feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Peristiwa Aneh Tapi Benar Dari Masjidil Haram

Labels: , ,


Masjidil Al-Haram: Tempat paling suci dalam ibadah orang Islam

Semua peristiwa di bawah adalah kisah benar yang berlaku, cuma nama dan tempat sahaja yang diubah...

Peristiwa Pertama:
Dipinjamkan kenderaan dan pemandu selama 42 hari.

Pakcik Hanafi (65 tahun) dan isterinya Makcik Aminah (63 tahun), adalah pasangan Islam yang menjaga kewajipan solat fardhu dan kewajipan-kewajipan asas lain dengan baik. Namun, mereka bukanlah ahli agama yang tinggi ilmunya seperti seorang ustaz atau imam. Mereka bukannya orang senang, wang yang mereka perolehi sentiasa digunakan untuk keperluan hidup seharian. Walaupun sesekali timbul juga keinginan untuk menunaikan fardhu Haji, tetapi mereka tidak mempunyai wang simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan ke tanah Suci.

Ketika kawannya Haji Shukur menyuruhnya menunaikan fardhu Haji, Pakcik Hanafi hanya tersenyum. Pertama, dia merasakan ibadahnya belum sebaik manapun lagi,jauh sekali dibandingkan dengan Haji Shukur yang merupakan seorang guru agama. Kedua, masalah kewangannya sentiasa menjadi batu penghalang.

"Kamu tak cukup duit lagi ke?" Tanya Haji Shukur.
"Biasalah Ji... Aku bukan orang senang!" Balas Pakcik Hanafi.
"Nah!, baca ni..." Tingkah Haji Shukur sambil menghulurkan sehelai kertas bertulis bahasa Arab.

Melihat Pakcik Hanafi tersipu-sipu, Haji Shukur menulis ayat-ayat tersebut dalam tulisan Rumi. Barulah Pakcik Hanafi mengerti yang ditulis kawannya adalah salawat Nabi...

"Betul ke ni Ji..?"
"Kamu baca dan amalkanlah dulu!" Haji Shukur membalas ringkas.

Semenjak saat itu Pakcik Hanafi sentiasa membaca selawat Nabi setiap kali selesai bersolat fardhu. Berkat nasihat kawannya itu juga, dia mula mengamalkan solat malam (Tahajjud). Menurut Haji Shukur, di keheningan malamlah doa seorang hamba yang ikhlas akan dimakbulkan oleh Al-Khaliq. Dengan penuh kesabaran Pakcik Hanafi mendirikan solat malam dan memohon agar Allah s.w.t. mempermudahkan jalan baginya untuk menunaikan Haji.

Alhamdulillah, dua tahun kemudian doa Pakcik Hanafi termakbul. Malah dengan wang simpanan yang cukup, dia berupaya membawa bersama isterinya Makcik Aminah, menunaikan fardhu Haji di Mekah. Disebabkan mereka menunaikan Haji Tamattu', pasangan suami isteri ini pergi ke Madinah terlebih dahulu sebelum memasuki Mekah. Di Madinah, Pakcik Hanafi didatangi oleh seorang lelaki Arab yang berumur 30-35 tahun dan amat fasih bertutur bahasa Melayu. Lelaki itu mengaku sengaja mencari Pakcik Hanafi kerana disuruh oleh seseorang yang bernama Haji Ali...

"Boleh ana tahu, siapa yang bernama Haji Hanafi dari kampung..........?" tanya lelaki tersebut.
"Haji? Saya kan baru sampai ke Madinah, siapa lelaki ini yang memanggil saya Haji..? Ah, tak mengapalah, mudah-mudahan Allah menerima ibadah haji saya." Fikir Pakcik Hanafi.

"Sayalah Hanafi. Maaf, awak ni siapa?"
"Ana Umar, ana disuruh Haji Ali membawa Tuan Haji dengan keretanya, ke mana sahaja Tuan Haji mahu pergi, sepanjang masa Tuan Haji di Tanah Suci ini.." Jelas Umar kepada Pakcik Hanafi.

Perasaan gembira dan tidak sedap hati bercampur baur dalam hati Pakcik Hanafi. Gembira kerana dia diberi kemudahan yang sebegitu rupa sepanjang dia mengerjakan Haji di Mekah. Tidak sedap hati kerana dia tidak mengenali siapakah Haji Ali yang begitu bermurah hati meminjamkan kenderaan kepadanya, mungkinkah Umar tersilap orang? Di samping itu, jika benar dia orangnya, dia tidak tergamak meninggalkan rombongannya yang lain demi kepentingan dirinya an isteri. Apabila dia menyuarakan kegusaran hatinya, umar tersenyum dan menjawab, " Tidak, saya tidak tersilap orang. Haji Ali memberikan saya senarai tetamu-tetamu Allah dari Malaysia, dan Tuan Haji adalah orang yang saya cari. Bagi rombongan tuan, Haji Ali telah menyediakan sebuah bas mini untuk kegunaan mereka jika tuan risaukan mereka."

Subhanallah...Pakcik Hanafi begitu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada 'Haji Ali' dan Umar di atas bantuan sepanjang masa dia dan rombongannya berada di Mekah. Setiap hari Umar menunggunya menunaikan ibadah dengan sabar. Umar tidak akan berganjak selagi Pakcik Hanafi tidak menyuruhnya pergi. Soal petrol dan bayaran tidak pernah timbul. Semuanya di atas tanggungan dan arahan Haji Ali. Pakcik Hanafi dan isterinya dilayan sebagai tetamu terhormat!

"Ya Allah, Engkau Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Selama di Malaysia, saya tidak pernah meminjamkan kepada sesiapa kenderaan saya, apa lagi berpuluh-puluh hari. Sedangkan di Mekah, saya diberi pinjam kereta dan pemandunya sekali selama 42 hari oleh seseorang yang tidak saya kenali dan tidak pernah berjumpa pun, malah ditanggung petrolnya pula...!" Pakcik Hanafi memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Berkuasa.

Sepanjang masa menunaikan haji di Tanah Suci, Pakcik Hanafi banyak diberi kemudahan oleh Allah s.w.t. Sewaktu menunaikan tawaf, melontar di ketiga jamrah, mencium hajar al-aswad, dan menunaikan solat sunat di Masjid Nabawi, adalah sebahagian dari perjalanan ibadah Haji di mana ketabahan, kekuatan dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Di situ umat manusia berjuta-juta orang, umpama semut yang berkerumun. Setiap masa manusia berasakan sehingga ada yang terjatuh, terseret, malah terpijak dengan tidak sengaja.

Bagaimana pun Pakcik Hanafi diberi laluan yang senang dicelah-celah kepadatan lautan manusia tersebut. Didorongi keinginan mencium Batu Hitam (Hajar al-aswad)yang suci itu, Pakcik Hanafi berdoa (dalam bahasa Melayu) kepada Allah s.w.t, kerana dia yakin Allah pemilik semua bahasa di dunia ini.

"Ya Allah, aku ingin mengucup hajar al-aswad... Berikanlah jalan kemudahan kepadaku..." Doanya sambil menadah tangan, tanpa selawat, tanpa talbiah. Tidak lebih dan tidak kurang.

Sungguh luar biasa, setiap kali hujung jari Pakcik Hanafi menyentuh tubuh orang yang berada di hadapannya, mereka memberi laluan kepadanya untuk mencelah masuk. Saat itu dia merasakan dia diberi kekuatan pada kedua tangannya untuk membuka kerumunan manusia sehingga tidak lama kemudian dia sudah berada di hadapan Hajar al-aswad. Pak cik Hanafi mencium dan mengucup Batu Hitam itu sambil mengagungkan nama Allah. Air matanya mencurah keluar kerana terlalu gembira dan bersyukur di atas rahmat Allah kepadanya.

Sewaktu melakukan jamrah, orang lain seolah-olah memberikan ruang kepada Pakcik Hanafi untuk melontarkan batu dan ianya tepat mengenai sasaran. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semua perkara dan kejadian berada dalam ketentuanNya.

Pakcik Hanafi juga mendapat layanan yang baik dari semua orang yang ditemuinya sepanjang berada di Tanah Suci. Dia disambut dengan hormat, termasuklah para pemilik kedai. Seringkali dia dapat membeli barangan dengan separuh harga dari para pedagang di sana yang terkenal sukar ditawar harga barangan mereka.

Sesungguhnya hati Pakcik Hanafi yang ikhlas dalam beribadah kepada Allah telah mendapat ganjaran besar dari Maha Pencipta terhadap hambaNya. Alhamdulillah...

..........ooo00000ooo........



Peristiwa kedua: Rasa terbakar kerana memakan harta anak yatim.

Paksu Noh memang seorang yang dihormati dalam kampung kami. Budi bahasanya tinggi dan hartanya pula banyak. Anak-anaknya berjawatan tinggi dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Paling rendah pangkat anaknya pun seorang ustaz di sekolah menengah di bandar. Yang lainnya ada doktor, engineer, dan pensyarah di sebuah universiti.

Pendek kata hidup
keluarga Paksu Noh memang tidak ada kekurangannya. Isterinya seorang yang lembut, penyayang dan patuh kepada suami. Anak-anaknya patuh dan bertanggung jawab kepada ibu bapa mereka. Saban bulan mereka akan memberikan Paksu Noh dan isterinya wang belanja dan kerap pula mereka pulang menjenguk ibu bapa mereka di kampung bersama keluarga masing-masing.

Paksu Noh mempunyai seorang
anak sepupu perempuan bernama Siti Khadijah yang telah kematian ibu dan bapanya. Semenjak berumur 6 tahun lagi Siti Khadijah menjadi anak yatim kerana bapanya telah dibunuh sewakktu sedang tidur oleh seorang lelaki kurang siuman, yang menceroboh masuk ke rumah mereka
. Semenjak itu ibu Siti Khadijah (Siti Halimah), yang hanya mempunyai seorang adik perempuan yang telah berkahwin, telah menyerahkan segala urusan harta pusaka kepada abang sepupunya (Paksu Noh), memandangkan Paksu Noh lah saudara lelaki terdekat beliau. Lebih-lebih lagi Paksu Noh adalah seorang yang alim dan amat baik tingkah lakunya.

Apabila dewasa, Siti Khadijah pun berkahwin dan keluarganya tinggal tidak jauh dari rumah Paksu Noh. Sebelum meninggal dunia, ibu Siti Khadijah berpesan supaya Paksu Noh menyelesaikan urusan harta pusaka yang diamanahkan kepadanya dan menyerahkan haknya kepada anaknya (beberapa bidang tanah). Paksu Noh berjanji kepada Siti Halimah, dia akan menguruskan segala harta pusaka tersebut dengan baik dan tidak akan menganiayai Siti Khadijah, sementelah hartanya sendiri sudah begitu banyak.

Selang beberapa tahun kematian ibunya, Siti Khadijah tidak menerima apa-apa perkhabaran mengenai tanah pusaka miliknya dari Paksu Noh. Apabila dia cuba merisik khabar, dengan baik Paksu Noh mengatakan urusan mendapatkan geran dan penukaran nama di Pejabat Tanah masih belum selesai. Beberapa tahun berlalu lagi... Pada suatu ketika suami Siti Khadijah jatuh sakit dan setelah banyak wang yang dibelanjakan untuk mengubatinya, suaminya pun beransur sembuh. Pada masa yang sama Siti Khadijah terpaksa menanggung perbelanjaan anak-anaknya yang sedang belajar dan memerlukan wang tambahan kerana wang simpanan telah habis digunakan semasa suaminya sakit.

Apabila Siti Khadijah cuba mendapatkan hak ke atas tanah-tanah pusakanya kerana dia ingin menjual sebahagian darinya untuk membiayai pelajaran anak-anaknya, Paksu Noh berdalih mengatakan kesemua tanah tersebut adalah miliknya kerana semenjak kematian ayah Siti Khadijah lagi, ibunya telah menyerahkannya untuk diuruskan oleh Paksu Noh. Selama ini Paksu Noh yang membayar cukai tahunan dan mengerjakan tanah tersebut untuk pertanian dan hasilnya juga menjadi miliknya dan keluarga.

Dengan perasaan yang sebak Siti Khadijah pulang dan memberitahu suaminya perihal pertemuannya dengan Paksu Noh. Suami Siti Khadijah juga seorang yang berharta dan seorang peniaga. Cuma disebabkan beliau masih sakit, Siti Khadijah tidak sampai hati untuk membebankan suaminya dengan masalah kewangan yang mereka hadapi. Sebagai seorang isteri dan ibu yang bertanggung jawab, dia cuba mendapatkan sumber kewangan dari harta pusakanya sendiri, namun tidak berhasil. Bagaimana pun, atas nasihat suaminya, Siti Khadijah tidak membawa masalah harta pusakanya ke muka pengadilan, memandangkan Paksu Noh adalah bapa sepupunya sendiri.

Masa berlalu dan Siti Khadijah meneruskan kehidupan bersama keluarganya dengan baik. Peristiwa perebutan harta pusaka hampir luput dari ingatannya. Dia masih menghormati dan menziarahi Paksu Noh seperti kebiasaan anak-anak buah yang lain. Sewaktu Paksu Noh akan berangkat menunaikan fardhu Haji, Siti Khadijah dan keluarga turut menghantar bapa sepupunya itu ke lapangan terbang.

Seminggu selepas pemergian Paksu Noh ke Tanah Suci, tiba-tiba anak Paksu Noh yang menjadi ustaz menjemput saudara mara terdekat untuk bersolat hajat (atas permintaan bapanya), memohon keselamatan bapanya di Tanah Suci. Suami Siti Khadijah turut dijemput dan mereka bersolat hajat selama 3 malam berturut-turut. Rupa-rupanya sebaik tiba di Tanah Suci Paksu Noh telah jatuh sakit dan badannya terasa panas membara seolah-olah sedang terbakar. Apabila dirujuk ke hospital di sana, doktor tidak mengesan sebarang penyakit kecuali demam yang teruk, pada diri Paksu Noh.

Allah s.w.t. Maha Berkuasa... Walaupun kakinya telah menjejaki Tanah Suci, namun tidak satu pun dari ibadah Haji yang sempat dan boleh dilakukan oleh Paksu Noh. Sebaliknya dia menghadapi balasan dari Allah s.w.t. di atas perbuatannya memakan harta Siti Khadijah, anak buahnya sendiri. Semakin hari penyakit Paksu Noh mula ketara, di mana bibir dan badannya mula merekah dan berdarah. Kepanasan badannya bukan sahaja dirasainya dari dalam badannya, tetapi turut dirasai oleh sesiapa yang memegang badannya. Perutnya sakit bagaikan dihiris dan diruduk dengan pisau yang tajam. Walau pun berbagai ubat yang diberi oleh doktor, namun penyakitnya tidak reda. Akhirnya Paksu Noh dihantar pulang oleh pihak Tabung Haji Malaysia dengan penerbangan terawal dari Tanah Suci.

Sebaik tiba di Malaysia, Paksu Noh terus dimasukkan ke hospital tetapi dia masih tidak dapat diubati melainkan keadaannya semakin teruk dan meraung-raung kesakitan. Atas permintaan anak-anaknya, Paksu Noh dibenarkan dibawa pulang ke rumah. Sebaik tiba di rumah dia meminta anaknya memanggil Siti Khadijah datang ke rumahnya untuk memohon ampun di atas kesilapan dan dosa-dosanya kepada anak buahnya itu.

"Saya tidak boleh berkata apa-apa kepada Paksu... Urusan menyerahkan harta pusaka mak kepada saya adalah perjanjian yang telah diamanahkan oleh arwah mak kepada Paksu... Saya hanya pihak yang menerima."

"Khadijah... kau ampunkanlah Paksu... Tolonglah..." Rayu isteri Paksu Noh.
"Ya, Khadijah, lupakanlah yang telah berlalu, ampunilah ayah...Kasihanilah dia." Gesa anak Paksu Noh.

Siti Khadijah tersenyum dan dalam tenang dia menjawab, " Adakah saya dikasihani sewaktu saya datang merayu hak saya dahulu? Sedangkan suami saya sedang sakit dan saya telah kehabisan wang untuk makan dan minum. Anak-anak saya perlukan wang untuk belajar... Suami saya terpaksa menjual hartanya untuk menyara keluarga kami ketika itu... Pernahkah Paksu bersimpati dengan saya..?"

"Paksu... mohonlah keampunan dari Allah. Semoga Paksu diampuni. Saya hanya hambaNya dan tidak boleh mendahului hak Allah... Maafkan saya Paksu.." Sambung Siti Khadijah dengan perasaan yang sedih lalu melangkah pulang. Hatinya telah tertutup untuk Paksu Noh.

Semuanya didalam genggaman kuasa Allah.
Akhirnya Paksu Noh meninggal dalam keadaan yang amat azab.

Selang beberapa tahun selepas itu, Siti Khadijah berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah Haji. Sepanjang berada di sana Allah s.w.t. telah mempermudahkan Siti Khadijah menunaikan ibadahnya kepada Allah.



........ooo00000ooo.......


Peristiwa ketiga: Akibat menggunakan ilmu penunduk terhadap suami.

Jamilah dan ibunya yang berusia 50an berangkat ke Mekah bersama rombongannya untuk menunaikan ibadah Haji tanpa ditemani oleh ayahnya. Kedua beranak itu dalam keadaan yang sihat sewaktu meninggalkan Malaysia. Namun, sebaik tiba di Tanah Suci, ibu Jamilah berasa tidak sihat dan dari hari ke hari keadaannya semakin lemah. Jamilah menganggap ibunya mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang panas terik di Tanah Suci sehingga menjejaskan kesihatannya.

Apabila Jamilah melihat ibunya tidak lagi berupaya untuk meneruskan ibadah berikutnya iaitu melontar di Jamrah, Jamilah memimpin tangan ibunya lalu didudukkannya di sebuah tiang di dalam Masjidil Al-Haram sementara beliau meneruskan ibadahnya. Namun, sekembalinya Jamilah ke tempat ibunya setelah dia selesai melontar, didapati ibunya sudah tiada. Walaupun dia pasti dengan kedudukan tiang di mana ibunya ditinggalkan, serta puas pula dia mencari-cari ibunya di sekitar kawasan dalam dan luar masjid itu dengan dibantu oleh ahli rombongan yang lain, namun ibunya tidak dijumpai. Mereka juga turut mencari ibu Jamilah di hospital, malah Jamilah disuruh membuat pengecaman mayat, namun ibunya tetap tidak dijumpai. Setelah puas berikhtiar, Jamilah dan rombongannya kembali ke penginapan masing-masing.

Keesokannya Jamilah membuat
laporan Polis di atas kehilangan ibunya itu. Hatinya tidak tenteram sehinggakan dia tidak dapat melakukan ibadahnya dengan sempurna, lalu terpaksa membayar dam.
Selama 3 hari ibu Jamilah masih belum ditemui. Di atas nasihat seorang lelaki Melayu yang telah lama bermastautin di Mekah, Jamilah dan beberapa orang ahli rombongan yang rapat dengannya bersepakat melakukan solat hajat selepas solat Maghrib, selama 7 malam di dalam Masjidil Al-Haram, diikuti bacaan surah At- Taariq 41 kali dan berzikir dengan zikir Asma ul-Husna (Ya Kholiq sebanyak 1000 kali) selama 7 malam. Mengikut lelaki itu, demikianlah caranya jika hendak mencari orang yang hilang di Masjidil Al-Haram. Sekiranya dalam masa 7 hari ibu Jamilah tidak ditemui, sahlah ibu Jamilah telah meninggal dunia.

Sehingga malam kelima, harapan Jamilah semakin pudar kerana ibunya masih belum ditemui. Sehinggalah pada pagi hari keenam, tiba-tiba ibunya muncul dan berjalan terhuyung hayang menuju ke khemah penginapan mereka. Semua orang terkejut dan tidak menyangka usaha mereka selama ini berjaya dan dimakbulkan Allah s.w.t. Jamilah memeluk ibunya dan menangis teresak-esak.

Setelah membersihkan badan ibunya, Jamilah bertanya kepada ibunya ke mana beliau menghilang selama beberapa hari. Menurut ibu Jamilah, sewaktu berada di tiang masjid tersebut,
seorang lelaki telah datang dan membawanya berjumpa dengan seorang lelaki lain yang amat bengis. Lelaki tersebut tidak membenarkannya bergerak ke mana-mana. Lelaki bengis itu bertanya ibu Jamilah samada benar atau tidak dia telah menggunakan ilmu guna-guna terhadap suaminya sehingga suaminya menjadi bodoh dan patuh kepada setiap kehendaknya. Apabila ibunya cuba menafikannya, tiba-tiba lelaki yang berada di sebelahnya terus mengetuk kepalanya sehinggakan ibu Jamilah hampir pengsan kerana menahan kesakitan. Akhirnya ibu Jamilah terpaksa mengakui tuduhan lelaki tersebut dan berjanji tidak akan melakukannya lagi dan akan bertaubat sebaik sahaja dibenarkan pulang. Akhirnya ibu Jamilah dihantar kembali ke tempat di mana dia berada di dalam Masjidil Al-Haram.


Dengan terpingga-pingga Jamilah menarik ibunya ke suatu sudut dan bertanya, "
Benarkah ibu menggunakan ilmu terhadap ayah...?"


Ibu Jamilah tunduk sambil menangis teresak-esak....


"Sudahlah mak... Alhamdulillah mak dibebaskan. Mak bertaubatlah, mudah-mudahan Allah menerima taubat mak. Mohonlah ampun dari ayah bila mak sampai ke rumah nanti..." Pujuk Jamilah.

Hati Jamilah amat sedih mengenangkan perbuatan ibuny. Tidak diduga ibunya itu tergamak melakukan perbuatan larangan agama, semata-mata kerana mahu menguasai suami. Di dalam hatinya dia berdoa semoga ibunya diampuni Allah s.w.t.


........ooo00000ooo.......


Peristiwa keempat: Suami isteri berubah menjadi sepasang ular

Sebuah restoran yang terletak di sebuah daerah di negeri Pantai Timur Malaysia terkenal dengan masakannya yang amat sedap dan menyelerakan. Berbagai jenis hidangan dengan layanan mesra sentiasa menunggu pelanggan-pelanggan yang singgah untuk menjamu selera. Setiap hari restoran ini dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung yang silih berganti. Pemilik restoran ini adalah sepasang suami isteri yang sentiasa berusaha keras untuk kemajuan perniagaan restoran mereka.

Selang beberapa tahun menguruskan perniagaan mereka, kehidupan pasangan suami isteri ini pun semakin mewah dan dapat membeli banyak hartanah, wang simpanan yang banyak dan memiliki beberapa buah kenderaan untuk kegunaan keluarga mereka. Akhirnya si suami bersuara kepada isterinya,

"
Maknya... kita rasa dah sampai masa kita berdua menunaikan fardhu Haji... Perniagaan kita pun dah maju dan anak-anak kita pun dah besar, mereka boleh diharapkan untuk menguruskan restoran kita sepanjang masa kita di Mekah nanti..."


"Baiklah ayahnya..." Balas si isteri memberikan persetujuan.

Setelah membuat pendaftaran dan persediaan yang lengkap, kedua suami isteri itu pun berangkatlah ke Tanah Suci bersama beberapa orang bakal jemaah lain dari kampung yang sama, yang diketuai oleh seorang ustaz bernama Haji Fadhil.

Sebaik tiba di Tanah Suci kedua suami isteri ini pun menunaikan rukun ibadah Haji yang sepatutnya. Sehinggalah tiba pada suatu hari, kedua suami isteri ini berasa kurang sihat dan kedua-duanya masuk ke bilik air di khemah penginapan mereka untuk membuang air. Setelah sekian lama menunggu, rakan-rakan jemaah yang lain mula risau kerana keduanya masih tidak keluar dari bilik air tersebut.

Puas rakan-rakan yang lain mencari di dalam bilik air dan sekitar khemah mereka, namun kedua suami isteri tersebut tidak juga ditemui. Apabila mereka amati kembali di sekitar bilik air tersebut, didapati terdapat longgokan pakaian milik suami isteri tersebut dan di celah-celah longgokan tersebut terdapat 2 ekor ular hitam yang kemudiannya perlahan-lahan menyusur keluar dan hilang di celah-celah batu di padang pasir yang panas itu.

Setelah menyaksikan perkara tersebut, ustaz Fadhil selaku ketua rombongan itu lalu memaklumkan kepada pihak polis perihal kehilangan secara tiba-tiba kedua suami isteri pengusaha restoran tersebut. Setelah berbagai usaha mencari dilakukan dan puas menunggu beberapa lama, pasangan suami isteri tersebut tidak juga ditemui, sehinggalah ke hari untuk kembali ke Malaysia. Kedua suami isteri tersebut diklasifikasikan sebagai 'orang hilang' dan dimaklumkan kepada ahli keluarga mereka di Malaysia.

Sekembali ke Malaysia,
ustaz Fadhil segera menziarahi anak-anak pasangan malang tersebut. Setelah diselidiki, anak sulung pasangan tersebut, Khairul, lalu bercerita perihal ibu bapa mereka yang mempunyai sebutir 'Geliga Ular' yang digunakan sebagai pelaris dalam perniagaan restoran mereka. Air dari rendaman geliga tersebut digunakan untuk memasak dan membancuh air minuman di restoran mereka, manakala geliga itu pula seringkali diasapi oleh ibu bapa mereka 'untuk memanggil pelanggan' agar terus berkunjung ke restoran mereka. Oleh kerana mujarabnya 'bantuan Geliga Ular' tersebut, restoran mereka sentiasa laris perniagaanya sehingga terkenal dan didatangi pelanggan dari merata daerah dan negeri.

Ustaz Fadhil mengucap panjang dan meminta untuk melihat batu yang dikatakan 'Geliga Ular' itu daripada anak pengusaha restoran tersebut. Dalam kebingungan anak sulung pasangan tersebut menunjukkan batu tersebut kepada ustaz Fadhil.
Batu tersebut hitam, berkilat malah bercahaya. Ia memang sebuah 'geliga' atau permata yang cantik... Namun, penyalahgunaannya menjadikan ia dipuja sehingga pemiliknya antara sedar dan tidak telah bersekutu dengan syaitan untuk mengunakannya untuk melariskan perniagaan mereka. Apa yang ada pada 'Geliga Ular' tersebut adalah sihir dari kuasa jahat syaitan yang dilaknati Allah untuk memesongkan akidah manusia yang lemah imannya dan lalai dari mengingati kuasa Allah. Mereka mencari jalan singkat untuk mendapat apa yang diimpikan melalui bantuan syaitan dengan perantaraan 'Geliga Ular' tersebut....

Ustaz Fadhil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dalam hatinya
dia merasa yakin, 2 ekor ular hitam yang ditemui di antara longgokan pakaian di dalam bilik air di Tanah Suci itu adalah pasangan suami isteri pengusaha restoran tersebut yang telah mendapat balasan dari dosa mereka menduakan Allah s.w.t. dengan memuja 'Geliga Ular'dan mengamalkan ilmu sihir ke atas pelanggan-pelanggan yang mendatangi restoran mereka...

"
Sejak bila emak dan ayah kamu menggunakan 'Geliga Ular' ni untuk memajukan perniagaan mereka?" Tanya ustaz Fadhil.

"
Entahlah ustaz, saya tak tau... Cuma sebelum berangkat ke Tanah Suci, emak dan ayah menyerahkan geliga ini kepada saya dan menyuruh saya mengasapi geliga ini pada setiap malam Selasa dan Jumaat..." Balas Khairul.

"
Bagaimana caranya?" Tanya ustaz Fadhil lagi.

"
Ayah pesan supaya membaca mentera (................), yang disuruhnya saya hafal, sewaktu mengasapkan geliga ini. Selepas itu geliga ini mesti direndam ke dalam air dan airnya digunakan untuk memasak dan membancuh air minuman di restoran kami. Saya juga disuruh merenjiskan sebahagian dari air rendaman tersebut ke dalam restoran dan kawasan sekitarnya setiap malam selesai kami berniaga. Saya dan adik-adik yang menolong menguruskan restoran juga disuruh menggunakan air rendaman geliga ini untuk mandi pada setiap pagi. Geliga ini mesti diletakkan di dalam laci duit di restoran sepanjang waktu restoran dibuka....." Panjang lebar Khairul bercerita kepada ustaz Fadhil.

Atas nasihat ustaz Fadhil yang telah menceritakan peristiwa yang berlaku ke atas ibu bapanya, Khairul telah
membuang 'Geliga Ular' milik arwah ibu bapa mereka mengikut 'cara' yang disarankan oleh ustaz Fadhil. Dia dan adik-adiknya diminta melakukan solat taubat dan memohon keampunan di atas segala dosa-dosa yang mereka lakukan, terutama yang berkaitan dengan penggunaan 'Geliga Ular' tersebut.

Ustaz Fadhil terus
membimbing Khairul dan adik-adiknya mengenali Allah dan kekuasaanNya dengan lebih mendalam. Selain mengajarkan perukunan Islam dan Iman, ustaz Fadhil juga mengajarkan beberapa amalan zikir Asma ul-Husna untuk memohon limpahan rezeki daripada Allah s.w.t.


Semenjak dari itu, restoran yang kini menjadi milik Khairul dan adik-adiknya diuruskan seperti biasa dan
ramai juga pelanggan yang datang berkunjung meskipun tidak sehebat sewaktu restoran tersebut diuruskan oleh arwah ibu bapa mereka.
Sesungguhnya setiap permintaan dan doa mestilah dimohon terus daripada Allah s.w.t, tanpa menggunakan perantaraan lain, lebih-lebih lagi jika melibatkan pertolongan dari syaitan atau makhluk lain. Menduakan Allah adalah DOSA BESAR iaitu syirik, dan tidak akan diampuni sehingga seseorang itu benar-benar insaf dan bertaubat dengan melakukan Taubat Nasuha..


...........ooooOOOooo..........


Peristiwa Kelima: Mayat Membaca Yaasin

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh
pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia .Ceritanya begini..

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.
Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang
mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah
mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.

Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah...

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun
di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.....

Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.







1 comments:
gravatar
Cara Menghilangkan Jerawat said...
August 20, 2015 at 3:15 AM  

Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.

.

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."