AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
"Rindu yang terpendam"
Posted by
Sueozana
Labels:
Apa-apa saja,
Dicelah Kehidupan
Ermm.... Ni bukan anak ayam goreng... Tapi burung puyuh goreng kunyit...! Comel anak-anak puyuh dalam sangkar tu kan?? Menunggu untuk di sembelih! (Makk aii..! Kejamnya ayat..!) Hehe... kalau balik kampung kak sue, memang 'muai' laa kami makan daging mergastua kecik nih... BEST sangat, macam-macam resepi boleh buat, goreng kunyit ke, masak halia ke, masak sambal ke... bahkan, dimasak lemak cili api atau kari pun sodap...! Alamat menjilat jarilah kami sekeluarga... Sedap plus enak! Kadang-kadang tak sempat makan bersama nasi pun, bila digoreng bersama tepung, kami ratah-ratah camtu jer... Saudara kak sue ada buat perusahaan burung puyuh pedaging nih di Panji, Kelantan. Harganya pun boleh tahan murah... (promo sket, semoga Allah melimpahi rezeki kepada dia dan keluarganya... Kalau kita tak tolong bangsa dan saudara seagama kita, siapa lagi???)
Itu cerita kalau balik Kota Bharu! Seekor puyuh mentah harganya hanya $1.40 atau $1.50 jer! Kat Melaka ni... seekor berharga $2.50, kalau yang siap dimasak pula harganya mencecah $4.00 hingga $4.50 seekor! Jauh bezanya kan? Seronok tinggal di Kelantan, kos sara hidup jauh lebih murah dari Melaka dan bandar-bandar besar lain, terutama Kuala Lumpur! Umpama bumi dengan langit bezanya... Kat Melaka ni, gaji 5 angka pun masih dok rumah teres atau menyewa banglo kecik (tu belum lagi kira yang tinggal di KL), sedangkan kalau balik kampung, kengkawan yang 4 angka pun dah lama bina banglo yang tersergam indah... Bila laa boleh balik kampung setttle down for good! Dah lama sangat dah dok merantau di negeri orang nih...Dari semenjak masuk universiti sampai laa ni... Kahwin pun dengan orang Selangor, balik kampung time raya dan kenduri-kendara jer... atau kalau dah terlalu rindu kat mak! Anak-anak pun membesar di Selangor, Perak dan Melaka. Sekarang anak-anak pun dah mula masuk universiti, dah tua sangat rasanya diri ini... Bila nak balik ni yer, tak sabar pulak rasanya...rinduuu kat kampung halaman...
Yang di sebelah ni adalah gambar masakan kak sue semalam, sejenis dari kuih tradisional Kelantan, untuk berbuka puasa bersama suami kat rumah. Ini kuih tradisional Kelantan, favourite suami dan anak-anak kak sue.. Kenal ke...?? Orang Kelantan kalau tak tau kuih ni, memang pelik sikit laa... Kalau bukan orang Kelantan tu, biasalah, ada yang kenal dan pernah makan dan ada juga yang tak pernah makan, apatah lagi nampak kuih yang satu ni! Aish! Sedappp....sangat! Diperbuat dari telur, tepung gandum, pati santan segar, gula kelapa dan air daun pandan sebagai natural colouring. Kat Kelantan harganya $2.00 bagi 5 keping yang bersaiz sebesar 6 x 3 cm. Kat Melaka ada dijual di beberapa pasar malam oleh peniaga-peniaga dari Kelantan, tapi rasanya tidak sesedap kuih yang asli di Kelantan! Masa kak sue kecik-kecik, selain buah-buahan seperti sunkist dan red grape tu, mak suka sangat masak bubur kacang atau bubur nangka, kuih Boko, atau pun kuih ini untuk minum petang... Namanya kuih Akok! Masa remaja kak sue jadi suka kat kuih ni, tapi tak pernah nak mencuba membuatnya... almaklumlah, kak sue mula masuk dapur pun bila tengah mengandung anak pertama, baru nak mula belajar masak lauk-pauk selain dari pandai masak nasi masa umur 19 tahun...! Itu la hakikatnya... kelakar tapi menyedihkan! Jangan ikut yer..
Memang syok betul ''lenggang-lenggang kangkung nih''! Tapi terlenggang jauh perginya, dah kahwin pun belum pandai masak...! Kat universiti memang makan kat dining hall Za'ba atau cafetaria di Dataran Siswa jer, bila dah kerja, sibuk dengan kerja dan asyik outstation jer... Nasib baik dapat suami yang sporting, boleh makan ala kadar jer... Tapi tak de la sampai makan telur dadar atau telur mata setiap hari! Ada gak la kak sue masak lauk lain, seperti.... ikan goreng, daging goreng, sayur goreng..! hehehe... Pendek kata, semua goreng-goreng laaah...Pandai kan? Kesian suamiku... Tingginya tahap kesabaranmu...! Asal nak makan sedap jer, gi makan kat luar... Pendek kata setiap hari mesti makan kat luarlah dik non oiii...! Astarghfirullahal'aziiim!!! Apa nak jadi ni? Erm, waktu tu umur masih muda, tanggungan belum ada, taunya nak fokus pada kerjaya, bermanja dengan suami, makan sedap dan rehat! Lagipun, penat laa balik dari kerja...! Bila mengandung, baru terfikir, "apahal ni, kalau anak lahir dan maknya tak tau masak, nak bagi makanan berkhasiat camana kat anak-anak nih?" Masuk tahun kedua perkahwinan, suami pun mula bersuara, nak makan dari air tangan isteri, tak tahan asyik makan kedai jer, banyak kolestrol dan bahan kimia tuu..., boleh dapat migrain dan jadi 'gumuk'..!! Jadi kenalah bertukar sifat, jadi isteri yang bertanggung-jawab kan? Tamatlah era 'happy-go-lucky' dan lenggang-lenggang kangkung...!
Alkisah kak sue pun belajarlah masak dari guru dan juga dari resepi buku masakan.... Masakan pertama yang dipelajari ialah Nasi Dagang dengan gulai ikan Tongkolnya dan Nasi Kerabu dengan ayam percik Kelantan (belajar dari mak!), Rendang Tok (belajar dari kakak!), diikuti Tomyam (belajar dari abang angkat!), Laksam (belajar dari mak saudara) dan berbagai jenis soup, mee dan laksa (belajar dari chef!). Pastu kak sue belajar pulak masak berbagai jenis nasi... dan lain-lain lauk pauk seperti kari dan kurma, kerutub dan lain-lain! Erm, lumayan apa....? Suami puji, mak puji, anak-anak puji, kakak puji...abang pun puji, ".....aroii makk kha!" (angkat bakul nampak...?). Siapa laa nak puji kita kalau kita sendiri tak puji? Kalau tak sedap pun orang tak akan tau sebab mereka tak merasai masakan kita, kan? Hehe... Gurau jer tuu... Tapi, pokok pangkalnya, kalau kita tak yakin dengan masakan kita, macamana kita nak pandai memasak? Mesti yakin and give out the best dalam apa perkara sekalipun!! Selagi tak perfect, keep on trying and never stop learning...
Bagi anak-anak kak sue (semuanya lelaki), sejak berumur 7 tahun, mereka semua dipaksa babahnya mencuci pinggan dan gelas sendiri selepas makan. Bila berumur 13 tahun, sewaktu cuti sekolah anak-anak mesti turun ke dapur, termasuklah memasak yang 'simple-simple' untuk kemudahan diri sewaktu berjauhan dari keluarga, almaklum, mereka juga merantau mengisi ilmu di dada apabila masuk tingkatan 1 lagi...

Kuih akok di atas adalah sejenis dari makanan kegemaran suami dan anak-anak kak sue, selain beberapa jenis cheese cake dan kek Chocolate moist! Sementara Lamb chop, Beef steak, Rendang Tok, dan kari daging serta ayam pula antara lauk pauk kegemaran keluarga kak sue. Cuma nak masak piza atau beranika jenis roti tuu, kak sue ada berattt.....sikit, beli lagi senang, kan? Ada kemalasan dan kekurangan ruang waktu, especially bila nak menguli doh tuu, alamakkk aii... Jari jemari kak sue tak kuat nak menguli laa... Nak beli Breadmaker pun, rasa macam tak berbaloi, bukan setiap hari kami makan roti, sebab anak-anak semuanya tinggal di hostel dan kolej kediaman, hehe... Banyak kerja lain nak dimakan dan nak dibuat... "Hawaian Pizza satu...!, Extra cheese and toppings please...! Chicken wings n garlic bread 2 sets each, mushroom soup and extra salad, yer..." . Senang kan? Bila anak-anak balik pun kami beli French stick/bread kat Jusco jer, pastu balik rumah kami akan buat mushroom soup, abes cerita.
Kebelakangan ni, berkenan pulak kak sue tengok kek Lapis Sarawak, tapi tak tahan rasanya yang amat manis! Jadi, nak tak nak kak sue pun belajar lah buat kek Lapis ni dari buku-buku masakan dan kawan blogger (Hasuriah Tahir) yang tak lokek dengan ilmunya. Merasalah anak-anak kak sue akan kek Lapis Sarawak itu, dan yang menjadi kegemaran mereka ialah kek Lapis Cadbury...aka kek Lapis India. Mana tak sukanya, dalam kek tu mesti masukkan banyak horliks, dan mesti ada 90 keping choklat cadbury dalam lapisan strawberry, orange dan pandan! Rasa mewah dengan Cream Cheesenya. Sedappp.........!

Kek Lapis Cadbury @ India & Kek Lapis Tembikai
Tapi, apa cerita pun, kak sue masih lagi teringat-ingat keenakan kek kukus atau kek Lapis Daging Kelantan yang selalu mak beli atau buat time raya, sedap youuu...... sampai 3 potong sekali kak sue makan (banyaknya makan?) hehehe...! Ni tengah nak bertanyakan resepi kat mak lah ni.. Dah pandai buat nanti, kak sue 'update' kan hasilnyer ok? Saje suka-suka... Bukan nak niaga pun, hehe...
Banyak juga kenangan manis sepanjang 19 tahun lahir dan dibesarkan di Kota Bharu Kelantan, selain kasih sayang keluarga dan saudara-mara, kawan-kawan, makanan yang sedap dan beranika jenis, keindahan negeri Kelantan masih menggamit perantau yang cintakan ketenangan dan kedamaian, untuk pulang bermukim di hari tua... Banyak tempat-tempat menarik, pemandangan yang indah dan segar dengan bukit bukau, air terjun dan jeram, pantai dan teluk..., meskipun tidak dinafikan ianya semakin hari dihimpit arus pembangunan dan DEBU dari KOTA... Namun ia tidak sekelam nafas dan sesesak pemandangan di kota-kota besar, terutama Kuala lumpur dan sekitarnya. Ermmm, I need a break laa.... (Best juga kalau dapat lari ke Langkawi, naik cable car ke Gunung Mat Cincang atau mandi manda di Tasik Dayang Bunting..!!! The BEST get a away, ever! On the way back, singgah pulak di Kota Keriangan Genting atau kalau nakkan kesunyian, singgah ajer di Cameron Highland, pastu beli sayur dan strawberry banyak-banyak... Arghhh...! Cepat laa semester break!!!)
p/s: Minggu ni insyaAllah nak balik Kota Bharu sambil nak jemput mak datang Melaka.... Di sana nanti nak gi makan sup di Herbal Restaurant di Pasir Puteh.... Makanan kesihatan gituu..! Ada sup rusa jugak... Nak join???

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment