feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

CARA MEMBANTU ORANG YANG SUDAH MATI

Labels: , ,

Setiap yang hidup pasti merasai MATI....
Buat bondaku Hjh Siti Aminah Tahir.. Semoga bonda damai di sisiNya. Al-Fatihah.

Dalam persoalan ini, kita tumpukan hanya kepada dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis shahih semata-mata. Kita menolak hadis-hadis dhaif hanya kerana mengambil jalan selamat kerana sesungguhnya berurusan dengan orang yang sudah mati merupakan satu perkara yang melibatkan alam yang lain dari alam yang kita duduki sekarang. Oleh kerana itu, akal tidak boleh dipakai sama sekali kerana Allah telah menghadkan akal pemikiran manusia setakat mana Dia ingini. Memandangkan dunia ghaib ini tidak dapat kita lihat mahupun rasai, maka kita memerlukan bantuan dari Allah yang Maha Kuasa di samping Nabi kita Muhammad saw.

Terdapat beberapa cara yang membolehkan orang yang masih hidup membantu mereka yang sudah mati.

Pertama: Doa orang yang masih hidup untuk si mati.

Kaedah ini berlandaskan kepada dalil yang jelas di dalam Al-Quran surah Al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:

"Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu."

Di samping itu, anjuran
solat jenazah merupakan satu bukti kukuh. Ini kerana intipati bacaan di dalam solat itu sendiri merupakan satu doa buat si mati. Dan tidak dinafikan, solat jenazah adalah amalan Nabi s.a.w dan banyak hadis-hadis shahih menceritakan mengenainya.

Kedua: Membayar hutang puasa si mati.

Orang yang tidak mengerjakan puasa Ramadhan selama beberapa hari atau lebih dari itu, atau ia tidak mengerjakan puasa "nazar" atau puasa "kifarah",
disebabkan uzur syar'i (seperti sakit dan sebagainya) lalu ia mati sebelum sempat mengqadha puasanya, maka ia tidak dikira berdosa. Dengan itu, pihak kaum kerabatnya tidak dikenakan mengqadha puasanya atau membayar "fidyah" dari harta peninggalannya.

Sebaliknya, kalau ia mati setelah hapus uzurnya - yakni setelah ia sembuh dari sakitnya dan sebagainya - kemudian semasa hayatnya tidak mengqadha puasanya itu maka hukumnya menurut jumhur ulama', bahawa pihak kaum kerabatnya tidak dibolehkan berpuasa untuknya tetapi hendaklah membayar "fidyah" untuknya dari harta peninggalannya, iaitu memberi makan orang miskin, satu cupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasanya.

Menurut huraian ulama' rahimahullah: Kadar satu "fidyah" untuk satu hari yang ditinggalkan puasanya ialah "satu cupak" dari jenis makanan yang mengenyangkan yang biasa dimakan oleh penduduk sesebuah negeri.

Fidyah itu pula hendaklah diberikan kepada orang fakir miskin sahaja. Seseorang miskin, boleh diberikan "satu cupak" atau "beberapa cupak" - tidak terhad.

Tetapi fidyah yang satu cupak itu tidak boleh dibahagikan dua untuk diberikan kepada "dua orang miskin", kerana yang demikian tidak merupakan "satu fidyah" yang sempurna dan dengan itu tidak sah hukumnya.

Terdapat juga dalam hadis yang lain iaitu:

Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Seorang lelaki datang mengadap Nabi Muhammad s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah,
ibu saya telah mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) selama sebulan, bolehkah saya mengqadha puasanya itu?"

Baginda menjawab:
"Boleh, (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang (manusia kepada) Allah lebih berhak diselesaikan.
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)

Hadis ini mengatakan bahawa orang mati yang menanggung hutang puasa yang wajib (sama ada puasa Ramadhan atau pun puasa nazar atau puasa kifarah), boleh dibayar oleh orang yang termasuk dalam lingkungan kaum kerabatnya - dengan jalan berpuasa untuknya.

Dalam huraiannya, Imam Nawawi rahimahullah berkata: Imam al-Syafi'i rahimahullah, mempunyai "dua qaul" dalam masalah ini:

1- Hutang puasa si mati hendaklah dibayar dengan "fidyah" sahaja.

2 - Boleh juga dibayar dengan cara berpuasa untuk si mati.

Berdasarkan keterangan yang tersebut, maka kesimpulan masalah ini dalam mazhab Syafi'i ialah: Menurut "qaul" yang pertama: Hutang puasa si mati , hendaklah di bayar dengan "fidyah" sahaja oleh walinya.

Menurut "qaul" yang kedua pula: Pihak walinya bebas memilih, sama ada dengan memberi fidyah atau dengan berpuasa untuknya.

Terdapat hadis lain yang berkaitan:

Dari `Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa mati sedang ia menanggung hutang puasa (yang wajib) hendaklah walinya (membayar dengan) berpuasa untuknya". Hadis Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Nota: Huraian di atas adalah pendapat Imam SyafiI bukannya pendapat yang rajih berkaitan qadha puasa si mati. Tumpuan kita adalah apakah cara yang dibolehkan dalam membantu orang yang sudah mati.

Ketiga: doa anak yang soleh/solehah

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." Hadis Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya.

Hadis ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2). Hadis Sahih - Riwayat Imam Ahmad

Huraian Hadis:

Pertama: "Sedekah jariah" iaitu harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:

(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.

(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.

(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.

(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

Amalan "waqaf" dalam Islam telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w dan telah berkembang di negara-negara Islam sehingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf " di negara masing-masing.

Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum, maka pemilik harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa hidupnya dan sesudah matinya .

Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain" yang tersebut dalam hadis ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku nukilannya.

Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku nukilannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum, maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa hidupnya dan sesudah matinya .

Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"
Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap kemakbulan doanya di sisi Allah s.w.t.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadisnya, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.


Keempat: melangsaikan hutang harta si mati

Orang ramai boleh juga membantu si mati dengan cara melangsaikan hutang harta si mati. Terdapat beberapa hadis yang menceritakan kebolehan tersebut. Di antaranya:
Di dalam satu hadis sahih yang bermaksud:

Berkata Jabir bin Abdullah r.a: "Telah meninggal dunia salah seorang daripada kami, lalu kami mandikannya, kapankannya dan kemudian kami letakkan jenazah di tempat yang biasa diletakkan jenazah iaitu di Makam Jibril untuk diselesaikan oleh Rasulullah s.a.w. Dan kami memaklumkan kepada baginda untuk disolatkan jenazahnya."

Rasulullah pun datang mendekati jenazah lalu bertanya kepada kami, "Barangkali jenazah ini ada meninggalkan hutang..?".

Lalu kami jawab, "Benar, ya Rasulullah. Ada 2 dinar".

Rasulullah saw berundur dan bersabda, "Kamu sahajalah yang menyembahyangkan jenazah sahabatmu ini".

Lalu salah seorang daripada kami yang di panggil Abu Qatadah berkata, "Ya Rasulullah, kedua-dua dinar hutang jenazah ini adalah tanggungjawab saya".

Kemudian Rasulullah bersabda lagi, " Mulai sekarang, 2 dinar itu menjadi tanggungjawab engkau, Abu Qatadah dan engkau mesti ambil dari wang kau sedangkan jenazah ini bebas daripada kedua-dua dinar itu? "

Jawab Abu Qatadah, " Benar, ya Rasulullah".

Setelah mendengar pengakuan daripada Abu Qatadah bahawa ia bertanggungjawab melunasi hutang jenazah tersebut, barulah Rasulullah s.a.w melakukan solat jenazah ke atas si mati. Dan diriwayatkan, pada keesokan harinya, Rasulullah s.a.w bertemu akan Abu Qatadah dan bertanya kepadanya, " Sudahkah kau lunasi hutang jenazah semalam? "

Abu Qatadah menjawab, Wahai Rasulullah, " Bukankah dia baru sahaja meninnggal dunia semalam..?"

Kemudian setiap hari apabila Nabi saw bertemu Abu Qatadah maka akan ditanya, "Apakah kamu telah lunasi hutang 2 dinar itu? "

Jawab Abu Qatadah, telah aku lunasi hutang itu. Mendengar akan jawapan Abu Qatadah, Rasulullah saw bersabda, " Sekarang barulah dingin kulitnya kerana azabnya baru sahaja diangkat kerana hutangnya telah selesai" .

Hadis di atas memberitahu kita bahawa hutang wajib dibayar. Bahkan dalam hadis yang lain ada menceritakan bahawa hutang wajib didahului dari keluarga yang miskin. Di dalam hadis di atas juga, mengkhabarkan bahawa bukan sahaja ahli waris yang boleh melunaskan hutang si mati, tetapi juga orang lain yang tiada ikatan kekeluargaan.

Terdapat banyak lagi hadis yang menjelaskan
kewajipan membayar hutang si mati.

Dari Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
".. (Kalau hutang sesama manusia wajib dibayar) maka hutang kepada Allah lebih berhak diselesaikan." Hadis Sahih - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kelima: Amalan baik anak sendiri

Dalam Al-Quran, ayat 39, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya."

Terang di dalam ayat di atas mengatakan bahawa usaha seseorang akan di bawa ketika telah mati. Bagaimana pula ayat di atas dapat menjadi dalil yang membolehkan amalan baik anak itu sampai kepada si mati? Persoalan ini terjawab dengan hadis sahih di bawah:

"Sesungguhnya makanan yang paling baik untuk di makan oleh seseorang ialah hasil titik peluhnya sendiri. Dan sesungguhnya anakanya adalah sebahagian daripada usahanya." Sahih-Al-Hakim, Imam At-Turmudzi, Imam Ahmad, Abu Daud An-Nasai.

Dalam hadis yang lain:

Hadis Aisyah r.a:
"Seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Ibuku meninggal dunia secara mengejut dan tidak sempat berwasiat tetapi aku menduga, seandainya dia mampu berkata-kata, tentu dia menyuruh untuk bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya? Rasulullah s.a.w bersabda: Benar! " Sahih Muslim.

Kesimpulan

Inilah cara-cara membantu orang yang sudah mati secara ringkas, melalui amalan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis Sahih semata-mata.

Mengapa mesti kita tinggalkan cara yang sudah pasti sampai kepada simati dan kita ambil amalan yang tidak ada kepastiannya. Bukankah Rasulullah s.a.w telah mengajar cara yang sebenar membantu orang yang telah mati. Bantulah mereka yang sudah pergi mengadap Ilahi... Kita adalah waris/saudara mereka yang masih boleh membantu mereka yang kita kasihi, di samping mempertingkatkan amalan kita sendiri kerana MATI itu pasti akan menyusuli kita pula... Semoga kita termasuk golongan yang beriman dan dirahmati Allah s.w.t. Wassalam.




Sumber:
1. Kaset Ceramah Al-Fadhil Ustaz Abdullah Yasin-Menolong orang yang mati
2.syededlee.tripod.com/keunggulanislam







4 comments:
gravatar
ainhany said...
July 1, 2010 at 3:12 PM  

salam sue..

semuga kita menjadi anak yg sering mendoakan ibu ayah dan menghargai mereka..
info menarik ini mhn izin di perpanjangkan dengan izin..

gravatar
Sueozana said...
July 1, 2010 at 11:15 PM  

>>Ainhany

wlkmslm..
InsyaAllah.. Smoga mereka dikasihi Allah s.w.t serta berbahagia di dnia n akhirat. Tak terbalas jasa2 n kasih syg ibu bapa kpd stiap anak2nya..

Silakan..mdah2n dpt dmanfaatkn d jln Allah. wsslm.

gravatar
Unknown said...
July 6, 2010 at 2:57 PM  

Satu peringatan utuk diri saya,sy betul-betul terasa dgn N3 kak Sue ni.
sy dah lama x ziarah kubur ayahnda.Terimakasih kak sue..

gravatar
Sueozana said...
July 7, 2010 at 2:17 PM  

>>Ijoks..
Mdah2n kita saling memperingati ke jalan Allah. Smoga roh ibu bapa kita dberkati Allah swt.

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."