feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

STROKE Dan Rawatan SONOTRON

Labels: ,




STROKE atau angin ahmar adalah penyakit yang amat digeruni. Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini, tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauhmana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa.

Faktor umum penyebab stroke ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi.

Serangan stroke datang secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang tanda awal YANG JELAS untuk disedari oleh mangsa. Mangsa stroke mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah badan atau keseluruhannya. Penyakit ini boleh menjadi penyebab kepada kematian.

Lemah dan lumpuh akibat stroke akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk bercakap atau kemungkinan terus kehilangan keupayaan bercakap atau dikenali sebagai aphasia. Antara masalah lain ialah kemungkinan berlakunya gangguan pada bahagian otak yang lebih penting peranannya.

Bagaimanapun, bukan semua jenis stroke akan menyebabkan lumpuh, terutama apabila gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan. Bagaimanapun kes begini jarang berlaku. Lazimnya hampir 85 peratus mangsa stroke akan mengalami masalah kekejangan saraf dan otot yang membawa kepada lumpuh sementara atau kekal.

PENYEBAB STROKE

Seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan darah yang berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tiada bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.

Adakalanya keadaan stroke menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakan disebabkan oleh perkaitan tersebut.

Kejadian pembuluh darah pecah di otak juga menjadi penyebab kepada serangan stroke. Bila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya.

Permasalahan arteri di dalam otak boleh juga berpunca daripada beberapa penyakit pembuluh itu sendiri. Darah yang membeku boleh menjadi punca ia tersekat dan ini dipanggil cerebral embolism. Manakala Throm-bosis atau pembekuan darah berlaku apabila arteri disekat oleh lemak yang melekat di dinding arteri.

Penyakit jantung dan stroke berkait antara satu sama lain. Banyak bukti menunjukkan beberapa jenis serangan jantung akan menyebabkan stroke pada si mangsa. Ini kerana, serangan penyakit jantung menjadi penyebab kepada embolisms atau gangguan pada arteri utama.

Tekanan darah tinggi juga turut menjadi penyebab kepada stroke. Tekanan darah tinggi biasanya memberi kesan pada ketahanan dinding pembuluh darah. Dinding salur darah yang tidak kuat yang dipanggil aneurysms ini akan pecah apabila menerima tekanan darah yang lebih tinggi daripada biasa. Apabila salur darah pecah atau cerebral haemorhages ini berlaku, ia seterusnya menyebabkan serangan stroke kepada mangsa.

Golongan manakah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang stroke? Selain pesakit jantung, mereka yang mengidap penyakit diabetis, tekanan darah dan kolestrol tinggi serta seorang perokok merupakan mereka yang paling berisiko untuk terkena serangan stroke. Ramai beranggapan faktor keturunan sebagai punca penyakit stroke, tetapi ternyata masih tidak terdapat sebarang bukti tentang faktor ini.

TANDA AWAL

Sebilangan pesakit akan mengalami petanda awal dan amaran beberapa minggu atau bulan sebelum diserang stroke yang serius. Biasanya tanda-tanda ini termasuklah rasa lemah anggota badan {sebelah kiri atau kanan badan) dan pandangan mata yang beransur kabur. Bagaimanapun kebanyakan pesakit TIDAK mengalami sebarang tanda amaran bagi membolehkan mereka menjalani rawatan. Apa yang mungkin dapat dirasai pesakit ialah apabila mereka mendapati sebelah badan terasa sakit dan lemah sehingga membawa kepada lumpuh. Begitu juga dengan kehilangan keupayaan bercakap di mana pertuturan mereka semakin sukar difahami.

Tidak ada apa yang lebih mengembirakan kepada para pesakit kronik seperfi stroke apabila mempunyai harapan untuk sembuh begitu juga sekiranya mendapat tahu tentang penemuan baru untuk menyembuhkan penyakit yang dideritai.

TERAPI SONOTRON

Biasanya, rawatan untuk stroke bergantung kepada sejauhmana seriusnya kerosakan otak yang dialami oleh pesakit. Bagi pesakit stroke mereka biasanya akan menjalani beberapa siri rawatan untuk memulihkan anggota yang lemah atau lumpuh.

Terapi Sonotron merupakan satu kaedah baru yang memberi harapan sembuh kepada pesakit stroke. Sonotron adalah rawatan tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan. Sebelum ini kaedah sonotron hanya digunakan untuk mereka yang mengidap sakit sendi dan otot. Alat ini dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dengan cepat hanya dengan sekali rawatan.

Bagi mangsa stroke mereka biasanya akan menjalani rawatan dan terapi selama tiga bulan hingga dua tahun. Terapi Sonotron membantu mempercepatkan kaedah rawatan bahagian fizikal terutama di bahagian sendi. Rawatan terapi ini akan mengambil masa satu hingga dua jam untuk setiap kali rawatan. Rawatan Sonotron melalui pancaran discaj korona dan frekuensi radio yang rendah merangsang pemulihan urat saraf dan sel-sel yang kian rosak. Justeru, terapi ini memberi tumpuan pada bahagian sendi yang bermasalah dan juga bahagian otak yang dijangka menjadi punca stroke berlaku.

Pancaran gelombang Korona yang dihasilkan dalam frekuensi radio rendah (430kHz) akan merawat dan membuang radikal bebas yang terhasil dari tisu yang rosak, yang menjadi punca penyakit. Bunyi dari frekuensi radio yang digunakan pula adalah selaras dengan paras tenaga (1kHz) yang perlu untuk merawat pesakit.

Berdasarkan pemerhatian peribadi ke atas 2 orang pesakit warga emas, dengan kekerapan rawatan (10 kali) yang dilakukan, terapi Sonotron ini berjaya menunjukkan tindak balas yang amat memuaskan, di mana seorang pesakit stroke (lelaki) yang berumur dalam lingkungan 70an telah menunjukkan tanda-tanda untuk pulih setelah menjalani beberapa sesi rawatan menggunakan terapi ini.

Sewaktu rencana ini ditulis, pesakit ini masih menjalani rawatan susulan untuk pemulihan sepenuhnya. Pesakit stroke ini juga turut mendapatkan rawatan terapi susulan iaitu rawatan ANODYNE (Photolight) yang meningkatkan pengaliran darah dan rawatan terapi BIOS 9000 (terapi Medan Elektrik) yang mengaktifkan proses pemulihan sel-sel yang rosak.

Seorang lagi pesakit warga emas perempuan (ibu saya), menghidapi beberapa penyakit pada satu masa seperti jangkitan virus pada paru-paru (viral-lung-infection), sakit sendi (rheumatoid athritis) dan tekanan darah tinggi. Keadaan ibu saya sudah menunjukkan tanda-tanda awal stoke, di mana ibu tidak mempunyai tenaga untuk bergerak, tidak boleh menelan makanan dengan baik, malah pertuturan ibu juga terlalu sukar difahami. Semuanya berlaku dalam masa yang amat pantas, kira-kira 2 minggu selepas ibu terjatuh lalu kepalanya terluka terkena objek yang tajam. Alhamdulillah, ibu telah menunjukkan proses pemulihan yang amat jelas dalam masa yang singkat (3 minggu) setelah menjalani rawatan sonotron sebanyak 15 kali selama 30 minit bagi setiap rawatan.

Selain terbukti berkesan untuk merawat stroke, rawatan terapi sonotron juga amat berkesan untuk merawat beberapa penyakit seperti luka, ulser, masalah kulit, resdung (sinus), jerawat (acne vulgaris), kahak dan masalah pernafasan seperti lelah/asma (terutama bagi kanak-kanak), batuk yang kronik,sendi, gout, gastrik, migrain dan otot. Apa yang nyata, rawatan sonotron diperakui selamat oleh pengamal perubatan (doktor). Ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan, selain pesakit akan berasa sedikit lemah selama beberapa jam selepas menjalani rawatan. Bagaimanapun ia hanyalah kesan sementara. Selepas itu kesan tersebut akan hilang dan pesakit semakin bertambah pulih.


Nota: Kak Sue merasa terpanggil untuk menulis rencana ini berdasarkan pengalaman merawat ibu dengan cara perubatan biasa (di hospital) dan rawatan sonotron di sebuah klinik di Kota Bharu). Semoga rencana ini memberi harapan baru kepada pesakit stroke dalam usaha mencari rawatan alternatif yang selamat).

Rujukan: NONA Julai 1996/Dr Ramzi (Klinik Ramzi, Pauh, Kelantan)/Pengalaman peribadi



6 comments:
gravatar
Anonymous said...
November 24, 2010 at 8:49 AM  

Saya pun ada pengalaman buat sonotron treatment utk anak saya due to bronchitis & constipation & happen to be dekat klinik yg sama (Dr Ramzi). Kami cuma buat treatment tu sebanyak 4 kali & alhamdulillah, anak saya sembuh...cuma sekarang ni, tgh nak cek if sonotron is suitable to those with kidney problem. Any idea?

gravatar
Sueozana said...
December 4, 2010 at 4:23 PM  

Alhamdulillah... smoga anak puan/puan bertambah sihat.

Frekuensi Sonotron merangsang pemulihan urat saraf dan sel-sel yg kian rosak di samping merawat n membuang radikal bebas dr tisu rosak yg menjadi punca penyakit.

Jika msaalah bpunca dr kerosakan tisu buah pggang dr jangkitan kuman atau kerana pyakit2 lain serta masih d pringkat awal, pndapat peribadi saya lebih menjurus kpd rawatan Sonotron n Terapi elektrik. Malah terdapat kes pesakit barah d peringkat awal berjaya dipulihkan mlalui rawatan Sonotron.

Jika ia krosakan kekal atau d pringkat kronik lbh baik bjumpa pakar perubatan.

Sementara bertemu rawatan yg tepat, pesakit perlukan menu sihat yg mgkin mbantu proses pmulihan esp jika masih d peringkat awal.

-Minum air masak/plain water dengan banyak, melebihi 2.3 liter sehari. Utk mbantu meringankan tugasan b/pggang kita perlu minumn air yg byk bg meneutralkan kandungan gula n mencairkan kepekatan bahan buangan/radikal dlm darah yg spatutnya dserap oleh b/pggang.

-Megambil teh misai kucing, kapsul Habbatussauda, pisang n minum myk zaitun 1 sudu besar sehari yang diselang-selikan dgn myk kelapa dara/virgin coconut oil juga bleh meringankan msalah ini dgn izin Allah swt..

Utk informasi yg tepat saya sarankan puan/tuan mdpatkan pjelasan dari DOKTOR PAKAR, n doktor yg mempunyai pralatan Sonotron berdasar pengetahuan n praktikal rawatan yg mereka lakukan..

T/Kasih.

gravatar
Ellafifi said...
April 22, 2016 at 10:57 AM  

Salam. Berapa gaknyaAya kos sekali rawatan sonotron ni ya..
Abah sy sedang stroke akibat tekanan darah tinggi.

gravatar
Ellafifi said...
April 22, 2016 at 10:58 AM  

Salam. Berapa gaknyaAya kos sekali rawatan sonotron ni ya..
Abah sy sedang stroke akibat tekanan darah tinggi.

gravatar
Anonymous said...
October 7, 2016 at 12:31 PM  

Kos sekali rawatan RM30 utk satu bahagian anggota untuk 15 min kalau di Pusat Rawatan Sonotron Bangi.

gravatar
Unknown said...
February 7, 2017 at 9:11 AM  

Saya nak tny rawatan ni sesuai ke untuk pesakit kanser kelenjar? Adik saya hny pergi rawatan ke hospital skali shj dan sterusnya brubat cara kg. Leher dan bawah ketiak timbul bonjol sbesar pnumbuk. Boleh bg pencerahan jika rawatan ini sesuai?

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."