feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Waktu Solat Dan Tenaga Spektrum

Labels: ,

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

http://adivictoria1924.files.wordpress.com/2009/04/subuh.jpg

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

http://kahoda.files.wordpress.com/2009/08/dhuha.jpg


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur sewaktu/selepas Asar). Tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib lah) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayangNya sebagai pencipta kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hambaNya amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.


Rujukan: Tazkirah





0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."