AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
Sosiobudaya: Masalah Dalam Pergaulan Remaja
Posted by
Sueozana
Labels:
Dicelah Kehidupan,
Keibubapaan
Saban hari, kisah-kisah masalah sosial seperti anak gadis lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki, anak lelaki atau anak gadis membawa pulang kekasih bermalam di rumah sewaktu ketiadaan ibu bapa, remaja ditangkap khalwat dalam kereta dan tempat-tempat tersorok serta bermacam-macam lagi kes seperti ini akan menghiasi dada akhbar mahupun paparan mana-mana majalah. Ini adalah penyakit ummat yang semakin membarah. Kita tidak sekadar dihentak dan dipijak-pijak dari luar, tetapi kita juga sedang tenggelam dalam kemelut sosialisasi tanpa batas. Apakah yang menjadi punca gejala-gejala ini? Meskipun ada yang akan mengatakan bahawa itu ialah kesilapan didikan dan pilihan individu tersebut, kita tidak mampu menafikan berlakunya kecacatan dalam masyarakat dan gejala-gejala di atas ialah akibat daripada pergaulan yang tidak berlandaskan syara`
Pola pemikiran masyarakat zaman sekarang, mula mengkiblat pemikiran masyarakat yang berada di luar konteks kebudayaan dan agama masyarakat kita. Ramai ibu-bapa yang akan hairan dan pelik jika anak-anaknya masih belum berpunya atau mempunyai teman sehingga si anak dipaksa-paksa mencari seseorang. Ada pula ibu-bapa yang mencarikan pasangan untuk anak-anak mereka dan memaksa anaknya untuk keluar ‘blind date’ dengan lelaki atau perempuan tersebut.
Ibu-bapa seolah-olah menganggap adalah merupakan fenomena biasa untuk anak-anak tadi berteman, sehinggakan pasangan mereka ini dialu-alukan datang ke rumah, lebih teruk lagi sehingga ke tahap membenarkan seorang lelaki ajnabi (asing) bermalam di rumah mereka walhal mereka tidak mempunyai pertalian secara halal. Apabila ibu-bapa yang sepatutnya membimbing dan mendidik anak-anak, tidak mampu memainkan peranan mereka sebagaiqudwah (role-model) yang baik, maka kepincangan seperti inilah yang akan dihadapi oleh anak-anak. Sehinggakan pada satu tahap apabila anak-anak berzina ia diambil secara sambil lewa, dan perbuatan itu tidak dilihat sebagai suatu perbuatan maksiat.
Ada yang bertanya, mengapa kita membesarkan isu-isu begini sedangkan masyarakat di barat tidak seperti kita? Jawapannya mudah, kita tidak hidup di negara barat, tetapi di sebuah negara di Timur yang sosio budayanya berbeza dari negara barat. Konteks pembangunan sosio budayabarat tidak mampu untuk memimpin dan memandu ummat manusia kepada kebaikan dan terus kekal relevan.
Pembangunan sosio budaya barat dibangunkan atas falsafah dan teori manusia. Hakikatnya ialah manusia itu mempunyai kelemahan. Sudah pasti manusia yang lemah tidak akan mampu untuk menyempurnakan kelemahan yang ada pada sesuatu yang sedia lemah. Lihat kepada falsafah kapitalisme, ia tidak mampu untuk mengekalkan keharmonian masyarakat dan mengimbangi pendapatan penduduknya serta memberikan keselesaan, kerana ia berasaskan peluang serta kebebasan mutlak. Kita akan melihat masyarakat yang kaya akan terus dan tetap kaya sedang yang miskin akan terus terbelenggu dengan masalah yang sama. Ini mengundang masyarakat ‘underdog’ untuk bertindak melakukan apa yang terdaya demi meneruskan kehidupan mereka, sekalipun dengan merompak. Bagaimana dengan gelandangan yang tidak mempunyai rumah? Ada yang memilih untuk melacurkan diri demi meneruskan kehidupan, sehingga adanya profesion pelacur profesional. Seterusnya, yang kita lihat ini semuanya adalah hasil daripada falsafah pemikiran manusia yang terhad dan dangkal.
Perkembangan sosio budaya masyarakat di Malaysia sebenarnya bukan bermula selepas kita dijajah oleh British, atau pun selepas kita bebas daripada cengkaman penjajahan mereka. Sosio budaya masyarakat kita telah bermula selepas Islam datang ke Tanah Melayu. Islam datang membebaskan ummat manusia di Tanah Melayu daripada penyembahan animisme dan berhala, kepada pentauhidan Allah SWT secara mutlak. Islam telah membawa tatacara kehidupan yang memandu dan memimpin manusia dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Islam memastikan masyarakat terpelihara daripada sebarang ancaman anasir jahiliyyah serta membela kehidupan masyarakat dengan memberikan hak-hak mereka daripada zakat yang dikutip. Islam membenarkan masyarakatnya mencari kekayaan, namun bukan kekayaan yang membuta tuli tanpa memberi hak kepada mereka yang memerlukan. Kerana itu Islam mengajar kesederhanaan, dalam kekayaan. Melalui pembayaran zakat kekayaan dapat diagihkan secara saksama di kalangan masyarakat dan dapat membangunkan ekonomi ummah. Ia menjana keharmonian bermasyarakat.
Apa yang kita lihat daripada situasi Islam hari ini ialah hasil mainan musuh Allah yang mempertonton dan merendah-rendahkan Islam sebagai agama yang kolot dan jumud. Islam dihimpit kemiskinan kerana mainan tangan-tangan musuh Allah dan kerana kelemahan kita sendiri. Ingatlah pengkhianatan gunting dalam lipatan ketika khilafah Abbasiyah berada di puncaknya di Baghdad, juga jangan lupa pengkhianatan musang berbulu ayam ketika khilafah Uthmaniyyah yang menggadaikan keistimewaan dan kekuasaan Islam.
Kita perlu melihat kembali ketika zaman permulaan dan kegemilangan Islam dahulu. Betapa Islam menjadi agama yang paling mulia dan agung. Zaman di mana Islam diamalkan dengan benar dan betul sehingga mampu menyusun masyarakat yang berbudi dan berperkerti mulia, sehingga melahirkan masyarakat yang takut untuk melakukan maksiat. Islam telah melahirkan masyarakat yang memuliakan nyawa dan hak orang lain, juga masyarakat yang berani mempertahankan maruah dan aqidah.
Ketika zaman baginda Rasulullahi s.a.w mentadbir jazirah Arab, amat jarang berlakunya kes-kes zina, tiada lagi kes pembuangan atau pembunuhan bayi dan seumpamanya. Tiada yang mahu mencuri kerana khuatirkan hukuman Allah di dunia dan juga di akhirat. Dan tiada yang tidak dihakimi secara adil, melainkan telah jelas setiap hal tersebut.
Hari ini masyarakat kita telah lali dengan maksiat dan melihatnya sebagai satu fenomena yang biasa kerana kita telah hilang acuan yang membentuk masyarakat. Kita telah hilang panduan yang memimpin masyarakat, kita telah hilang qudwah yang menjadi contoh tamsil kehidupan kita. Kita sekarang sudah menjadi sepertimana masyarakat di barat, mencedok identiti yang tidak pasti. Sedang mereka sendiri tidak punya identiti yang jelas, bahkan hanya berpandukan fahaman-fahaman ciptaan mereka sendiri.
Islam telah datang membawa sinar harapan untuk membentuk, memimpin dan menjadi contoh kepada ummah. Masyarakat Melayu yang amat sinonim dengan Islam, bahkan pembentukan dan pembangunan sosio budaya masyarakat Melayu terdahulu bermula dengan Islam sebagai asas, Islam sebagai tiang, dan Islam sebagai atap serta dinding. Umat Islam berbangga dengan aqidah dan deennya, kerana inilah satu-satunya agama yang memperincikan bagaimana kehidupan ini seharusnya ditempuhi. Inilah satu-satunya agama yang diturunkan Allah yang masih terpelihara dan membawa acuan dan neraca langit, di mana Dialah pencipta alam ini dan seluruh isinya dan hanya Dialah yang mengetahui selok-belok ciptaanNya. Maka hanya kesempurnaan Tuhan Yang Maha Pencipta sahaja yang mampu untuk memimpin manusia yang lemah.
Ibu bapa adalah pemimpin Islam terbesar selepas para ulama`, umara`, dan para du’aat. Anak-anak bukan bahan eksperimen yang kita boleh buat kajian dan pemerhatian seterusnya ubah metodologi pendidikan terhadap mereka seandainya cara sebelumnya tidak berjaya. Kegagalan ibu bapa dalam memberikan didikan terbaik kepada anak-anak akan memberi impak yang besar dan berpanjangan kepada pembangunan kendiri dan pola pemikiran anak-anak. Dalam pengalaman hidup yang singkat ini, saya telah banyak bertemu dengan keluarga-keluarga liberal dan saya melihat kesan tersebut terhadap anak-anak tadi. Juga saya pernah bertemu dengan anak-anak yang tidak pernah, malah tidak tahu bersolat sedang umur mereka sudah menjengah belasan tahun.

Ketamadunan moral dan akhlak mulia masyarakat kita akan terus merudum dan musnah seiring dengan berkembangnya teknologi dan kemajuan dunia sekiranya masalah remaja dipandang mudah. Ada yang mengatakan Islam ini mengongkong, namun mereka lupa bahawa Islam ini ialah deen yang diturunkan Allah, Pencipta yang mengetahui apa yang terbaik dan apa yang buruk bagi setiap ciptaan-Nya, tetapi kebanyakan daripada kita masih membelakangkan peraturan dan hukum-hukum Islam sebagai agama yang sempurna...!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
March 28, 2010 at 5:08 PM
::: salam sueozana.. nice name [huhu].. terima kasih singgah di blog saya, lama dah tak update [hehe].. pasal sosiobudaya ni mmg dah lama.. dalam citer Azura / Ali Setan pun dah tunjuk [huhu] itu zaman mak ayah kita, zaman kita lagi laa menjadi-jadi, entah apa pula zaman anak2 generasi akan datang.. hukum karma, kalo dulu mak ayah perangai tak elok, anak2 pon sama jika tidak diajar baik2.. kadang2 Tuhan menguji, mak ayah baik orangnya, tapi anak2 pula yg berperangai tidak elok.. jadi berdoalah byk2 & didiklah anak2 agama & akhlak mulia. Dan paling penting, kasih sayang. insya-Allah..
April 6, 2010 at 1:54 AM
>>ReActivate...
wlkmsalam, a ah, setuju sesgt ladgn pendapat U tuu... Dulu lain skrg lain, zaman dah berubah.. Dan, kadang2 Allah sja menguji tahap keimanan kita... Mdah2an dgn doa dan kasih syg anak2 kita akan mjadi generasi berjaya & berakhlak mulia...
Post a Comment