
AL-FATIHAH
*************************

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.

Al-Fatihah...
Jun
02
Mavi Marmara Bebas: Senarai Rakyat Malaysia
Posted by
Sueozana
Labels:
kekejaman Israel,
Muslim Abroad,
Muslim Matters
TERKINI: BEBAS!
Laporan Buletin Utama TV3 pukul 1:30 (2 Jun 2010), kesemua tahanan ini telah dibebaskan dan menunggu penghantaran pulang ke Malaysia melaui negara JORDAN. Alhamdulillah..
DUBAI, 2 Jun - Seramai 12 sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang Israel kini selamat dan sedang dalam perjalanan melalui darat ke Amman, Jordan.
Rombongan itu diiringi Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz and pegawai kedutaan yang lain.Sebelum itu, rakyat Malaysia telah melepasi sempadan Jordan. "Kesemua mereka selamat dan berada dalam keadaan baik," kata duta itu kepada Bernama apabila dihubungi dari Dubai. Katanya kesemua sukarelawan hanya sehelai sepinggang dan tidak mempunyai pasport.
Kesemua 12 rakyat Malaysia itu adalah antara mereka yang ditahan oleh tentera Israel yang menyerbu kapal 'Mavi Marmara' sebuah kapal Turki yang kecil yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza pada Isnin lalu.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijangka tiba di Amman hari ini. Abdul Malek berkata Kementerian Luar Malaysia dan pihak kedutaan akan menyediakan semua persiapan bagi memudahkan sukarelawan itu pulang ke Malaysia.
Salah seorang daripada mereka, Noor Azman Muhamad Samsuddin, memberitahu Bernama melalui telefon, serangan yang dilakukan pada awal pagi oleh tentera komando Israel adalah pengalaman yang mengerikan.
Katanya sebahagian besar penumpang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, yang telah disekat Israel sepanjang tiga tahun yang lepas, tidak menyangka akan menerima tentangan dari tentera Israel sewaktu insiden maut tersebut.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam serangan itu, menyebabkan Israel dikutuk di seluruh dunia, termasuk Malaysia.- Bernama
Senarai 12 rakyat M'sia yang ditawan Israel
Berikut senarai nama nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza yang berada di kapal Mavi Marmara yang diserang dan ditawan tentera rejim Israel awal pagi semalam. Maklumat adalah berdasarkan laman web Lifekine4Gaza.
2.Dr Mohd Arbai'e Syawal, Haluan Palestin
3.Dr Syed Muhammad Haleem Hasan al-Haddad, HaluanPalestin
4.Al-Hami Husain Suhaimi, HaluanPalestin
5.Mohd Nizam Mohd Awang, Haluan Palestin
6.Hasanuddin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7.Jamuliddin Elias, Yayasan Amal
8.Dr Selamat Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9.Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
10.Mustafa Mansur, Mapim
11.Ashwad Ismail, wartawan Astro
12.Shamsul Kamal Latif, jurukamera Astro
Sumber: Malaysia Kini June 2010
BERITA SUSULAN:
VIDEO SERANGAN ISRAEL ke atas Mavi Marmara
CERITA DARI MEREKA....
Mesir 0! Mesir: Dah Terkorban,Baru Buka Sempadan


KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam mengarahkan pembukaan sempadan Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Semenanjung Gaza, lapor agensi berita MENA.
Arahan itu dibuat sehari selepas serangan maut komando Israel terhadap konvoi kapal bantuan ke Gaza. "Presiden Mesir mengeluarkan arahan bagi pembukaan sempadan di Rafah bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dan perubatan dihantar ke Semenanjung Gaza," lapor MENA. Menurut sumber keselamatan Mesir, sempadan itu dibuka pada jam 1.30 petang semalam. Tiada tarikh ditetapkan bagi penutupannya.
Sempadan Rafah adalah laluan tunggal yang tidak termasuk dalam kawasan Israel. Mesir menutupnya hampir setiap masa, dan hanya membukanya bagi kes kemanusiaan dua kali seminggu. Satu perjanjian dipersetujui pada 2005 memberi kuasa sempadan Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin dan Israel, dengan negara Kesatuan Eropah sebagai pemerhati.
Mesir dikecam kerana menutup kawasan sempadan Rafah dan membina tembok bawah tanah dalam usaha menghalang penyeludupan.
Israel mengenakan sekatan terhadap Gaza pada 2007 selepas Hamas merampas wilayah berkenaan daripada Fatah yang disokong negara Barat.
Kebanyakan terowong bawah tanah digunakan untuk membawa masuk ke Gaza barangan keperluan seperti makanan, peralatan rumah, bahan binaan dan haiwan ternakan, tetapi Hamas dan kumpulan bersenjata lain menggunakan terowong rahsia mereka sendiri untuk membawa masuk senjata dan wang.- AFP, Jun 2, 2010
Source: Malaysia Kini, AFP, Bernama, Buletin 1:30 TV3, Ayid-manjaddawajada
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:



YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."

Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...











*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."

Post a Comment