feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

O! Penyu O! Telur...

Labels: ,


Enaknyer.... Telur Si Penyu...!!! Tak TERKATA.....

Kalau diberi pilihan antara telur penyu nan sebiji, berbanding telur kenit si puyuh ke, atau si Ostrich yang besar gedebuk tu ke... bagi kak sue... memang telur penyu yang jadi pilihan! Ish, 'temptation' nya kuat betul... Dari kecik bawak ke besar (dah tua dah pun...), keenakan telur penyu ni macam berhantu jer bagi selera kak sue. Tapiii....... tak de la sampai berpuluh-puluh biji pulak kak sue makan, kesian si penyu pulakkan?? Siket-siket dah ler.... ambik rasa kata orang tua-tua...

Itu cerita 10 tahun lepas, di mana untuk mendapatkan sumber telur penyu masih senang di pasar-pasar basah di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung... Kini telur penyu dah pun jadi barang kawalan.... Susah nak makan telur penyu sekarang... Disebabkan teringin merasa jugak, sempatlah kak sue mintak tolong anak buah dapatkan 3 biji telur penyu baru-baru ini, di Pasar Buluh Kubu (Pasar Siti Khadijah), di Kota Bharu Kelantan. Nak tau? 3 biji harganya $12.00..! Mahal amat..! 10 tahun dulu harganya $0.80 sebiji... Tapi, memang bagus pun harganya mahal kerana ia dah jadi barang kawalan dari segi perundangan, demi menjaga kesinambungan generasi si Penyu yang suka menangis di pantai Terengganu nih! Sob, sob...(masa dia bertelur, si penyu akan merembeskan lebihan air garam yang tak diperlukan melalui matanya....) Ikutkan selera manusia... habis ler spesis penyu ni nanti lenyap dari muka bumi... Nasib baik spesis manusia tak pupus kerana dimakan dek dinasour dulu yer..??? (Ada kena mengena ke? hehe... Ada la jugak! Maksudnyer, penyu takut kat manusia macam manusia takut kat dinasour ler! Bagi ler can dia hidup...!)

Peniaga-peniaga di Pasar Siti Khadijah menjual telur penyu dalam jumlah yang terhad.

Semenjak kebelakangan ni pula, timbul persoalan samada memakan telur penyu ni halal atau tidak dari hukum Islam, kerana, penyu ni haiwan 2 alam, hidup di laut tetapi bertelur di daratan... Jadi untuk mengelakkan kekeliruan ini berterusan, kak sue cnp temubual Berita Harian dengan Timbalan Mufti Terengganu (kerana di Malaysia ni, Terengganu adalah pengeluar utama telur penyu...) jadi kita teliti penerangan dari pihak yang berkenaan ini yer.. Bukan untuk menggalakkan pemakanan telur si penyu oleh kita semua, tapi untuk menjelaskan hukum.... Mana tau, ada ibu2 yang mengandung mengidam sesekali.....

KUALA TERENGGANU - Hukum memakan telur penyu harus dan bukannya haram kerana tiada nas dalam al-Quran mahupun hadis yang menyatakan larangan memakannya.
Timbalan Mufti Terengganu, Abdul Halim Awang @ Sulong memberitahu, tidak ada bukti yang menyatakan memakan telur haiwan itu memudaratkan.

"Bagaimanapun, pemerintah berhak menyekat pemakanan telur itu demi kemaslahatan bersama, itu pun jika atas alasan spesies itu semakin pupus," katanya ketika dihubungi semalam. Beliau mengulas kenyataan seorang tokoh agama dalam sebuah program televisyen baru-baru ini yang menyatakan haram bagi orang Islam memakan telur penyu.
Menurut Abdul Halim, penyu yang satu ketika dulu banyak di perairan negeri ini patut dilindungi dengan pelaksanaan undang-undang oleh pihak pemerintah bagi menghalangnya daripada pupus. "Pelaksanaan itu termasuk mengenakan hukuman seperti denda supaya orang ramai tidak lagi menjadikan telur penyu sebagai hidangan," katanya.

~ Sumber: Berita Harian 06 January 2010.

Penyu Belimbing antara spesies penyu yang terancam kerana sudah tidak lagi mendarat di pantai negara.

Telur penyu dijual secara bebas di pinggir Pantai Kota Padang, Indonesia sejak tahun 1942).

Ok...kita promo sikit pasal aktiviti menjaga kesinambungan hidup generasi si penyu yer....


PELBAGAI spesies penyu sering kali menjadikan pantai perairan negara Malaysia sebagai lokasi persinggahan untuk bertelur. Apa yang pasti apabila penyu terus singgah di pantai negara ia adalah satu kelangsungan survival khazanah marin itu daripada pupus.

Kehidupan penyu di perairan negara bukan sekadar untuk menjadi haiwan hiasan di dalam laut atau maskot di daratan sebaliknya ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem ekologi marin yang sihat.

Kehadiran penyu itu amat penting sekali dalam membantu memulihara industri perikanan dan pelancongan negara. Bagaimanapun, kajian mendapati kehadiran penyu-penyu bertelur di pantai-pantai perairan negara telah berkurangan sebanyak 80 peratus sejak tahun 1950-an kerana pengambilan telur-telur penyu untuk kegunaan manusia.

Bahkan jika kita lalai dan alpa dalam melindungi haiwan marin terancam itu tidak mustahil ia akan pupus dari perairan negara sehingga mengakibatkan generasi akan datang hanya mengenali penyu melalui gambar-gambar sahaja.

Menyedari ancaman terhadap survival hidupan marin itu, satu kempen Egg=Life (Telur=Kehidupan) telah dilancarkan sejak hampir setahun lalu oleh badan bukan kerajaan, Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF). Program ini bertujuan mendapatkan sejumlah 40,000 tandatangan daripada orang ramai bagi membantu menyokong survival penyu.


SALAH satu punca kemerosotan kehadiran penyu apabila telurnya dijadikan sajian dalam menu harian manusia.

Antara gesaan kempen itu termasuklah mengharamkan pengambilan dan memakan telur penyu serta penjualan mana-mana bahagian hidupan marin tersebut.

Kempen itu diharapkan dapat menjana sokongan terhadap penggubalan undang-undang mengharamkan penjualan dan pengambilan semua telur penyu di Malaysia sekali gus menjadi titik tolak sokongan padu orang ramai terhadap usaha menyelamatkan khazanah marin tersebut daripada pupus.

Selepas tamat tempoh kempen tersebut pada bulan September tahun lalu, apa yang mengejutkan kempen WWF itu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat negara ini. Daripada sasaran 40,000 WWF berjaya mendapatkan lebih 100,000 tandatangan.

Pengarah Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S. K. Sharma berkata berikutan kempen Egg=Life (Telur=Kehidupan) yang telah mendapat sambutan daripada orang ramai pihaknya akan meneruskan kempen perundangan bagi penyu Egg=Life.

"Penggubalan perundangan memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan kerana menurut Perlembagaan Persekutuan, hanya negeri-negeri sahaja mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang mengenai penyu.

"Memandangkan kita (Malaysia) masih lagi sebuah negara yang menjadi tempat penyu bertelur, sudah tiba masanya bagi kerajaan melakukan perubahan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk dan penyu pupus di Malaysia," katanya.

Antara perancangan WWF selepas ini adalah menyerahkan satu memorandum mengenai keperluan menggubal undang-undang persekutuan yang komprehensif untuk memulihara penyu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April ini.

Dionysius menambah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Terengganu kemerosotan kehadiran penyu ke pantai untuk bertelur sangat ketara.


TELUR penyu dieramkan di tempat yang lebih selamat bagi mengelakkan ia dicuri dan dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Penyu-penyu tersebut terdedah kepada pelbagai risiko kepupusan di perairan negara terutamanya penjualan telur penyu yang tidak terkawal, terperangkap secara tidak sengaja pada peralatan menangkap ikan haram seperti pukat pari dan jala ray.

"Selain itu, pencemaran perairan serta pembangunan di kawasan persinggahan penyu bertelur turut menjadi antara faktor hidupan marin ini berhadapan dengan risiko akan pupus," katanya.

Oleh itu penggubalan satu perundangan yang komprehensif berserta penguatkuasaan ketat dan sumber mencukupi bagi melaksanakan undang-undang seumpamanya amat diperlukan untuk melindungi penyu daripada pupus.

Ia juga diharap dapat membantu survival kehidupan penyu di negara ini daripada ancaman yang ada sekarang dan juga di masa hadapan.

Sumber: Kosmo! Online-Infiniti; Haramkan Perdagangan Penyu.


Dalam Harian Metro Jumaat 22 April 2010 baru-baru ini pula..... Satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Rosmawati Ghazali, iaitu hasil kajian di institusi pengajian tinggi di Australia mendapati, telur penyu yang dijual di pasaran terbuka adalah TIDAK SELAMAT dimakan. Ini berikutan kandungan kolestrol yang tinggi dalam telur penyu, iaitu 4 kali melebihi kandungan dalam telur ayam. Menurutnya lagi, telur penyu mengandungi toksin dari logam berat yang tinggi iaitu Mercury dengan kepekatan setinggi 0.1 miligram/liter.

Mengikut kitaran hidup, penyu tinggal terlalu lama dan bebas di perairan luas sehingga 2 atau 3 tahun dengan memakan pelbagai makanan bertoksin yang kemudian meresap ke dalam badannya.

Sumber: Harian Metro

Komen: Nampaknyer terpaksa la kak sue berpuasa terus dari merasai keenakan telur si Penyu ni kan??? Tapi.... Islam tidak mengharamkannya dimakan, sementara kerajaan Malaysia pulak bukannya 'mengharamkan terus' memakan telur penyu walaupun ia dijadikan barang kawalan... Peniaga-peniaga juga dibolehkan menjual telur penyu dengan syarat mendapat lesen dari pihak yang berkenaan... Hehe....apalagi... makan lah! Tapi...tak takut ke kandungan Mercury dalam telur yang enak tu yer..??? Haihh... Tepuk dada, tanyalah selera dan kepentigan kesihatan masing2.... Mercury tu sesangatlah bahaya....

Pandainyer si penyu yer... dia tau kita suka makan telur dia (bermakna membunuh peluang hidup anak2 dia...), so, dia pun 'lepaskan' kolestrol tinggi dan mercury dalam telurnya untuk membunuh kita pula... Kira ada timbal balik lah kann....???






0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."