AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
Penipuan Halal/Haram
Posted by
Sueozana
Labels:
Muslim Matters
1- Jual ayam tak halal,Tesco disaman RM1.6 juta
Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.
Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.
Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.
Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.
Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.
Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.
Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam. Sumber- Bernama
2-Awas Plasma Darah Haiwan Dalam Bebola Ikan
KAJIAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.
Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.
Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.
Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.
“Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.
“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.
Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.
Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.
Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.
Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.
Katanya, berdasarkan pemerhatiannya, maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya.
Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.
“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan haram.
“Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.
Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar/saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.
Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.
Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.
Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal. Sumber: Jami'ah Shukri-BHarianOnLine 28 Dis 2009.
3- Produk (Filter Air) tidak halal jenama Dr. Sukida
Premis perniagaan menggunakan logo halal Malaysia tanpa sijil pengesahan JAKIM/JAIN Perak.
Berikutan aduan awam berkaitan penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hub Halal JAKIM, pegawai dari JAIN Perak dan Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya telah menjalankan serbuan ke atas sebuah premis yang menjual water filter jenama Dr. Sukida di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Operasi yang diketuai oleh Ust. Mohd Amri Abdullah telah dijalankan pada 23/12/2009 bermula dari jam 1.00 petang dan berakhir pada jam 9.45 malam. Dalam operasi ini juga, pihak JAKIM, JAIN Perak dan KPDN KK telah mendapati bahawa logo halal JAIN Perak telah digunakan pada produk tersebut bagi tujuan pemasaran yang lebih berkesan tanpa mempunyai sijil halal yang sah atau telah tamat tempoh.
“Hasil dari pemeriksaan yang telah dijalankan, didapati pemilik produk berkenaan telah menggunakan serta mempamerkan logo halal JAIN Perak pada produk tanpa mendapat sijil pengesahan halal yang sah dari pihak JAKIM atau JAIN. Oleh yang demikian, syarikat tersebut didapati telah menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia, di bawah Klausa 16.7.3 (i) Penyalahgunaan Perbahasaan Halal/BAHEIS (ii) Penyalahgunaan logo halal JAKIM/JAIN/MAIN dan Seksyen 15(1) Akta Perihal Dagangan 1972 jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000”.
Dengan itu pihak KPDN KK Putrajaya telah mengambil tindakan dengan menyita produk tersebut dan tindakan lanjutan akan dilakukan kepada pemilik syarikat tersebut. Nilai anggaran sitaan tersebut adalah RM 2.1 juta.
Menurut Pengarah Hub Halal JAKIM, Puan Saimah Mokhtar, operasi bersepadu seumpama ini sedang dipergiatkan dari masa ke semasa bagi tujuan membendung penyalahgunaan logo halal dari berleluasa. Tambah beliau lagi, hanya logo halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM/JAIN/MAIN sahaja diperakui sah dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Akhirnya beliau menasihati para pengguna agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan penggunaan logo halal Malaysia yang tertera pada setiap produk yang dikeluarkan. Sekiranya terdapat sebarang keraguan dan kemushkilan, para pengguna boleh merujuk ke laman web hub halal iaitu www.halal.gov. my.
Produk penapis air Dr.Sukida yang menggunakan logo halal Malaysia.
Pamplet yang menggunakan logo Halal Malaysia.
Sijil halal JAIN Perak yang telah tamat tempoh sah semenjak tahun 2007.
Penguatkuasa JAKIM, JAIN Perak dan KPDN KK Putrajaya sedang menyita produk.
Sumber: Unit Perhubungan Awam JAKIM: Dis 30,2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment