polis
Sementara itu, kira-kira jam 2 petang tadi, Norsiah turut membuat laporan di ibupejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 11, antaranya menuntut kes anaknya itu disiasat ibu pejabat polis Bukit Aman sendiri.
“Saya meminta supaya suatu siasatan yang bebas dijalan oleh polis daripada ibu pejabat persekutuan PDRM (Polis Diraja Malaysia) Bukit Aman ke atas semua pihak polis yang terlibat termasuk pegawai atasan yang membenarkan insiden ini berlaku,” dakwanya dalam laporan tersebut.
Beliau ditemani beberapa pemimpin PKR dan aktivis peguam ketika membuat laporan tersebut. Turut hadir ialah ketua penerangan PKR Latheefa Koya, exco kerajaan Selangor Yaakob Sapari, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli parlimen Kapar S Manikavasagam.
Aktivis peguam pula yang menawarkan diri sebagai peguam keluarga terbabit N Surendran dan Puspawati Rosman, turut hadir.
Norsiah bagaimanapun enggan bercakap panjang kepada media kerana sudah mengadakan sidang akhbar di rumahnya di sebelah pagi.
“Saya mahukan pembelaan untuk (arwah) anak saya,” katanya ringkas.
Sementara itu, dalam laporan polisnya petang ini, yang salinannya ditunjukkan oleh Latheefa, Norsiah mempersoalkan kenapa kereta yang dipandu anaknya tidak ditahan atau dihalang sahaja kerana “Tiada ada apa-apa sebab munasabah kenapa pihak polis perlu menembak”.
"Saya ingin menegaskan anak saya tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan tidak pernah terlibat dalam apa jua kes jenayah termasuk rompakan,” dakwanya dalam aduannya itu.
Ibu tunggal kepada lapan anak itu mendakwa, berdasarkan tembakan yang dilepaskan dari belakang, anaknya bukan satu ancaman kepada keselamatan pihak polis.
Tembak remaja: Polis rakam keterangan saksi utama Polis merakamkan petang ini keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu. Saksi tersebut yan
Peguam Gobind Singh Deo (kanan) yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini. Gobind Singh tiba di IPK Selangor pada kira-kira 3.15 petang. Sebelum itu, kira-kira jam 3 seorang pelajar - dipercayai saksi - tiba bersama ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali dalam sebuah kereta.
"Saya dimaklumkan siasatan hampir siap dan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk diambil tindakan," katanya. Saksi ditemani anggota keluarga dan ahli parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali. Gobind yang juga ahli parlimen Puchong berharap siasatan kes tersebut dalam diselesaikan dengan segera bagi mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan. Ditanya keadaan anak guamnya, Gobind berkata pelajar terbabit masih trauma, tertekan dan terkejut. Dalam perkembangan berkaitan, seorang peguam keluarga Aminulrasyid memberitahu Malaysiakini, ibu Aminulrasyid - Norsiah Mohamad, kakak arwah Norazura Amzah dan suaminya Muzaffar Mahali turut dirakamkan kenyataannya di IPK yang sama petang ini. Jimadie Shah Othman, Apr 28, 2010 1:06pm - Malaysia Kini Inkues di bawah kuasa kehakiman perlu ditubuhkan bagi menyiasat remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu.
“Mengambil kira kepentingan rakyat, punca kematian sedemikian hendaklah dikendalikan mengikut prosedur mahkamah dan satu inkues di bawah kuasa kehakiman ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataaan media, hari ini. Katanya, insiden itu amat menggemparkan dan lebih mendukacitakan lagi apabila polis melabel remaja berkenaan sebagai “penjenayah” untuk menepis kelemahan mereka. “Sikap ini amat mengecewakan dan tidak adil terhadap keluarga mangsa dan tidak ada kaitan dengan pembunuhan remaja tersebut. “Jumlah kematian yang semakin meningkat akibat ditembak polis menimbulkan prasangka masyarakat bahawa anggota polis amat cuai dan tidak mengikut prosedur ketika menjalankan tugas,” kata Kesavan. Menurut bel
Kesavan juga menggesa pihak polis dan kerajaan bertindak segera untuk memastikan keadilan ditegakan dan hukuman yang setimpal dikenakan terhadap anggota-anggota yang terbabit. Malaysia Kini, Apr 29, 2010 1:40pm Saksi langgar kereta diminta beri keterangan Polis masih menunggu penampilan saksi yang terlibat dalam pelanggaran dengan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati ditembak ketika dilaporkan cuba melarikan diri daripada dikejar kereta peronda polis di seksyen 11, Shah Alam pada jam 2 pagi, Isnin lalu, untuk memberi keterangan.
Beliau meminta kerjasama mereka termasuk yang melihat kejadian itu agar tampil atau menghubungi mana-mana balai polis untuk memberikan maklumat. "Kita berharap saksi-saksi ini dapat segera tampil agar keterangan daripada mereka dapat diambil," katanya. Khalid berkata polis berharap semua pihak terutama ahli keluarga Aminulrasyid bersabar dan memberi kepercayaan kepada polis untuk menyelesaikan siasatan kes itu. Bernama, Apr 29, 2010 7:00 pm Ringkasan: "Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi pada hari Isnin 26 April 2010 di Seksyen 11, Shah Alam, Selangor, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, Amirulrasyid Amzah telah meninggal dunia selepas kepalanya terkena tembakan yang dilepaskan dari belakang oleh anggota polis peronda, apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri sewaktu dikejar polis selepas kereta yang dipandu Aminulrasyid bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelumnya." Insiden di atas telah mendapat liputan meluas pihak media dan telah menarik perhatian berbagai pihak terbabit di seluruh negara, dalam usaha mencari pembelaan dan ketelusan dalam penyiasatan kes. Antaranya: Menteri Pertanian dan Industri Asas yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar: Pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah tersebut dan akan membawa perkara ini untuk perbincangan di kabinet bagi perhatian kerajaan. Dato' Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia. Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya. Apr 27, 2010, 3:56pm -Jimadie Shah Othman, Malaysia Kini Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan: Memberi jaminan polis tidak akan menyembunyikan sebarang fakta berhubung siasatan insiden tersebut. Polis akan membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah mengambil langkah segera dengan menubuhkan satu panel khas bagi menyiasat insiden itu, katanya. Musa yang turut melahirkan rasa sedih atas insiden tersebut turut menasihatkan agar ibu bapa perlu lebih prihatin menjaga anak-anak mereka bagi mengelakkan mereka daripada keluar rumah pada waktu yang tidak sepatutnya dan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.Apr 28,2010, 2:44pm Bernama Majlis Peguam: Presiden, Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan: Seksyen 328 Kanun Prosedur Jenayah harus digunakan bagi membolehkan inkues dijalankan setiap kali berlakunya kematian ketika polis menjalankan operasi. Mengambil kira kepentingan rakyat, punca kematian sedemikian hendaklah dikendalikan mengikut prosedur mahkamah dan satu inkues di bawah kuasa kehakiman ditubuhkan ~ Katanya dalam satu kenyataaan media, hari ini. Apr 29, 2010 1:40pm, Malaysia Kini Ahli parlimen Puchong: Gobind Singh Deo: Bertindak sebagai peguambela rakan yang ada bersama mangsa sewaktu kejadian. Apr 27, 2010, 5:22pm -Jimadie Shah Othman, Malaysia Kini Kerajaan Negeri Selangor: Menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim: Dilaporkan akan menemui Ketua Polis Negeri, Datuk Khalid Abu Bakar untuk mendapatkan penjelasan dan akan memantau perkembangan lanjut. Apr 27, 2010 7:58pm -Regina Lee, Malaysia Kini |
|
Komen Tentang Blog Ini:















*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."

April 30, 2010 at 12:02 PM
Bagusnya. Penerangan yg pnjg lebar. Mmg pengajaran kat bdk2 remaja. Kes adik saya dulu..dia main ambik je kereta masa smua dah tidur. peri ambik kwn dia yg keluar pakai baju tidur je. jln2 pusing kwsn perumahan kitorg. tiba2 ada 2,3 bdk motor kejar. dia bwk la laju2 smbil kwn dia call2 kwn yg lain bgtau. diorg tak kluar higway besar pun. pusing dlm kwsn perumahan kitorg. rupa2nya bdk2 motor tu polis preman. kira salah phm.
sudahnya adik dgn kwn dia masuk lokap. polis tak contact lgsung ibu bapa. adik ditmptkan kat balai brickfield tempt jenayah juvana. saya susah2 cari adik. contact 1 demi 1 balai polis area lembah klang. time dtg buat repot diorg tak layan. pndg muka pun tak. coz kitorg smua perempuan. hemmm penat nak crita. sedih pun ada dgn sikap polis msia ni. walau bkn smua. apapun kes adik amirulrasyid ni mengingatkan saya. rasa sedih sgt bila benda2 mcm ni jadi. umpama tiada tempat unt mengadu dah. sbb ianya melibatkan pihak polis. sedih sgt2. smoga keluaraga arwah dpt pembelaan sewajarnya.
June 15, 2010 at 11:09 AM
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Semoga menjadi iktibar buat semua..
October 23, 2022 at 1:42 AM
This was loovely to read
Post a Comment