AL-FATIHAH
**************************************************
Kalam Suci: Fadhilat Surah Yaasin
Surah YASSIN merangkumi:
-Ilmu Pertanian
- Ilmu Falak
-Ilmu Laut
-Ilmu Kiamat
-Ilmu Ciptaan Manusia
- Ilmu Binatang
-Ilmu Kenabian
Membaca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira
mati dalam tidur, dosa diampunkan.
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, sedang nazak atau sesudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur (Dibaca terutama ayat 12) -agar orang yang sakit berada dalam ketenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.
Fadhilat yang terdapat pada Surah Yaasin:
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 – "Wajaalna... ." Sebagai pendinding diri dari orang yang berniat jahatmenganiaya (Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..)
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin – Perlu dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Untuk mengelakkan diri dari difitnah atau dianiaya
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.
Ayat 37 - Untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering/mati akan hidup semula.
Ayat 38 – Sebagai ayat penunduk/pelemah ketika menghadapi orang-orang yang sombong/zalim.
Ayat 41 - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Ayat penyembuh.Ulang bacaan sebanyak 3x dan sapu di tempat yang sakit.(amat mujarab buat sakit kepala)
Ayat 76 – Untuk melegakan perasaan sedih, sebak atau pun kecewa.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang (patah dll) dan badan.
Untuk doa, bermula daripada Ayat yang bermaksud: "Dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 – “Innama amruhuu.....kun fayakuun” Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan, mandul.
- Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada
air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Atau;
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.
Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insyallah termakbul.
Bagi tujuan peyembuhan/perubatan:
1-Dry method
Sembahyang tahjud
Sembahyang hajat
Doa minta hajat
Baca ayat 100 x dengan yakin
Amalkan 41 malam
2-Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
Sama caranya seperti ‘dry method’ dan ditambah:
Bila tiba pada bacaan ayat, tiup dalam air
Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
-Berselawat dan berdoalah sebelum minum
-Selama 41 pagi
***Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.
***Informasi dari Al-Quran:
Khasiat buah-buahan yang disebutkan dalam Al-Quran adalah:
-Buah Zaiton - Elok untuk kulit
-Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
-Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
-Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, mengubati penyakit mandul.
Wallahua'lam. ..
Sumber; Datuk Dr Fatimah Al Zahra (dari blog Afifzahrah)
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment