feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Cinta Gagak Hitam: Senangnya Wanita Tempatan Hilang Maruah Dan Harta

Labels: ,

KES 1: KUALA LUMPUR, Seorang wanita yang sudah bercucu bukan saja lebur lebih RM600,000, malah tergamak mengheret suaminya yang menghidap penyakit angin ahmar ke mahkamah untuk menuntut cerai selepas menjadi angau dek panahan cinta palsu playboy warga Afrika.

Kata Sofea (bukan nama sebenar), dia mula menyedari diperdayakan apabila wang simpanan serta tabungan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah lebih RM600,000 hangus begitu saja. Apabila mengetahui kekasih hatinya ditahan pihak berkuasa, Sofea masih menghubunginya dan menyediakan tiket penerbangan untuk lelaki tersebut pulang ke Nigeria pada Mei tahun lalu.

Dia juga sanggup menaiki penerbangan selama 14 jam untuk ke negara terbabit semata-mata untuk bertemu lelaki berusia 42 tahun itu, dan terkejut apabila mendapati lelaki itu yang dikenali sebagai Fareed hidup mewah dengan memiliki pelbagai aset seperti perniagaan, ladang ternakan ikan, beberapa unit pangsapuri yang disewakan serta banglo mewah hasil kegiatan jahat dengan memperdayakan wanita bukan saja di Malaysia, malah beberapa negara lain.

Setiap kali dihantar pulang oleh pihak berkuasa tempatan Si Gagak Hitam ini akan mencari lokasi baru untuk dikunjungi semata-mata mengikis wanita malang lain sebagai cara mudah mencari kekayaan. Bagaimanapun, menurut Sofea, lelaki terbabit masih menghubunginya menggunakan SMS bagi meminta bantuan kewangan menggunakan pelbagai alasan di samping berjanji akan mengahwininya.

Menurut Sofea, dia diperkenalkan kepada Fareed oleh rakannya yang turut menjalin hubungan dengan lelaki Afrika. Sofea juga pernah diserang teman wanita Fareed yang lain kerana didakwa merampas Fareed sewaktu kekasih hatinya masih berada di Malaysia, namun Sofea tidak peduli, malah sanggup berjanji sehidup semati dengannya.

“Di awal perkenalan, Fareed sering menyediakan makanan dan saya dihidangkan makanan negara asalnya iaitu pisang bakar dan herba. Bermula daripada situ, saya menjadi gila bayang seolah-olah angau walaupun pada mata kasarnya Fareed bukan kacak. Hidup saya terasa indah dek termakan janji manisnya, apatah lagi saya yang bergelar nenek dipanggil dengan panggilan manja seperti ‘sweetheart’, ‘baby’ dan ‘princess’. Semua itu menyebabkan saya 'cair' serta lupa diri dan suami yang sakit".

Sofea seperti lembu dicucuk hidung. Apa saja permintaan lelaki ini, termasuk menyewakan sebuah kondominium untuknya, diturutkan walaupun keadaan kewangan Sofea sendiri tidak menentu. Dia berubah sikap daripada seorang wanita yang cermat kepada pemboros gara-gara mengikut kehendak kekasih hatinya, hingga licin semua wang simpanan dan tabungan KWSP hasil titik peluhnya bekerja selama 30 tahun.

Kehidupan Sofea kini semakin terumbang ambing serta hilang pedoman serta kesal kerana tindakan bodohnya telah menyebabkan keluarganya kini berpecah belah, apatah lagi anak kini tidak mempercayainya. Dia telah mendahulukan keperluan dan permintaan si Gagak Hitam kekasih hatinya, walaupun dalam keadaan anaknya memerlukan bantuan darinya sebagai ibu.

Sofea turut menunjukkan SMS kiriman Fareed yang penuh kata-kata manis, antaranya: “Good nyte my sweetheart, thank 4 all the love and kindness... i believe u darling. i want to live the rest of my life with u. Baby, u r my pride.. i want to join u as as soon as possible. Sleep well and dream of me, your poor lonely husband.

Sofea kini percaya kebanyakan warga Afrika yang menjalin hubungan dengan wanita tempatan mempunyai niat terselindung sama ada mahu mengikis harta mereka, sekadar memuaskan nafsu atau menjadi alat bagi melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Bagi memudahkan menjerat mangsa, mereka dipercayai menyiasat latar belakang seseorang itu, terutama wanita berusia dan bekerjaya sepertinya yang dahagakan perhatian lelaki bagi memudahkan menjalankan misi menipu serta mengikis harta mereka.

KES 2: KUALA LUMPUR, Seorang janda yang terpikat dengan sikap romantik seorang lelaki Afrika menyebabkan dia kini terseksa apabila wang simpanannya lesap dilarikan teman lelakinya itu.Wanita terbabit yang berusia 44 tahun yang juga seorang pegawai bank seolah-olah tidak percaya teman lelakinya itu sanggup meninggalkannya sedangkan mereka bahagia dengan perhubungan yang dijalinkan hampir setahun lalu. Hanya ingin dikenali sebagai Azie, mangsa berkata dia berkenalan dengan teman lelakinya itu di sebuah pusat beli-belah di ibu negara pada pertengahan tahun lalu.


“Sejak bercerai, hati saya seolah-olah tertutup bercinta lagi, namun apabila menemui Youssof yang berusia 10 tahun lebih muda daripada saya, hidup saya lebih bermakna.

“Youssof mendakwa datang ke negara ini sebagai pelajar, namun dia sentiasa meluangkan masa bersama saya menyebabkan diri rasa dihargai,” katanya ketika di temui baru-baru ini.

Menurutnya, setelah beberapa bulan menjalinkan hubungan, dia mula mempercayai lelaki Afrika terbabit walaupun dinasihatkan rakannya untuk berhati-hati. “Sebelum ini saya sering mendengar helah lelaki Afrika yang sering memperdayakan wanita tempatan, namun penangan cinta sejati Yousoff menjadikan saya buta hati untuk meninggalkannya. Sewaktu bersamanya, semuanya indah hingga saya sanggup berkorban apa saja untuk dia termasuk melayan nafsunya serta memberikan wang ringgit,” katanya yang mula meminjamkan RM3,000 setelah sebulan berkenalan.

Namun, selepas itu, teman lelakinya itu sering meminta meminjamkan wang termasuk bagi membuat pembayaran sewa sebuah unit kondominium mewah di ibu negara sebagai lokasi mereka bermadu asmara.

Setiap kali meminjamkan wang kepadanya Yousoff berjanji akan memulangkan dua kali ganda wang terbabit. Kadang-kadang saya cuba menipunya untuk tidak memberikan wang, namun belaian Yousoff membuatkan Azlie cair.

Azie berkata, kali terakhir dia meminjamkan wang RM26,000 kepada Yousoff yang mendakwa kesempitan wang untuk membiayai yuran pengajiannya ialah bulan lalu.

“Sejak itu, Yousoff gagal dihubungi dan rumah sewanya juga kosong. Pada mulanya saya tidak mahu berprasangka buruk, namun akhirnya terpaksa akur yang saya diperdayakan.

“Wang simpanan lebih RM80,000 habis diserahkan kepadanya sedangkan ia sepatutnya digunakan untuk pengajian dua orang anak saya yang masih bersekolah,” katanya yang membuat laporan polis kerana ditipu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abd Ghany yang ditemui mengesahkan laporan itu dan sedang menjejaki suspek.

“Siasatan awal mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu mendapati suspek menggunakan beberapa identiti dan kami sedang bekerjasama dengan kedutaan terbabit bagi menjejakinya,” katanya ketika dihubungi semalam.

# Kejadian seperti ini boleh ditakrifkan sebagai " Melampau" kerana dalam 1 minggu ini sudah 2 kali kejadian sama menimpa gadis dan isteri warga Malaysia diperdaya .. selain sikap kesedaran kaum wanita ... pihak kerajaan Malaysia seharusnya mengambil tindakan sebelum perbuatan ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Malaysia.





0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."