feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Kelebihan Wanita Dan Pesanan Ibu

Labels: ,


wardina safiyah
Wardina Saffiya-seorang isteri, ibu dan selebriti yang menjaga aurat.

Sewaktu peristiwa Israk dan mikraj, Rasulullah menangis dan bersedih kerana diperlihatkan oleh malaikat kepada baginda betapa ramai umatnya yang akan disiksa di dalam api neraka. Sebahagian besarnya adalah kaum perempuan.... Mengapa lebih ramai perempuan dalam neraka..?

Setiap orang perempuan umumnya dilahirkan dengan penuhkesempurnaan, dari hujung kaki sehinggalah ke hujung rambut.Rambut yang ikal mayang atau lurus berkilat sertapanjang mengurai akan membuatkan pemiliknya begitu ayu dan jelita pada pandangan mata sesiapa sahaja yang memandang.Kulit seorang perempuan yang putih bersih dan halus mulusmenyerlahkan keindahan ciptaan Allah s.w.t, dan apabila ditambah dengan sinaran sepasang mata yang bundar,hidung yang mancung, leher yang jinjang serta bentuk badan yang langsing dan tinggi lampai, maka sempurnalah kejelitaan seseorang perempuan itu pada pandangan zahir di dunia ini.

Segala pujian bagi Allah yang mengurniakan keindahan sebegitu rupa kepada mana-mana perempuan yang terpilih untuk memilikinya.

Subhanallah..

Kejelitaan fizikal yang dikurniakan Allah s.w.t kepada seseorang perempuan akan lebih bernilai jika ia disempurnakan dengan sifat dan keperibadian mulia pemiliknya. Keikhlasan hati, kemurnian jiwa dan sifat pengasih serta penyanyang seorang perempuan jika dirangkum dalam kekuatan iman dan taqwanya terhadap Yang Maha Pencipta dan Maha Memiliki, iaitu Allah s.w.t, maka ia akan menjana kehidupan seorang perempuan yang beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat! Kekuatan iman menjadikannya sebagai hamba yangikhlas dan taat beribadah kepada Allah s.w.t, yang menjamin syurga di akhirat. Kekuatan iman juga menjadikannya seorang insan yang bijaksana dalam menilai dan memilih jalan kehidupan di dunia, justeru akan membuahkan kehidupan yang bahagia dan bermakna baginya.

Beruntunglah ibu bapa yang melahirkannya ke dunia, kerana anak perempuan ini adalah bakal penghuni syurga yang akan sentiasa taat dan mendoakan mereka di kala hidup mahupun selepas mereka tiada lagi. Berbahagialah suami yang memiliki suri ini kerana dia akan menjadi isteri yang menyuburkan cinta di hati suami pada setiap pandangan dan sentuhannya, akan menjaga ibadah dan perjalanan hidup suaminya dengan doa, ketaatan dan amanahnya. Bertuah pula anak-anak yang dilahirkannya kerana dia akan menjadi ibu yang pengasih dan penyayang, yang akan menjaga serta mendidik setiap orang dari anak-anaknya dengan penuh keimanan sebagai satu pinjaman dan amanah dari Yang Maha Memiliki..

Alhamdulillah....

Buat anak-anakku dan lelaki di luar sana, cari dan pilihlah perempuan seperti ini untuk disunting sebagai isteri, kerana mereka menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Mereka umpama permaidani indah yang menghiasi jalan lurus ke syurga... Mereka juga umpama jentera yang meratakan bukit-bukau dan jalan berliku, untuk memberi laluan bagi mereka yang mendampinginya.

Namun ingatlah! Perempuan yang mulia hanya untuk lelaki mulia... Jadi, sempurnakanlah dirimu jika ingin memiliki isteri yang sempurna..! Begitulah janji Allah kepada takdir hambaNya, melainkan jika Dia berkehendakkan sebaliknya, kerana setiap kejadian mempunyai rahmat yang tersembunyi...

Ingatlah firman Allah s.w.t: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu" - Al-Hujurat (49:13).

Namun, mengapa Rasulullah menangis....mengapa lebih ramai perempuan yang menghuni neraka Jahanam???

Umum mengetahui bahawa perempuan dilahirkan dengan memilikisatu bahagian akal dan sembilan bahagian nafsu..Disebabkan satu akalnya yang cukup bijak, dia mampu mengendalikan hidupnya mengikut corak yang dikehendakinya, malah menguasai orang lain, mengikut arah yang ditentukannya melalui penelitian, penafsiran serta keputusan yang bersifat dominan. Disebabkan kekuatan dari sembilan nafsunya dia menjadi seorang yang amat sensitif, kreatif, dan mampu menenggelamkan segala kebaikan melalui tindakan dan aura kejahatannya. Dikatakan, di belakang kejayaan seorang lelaki adalah kerana dokongan(sokongan) dari seorang perempuan... Begitu juga sebaliknya,kelemahan seorang lelaki (keruntuhan kuasa dan tindakan) juga berpunca dari seorang perempuan..!


Ingatlah pada pepatah; Tangan yang menghayun buaian (adalah) tangan yang menggoncang dunia!

Imbasan sejarah pengaruh wanita/perempuan:

1-Syaitan GAGAL merosakkan ketaatan Nabi Adam a.s terhadap Allah s.w.t menerusi tipu muslihatnya, namun melalui tipu muslihatnya ke atas nafsu ISTERI Nabi Adam (Siti Hawa), syaitan yang berselindung di sebalik pujuk-rayu Siti Hawa telah BERJAYA memujuk Nabi Adam memakan buah larangan (Khuldi) di dalam syurga sehingga kedua suami isteri ini dimurkai Allah dan dilontar ke dunia untuk melalui berbagai kesukaran hidup. Jelas penguasaan nafsu seorang perempuan ke atas suaminya telah menyebabkan satu kemungkaran (dosa) berlaku sehingga mengubah seluruh corak kehidupan mereka dan keturunan mereka (umat manusia).

2-Anak-anak Nabi Adam iaitu Qabil dan Habil telah berbunuhan kerana seorang perempuan yang cantik. Pembunuhan pertama ke atas manusia di dunia berlaku di antara dua beradik kerana seorang perempuan!

3-Rasulullah s.a.w mempunyai semangat yang amat jitu dalammenghadapi tentangan kafir Quraisy terhadapnya kerana selain mendapat pertolongan dari Allah s.w.t, baginda memiliki seorang isteri (saidatina Siti Khadijah bt Khuwailid) yang hartawan, amat penyayang, berhati waja dan sentiasa mendorong perjuangan baginda menyebarkan syiar Islam. Siti Khadijah sentiasa mententeramkan Rasulullah di saat genting dan telah membelanjakan seluruh harta beliau demi perjuangan Rasulullah s.a.w.

4-Kemerduan suara adinda perempuan saidina Umar Al-Kattab membaca ayat-ayat suci Al-Quran telah melemahkan hati panglima Quraisy yang sentiasa memusuhi Islam itu, sehingga menyebabkan beliau memeluk Islam dan menjadi antara empat sahabat Rasulullah yang paling rapat dan dijanjikan syurga oleh Allah s.w.t di atas kesungguhan dan pengorbanannya dalam menyebarkan syiar Islam.

5.Marie Antoinette adalah seorang puteri jelita dari Austria, yang mengahwini King Louis XVI yang memerintah France dari tahun 1774-1793. Keborosan dan keangkuhan Permaisuri France ini di saat rakyatnya kebuluran dalam kemerosotan ekonomi menyebabkan rakyat bangkit memberontak secara revolusi dan mengguling kuasa pemerintahan suaminya King Louis. Keduanya dipenjara dan akhirnya dihukum pancung sampai mati oleh tribunal revolusi.

6.Kejatuhan Presiden Clinton (Amerika Syarikat) dikatakan berpunca dari terbongkarnya skandal hubungan sulitnya dengan seorang pegawai wanitanya di White House.

7.Rampasan kuasa oleh seorang pemimpin wanita, Presiden Corazon Aquino (Filipina) dan kejatuhan tampuk kuasa pemerintahan Presiden Marcos pada tahun 1986 dikatakan berpunca dari amalan rasuah yang berleluasa dalam keluarga Marcos serta pemborosan perbelanjaan harta negara yang didalangi oleh nafsu rakus isterinya Imelda Marcos, yang merupakan bekas seorang ratu cantik.


Kelebihan seorang wanita/perempuan:

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknyadaripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripadatiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akanmasuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripadayakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari keranamenjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah”akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum (memasak) dengan ''bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami,Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah (ilmu untuk kebaikan) dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita cantik yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Isteri dan ibu-Tunggak kebahagiaan suami dan anak-anak


Diriwayatkan Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Doa orang perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki".

Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, tegas baginda,“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Jadikanlah Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam hidup. Sesungguhnya Al-Quran tidak pernah silap dan sentiasa relevan walaupun masa dan zaman beredar. Allah s.w.t telah berfirman sebagai peringatan: "Dan kami turunkan Al-Quran agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka berfikir"- An-Nahl (16:44).

Bagi kaum perempuan, rebutlah peluang untuk berbuat kebaikan dengan ganjaran pahala yang sebegitu banyak. Didik dan bentuklah diri agar menjadi hamba Allah dan insan yang hidup dalam kebaikan dan kebahagiaan di dunia serta beroleh syurga di akhirat. Berdoalah pada Allah selalu agar dikurniakan akal dan nafsu yang beriman kepadaNya. Gunakan akal dan nafsu itu untuk tujuan kebaikan dan mempengaruhi insan lain ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Bagi kaum lelaki, ingatlah, kamu TIDAK akan menjejaki syurga sebelum keluarga kamu (isteri dan anak-anak) menjejaki syurga, melainkan kamu telah benar-benar menyeru mereka ke jalan kebenaran tetapi mereka menentang!

Bagi pasangan suami isteri, berbuat baiklah kepada pasanganmu setiap masa, kerana siapa tahu, hari ini mungkin hari terakhir kita berjumpa kerana malaikat maut tidak pernah lewat untuk mencabut nyawa setiap makhluk Allah. Mungkin sewaktu pulang dari pejabat, sewaktu keluar membeli sebungkus rokok, atau sewaktu sedang tidur....nyawa kita tiba ke penghujungnya...

Bagi anak-anak, berbakti dan taatlah kepada kedua ibu dan bapa kamu sewaktu mereka masih hidup....kerana, jangan sesekali kita menyesal setelah mereka tiada. Hadapi kedua ibu bapa dengan kasih-sayang dan perkataan yang lembut walaupun mereka sering lupa dan menyusahkan kamu kerana faktor umur dan keuzuran mereka, Ingatlah, ibulah yang mengandung dalam keadaan yang amat bersusah-payah. Ibulah yang melahirkan kamu ke dunia dengan menggadaikan nyawanya sendiri. Ibulah juga yang menjaga dan mendidikmu dengan penuh kasih-sayang, bersengkang mata di waktu malam serta memberi pendidikan yang sempurna sehingga kamu menjadi insan yang berjaya.

Jangan pula kamu mengabaikan bapamu kerana merekalah yang bekerja keras mencari nafkah untuk menyara perbelanjaan makan-minum, pakaian, tempat tinggal dan pelajaran yang terbaik untuk mu. Mereka sanggup berlapar dan hidup dalam kesusahan asalkan anak-anak mendapat makanan dan kehidupan yang lebih sempurna.

Sempurnakan kehidupan hari tua ibu dan bapamu sebagaimana mereka menyempurnakan hari-harimu di waktu usiamu seorang bayi sehingga kamu meraih pendapatan sendiri.


"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua orang tuamu dan kemurkaan Allah terletak pada kemarahan kedua orang tuamu!"









0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."