AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
Mimpi: Bagaimana menafsirnya
Posted by
Sueozana
Labels:
Dicelah Kehidupan,
Pedoman Hidup
Seringkali apabila kita bermimpi, sebaik terjaga dari tidur kita akan tertanya-tanya apakah maksud di sebalik mimpi yang kita alami itu. Justeru jika ditanya pada orang-orang di sekeliling kita, baik keluarga mahupun rakan-rakan, banyak pulalah tafsiran yang diberi, sehingga kita sendiri kadang-kadang menjadi pening dan kebingungan....mana satukah tafsiran yang benar???
Sedar atau tidak, penafsir-penafsir mimpi 'yang tak bertauliah' ini, kadangkala memberikan tafsiran yang salah dan memberi kesan yang negatif kepada orang yang bermimpi tersebut. Jadi sewaktu menafsir mimpi, janganlah kita berlagak pandai atau menafsir secara sembarangan sahaja. Biarlah ia berdasarkan garis panduan yang ada dalam agama kita, Islam yang suci dan lengkap...! Di zaman Khulafa' Rasyidin sekalipun telah terdapat penafsir-penafsir mimpi yang menafsir mimpi secara beretika dengan mengikut garis panduan Islam.
Pentafsir Mimpi Terkemuka Islam
Imam Ibnu Sirin ialah pengarang kitab "Tafsirul Ahlam" (Kitab Tafsir Mimpi - تفسير الاحلام). Muhammad bin Sirin atau lebih dikenali sebagai Ibnu Sirin adalah seorang Tabiin yang dilahirkan pada zaman pemerintahan Khalifah Othman bin Affan r.a. Bapa beliau (Sirin) adalah merupakan seorang hamba yang dimiliki oleh Anas bin Malik yang kemudian dia dimerdekakan oleh Anas. Ibu beliau yang bernama Safiah adalah hamba perempuan kepada Abu Bakar As-Siddiq r.a yang akhirnya dia juga turut dimerdekakan. Bapa dan ibu beliau terkenal sebagai orang yang soleh dan memiliki budi pekerti yang baik.
Ibnu Sirin dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang dikelilingi dengan sifat-sifat takwa dan warak. Beliau sempat bergaul dengan sebilangan besar para sahabat radiallahi anhu seperti Zaid bin Thabit, Imran bin Al-Husain, Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abdullah bin Az-Zubair, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar dan lain-lain lagi.
Pernah menghasilkan Kitab Tafsir/Takwil/Takbir Mimpi Menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah, Imam Ibnu Sirin berkata: "Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan".
Pernah menghasilkan Kitab Tafsir/Takwil/Takbir Mimpi Menurut Al-Qur`an dan As-Sunnah, Imam Ibnu Sirin berkata: "Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan".
Kisah Ibnu Sirrin menafsir mimpi isteri raja
Pada suatu malam, isteri seorang raja telah bermimpi. Mimpinya amat ganjil. Beliau telah bermimpi bersetubuh dengan seekor burung. Oleh kerana malu, isteri raja itu telah memanggil khadamnya lalu menceritakan mimpinya kepada khadamnya dan diperintahkannya supaya pergi menemui Ibnu Sirrin minta ditafsirkan alamat mimpinya yang ganjil itu dengan syarat, perlu dirahsiakan namanya.
Ibnu Sirrin tersenyum setelah mendengar mimpi itu. Pada hematnya, tukang penyampai mimpi ini bukanlah tuan punya sebenarnya mimpi yang diceritakan. Oleh kerana berpegang kepada amanah, khadam ini mohon izin untuk balik menemui tuannya dahulu dan memberitahu hal sebenarnya kepada tuannya.
Setelah isteri raja mendengar telahan Ibnu Sirrin, baginda terpaksalah memberi izin kepada khadamnya untuk memberitahu bahawa sebenarnya, dialah yang bermimpi. Setelah Ibnu Siirin mendengar nama isteri raja disebut, beliau berkata: "Sekarang, barulah padan!" Rupa-rupanya, Ibnu Sirrin mentafsirkan bahawa isteri raja itu akan membuat kebajikan membina terusan air di Mekah yang mana terusan air ini boleh dimanfaatkan oleh burung-burung serta ribuan jemaah haji. Jadi, kalau setakat kuli atau khadam raja yang bermimpi, tentulah tidak padan tafsirannya.
Kategori Mimpi
Mimpi sebenarnya terbagi kepada dua: mimpi yang benar dan yang batil (palsu, tidak benar). Mimpi yang benar ialah mimpi yang dialami insan yang beriman ketika keadaan psikologi atau mentalnya seimbang. Ia merupakan perkhabaran yang didatangkan melalui mimpinya, terutama apabila seseorang itu sememangnya bermohon kepada Allah swt untuk diberikan petunjuk, dengan melakukan solat Istikharah, atau Tahajjud, berdoa n tertidur dalam keadaan berwuduk n berzikir.
Dari Az Zuhri Ibnu Al Musayyab dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah saw telah bersabda: " Sesungguhnya mimpi orang-orang Mukmin iti adalah sebahagian dari 46 kenabian." Dalam hadis lainnya disebut 70 tanda kenabian (Hadis Sahih Riwayat Muslim, Turmizi dan Bukhari).
Mimpi yang benar pula tidak didahului dengan adanya pemikiran dan desakan keinginan akan sesuatu yang kemudiannya muncul dalam mimpi. Mimpi yang benar tidak datang sewaktu dalam keadaan berjunub, haid dan bernifas. Manakala mimpi yang batil pula ialah yang ditimbulkan oleh bisikan nafsu, keinginan, dan hasrat.
Mimpi demikian tidak perlu ditafsirkan. Demikian pula mimpi “basah” dan mimpi lain yang
mewajibkan mandi dikategorikan sebagai mimpi yang batil kerana tidak mengandung makna. Sama halnya dengan mimpi yang menakutkan dan menyedihkan, kerana ia berasal dari mainan syaitan.
Allah s.w.t telah berfirman, “Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berdukacita, sedangkan ia tidak memberi mudarat sedikitpun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allahlah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.” (al-Mujaadilah: ayat 10)
Jika seseorang itu mengalami mimpi yang tidak disukai, disunnahkan melakukan lima pekara:
*-mengubah posisi tidur
*-meludah ke kiri sebanyak tiga kali
*-memohon perlindungan kepada Allah dari bahayanya dan godaan syaitan yang terkutuk
*-bangun dan menunaikan solat sunat
*-Tidak menceritakan mimpinya kepada siapa pun.
Abu Sa’ad berkata, “Orang yang bermimpi hendaklah memelihara etika yang perlu dipegang teguh dan memiliki batasan-batasan yang selayaknya dan tidak melampaui. Demikian pula halnya dengan penafsir mimpi.”
Langkah yang perlu bagi orang yang bermimpi ialah:
1-Tidak menceritakan mimpinya kepada orang yang hasad, sebagaimana dikatakan Ya’kub kepada anaknya Nabi Yusuf a.s, “Ayahnya berkata, ‘Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka akan membuat makar untuk membinasakanmu.” (Yusuf: 5).
2-Jangan menceritakan mimpinya kepada orang yang bodoh. Nabi saw. bersabda, “Janganlah kamu menceritakan mimpimu kecuali kepada orang yang dicintai atau kepada orang
yang pandai.”
3-Janganlah menceritakan mimpi kepada sesiapa kecuali secara rahsia kerana dia pun seharusnya melihatnya secara rahsia pula. Jangan menceritakannya kepada anak-anak dan wanita ditakuti tersalah tafsir atau mendatangkan prasangka yang tidak baik. Bagaimanapun, jika seseorang itu bermimpi indah, sunat diceritakan kepada orang lain. Sebaiknya mimpi itu diceritakan menjelang awal tahun dan pada pagi hari, bukan sesudah keduanya.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw setelah bersolat Subuh lalu menghadap mukanya kepada para jemaah lalu bersabda: " Adakah di antara kalian yang bermimpi indah semalam?" Hadis Sahih riwayat Muslim.
Langkah yang perlu bagi penafsir mimpi adalah:
1-Jika saudaranya menceritakan mimpi kepadanya, maka katakanlah, “Aku kira mimpi itu baik.”
2-Hendaknya menafsirkan mimpi dengan cara yang paling baik. Diriwayatkan bahwa
Nabi saw. bersabda, “Mimpi akan terjadi sebagaimana ia ditafsirkan.” Juga diriwayatkan bahawa baginda bersabda, “Mimpi itu bagaikan kaki yang bergantung selama ia belum diungkapkan. Jika telah diungkapkan, maka terjadilah.” Demikian yang disebut dalam as-Silsilah ash Shahihah.
3-Merujuk atau menyemak mimpi dengan baik, kemudian menjawab si penanya dengan jawaban yang mudah difahami.
4-Jangan tergesa-gesa menafsirkan mimpi. Lakukanlah dengan hati-hati.
5-Menyembunyikan mimpi dan tidak menyebarkannya sebab ia merupakan amanah. Jangan menafsirkan mimpi ketika matahari terbit, ketika tergelincir, dan ketika terbenam.
6-Janganlah menafsirkan mimpi raja atau pemimpin seperti menafsirkan mimpi rakyat, sebab mimpi itu berbeza kerana perbezaan kedudukan dan tanggung jawab orang yang bermimpi tersebut.
7-Merenungkan mimpi yang dikemukakan. Jika mimpi itu baik, maka tafsirkan dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang bermimpi itu. Namun jika mimpi itu buruk, janganlah menafsirkannya atau tafsirkanlah bahagian mimpi yang tafsirnya paling baik. Jika sebahagian mimpi itu merupakan kebaikan dan sebagian lagi keburukan, maka bandingkanlah keduanya, lalu ambillah mimpi yang paling tepat dan paling kuat asasnya. Jika pentafsir mengalami kesulitan, bertanyalah kepada orang yang bermimpi itu akan namanya, lalu taksirkannya berdasarkan namanya itu.
Mimpi Nabi
Sesiapa sahaja bermimpi menemui Rasulullah sama ada di dalam tidur mahupun berjaga (yaqazah), itu mimpi yang benar. Menurut ulama, syarat mimpi bertemu Rasulullah mestilah:
a. Rasulullah berkata, "akulah Nabi Muhammad" atau;
b. Semua orang berkata dan menunding jari' "Dialah Nabi Muhammad" atau;
c. Kita berkata, "awakkah/awaklah nabi Muhammad"
Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata; Rasulullah saw bersabda: "Barang siapa bermimpi melihatku dalam tidurnya, maka sesungguhnya dia benar-benar melihatku; kerana syaitan itu tidak dapat menyerupai bentukku." Hadis Sahih Riwayat Muslim, hadis seumpama juga diriwayatkan di dalam Jami’e As-Soghir Imam Suyuthi : 8689, Sahih Al-Bukhari : 12 / 6996 , Musnad Ahmad 5 / 306, Sunan At-Tirmidzie : 4 / 2276.
b. Semua orang berkata dan menunding jari' "Dialah Nabi Muhammad" atau;
c. Kita berkata, "awakkah/awaklah nabi Muhammad"
حَدَّثَنَا أَبُو الرَّبِيعِ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ يَعْنِي ابْنَ زَيْدٍ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ وَهِشَامٌ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَتَمَثَّلُ بِي
Pandangan Ulama Mengenai Yaqazah
Dalil Yaqazah ialah peristiwa Isra' Mikraj di mana Rasulullah bersembahyang jemaah dengan nabi-nabi yang telah lama meninggal dunia dan juga bertemu nabi-nabi (Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan lain-lain) semasa diangkat ke langit. Hukumnya harus seorang wali bertemu Nabi dalam keadaan jaga kerana ianya bersifat karomah atau ma'unah. Perkara ini pernah dibincangkan oleh Imam As-Sayuthi di dalam kitabnya Khususiyyatu Yaumil Jumaah dan lain-lain termasuklah ulama era moden, Dr Yusuf Al-Qardhawi dan Muhaddits Al-‘Asr Muhammad Nashiruddin Al-Albani juga menyokong pendapat tentang dalil bermimpi bertemu rasulullah. Hadis tentang yaqazah ialah:
Diriwayatkan dari 'Abdan kepada Abdullah dari Yunus dari Az Zuhri kepada Abu Salamah, bahwasanya Abu Hurairah mengatakan, aku mendengar Nabi saw bersabda: "Barangsiapa melihatku dalam tidur, maka (seakan-akan) ia melihatku ketika terjaga, (kerana) syaitan tidak bisa menyerupaiku." Abu Abdullah mengatakan (tentang maksud الْيَقَظَةِ), Ibnu Sirin mengatakan; 'Maksudnya jika melihat beliau dengan bentuk (asli) beliau.' (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
حَدَّثَنَا عَبْدَانُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ عَنْ يُونُسَ عَنْ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنِي أَبُو سَلَمَةَ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِي فِي الْيَقَظَةِ وَلَا يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ قَالَ ابْنُ سِيرِينَ إِذَا رَآهُ فِي صُورَتِهِ
Diriwayatkan dari 'Abdan kepada Abdullah dari Yunus dari Az Zuhri kepada Abu Salamah, bahwasanya Abu Hurairah mengatakan, aku mendengar Nabi saw bersabda: "Barangsiapa melihatku dalam tidur, maka (seakan-akan) ia melihatku ketika terjaga, (kerana) syaitan tidak bisa menyerupaiku." Abu Abdullah mengatakan (tentang maksud الْيَقَظَةِ), Ibnu Sirin mengatakan; 'Maksudnya jika melihat beliau dengan bentuk (asli) beliau.' (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini, bahawa berjumpa dengan Rasulullah saw sewaktu tidur atau sewaktu jaga, dan Rasulullah saw mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah HARUS DAN BOLEH, sebagaimana yang telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmuan Islam, wali-wali Allah dan orang-orang solehin.
Sesungguhnya Allah Ta’ala Maha berkuasa atas segala yang dikehendakiNya. Cukuplah bagiku Allah, Dialah sebaik-baik Pelindung, "Hasbunallah wa nikmal wakiil"...!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment