feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

AIDS: Cinta, Penganiayaan Dan Pencegahan.

Labels:

Sesekali balik kampung, banyak cerita yang sampai ke telinga kak sue... Ada yang baik, ada yang buruk, ada suka dan juga duka..! Ada antara saudara-saudara yang telah pergi buat selamanya tanpa dapat menatap wajahnya buat kali terakhir, yang masih terlantar sakit, lalu sempatlah dijenguk...Ada pula saudara dan jiran yang bercerai dari pasangan masing-masing... Malah yang kelakarnya, ada pula rakan dan teman sewaktu sekolah rendah yang datang melawat dan menimbulkan nostalgia lama... Seronok sungguh bila terkenang kenakalan di bangku sekolah rendah...! Seperti rama-rama, terbang bebas beraneka warna...

Kembali pada topik kita hari ini...

Cerita Pertama: Sewaktu di kampung, kak sue terdengar seorang jiran telah meninggal dunia dalam waktu yang amat muda. Puncanya..?? Erm, ngeri telinga yang mendengar, ngeri lagi mata ibunya dan saudara-saudaranya yang melihat... Dengar cerita, jiran ini (Edry - bukan nama sebenar) berhijrah ke Johor sewaktu tamat persekolahan dan bekerja di sana selama beberapa tahun. Lalu bertemu dan berkawan pula dengan seorang janda muda yang kematian suami. Atas dasar cinta dan simpati, Edry pun berkahwinlah dengan wanita pilihan hatinya tanpa mendedahkan penyakit yang dideritai wanita tersebut kepada keluarganya. Beberapa tahun berkahwin isteri Edry pun meninggal dunia tanpa meninggalkan zuriat. Selang beberapa ketika Edry pula jatuh sakit lalu ibu dan kakaknya pergi ke Johor dan membawanya pulang mendapatkan rawatan di hospital HUSM di Kelantan.

Umpama dipanah halilintar, begitulah terkejutnya si ibu mendengar berita dari doktor yang merawat bahawa anak lelaki kesayangannya itu menderita penyakit HIV..!! Asal penyakitnya BUKAN kerana perlakuan sumbang, tetapi dari hubungan yang sah dengan arwah isteri yang selama ini mengidap penyakit tersebut yang diperolehi dari arwah suami terdahulu... Demi cinta dan simpati yang amat sangat si Edry telah merahsiakan penyakit isterinya dari si ibu, takut pernikahan mereka dihalangi. Adduuhhh.....umpama Laila dan Majnun..! Tapi...BERBALOIkah?

Apakah perlu kita menggadaikan masa depan, diri dan nyawa demi seseorang yang telah kita ketahui berpenyakit merbahaya dan tidak ada ubatnya? Perlukah kita berkorban sedemikian rupa untuk seseorang dan mengenepikan harapan dan kasih sayang ibu yang melahirkan kita dalam keadan sihat dan telah bersusah payah mendidik dan membesarkan kita? Tepuk dada tanyalah akal... Bukankah masih banyak cara untuk kita menolong mangsa HIV tanpa mengahwini mereka? Fikirkanlah hati seorang ibu yang telah mengandung dan melahirkan kita..
Cinta dan simpatilah kepadanya sebelum kita curahkan cinta dan simpati kepada orang lain.. (Bunyinya keras dan tidak berperasaan langsung kan? Tapi... fikirkanlah realitinya! Janganlah sengaja mencari masalah dalam hidup, melainkan masalah tersebut terjadi secara tidak sengaja atau tanpa diketahui...).

Akhirnya Edry pergi buat selamanya. Sudahlah sanak saudara tidak dibenarkan menziarahinya sewaktu dirawat di hospital, setelah menjadi arwah pun jenazah Edry dimandikan dan dikapankan oleh pihak hospital dan tidak dibawa pulang ke rumah seperti jenazah-jenazah lain. Di hospital, jenazah Edry terus disolatkan dan dibawa terus ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Orang-orang kampung serta jiran tetangga bertanyakan ibu dan kakak Edry dengan seribu persoalan. Apabila mengetahui cerita di sebaliknya, ada yang mengeluh simpati, ada yang tersenyum sinis...

Cerita kedua: Kak Sue mengenali rapat kawan dan jiran yang seorang ini (pangkat kakak), sewaktu masih di bangku sekolah menengah. Sesekali apabila ayah atau abang kak Sue tak dapat menjemput kak Sue dari sekolah, kak Sue akan pulang ke rumah dengan menaiki bas atau 'sapu' (kereta sewa aka teksi sapu). Ada ketikanya kak Sue akan terserempak dengan kakak ini (kak Yah - bukan nama sebenar) samada dalam bas atau pun sapu, terutama jika kak Sue pulang lewat petang (kerana menghadiri kelas tambahan), berkebetulan dengan masa kak Yah pulang dari kerja. Setiap kali terserempak kami akan berbual mesra dan dia pasti akan membayar tambang bas atau sapu kak Sue. Kak Yah memang peramah, baik hati dan sopan santun. Rupa kak Yah boleh tahan manisnya, dihiasi senyuman yang sentiasa terukir dibibir....

Setelah kak Sue meninggalkan kampung untuk belajar di Kuala Lumpur, kak Sue tidak lagi berhubung dengan kak Yah. Yang kedengaran di telinga kak Sue, beliau telah berkahwin dengan jejaka pilihan hati dan melahirkan dua orang cahaya mata. Selang beberapa lama kak Sue dengar kak Yah telah pun berpisah dengan suami pertamanya dan berkahwin pula dengan suami keduanya selang beberapa tahun selepas itu. Bersama suami keduanya kak Yah dikurniakan seorang permata hati. Kerukunan rumah tangga mereka akhirnya tercalar juga dan berakhir dengan perceraian...

Kesemua anak-anak kak Yah tinggal bersamanya dan kak Yah khabarnya bekerja kuat untuk membesarkan anak-anaknya. Kehidupan mereka aman dan damai, sehinggalah pada suatu hari minggu kak Yah keluar untuk membeli barang keperluan anak-anaknya namun tidak pulang lagi ke rumah selepas itu. Setelah berbagai usaha dilakukan untuk mencari kak Yah, akhirnya ibu bapa kak Yah mendapati bekas suami pertamanya telah menculik dan membawanya ke Pulau Pinang dan dijadikan pelacur. Ibu bapa dan saudara-saudara yang cuba menyelamatkan kak Yah dari sindiket pelacuran itu menemui kegagalan kerana dihalang oleh 'gengster' dan mereka telah berpindah ke lokasi berbeza setiap kali polis membuat serbuan.

Setelah 5 tahun menghilang tanpa berita akhirnya kak Yah muncul di hadapan rumah ibu bapanya dalam keadaan yang menyedihkan. Berpenyakit aids; lemah, berkudis dan bau yang meloyakan. Sebusuk-busuk pada pandangan mata masyarakat, itulah mutiara yang hilang dan dicari-cari oleh ibu bapa kak Yah selama ini... Kerinduan anak-anaknya terubat juga akhirnya.. Sepeninggalan kak Yah, bekas suaminya yang kedua sentiasa datang menghulurkan kasih sayang dan wang belanja kepada anaknya dan 2 orang anak tirinya yang tinggal di bawah jagaan ibu bapa kak Yah.

Malu dengan keadaan dirinya, kak Yah meminta izin ibu bapanya untuk tinggal di 'ceruk' dapur ibunya. Namun kasih ibu dan ayah tidak mengira keadaan fizikal anaknya. Sementelah, apa yang terjadi keatas kak Yah bukan dengan kerelaan kak Yah... Setelah diberi rawatan oleh doktor pakar dan disulami dengan solat hajat serta perubatan kampung oleh keluarganya, penyakit kak Yah dikatakan reda dan fizikalnya hampir pulih seperti biasa. Namun kak Yah masih 'menjarakkan' dirinya dari keluarga terutama anak-anak, takut mereka dijangkiti penyakitnya.

Namun panas tidak sampai ke petang, tidak lama selepas itu, kak Yah sekali lagi diculik oleh bekas suami pertamanya sewaktu keluar berbelanja di Kota Bharu. Ada saksi mengatakan kak Yah diseret menaiki sebuah kereta oleh 2 orang lelaki yang tidak dikenali, sementara bekas suaminya menunggu dalam kereta yang dipandu oleh sesesorang yang juga tidak dikenali. Selama 2 tahun kak Yah hilang lagi tanpa berita. Ibu bapanya tidak berputus asa dan terus mencari di merata negeri namun sia-sia. Akhirnya pada suatu hari kak Yah kembali lagi ke rumah orang tuanya dalam keadaan yang amat daif dan kali ini penyakit kak Yah sudah terlalu teruk dan tidak dapat diubati lagi. Semua ubat yang diberikan oleh doktor pakar tidak dapat meredakan penyakit kak Yah. Akhirnya, sebagaimana Edry, ibu bapa kak Yah terpaksa membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut. Kak Yah meninggal dunia dalam keadaan yang penuh kesakitan. Jenazahnya diuruskan oleh pihak hospital dan dikebumikan ditanah perkuburan di kampung kami... Innalillahi wa inna ilaihira ji'uun.. Al-Fatihah.
AIDS TIADA UBAT, HANYA BOLEH DICEGAH....


MENGENALI PENYAKIT AIDS....

Apa itu HIV dan apa itu AIDS..?
HIV adalah virus, manakala AIDS adalah nama penyakit
VIRUS HIV MEROSAKKAN KETAHANAN BADAN DAN MENYEBABKAN AIDS

*Kuman penyebab penyakit AIDS dipanggilHuman Immuno-deficiency Virus” (HIV).

*Ia hanya boleh hidup dan membiak di dalam badan manusia.
Di
luar badan, kuman ini boleh dimusnahkan pada suhu lebih dari 56°C dan juga bahan kimia seperti klorin yang terdapat dalam air paip.
*Kuman HIV terdapat di dalam semua bendalir badan manusia terutamanya (konsentrasiyang tinggi) dalam darah, air mani ,cairan vagina orang yang telah dijangkiti oleh kuman ini (pembawa kuman HIV). Susu payudara ibu yang berpenyakit AIDS juga mengandungi kuman HIV.
*Majoriti dari pengidap AIDS dan pembawa kuman HIV adalah dari golonganbelia berumur di antara 20-40 tahun.

CARA DIJANGKITI??
1. Seks tanpa perlindungan - Heteroseksual dan homoseksual
-vaginal
-Oral
-anal: High risks in anal, especially in homosexual.

2. Berkongsi jarum suntikan
3. Ibu yang dijangkiti
4. Pemindahan darah dan organ (tanpa melalui pemeriksaan doktor)
5. Tatu
6. Penindik (body piercing)
7. Jarum akupuntur
8. Berkongsi pisau cukur
9. Berkongsi berus gigi

HIV TIDAK boleh berjangkit melalui:
1. Berkerja atau berada di samping pembawa HIV
2. Digigit atau disengat oleh serangga penyedut darah
3. Berkongsi tandas
4. Berkongsi makanan
5. Menderma darah
6. Berkongsi kolam renang awam
7. Menyentuh atau memeluk pesakit HIV
8. Mencium pipi pesakit (Bukan french kiss)

PENCEGAHAN:
-Pemeriksaan sebelum perkahwinan
-Seks dengan perlindungan (bagi pasangan sah nikah positif HIV), dan elakkan seks luar nikah
-Jangan berkongsi jarum suntikan dan pencukur
-Memastikan darah dan organ yang diterima diperiksa dan bebas HIV serta penyakit lain
-Pesakit AIDS tidak boleh menderma darah atau organ
-Anak yang bebas HIV tidak boleh disusui oleh ibu yang positif HIV
-Pengamal akupuntur, pentatu dan pencukur mesti mempunyai sijil yang diiktiraf kementerian Kesihatan

GEJALA DAN PETANDA:
-Tiada petanda awal sehingga beberapa tahun setelah dijangkiti HIV
-Kepastian hanya dikesan melalui pemeriksaan darah (HIV screening), selepas 2 minggu dijangkiti

Selepas beberapa tahun barulah petanda akan muncul:

*Hilang berat badan secara mendadak

*Semua organ menjadi tidak normal

*Cirit-birit berpanjangan

*Bengkak kelenjar

*Keletihan teruk

*Keputihan di mulut dan tenggorok

*Batuk berpanjangan dan sesak nafas

*Kulit melepuh


**Peringkat penyakit AIDS:

*Tempoh purata peringkat tanpa gejala atau sebagai pembawa HIV boleh mencapai

sehingga 10 tahun. Mereka ini telah dijangkiti kuman HIV namun masih kelihatan sihat. Mereka

boleh menjangkiti orang lain.


* Peringkat AIDS atau menjadi pesakit AIDS ialah mereka yang di tahap akhir

jangkitanHIV.Di peringkat ini, sistem daya tahan melawan penyakit telah musnah

menyebabkanbadan tidak berupaya melawan serangan penyakit walaupun ia penyakit ringan

dan biasa.Pada peringkat ini juga pembawa akan mempunyai tanda-tanda klinikal.


***RAWATAN***

*Sehingga kini masih TIADA rawatan total bagi AIDS. Semua pesakit AIDS akhirnya akan mati disebabkan penyakit ini. Tanpa rawatan pesakit AIDS boleh maut dalam 2 tahun.

*Masih tiada vaksin yang sesuai dan masih lagi di peringkat percubaan.


Rawatan Anti-Retrovirus (HAART)

Kombinasi ubat anti-retrovirus bila digunakan dapat menekan pembiakan virus HIV di bawah paras 50 copies/ml (iaitu di bawah paras yang boleh dikesan oleh ujian HIV.

Kombinasi yang disyorkan oleh Kementerian adalah:

2 Jenis ubat, iaitu -Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NRTI) + 1 Protease Inhibitor (PI) atau Non-Nucleoside Reversed Transcriptase Inhibitor (NNRTI).

Rawatan akan disyorkan kepada pesakit yang:

1) Mempunyai tanda-tanda AIDS

2) Paras CD4 kurang daripada 350 sel/ml

3) Viral load melebihi 30,000 copies/ml


Rawatan profilaktik

Rawatan ini akan diberi untuk mencegah jangkitan-jangkitan oportunistik seperti PneumocystisCarini Pneumonia (PCP).


Cara untuk kekal sihat bagi pesakit AIDS:
-Dapatkan rawatan berkenaan dari hospital secepat mungkin dan secara berterusan seumur hidup.
-Seks yang selamat atau elakkan seks
-Berhenti merokok atau menagih dadah

-Makanan berkhasiat
-Bersenam selalu
-Tidur yang cukup dan elakkan stress


INGATLAH....AIDS TIADA UBAT, Hanya Boleh Dicegah...

~ Mengikut Akta Penyakit Berjangkit 1988, seksyen 12(2), adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang mengetahui dirinya dijangkiti oleh penyakit berjangkit, menyebarkan jangkitannya kepada orang lain! ~


Sumber fakta AIDS:
Kementerian Kesihatan,
Dr Faizal Nor Azmi,Jabatan O&G,Univ Kaherah.






0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."