feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Pendarahan Semasa Buang Air Besar

Labels: ,

Pendarahan dalam najis berlaku apabila sel-sel darah merah normal yang terletak di dalam saluran dan pembuluh darah, telah keluar dari dinding-dinding usus dan mengalir serta bertakung di dalam rongga-rongga usus. Pendarahan dalam najis adalah sesuatu perkara yang amat dramatik bagi mereka yang belum pernah mengalaminya. Lebih dramatik jika pendarahan itu berlaku dengan banyak sekali.

Pesakit sepatutnya terus berjumpa doktor ataupun pakar gastroenterologi dengan serta-merta.Tindakan pantas ini memberi peluang awal kepada doktor untuk mengesan punca atau penyakit yang menyebabkan pendarahan itu sekali gus memberikan harapan yang lebih cerah kepada pesakit untuk pulih. Malangnya, ada juga mereka yang telah mengalami pendarahan di dalam najis di dalam kuantiti yang sedikit dan jangka waktu yang bertahun-tahun, masih belum mendapat rundingan daripada doktor.

Bagaimana mengenal pasti ada darah pada najis?
  1. Najis diselaputi darah berwarna merah cerah
  2. Ada ketulan darah bercampur dengan najis
  3. Najis berwarna kehitaman dan melekit
Gejala pendarahan akut:
  1. Tiga tanda di atas
  2. Cepat berasa lesu
  3. Pening
  4. Sesak nafas
  5. Senak perut
  6. Rasa mahu pitam
  7. Cirit birit
Gejala pendarahan kronik:
  1. Semua tanda di atas
  2. Badan terasa lemah
  3. Sentiasa berasa penat
  4. Sukar bernafas
  5. Pitam

Apakah yang akan berlaku kepada pesakit yang mengalami pendarahan rektum?

Jika kuantiti pendarahan di dalam usus itu amat sedikit, ia tidak akan meninggalkan apa- apa kesan kepada pesakit selain daripada kejutan psikologi bagi mereka yang pertama kali menghadapinya.

Jika kuantitinya banyak iaitu dalam lingkungan 500cc ke atas, akan berlaku perubahan yang ketara kepada sistem kardiovaskular pesakit. Pesakit akan berasa amat lemah dan tidak bermaya. Mereka juga akan berasa seolah-olah akan pitam dan jika pendarahan ini terus berlaku dengan banyaknya, maka pesakit boleh jatuh pengsan.

Tanda-tanda pendarahan yang lain termasuklah, muka pesakit menjadi pucat dan berpeluh serta kadar kadar nadinya lebih tinggi dari kebiasaan iaitu 70 denyutan seminit.

Jika berlaku pendarahan di dalam najis dengan tanda-tanda di atas, pesakit harus dibawa ke bilik kecemasan di mana-mana klinik atau hospital yang menyediakan servis 24 jam. Keadaan ini amat kritikal dan pesakit boleh maut akibat pendarahan dalam najis yang tidak berhenti, terutama apabila tekanan darah mula menurun. Pesakit sebegini memerlukan rawatan kecemasan yang intensif.

Pesakit yang mengalami pendarahan di dalam najis tidak perlu menunggu tahap kritikal sebelum mendapat rundingan daripada doktor dan pakar. Adalah perlu untuk berjumpa doktor dengan segera jika berlaku pendarahan di dalam najis yang belum ditentukan puncanya oleh doktor sebelumnya.

Punca Pendarahan Dalam Najis

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan pendarahan rektum yang berpunca dari pendarahan / kelukaan dalam saluran

gastrointestin (pencernaan /
penghadaman). Ini adalah petanda gangguan kesihatan yang penting, kerana bagi sesetengah kes ia boleh membawa maut jika dibiarkan berlanjutan. Masalah pendarahan rektum boleh dikawal dan dirawat, contohnya ulser dan buasir.

Jika pendarahan ini disebabkan oleh penyakit yang bahaya seperti kanser usus, maka kelewatan mendapatkan rawatan boleh membunuh. Pendarahan dalam najis yang disebabkan oleh penyakit di dalam dinding usus itu sendiri berpunca dari

di bahagian atas dan bahagian bawah saluran penghadaman, Ia termasuk:

Variks - Variks adalah saluran darah mengembang yang terdapat dalam esofagus atau perut. Ini akan berlaku apabila perjalanan darah ke hati terhalang. Darah ini kemudian mengundur naik ke dalam saluran darah yang lebih kecil dan lebih mudah pecah dalam esofagus. Ini menyebabkan saluran darah ini mengembang ataupun bengkak. Esofagus dan perut variks boleh pecah dan boleh mengancam nyawa. Biasanya komplikasi sirosis hati adalah masalah serius yang menyebabkan keadaan dan fungsi merosot secara perlahan-lahan dan mengakibatkan penyakit hati yang kronik serta membawa maut.


Ulser peptik - Ulser peptik adalah hakisan dari duodenum atau lapik perut. Ini boleh menyebabkan pendarahan jika ulser itu dalam dan saluran darah terdedah. Pengambilan NSAID, aspirin, dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori adalah antara punca ulser peptik.

Dinding esofagus terkoyak - Ini disebabkan muntah atau menjeluak yang keterlaluan dan berulang-ulang. Dinding esofagus juga boleh koyak selepas serangan penyakit secara mengejut, batuk atau ketawa terlalu kuat, mengangkat benda berat, mengalami tekanan / stress, melahirkan anak atau mengambil terlalu banyak alkohol / arak.

Polip - Polip adalah ketumbuhan bukan kanser (
benigna) pada usus (dalam saluran gastrousus), yang mungkin berdarah. Sesetengah polip boleh bertukar menjadi kanser. Juga kerap menyebabkan najis berdarah dan disalah anggap sebagai kanser. Darah daripada ketumbuhan ini berwarna merah cerah.

Kanser usus -
Semua kanser gastrousus boleh menyebabkan pendarahan. Kanser usus adalah
kanser ketiga paling kerap di seluruh dunia. Ia adalah kanser malignan di dinding usus besar yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan berubah menjadi kanser. Tumor boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom kanser usus ialah berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut memulas, terasa asyik hendak buang air besar, perut tidak selesa, kembung atau senak; muntah, hilang selera makan dan cepat penat.

Pada keadaan serius pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar. Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, gejala ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.

Kanser rahim - Jika penyakit ini tidak dirawat dan dibiarkan membesar dan merebak, maka sel-sel kanser ini akan menghakis dinding-dinding organ yang berdekatan seperti usus besar/rektum dan menyebabkan pendarahan di dalam najis. Keadaan ini dinamakan fistula – juga boleh berlaku di antara pembuluh darah tunjang yang bengkak dengan usus kecil.

Bagi pesakit-pesakit kanser rahim yang telah mengalami rawatan radioterapi, kesan jangka panjang pancaran radiasi itu juga boleh menyebabkan radang usus yang serius sehingga berlaku pendarahan.

Fisur - Iaitu rekahan pada kulit yang melapisi saluran dubur disebabkan sembelit atau memaksa najis keluar. Ini adalah masalah biasa dan menyebabkan rasa sakit. Apabila kulit terluka, setiap pergerakan usus akan terasa sakit. Pendarahan akibat rekahan kulit ini adalah sedikit, dan darah berwarna merah cerah. Pendarahan ini sering disalah anggap sebagai buasir. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja terutama kanak-kanak yang tidak cukup serat dan kurang minum air.

Angiodisplasia - Ini adalah disebabkan saluran darah tidak normal dan saluran darah yang mengembang dalam gastrousus. Angiodisplasia banyak dikesan dalam pendarahan usus kecil dan boleh berlaku di mana-mana dalam saluran gastrousus. Pendarahan dari angiodisplasia mungkin, boleh menyebabkan anemia, atau pengaliran darah merah.

Penyakit divertikulum - Ini adalah penyakit yang paling kerap. Ia tidak menyebabkan pendarahan merah dan banyak banyak. Pesakit mungkin akan pengsan kerana kehilangan banyak darah.

Penyakit Angiodisplasia dan Divertikulum banyak menyerang pesakit-pesakit tua (70 ke atas) terutama sekali di kalangan wanita kerana proses penuaan dan juga sembelit yang berpanjangan.

Buasir -
Kerap berlaku di kalangan masyarakat moden yang stres. Umum sudah amat mengetahui tanda utama buasir iaitu pendarahan di dalam najis dari rektum. Buasir terjadi akibat saluran darah pada bahagian dubur bengkak. Saluran darah ini boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Darah akibat buasir biasanya berwarna merah cerah.

****Pendarahan merah cerah atau merah gelap yang disebabkan oleh buasir atau kanser usus kebiasaannya tidak akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan sama ada di bahagian perut ataupun dubur. Jika ada kesakitan di bahagian-bahagian ini, puncanya adalah disebabkan oleh radang usus (kolitis) ataupun luka di dubur. Jika pendarahan di dalam najis berlaku bersama dengan lendir yang berlebihan, barulah doktor akan mengesyaki kanser usussebagai puncanya.

Simptom lain ialah sukar membuang air besar dan rasa tidak puas walaupun berkali-kali berulang ke tandas. Pendarahan adalah gejala utama, hampir 70 peratus daripada pesakit buasir akan mengalami pendarahan apabila buang air besar.

Pesakit selalunya mendapati darah akan keluar daripada dubur dan ada kalanya darah memancut. Pesakit juga rasa sakit setiap kali buang air besar bagaimana pun pada peringkat awal buasir tidak mendatangkan kesakitan.

Pada peringkat seterusnya, buasir akan terkeluar sedikit apabila pesakit meneran untuk buang air besar, tetapi naik semula (masuk semula ke dalam dubur) selepas selesai meneran. Pendarahan akibat buasir jarang menyebabkan anemia.

Terdapat juga penyakit dalaman yang telah mengubah kecairan darah dengan menyebabkan sel-sel darah menyerap keluar dari dinding-dinding usus ke dalam rongganya seperti kanser sel darah, leukemia. Gangguan kepada sistem yang mengawal kecairan darah juga boleh berpunca daripada pengambilan ubat seperti Warfarin oleh pesakit jantung.

Darah yang berwarna merah cerah menandakan pendarahan itu berlaku dari bahagian pembuluh darah arteri dan terletak di bahagian yang sangat hampir dengan lubang dubur seperti usus sigmoid ataupun rektum. Manakala, darah yang berwarna merah gelap diandaikan berpunca dari sumber pendarahan yang lebih dalam iaitu bahagian awal usus besar seperti sekum ataupun bahagian akhir usus kecil iaitu ileum. Malah, umum perlu mengetahui bahawa najis yang berwarna hitam pekat seperti tar di jalanan adalah juga sejenis pendarahan usus.

Walau bagaimanapun, jika pesakit mengalami pendarahan banyak dari bahagian atas saluran gastrousus, pesakit mungkin juga mengeluarkan darah yang berwarna merah menyala yang keluar dari duburnya.

Kebiasaannya, jika pesakit mendapati pendarahan di dalam najis itu berwarna merah cerah; dan ia keluar dahulu ataupun selepas najis, lazimnya perdarahan ini adalah disebabkan oleh buasir.

Seterusnya, pendarahan hitam pekat selalunya disebabkan oleh

pendarahan dalam saluran gastrointestin (pencernaan)
yang terdiri daripada bahagian atas gastrousus seperti pendarahan di esofagus, perut, usus kecil (duodenum), atau juga dari bahagian bawah gastrousus seperti pendarahan di usus besar, rektum dan dubur .Ia
boleh berlaku tanpa disedari dan ia hanya dapat dikesan apabila darah keluar bersama najis. Pendarahan di bahagian ini memungkinkan pesakit
muntah darah yang berwarna merah menyala, darah beku yang berwarna gelap atau muntah seperti serbuk kopi.

Jika pesakit mengalami pendarahan dari sebelah kanan kolon iaitu sekum atau kolon menaik (ascending colon) atau kolon melintang (transverse colon), ia akan mengeluarkan najis berdarah berwarna merah menyala.

Bagaimanapun, warna darah juga boleh bertukar dari kebiasaan berwarna merah kepada hitam akibat proses tindak balas kimia oleh enzim-enzim penghadaman dan pencernaan yang berlaku kepada sel-sel darah yang keluar dari dinding- dinding perut ataupun usus kecil.

Bagaimana Doktor Mengesan Pendarahan?


Pemeriksaan fizikal - Pemeriksaan yang amat penting dan mesti dilakukan oleh doktor ke atas pesakit yang mengalami pendarahan dalam najis, adalah pemeriksaan dubur. Doktor perlu memasukkan satu daripada jari tangannya yang telah dipakaikan sarung dan berjel ke dalam lubang dubur dan sampai kepada bahagian bawah rektum. Ia tidak sakit selain kurang selesa. Walaupun pemeriksaan ini kadangkala boleh menimbulkan kejelikan di kalangan ramai pesakit, ia amat kritikal dilakukan sebelum seseorang pesakit didiagnosis.


Ramai pesakit yang begitu lama dilabel sebagai mengalami penyakit buasir tetapi setelah pendarahan terus berlaku, apabila satu pemeriksaan dubur dilakukan ia didiagnosis kanser rektum.


Jika punca pendarahan tidak dapat dikesan oleh pemeriksaan yang disebut di atas, maka beberapa siri ujian harus dilakukan untuk mencari penyebab kepada pendarahan dari rektum.

Dengan peralatan 'immonuchemical kit', ia akan membantu seseorang yang mengalami pendarahan dalaman atau najis hitam yang kita tak dapat melihat darahnya dengan mata kasar.


Ujian darah - Kaedah pemeriksaan taraf Haemoglobin (Hb) dan fungsi hati (LFT) akan dilakukan secara rutin. Taraf Hb akan memberi gambaran betapa seriusnya pendarahan itu dan LFT boleh membantu mencari penyakit hati sebagai punca pendarahan dan juga menguji kecairan darah itu sendiri.


Endoskopi - Kaedah ini digunakan untuk diagnosis dan merawat keadaan yang melibatkan esofagus, perut dan duodenum (usus kecil). Ia dilakukan dengan menguna kamera kecil pada hujung tiub fleksibel panjang iaitu endoskop yang dimasukkan melalui mulut. Kaedah ini biasa digunakan jika najis pesakit berwarna hitam atau anda muntah darah. Melalui kaedah ini, doktor pakar boleh menghentikan punca pendarahan.


Kolonoskopi - Kaedah ini digunakan untuk pemeriksaan
dan rawatan bagi pendarahan dari usus besar iaitu di bahagian dalam kolon hingga ke bahagian rektum. Pemeriksaan ini dilakukan dengan menggunakan kolonskop, iaitu dengan mengunakan kamera kecil yang dipasang pada tiub fleksibel. Kaedah ini digunakan jika anda mengalami pendarahan bahagian bawah saluran gastrousus. Kolonoskopi membolehkan pemeriksaan dan rawatan bagi pendarahan dari usus besar.

Angiogram Mesenterik - Kaedah ini menggunakan kontras ataupun dipanggil dye dan disuntik ke dalam urat pesakit agar saluran darah boleh dilihat dalam pemeriksaan x-ray. Ini membolehkan doktor mengesan punca pendarahan dengan mengenal pasti lokasi saluran darah di mana dye itu aktif. Pendarahan ini boleh dikenal pasti semasa angiogram. Kaedah ini digunakan jika endoskopi dan kolonoskopi tidak dapat mengesan punca pendarahan atau tidak dapat menghentikan darah.

Endoskopi kapsul - Kaedah ini menglibatkan penggunaan kamera video menggunakan bateri sebesar kapsul. Alat ini digunakan untuk memeriksa usus kecil, bergerak mengikut pergerakan peristalsis. Teknik tidak invasif ini membolehkan doktor mengenal pasti punca pendarahan, terutamanya dalam usus kecil dan pesakit ini tidak perlu ubat penenang. Endoskopi kapsul hanya merupakan alat diagnosis. Pesakit masih perlu ujian selanjutnya untuk merawat pendarahan.

Enteroskopi - Kaedah ini membabitkan penggunaan skop optik yang panjang untuk memeriksa dan merawat bahagian usus kecil. Pemeriksaan usus kecil agak rumit dan membabitkan prosedur yang panjang. Dengan ini, kaedah ini tidak disyorkan oleh doktor pakar.

Rawatan / Cara Menghentikan Pendarahan

Suntikan - Untuk peptik ulser yang berdarah, adrenalin mungkin disuntik untuk menghentikan pendarahan dengan mengurangkan diameter arteri (vasokonstriksi). Kaedah ini murah, mudah dilakukan dan boleh didapati. Untuk pendarahan penyakit variks, suntikan histoacryl glu atau terapi ikatan atau ikatan variks adalah paling sesuai. Suntikan glu akan membolehkan glu menutup punca pendarahan.

Alat pemanas - Alat ini mengeluarkan haba dan tekanan secukupnya dan kemudian dikenakan ke atas saluran darah untuk melapik dan seterusnya menyebabkan darah membeku. Ini digunakan secara kombinasi dengan terapi suntikan. Kaedah ini sangat berkesan.


Hemoklip - Logam digunakan semasa endoskopi untuk menutup dua permukaan tanpa memerlukan pembedahan atau jahitan. Kaedah ini boleh digunakan untuk merawat pendarahan bahagian atas dan bahagian bawahan gastrousus dengan syaratnya punca pendarahan boleh dikenal pasti. Hemoklip ini digunakan jika saluran darah dapat dilihat. Klip logam ini adalah alat yang sangat berkesan untuk merawat atau menghentikan pemancutan darah.

Penggumpalan plasma argon (APC) - Arus elektrik frekuensi tinggi dialirkan melalui pancutan gas argon, yang boleh membeku darah bahagian yang luka. Kaedah ini bagus tetapi mahal dan belum didapati di sini.

Infusi perencat pam proton intravena - Perencat pam proton (PPI) merangkumi sekumpulan ubat yang menyekat pengeluaran asid gastrik. Infusi pam proton menurunkan pH persekitaran asid dalam perut. Dengan ini boleh membekukan darah dan mengurangkan perbelanjaan untuk pembedahan. Kaedah rawatan ini sering digunakan untuk merawat penyakit ulser dan keradangan usus seperti kolitis dan proktitis, dan dimulakan selepas terapi endoskopi.

Pembedahan major - Ia perlu dilakukan bagi penyakit kanser usus sebelum dibantu oleh rawatan sampingan seperti kemoterapi dan radioterapi.

Rubber Banding dan juga pembedahan - Kaedah rawatan ini digunakan untuk merawat penyakit Buasir jika rawatan peringkat awal dengan ubat-ubatan tidak berkesan dan apabila ia menjadi serius.

Sumber:
-
Harian Metro (1 Januari 2006):
Dr. Abd. Hamid Mat Sain;
Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, Columbia Asia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan -Artikel oleh
NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
-sihatselalu. Article by Dr. Tan Huck Joo
-Carian Google - Artikel Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN







7 comments:
gravatar
armouris said...
July 26, 2010 at 5:25 AM  

info tentang pendarahan gastrousus di SIHAT SELALU - Pendarahan Saluran Gastrousus

gravatar
Sueozana said...
July 26, 2010 at 7:28 PM  

Terima kasih, info telah digunakan / update.

gravatar
Unknown said...
July 29, 2010 at 8:03 PM  

hem...moga di jauhkan dari perkara sebegini.

al fatihah buat bonda kamu.semuga di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

gravatar
Sueozana said...
August 7, 2010 at 3:16 AM  

>> Amiiin..Terima kasih mendoakan mak sue.

gravatar
Liyana Anuar said...
March 29, 2012 at 11:46 AM  

Saya share ye info ni..thanx :D

gravatar
mohd zuhairi bin noordin said...
February 5, 2019 at 12:27 AM  


JUTAWAN HERBS, ada penawar untuk anda sembuh daripada pelbagai penyakit kanser yang telah Terbukti berkesan dan turut dipercayai pesakit2 kanser di seluruh malaysia dan luar negara. Menjadi produk yang wajib dibawa ke mana sahaja, Produk keluaran JUTAWAN HERBS adalah pengeluar produk yang berpengalaman mengubati pelbagai penyakit kanser. Kami memiliki testimoni daripada pesakit2 kanser yang telah sembuh /bebas kanser yang disahkan oleh doktor sendiri. Adakah anda @ orang yang tersayang serta rakan2 anda sedang bertarung dengan dengan kanser ketika ini? Ya! Anda telah buat pilihan yang tepat kerana memilih JUTAWAN HERBS! Dapatkan segera produk kami Anda akan kami 'invite' ke WhatsApp Group kami yang terdiri daripada pesakit2 kanser. Ramai yang gerun dengan rawatan Kimoterapi, dengan Group WhatSApp kami,anda boleh mendengar sendiri perkongsian daripada ahli group yang tetap kuat, dan bertenaga menjalani kehidupan seharian dengan sokongan Jus keluaran JUTAWAN HERBS ini. Marilah bersama2 mengumpul semangat juang bersama pesakit kanser yg lain. Jangan terus buang masa, kita tak akan sembuh dengan hanya menunggu tanpa usaha dan keyakinan, kita yang perlu mencari penawar untuk sembuh, kita berhak memilih untuk sembuh! Kita berhak memilih hanya yang terbaik!! 017 468 7570 EN MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN PENGASAS DAN PEMILIK JUTAWAN HERBS WhatsApp sekarang….

gravatar
mohd zuhairi bin noordin said...
February 5, 2019 at 12:27 AM  

Layari laman web jusinfiniti.blogspot.my utk testimoni dan jika mahu lebih banyak lagi jadi lah ahli grup psakit2 saya anda akan bertemu lebih banyak pesakit2 yang telah sembuh dan juga pesakit2 yang masih sedang berjuang melawan kanser

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."