AL-FATIHAH
**************************************************
Perkara Dan Waktu Makruh/Haram Bersolat
Waktu Haram Brsolat Tanpa Bersebab
3. Dari solat subuh hingga naik matahari kadar segalah 4. Dari solat asar hingga jatuh matahari 5. Waktu matahari kekuning-kuningan hingga jatuh matahari |
Bagaimanapun, untuk melakukan solat yang bersebab seperti mengqada solat sunat rawatib atau kerana gerhana atau untuk menyembahyangkan jenazah, maka waktu itu tidak dimakruhkan.
A
ntara rahsia larangan itu adalah untuk menjaga supaya tidak sama dengan penyembah matahari yang mungkin menimbulkan daya penarik atau perbuatan ke arah itu. Jadi, membiarkan waktu itu berlalu terlebih dulu adalah sebagai tambahan perhatian serta perintah bagi menjaga kesucian Islam.
D
iriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah sembahyang dua rakaat selepas Asar, lalu baginda ditanya: “Bukankah Tuan melarang kita untuk bersembahyang pada waktu ini?”
B
aginda s.a.w. menjawab: “Dua rakaat yang saya sembahyang itu tadi semestinya saya lakukan selepas Zuhur, tetapi saya sibuk kerana ada perutusan yang datang.”
Aisyah r.a berkata: “Rasulullah s.a.w. itu apabila tertidur atau sakit, sehingga pada malam harinya itu tidak sempat bangun, maka baginda selalu bersembahyang untuk yang ditinggalkan itu pada permulaan hari sebanyak 12 rakaat.”
Oleh itu, barang siapa yang meninggalkan sesuatu wirid kerana keuzuran, janganlah memberikan keringanan kepada dirinya untuk terus meninggalkan perbuatan itu tetapi hendaklah dipenuhi pada waktu lain.
Langkah itu bagi memastikan diri kita tidak dibiasakan dengan kelalaian, meninggalkan atau memandang mudah saja. Jadi, memenuhinya itu amat baik dengan tujuan untuk menggiatkan diri dan melakukan secara tetap dan tertib supaya menjadi amalan berterusan.
Perkara Makruh Sewaktu Bersolat 1. Berpaling ke kiri atau ke kanan
2. Mendongak ke atas
3. Berdiri sebelah kaki
4. Berludah ke pihak hadapan atau kanan
5. Berlebihan membongkok atau menundukkan kepala ketika rukuk
6. Bercekak pinggang
7. Menyinsing kain atau baju
8. Solat ketika hadirnya makanan
9. Solat ketika hendak qadak hajat
10. Solat pada tempat yang terkena najis
Masalah lain berkaitan solat:
Sedikit perbuatan, sekalipun tidak membatalkan solat, hukumnya makruh, melainkan jika ada keperluan. Contohnya, menolak orang yang hendak berjalan di depannya, membunuh serangga atau keinginan untuk menggaru gatal pada tubuh yang mengganggu kekhusyukan.
Ketika seseorang itu menguap, tidak mengapa jika meletakkan tangan di mulutnya. Jika bersin, hendaklah dia memuji Allah dengan mengucapkan Alhamdulillah dalam hati saja dan tidak menggerakkan lidah, manakala apabila sendawa, janganlah mengangkat kepala ke atas.
Jika berjemaah dan hanya ada seorang makmum saja, disunatkan seseorang itu berdiri di sebelah kanan imam dan berada di belakangnya sedikit. Kalau makmum hanya seorang wanita, maka hendaklah berdiri tepat di belakang imam. Jika dua orang makmum, seorang lelaki dan seorang perempuan, maka si lelaki berdiri di sebelah kanan imam seperti di atas dan wanita pula di belakang makmum lelaki itu.
Bagi makmum masbuq yang sempat bersolat pada akhir perbuatan dalam solat bagi imam, maka itu dianggap permulaan solatnya. Dia perlu menyesuaikan amalannya dengan amalan imam itu dan hendaklah meneruskan secara sendirian apabila imam selesai.
Dalam solat Subuh, makmum masbuq hendaklah membaca doa qunut sekali lagi sekalipun sudah mengikut imam membacanya pada rakaat sebelum itu. Jika mendapati imam sudah berdiri, maka jangan memulakan solat dengan membaca doa Iftitah sebaliknya terus membaca al-Fatihah.
Sekiranya imam rukuk pada hal dia belum selesai membaca al-Fatihah, tetapi mengagak mampu menyusul imam ketika iktidalnya dari rukuk selepas itu, maka lebih baik bacaan al-Fatihah diselesaikan saja. Tetapi, sekiranya tidak dapat menyusul imam, maka baiklah mengikut amalan imam dan terus rukuk.
Jadi, sekalipun hanya sempat membaca sebahagian saja al-Fatihah, gugur kewajipan membaca keseluruhannya kerana kemasbuqan makmum berkenaan. Seterusnya, apabila makmum datang ketika imam dalam keadaan sujud atau bertasyahhud, maka dia hendaklah terus bertakbiratul ihram lalu duduk.
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment