AL-FATIHAH
**************************************************
Ragam Artis: Sharifah Sofia bermain dengan anjing
amirah.amaly@utusan.com.my
ARTIS kacukan Inggeris, Arab dan Melayu, Sharifah Sofia Syed Hussein terdiam seketika saat diajukan soalan mengenai gambar mesranya sedang bermain-main dengan dua ekor anjing.
Puas juga bersoal jawab sendiri, barangkali memikirkan bilakah masa dia pernah bergambar dengan anjing-anjing itu. Beberapa minit kemudian, akhirnya wanita yang mesra dipanggil Sofia ini mengaku -Ya, saya mengaku. Memang pernah. Itu gambar-gambar saya.
Seingat wanita berusia 25 tahun ini, gambar tersebut dirakam tahun sudah. Tidak pula diingat bila tarikh dan bulan yang tepat. Cuma, masih dalam kotak fikirannya dia pernah bermain dengan anjing milik rakannya di Shah Alam, Selangor.
Lalu kata Sofia, dia hairan mengapa gambar itu dipersoalkan? Bagi dirinya, memegang anjing bukan satu masalah yang besar selagi dia tahu apa yang perlu dilakukan selepas menyentuh makhluk berkenaan. Caranya? Senang saja, bersamak. Semudah itu.
Ada nada tidak puas hati dan kecewa dalam perbualan bersama Pancaindera baru-baru ini. Rasa itu diluahkan secara terperinci satu demi satu.
Boleh bagitahu, anjing-anjing itu milik Sofia ke?
Dua ekor anjing itu bukan kepunyaan saya. Pemiliknya adalah seorang rakan. Dia pun orang Melayu juga. Kedua-dua anak anjing itu baka German Shepherd. Kebetulan hari tu, kawan Sofia ni membawa dua ekor anjingnya berjalan-jalan dan singgah di hadapan rumah. Jadi, Sofia gunakan peluang itu untuk bermain dengan mereka.
Memang jenis tak takut anjinglah ni?
Tidak. Sofia memang suka anjing. Bukan sahaja anjing, malah kucing, burung, tikus hiasan (hamster), burung, arnab, ikan. Binatang macam tuntung dan ikan pun Sofia suka juga.
Yalah, kalau haiwan itu semua orang tidak kisah. Tetapi sekarang ni bermesra dengan anjing. Terfikir juga, orang Islam macam Sofia ini boleh sentuh anjing macam kucing?
Sekali lagi, Sofia tekankan yang Sofia sukakan anjing. Jangan ditanya mengapa Sofia suka anjing. Kalau nak tahu, Sofia pernah bela anjing di rumah satu masa dulu. Anjing itu adalah anjing liar yang datang rumah Tetapi tidak lama kemudian terpaksa halau keluar anjing tu sebab ramai saudara dan sahabat handai tak mahu datang ke rumah selepas Sofia membelanya. Diaorang takut agaknya.
Sejujurnya, kenapa Sofia suka anjing?
Anjing berperanan sebagai penjaga dan pengawal rumah. Penghuni rumah rasa selamat sekira membelanya. Binatang ini juga ada perasaan. Dia tahu kalau ada orang lain pasang niat jahat pada kita. Bukankah anjing juga pengawal pada zaman Rasulullah? Kenapa perlu takut?
Hanya kerana itu?
Ya. Tapi Sofia rasa sekarang ini masa yang tidak sesuai untuk membela anjing. Banyak yang perlu difikirkan. Antaranya kos untuk membela anjing ini. Kena pastikan makanan dan tempat tinggal terjaga. Kalau tidak sempurna, berdosa pula kita.
Sofia tahu hukum selepas memegang anjing?
Sudah pasti tahu. Kena samak. Janganlah pandang rendah dengan ilmu agama Sofia. Sofia tahu batas-batas dalam agama. Air liur anjing itu haram. Kita tidak boleh memegang anjing dalam keadaan basah. Kalau ada perkara yang Sofia tidak tahu, pasti Sofia bertanya orang yang lebih tahu. Sofia bukan insan sempurna. Ada kecacatan dan kekurangan. Sofia pun tak pasti kenapa baru sekarang orang bising pasal gambar tu? Perkara itu sudah berlaku setahun sudah. Mengapa tidak ditimbulkan ketika itu juga. Sebenarnya, Sofia sangat terbuka dengan soal ini, tak kisah. Asalkan kita tahu batasannya.
Maksud Sofia?
Sofia tahu mungkin ada orang yang kurang senang dengan perlakuan Sofia memegang anjing itu. Tapi janganlah pandang sebelah mata berkaitan isu itu. Tidak wajar terus menghukum seseorang atas apa sahaja perlakuan. Mana satu yang teruk? Orang yang bermain dengan anjing atau orang yang memperlekehkan individu yang bermain anjing? Sofia juga tidak kisah kalau masyarakat masih berterusan mahu bercakap tentang isu ini. Terpulanglah kepada mereka.
Ulasan:
Jika memegang anjing kerana terpaksa demi menyelamatkannya, atau membelanya demi menjaga keselamatan diri dan harta benda, maka hukumnya adalah diharuskan dalam Islam. Namun jika terpegang anjing tersebut dalam keadaan basah, kita diwajibkan menyamak mengikut cara Islam dengan menggunakan air yang bercampur tanah.
Dalam Islam kita ditegah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan 'fitnah' dari segi agama Islam. Ada banyak lagi keseronokan yang boleh diterokai dengan membela dan bermain dengan haiwan lain yang boleh menjadi peliharaan kita (pet) sebagai umat Islam. Dalam zaman aero-angkasa ini kita tidak perlu menyempurnakan keinginan dan keseronokan kita secara melulu sehingga mengenepikan hukum agama. Di zaman mana pun kita berada, sejauh mana pun langkah dan pengalaman kita, sematkanlah keimanan di dada kita dan didiklah diri agar menjadi umat Islam yang taat dan patuh kepada undang-undang Allah s.w.t. Islam itu indah dan mudah. Hayatilah ia dengan keikhlasan dan JANGAN MEMESONGKAN kemudahan yang terkandung dalam hukumnya (dalam waktu darurat), untuk melempiaskan keseronokan diri yang tidak terkawal.
Namun jika sesuatu kesalahan atau kejahilan itu berlaku secara tidak sengaja atau tidak diketahui hukumnya (kerana kurang pengetahuan agama), JANGANLAH MENGHINA atau terus menghukum pesalah atau pelaku tersebut. Sebaik-baiknya kita nasihati dan kita didiklah dia dengan baik. Sekali tersilap, tidak semestinya silap dan salah selamanya... Ada kalanya sesuatu kesilapan yang dilakukan menjadi titik tolak kepada keinsafan dan mengubah corak kehidupan seseorang, jika ditegur dengan berhemah.
Bagaimanapun, ibu bapa dan keluarga terdekat perlu memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak kita dengan ilmu agama yang cukup, demi kesejahteraan hidup mereka di dunia dan akhirat. Semakin maju sesebuah masyarakat dari segi pembangunan ekonomi dan teknologi, semakin banyak kita terdedah kepada pengaruh dan kebudayaan asing yang rata-rata diserap dari amalan masyarakat Barat yang jauh bertentangan dengan hukum dan peradaban Islam. Di sinilah kita sebagai ibu bapa, saudara, malah terpenting, individu itu sendiri perlu bijak memilih dan menapis mana yang baik dan mana yang buruk. Jangan kerana hanyut oleh arus pembangunan yang diadaptasi dari negara bukan Islam, kita telan segalanya sehingga mencemarkan keimanan dan melangkaui batas agama.
Islam tidakpernah menghalang umatnya hidup bergembira dan menyayangi sesama makhluk. Namun segalanya ada cara dan batasannya. Sebagai contoh, bermain dengan anjing itu tidak menjadi kesalahan jika selepas itu kita menyamak bahagian yang terkena air liur haiwan tersebut. Namun, mampukah kita memperuntukkan masa dan peralatan untuk menyamak badan kita sekiranya kita sentiasa bermain dengan anjing peliharaan kita? Najisnya pula dari hukum Islam adalah najis berat - 'mughallazah'. Sedangkan kita dituntut bersolat 5 kali sehari semalam, melakukan kewajipan dan amalan sunnah lain seperti berpuasa sunat, bersolat sunat, membaca Al-Quran, menjaga kebajikan makan dan minum keluarga dalam keadaan badan yang 'suci' dari najis dan hadas... Belum diambil kira kita sibuk belajar, bekerja dan melakukan aktiviti lain..
Adakah kita dapat pastikan kita akan menyamak anggota badan kita yang terkena anjing sebelum bersalaman dengan saudara seislam yang lain sewaktu bertemu dijalanan, yang bertandang ke rumah dan kita juga dapat memastikan kita telah pun menyamak diri kita sebelum kita memegang tombol pintu untuk masuk ke rumah, serta peralatan lainnya....? Tidakkah kita menyusahkan saudara islam kita yang lain yang masih berwuduk jika tersentuh diri kita yang belum bersamak / bersuci?
Janganlah kita mencemarkan nilai agama kita dengan perkara yang remeh temeh dan menjatuhkan nilai diri kita pada pandangan masyarakat seagama dengan melakukan perkara yang apabila dipersoalkan, menunjukkan kejahilan diri dalam mengamalkan kewajipan agama. Sebagai individu, kita perlu sentiasa cintakan ilmu agama dan meluaskan lagi pengetahuan dengan cara belajar dan mengamalkannya. Mudah-mudahan umat Islam dapat saling tegur menegur dan bantu membantu dalam perkara yang membawa kebaikan dan meluaskan lagi syiar suci ke seluruh alam. InsyaAllah...
Nota: Ulasan ini dibuat tanpa prejudis, sekadar renungan bersama agar kita sebagai masyarakat Islam saling melengkapi diri dan saudara kita dengan nur-Islam. Wassalam.
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment