AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
Syafaat Rasulullah Dan Lelaki Kacak
Posted by
Sueozana
Labels:
Pedoman Hidup,
Pendidikan
Sebaik matinya seseorang anak Adam, maka Allah s.w.t menetapkan tidak ada syafaat untuknya, melainkan pahala dari amalannya, ilmunya yang berguna serta doa untuknya dari anak-anaknya yang soleh. Si mati juga tidak mempunya sebarang kebolehan memberi syafaat kepada orang yang masih hidup, kerana rohnya berada dalam urusan Allah. Bagaimanapun, terdapat seorang sahaja di antara hamba Allah yang dimuliakanNya dan diizinkan memberi syafaat kepada orang-orang yang diredhai Allah s.w.t. Kaum musyrikin tidak akan mendapatkan bahagian daripada syafaat ini.
Siapakah yang paling mulia di antara hambaNya yang mendapatkan izin dari Allah Azza wa Jalla untuk memberikan syafaat? Siapakah pula yang paling berbahagia mendapat keredhaan dari Allah sehingga mendapatkan syafaat?
Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling pengasih dan hamba Allah yang paling mulia yang diizinkan oleh Allah untuk memberikan syafaat di kala orang-orang lain tidak sanggup untuk melakukannya. Inilah syafaat yang paling besar, dimana para rasul yang termasuk ulul azmi pun tidak sanggup memikulnya pada saat seluruh manusia meminta kepada para nabi untuk meminta diringankan hukuman yang sangat berat di hadapan Allah di padang mahsyar. Mereka semuanya menolak dan mengatakan: “nafsi nafsi” (maksudnya: diri-ku, diriku). Hingga akhirnya ketika mereka mendatangi Rasulullah s.a.w, maka Rasulullah s.a.w mengatakan: “Ana laha” (maksudnya: itulah bahagianku).
Rasulullah bersujud di hadapan Allah, di bawah ArsyNya. Baginda memuji Allah dan menyanjunginya dengan pujian-pujian yang tidak pernah diucapkan sebelumnya oleh siapapun. Hingga kemudian Allah berfirman:
يَا مُحَمَّدُ ارْفَعْ رَأْسَكَ وَاسْأَلْ تُعْطَهُ وَاشْفَعْ تُشَفَّعُ
“Ya Muhammad angkatlah kepalamu, mintalah akan Aku beri dan berilah syafaat Aku akan memberikannya.”
Maka Rasulullah pun mengangkat kepalanya dan berkata: “Umati, umati” (bermaksud: Umatku, umatku). Kemudian diperintahkan dengan segera kepada orang-orang dari umatnya yang tidak ada hisab padanya untuk masuk ke dalam syurga.
Beliau melakukannya lagi, hingga diizinkan untuk memberikan syafaat. Beliau meminta agar disegerakan bagi ahli surga dari umatnya untuk segera memasukinya.
Selanjutnya Rasulullah s.a.w melakukannya kembali dan kemudian baginda memberikan syafaat bagi para pelaku maksiat dari umatnya yang sepatutnya mendapatkan azab dalam neraka agar dapat memasuki syurga Allah.
Kemudian beliau memberikan syafaat kepada orang-orang yang telah masuk neraka, namun masih memiliki tauhid dan keimanan untuk diselamatkan dari api neraka. Yang terakhir, syafaat Rasulullah untuk penduduk surga agar ditambahkan pahala mereka dan diangkat darjat mereka.
Hadis-hadis tentang syafaat ini mutawatir dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan lain-lainnya.
Akan tetapi perlu diperhatikan bahwa seluruh syafaat dan pembelaan Rasulullah tersebut diberikan kepada orang-orang yang bertauhid dan tidak melakukan kesyirikan iaitu tidak menyekutukan Allah s.w.t dengan menyembah selainNya. Hal itu sebagaimana disebutkan dalam riwayat hadis sahih dari Abu Hurairah r.a, ketika beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
مَنْ أَسْعَدَ النَّاسُ بِشَفَاعَتِكَ؟ قَالَ: مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهِ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ. (أخرجه البخاري والنسائ وأحمد
“Siapakah orang yang paling berbahagia mendapatkan syafaatmu?"
Baginda menjawab: “Orang-orang yang mengucapkan لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهِ dengan ikhlas dari hatinya” Hadis riwayat Bukhari,Nasai dan Imam Ahmad.
Seorang yang ikhlas mengucapkan لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهِ (La ila ha illallah bermaksud: Tiada Tuhan melainkan Allah) adalah mereka yang tidak merosak kalimat tersebut dengan kesyirikanatau mengharapkan sebarang imbalan dari Allah s.w.t melainkan pada rahmatNya serta mengagungkanNya semata-mata.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ. فَتَجْعَلْ كُلُّ نَبِيٍّ دَعْوَتَهُ وَإِنِّيْ اخْتَبَأْتُ شَفَاعَةً ِلأُمَّتِيْ يَوْمَ الْقِيَامَةِِ. فَهِيَ نَائِلَةٌ إِنْ شَاءَ الله مَنْ مَاتَ لَمْ يُشْرِكْ بِاللهِ شَيْئًا. (أخرجه مسلم
“Setiap nabi memikiki doa yang dikabulkan, dan mereka telah menyebutkan doa tersebut, sedangkan aku menundanya sebagai syafaat bagi umatku pada hari kiamat. Maka syafaat ini pasti akan didapatkan insya Allah oleh orang yang mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.” Hadis sahih riwayat Muslim.
Dengan demikian jelaslah bahwa orang yang meminta syafa’at daripada kuburan para nabi atau kuburan orang-orang yang soleh tidak akan mendapat syafa’at melainkan perbuatan itu menjadi syirik hukumnya.
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada para sahabat:
''Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan (urusan) pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah s.w.t.
Lelaki kacak itu berkata, "Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata, ''Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.''
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.
Rasulullah s.a.w bersabda : ''Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Al-Quran, mahupun dari nabi atau malaikat."
Bermakna, selain mendapat syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w, muslimin dan muslimat akan mendapat syafaat dari Al-Quran yang dibaca sewaktu hayatnya. Bertanya pula kita kepada diri masing-masing..." Berapa kali dalam setahun kita khatam Al-Qur'an..? Berapa kali pula seumur hidup kita (sehingga hari ini), kita khatam Qur'an..?"
Bertanya lagi kita pada diri sendiri, " Berapa buah novel (bagi kaum wanita) yang kita habiskan dalam sebulan? Berapa ratus/ ribu kilogram surat khabar (bagi kaum lelaki/wanita) yang telah selesai kita baca dan dibuang / dijual kepada pembeli surat khabar lama..?"
Secara jujur, kita akan bertanya lagi.." Berapa naskah Al-Qur'an yang kita ada dalam rumah kita? Berapa kali kita memarahi atau menegur anak-anak kita kerana tidak membaca Al-Qur'an, berbanding kekerapan kita menegur mereka kerana tidak mengulangkaji pelajaran?"
Tidak ada siapa yang perlu dipersalahkan. Perkara yang perlu kita lakukan adalah berubah untuk kebaikan hidup di dunia dan akhirat. Alhamdulillah jika kita sudah berubah dan sedang mempertingkatkan amalan membaca Al-Qur'an. Bagi yang belum, kita tidak pernah terlambat untuk bermula dari sekarang, selagi sakaratul maut belum mendatangi kita! Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Pengasih dan Maha Pengampun. Dia sentiasa menerima taubat dari hambaNya yang benar-benar insaf dan mahu beriman.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
August 20, 2010 at 9:36 AM
nice post, eh bukan, marvelous post! buley tak agaknye if i copy ke blog saye? i'll definitely link it to ur blog. buley?
August 27, 2010 at 7:18 AM
>>Sya-shan,
Salam..Tq for reading. Boleh aje.. smoga dpt dimanfaatkan utk pembaca2 di blog sya-shan. wsslm.
Post a Comment