AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
Dilema Pendidikan Anak-anak
Posted by
Sueozana
Labels:
Keibubapaan,
Pedoman Hidup
Sekadar gambar hiasan...
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan” [al-Tahrim 66 : 6]
Masyarakat Malaysia, terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang, Melaka atau Johor Bahru, namakan mereka Selvam, Josephine, Ah Heng, Lilian, Fatimah, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Kekaburan meluas. Fatimah dan Shahril berstatus agama Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Satu bangsa Malaysia BUKAN bermakna satu agama atau satu akidah...
Memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran menjadi lumrah dalam kebanyakan masyarakat sewaktu mendidik anak-anak. Namun, lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan mencari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa atau pendidik mereka. "Contoh melalui teladan......"
Ramai dari kalangan kita yang cukup berhati-hati dalam pemilihan pasangan. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu dan bapa yang baik untuk mereka. Tetapi tumpahkah soleh/ solehah suami /isteri kepada anak-anak? Bolehkah sifat-sifat mulia seseorang itu diwarisi kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana jika pembantu rumah itu seorang Indonesia beragama Kristian atau penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina...?? Sudah tentu nilai agama mereka akan diserapkan kepada anak-anak didik mereka...!!
Jangan menyangka kita sudah menjadi ibu bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf haiwan membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia memikul tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan didikan agama dan doa yang tidak putus-putus.
Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa berkualiti yang kita luangkan bersama mereka. Apakah tindakan kita sudah cukup untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka? Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, membesarkan anak-anak telah diswastakan kepada pihak lain, pembantu rumah, pengasuh di taman asuhan dan seterusnya guru-guru di sekolah. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak akan pernah habis. Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita dan lari dari kemelut kekurangan belaian kasih-sayang.
Pernah seorang kawan memberitahu; " Saya batalkan niat nak menghantar anak saya ke sekolah berasrama penuh... Kenapa?? Sebab, dia kata; kalau mama hantar saya ke sekolah asrama penuh sekarang, samalah keadaan bila mama tua nanti saya hantar pulak mama ke rumah orang-orang tua...apa perasaan mama ? "
Kita menyangka dengan kecemerlangan akademik anak-anak kita, itulah tiket yang dikejar supaya anak-anak dapat masuk ke golongan sekolah 'elit' (asrama penuh)! Kita sebenarnya malah telah melakukan satu kesilapan besar..! Benar apa yang ditekankan dasar pendidikan negara berpuluh tahun lampau, sekolah berasrama penuh disediakan untuk anak-anak dari pedalaman yang berasal dari keluarga kurang mampu. Di sana mereka diberi penjagaan sebaiknya dari segi makan minum dan jadual belajar supaya tidak terbeban oleh kekangan kemiskinan dan masalah keluarga. Fikiran mereka tenang dan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran sepertimana anak-anak bandar yang belajar dalam keadaan selesa di rumah masing-masing.
Malangnya 'trend' keluarga di bandar sudah berubah. Peluang anak-anak pedalaman itu telah kita rebut dan bangga jika setiap seorang anak kita berjaya memasuki sekolah asrama penuh! Sedangkan di rumah kita, tidak ada satu kekurangan pun yang mendorong keperluan anak-anak dipisahkan dari keluarga...Sekolah yang bagus di bandar dengan prasarana yang lengkap, waktu belajar di rumah dan kemampuan ibu bapa menghantar anak ke kelas tuisyen, bilik belajar berhawa dingin di rumah, diet pemakanan dan kesihatan yang sempurna, malah pendedahan media masssa dan IT di depan mata (boleh dikatakan setiap orang dari anak dari keluarga berkemampuan di bandar yang melepasi UPSR/PMR sudah dibelikan komputer riba sebagai syarat utama hadiah kecemerlangan akademik mereka bukan?). Namun sifat ego dan individualistik kebanyakan ibu bapa telah menjurus kepada keruntuhan akhlak anak-anak.
Dari limpahan kasih sayang dalam pendidikan ibu bapa, anak-anak kita dilontar ke asrama sekolah yang dipantau oleh warden yang penuh disiplin dengan hukuman yang keras, terdedah kepada buli dan dera oleh senior dan sesama rakan, diet pemakanan dan penjagaan kesihatan yang bercelaru (kebanyakan anak-anak yang baru menginjaki usia remaja jarang menitik beratkan soal pemakanan berzat, rata-rata menjadikan air berkarbonat, junk food/makanan segera (terutama mee segera) sebagai sulaman pemakanan mereka di asrama, di luar waktu makan yang disediakan oleh pihak sekolah/kerajaan).
Pernahkah kita sebagai ibu bapa terfikir, dalam penyediaan makanan untuk pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, adakah tukang masak yang dibayar gajinya oleh kontraktor makanan di sekolah tersebut 'mensucikan' makanan yang akan dimasak mengikut sunnah Islam, lengkap dengan Bismillah, niat mensucikan, membaca selawat jika lebih peka, dan mengamalkan cara penyediaan masakan atau makanan 'penuh kasih dan sayang'..? Sedangkan setiap kali anak-anak makan hidangan dari masakan ibu di rumah, semuanya disediakan mengikut cara Islam berserta selawat dan ayat-ayat yang mendoakan kekuatan iman mereka (bagi ibu yang benar-benar melaksanakan amanah Allah untuk menjaga anak-anak yang dipinjamkan oleh Yang Hak kepada mereka). Apapun cerita di sebaliknya, sekurang-kurangnya anak-anak pasti disediakan dengan makanan yang lebih bersih di rumah, berbanding dengan apa yang mereka biasa dapati di dewan makan asrama sekolah mereka!
Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan anak-anak kita di asrama terdidik oleh pengaruh pihak yang mendominasi masyarakat asrama...kaki buli, kaki carut, penuh kekerasan dan amat tipis nilai budaya dan adat resam, jauh sekali bekalan agama. Bagi mereka waktu solat adalah disiplin yang dipatuhi setakat ritual fizikal. Buktinya? Wujud video-video yang mempermainkan agama oleh anak-anak dari sekolah berasrama ini... Walaupun bukan semua, namun ramai jugaa yang secara terang-terang mengakui dan bangga mempamerkan amalan 'gay' dan 'lesbian' mereka terutama yang bersekolah di sekolah yang tidak bercampur jantinanya.
Sewaktu ustaz memberi ceramah, ramai yang berborak dan merancang strategi untuk 'fly' ke 'cyber cafe' untuk bermain 'game', mencari 'pot' tersembunyi untuk menghisap rokok atau memikirkan cara membalas dendam antara 'puak' di asrama. Perhatikan bahasa-bahasa kesat dan lucah yang menjadi amalan perbualan harian atau sewaktu 'chatting' di Face book anak-anak remaja kita...! Amat mengerikan! Tidak ada langsung bayangan didikan agama yang berkesan di jiwa mereka, baik lelaki mahupun perempuan... Jarang ada perbincangan melibatkan isu pelajaran dan masa depan, sebaliknya mereka lebih seronok menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer berbual mengenai konsert rock, melepak, menghadiri parti liar dan masalah pasangan.
Inikah bakal pelapis/pemimpin negara kita? Jika sekarangpun masalah korupsi dan sosial sekian banyak menular di kalangan pemimpin dan sukar dibendung, bayangkan jika negara kita dipimpin oleh cendikiawan dari golongan remaja sekarang?? Tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri..! Bagaimanakah kita sebagai ibu bapa dapat menyekat penularan duri dan nanah yang mula menusuk daging dalam diri anak-anak remaja kita? Disiplin, hukuman atau sesuatu yang bersifat holistik? Masih adakah peluang kita membetulkan rebung yang mula mengeras? Kalau rebung buluh madu boleh juga dikutip hasilnya, tapi kalau menjadi anak buluh betung...??
Jika kita tersedar yang salah seorang anak kita tercicir/hilang dari pandangan sewaktu 'shopping' di kompleks sewaktu membeli belah, kita kelam kabut mencari, sementelah jika anak kita terlewat pulang ke rumah terutama menjelang malam hari.. Hati dan mulut tidak berhenti-henti berdoa agar anak yang entah di mana, selamat dan tiada mudarat. Jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk mencari/berpatah balik menyelamatkan keadaan.
Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika mereka tertinggal tarbiah dan didikan Islam setelah sekian lama, ketika kita tersedar, mereka sudah jauh ketinggalan di belakang atau menyimpang entah ke mana, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang?
Senang untuk menjawab jika kita cuba mengelak dari dipersalahkan...Tetapi hakikatnya, pendidikan bermula dari hari pertama anak dilahirkan, malah semenjak dalam kandungan! Ibu bapalah yang mencorakkan seseorang anak samada menjadi Islam ataupun Nasrani! Bukan kawan, guru atau ustaz..
Kesalahan apapun dalam mendidik anak-anak, semuanya berpunca dari kelalaian diri kita sebagai ibu bapa.. Pengaruh luar hanya relatif dari kecuaian yang kita lakukan, kerana kita telah membuka ruang untuk anasir sekular bertapak di jiwa mereka. Hukum dan tarbiahlah diri kita sebelum menjatuhkan hukuman kepada diri anak-anak..
.
Jika ada lelaki atau wanita (ibu bapa) yang berjaya dalam kerjaya masing-masing, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "....antara tanda Kiamat itu hampir adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. "
Anak durhaka di akhir zaman adalah fenomena biasa. Mengapa suasana begitu boleh terjadi? Sebenarnya ia adalah hasil dari dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja dan TIDAK memikul amanah Allah untuk membimbing anak-anak yang dianugerahkan kepada mereka!.
You'll get back what you've given!
Renung-renungkan....Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment