AL-FATIHAH
**************************************************
CARA MEMBANTU ORANG YANG SUDAH MATI
| ||
|
Monday, June 28, 2010 | 4 Comments
Syafaat Rasulullah Dan Lelaki Kacak
Sunday, June 27, 2010 | 2 Comments
Lima Alam Manusia.
Allah s.w.t telah menjadikan kehidupan manusia sebagai satu pengembaraan yang melalui 5 fasa alam... Alam yang penuh dengan pengalaman setiap manusia yang bermula dari 'tiada', kemudiaan 'ada' setelah diciptakan oleh Alah s.w.t lalu menjalani pengembaraan dalam perjalanan menuju destinasinya untuk kembali mengadap Yang Maha Pencipta, Allah Azza Wajalla...
Kehidupan manusia bermula dari alam pertama yang dipanggil "alam arwah", di mana di alam ini jasad belum terjadi. Apa yang ada, hanya roh ciptaan oleh Allah. Di sini, roh diberi suntikan akidah keimanan terhadap Allah s.w.t. Ia sebagai bekalan terpenting dalam pengembaraan seterusnya supaya selamat dan berjaya.
Roh kemudian berpindah ke dalam jasad setelah terbentuk dalam rahim ibu. Di alam kedua ini, "alam arham" kita berada dalam kandungan ibu. Alam ini penuh istirahat, tiada perjuangan dan tiada cabaran sehingga kita dilahirkan ke dunia.
Alam dunia adalah alam ketiga, dinamakan "alam musyadat". Sesungguhnya kelahiran ke alam dunia ini bukan untuk berhibur semata, tetapi memikul amanah Allah untuk beribadah kepadaNya dengan melakukan amal soleh, dan melakukan kebajikan untuk manfaat diri, keluarga, Islam dan umatnya serta makhluk lain. Segala kegiatan di dunia ini hendaklah dijiwai nilai akidah dan syariat dengan niat untuk menjunjung perintah Allah. Dengan itu segala-galanya akan menjadi menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat.
Firman Allah s.w.t: “Berbekallah kamu, maka sebaik-baik bekalan adalah takwa dan bertawakallah kepadaKu, wahai orang yang berakal” Surah al-Baqarah, ayat 197.
Nabi Muhammad s.a.w mengingatkan umatnya dengan sabdanya yang bermaksud: "Jadikanlah dirimu di dunia ini sebagai musafir atau orang yang dalam perjalanan." Hadis riwayat Ibn Umar.
Allah mengingatkan hambaNya untuk menyiapkan diri bagi menghadapi alam akhirat melalui firman-Nya bermaksud :
"Ketahuilah! Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan) bermegah-megah antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak (semua itu terhad waktunya), samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya.” Surah al-Hadid, ayat 20.
Allah mengingatkan lagi melalui firman-Nya bermaksud:
'Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya), tidak lain hanya kesenangan bagi orang yang terpedaya." Surah Ali Imran, ayat 185.
Firman Allah lagi:
”Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu, akan pahala dan kebahagiaan pada hari akhirat; dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah), sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatnya yang melimpah-ruah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” Surah al-Qisaas, ayat 77
Seterusnya dari alam dunia manusia, sebagaimana yang dijanjikan Allah s.w.t, manusia akan merasai kematiannya yang memutuskan kehidupannya dari segala kekayaan dan saudara mara yang dikasihinya. Kini manusia akan meneruskan perjalanannya ke alam keempat iaitu “alam barzakh” atau “alam kubur”. Saat ini manusia akan 'disaring' melalui persoalan mengenai segala amalan pahala dan dosa sepanjang kehidupannya di alam dunia oleh 2 orang malaikat iaitu Mungkar dan Nangkir.
Kita akan mendapat sebahagian dari pembalasan hasil dari amalan pahala dan dosa yang kita lakukan sewaktu berada di alam barzakh ini. Alam ini penuh kegelapan, ruang tanah yang sempit dan menghimpit bagi mereka yang kurang amalan. Malah bagi mereka yang berdosa serta menafikan Allah dan rasulNya, di alam ini mereka mula merasa azab kubur yang pedih, sementara azab neraka sedia menanti mereka sebaik kiamat nanti.
Manakala golongan yang beriman akan disediakan tempat beristirehat di atas persemadian yang indah dengan pandangan yang menghala ke arah syurga yang bakal menjadi kediaman mereka sebaik kiamat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah (dari si mati), ilmu (yang pernah diajarkan oleh si mati) yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya.” –Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi.
Bagaimanapun waris si mati, terutama anak-anak, ibu bapa dan suami/isteri boleh membantu si mati dengan membuat amal jariah yang di'akadkan ke atas nama si mati. Contohnya si anak mewakafkan harta (misalnya tanah peninggalan ibu atau bapanya kepadanya) kepada rumah anak-anak yatim atau untuk didirikan masjid untuk kegunaan umat Islam beribadat, dengan syarat harta itu tidak melibatkan perkongsian dengan orang lain, kerana dikhuatiri persetujuan dan keikhlasannya.
Untuk membantu si mati kita disarankan membaca surah Yasin dan pahalanya disedekahkan kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia/mati.
“Barangsiapa yang menziarahi kuburan kedua orang tuanya setiap hari Jumaat, lalu membaca (surat Yasin) di sisi keduanya (di sisinya), nescaya diampuni baginya sebanyak bilangan setiap ayat atau huruf (yang dibacanya)." Hadis riwayat Ibn 'Ady daripada Saidatina 'Aisyah r.a.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Barangsiapa yang berziarah di kuburan kemudian dia membaca al-Fatihah, Qul Huwallahu Ahad dan Alhakumut takasur lalu dia berdoa. "Ya Allah, ku hadiahkan pahala pembacaan Firman-Mu pada kaum Mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat." Hadis riwayatkan oleh Abu al-Qasim Sa’id.
Firman Allah s.w.t.:
"(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar." Shaad : 29.
Namun ada perselisihan pendapat di kalangan ulamak mengatakan pahala dari bacaan Al-Quran atau Yasin kepada orang mati tidak akan sampai kepada si mati dan ia merupakan amalan bida'ah. Dalam hal yang sebegini kita harus ingat, ulamak hanyalah manusia biasa dan apabila timbul keraguan, maka kita perlu kembali mencari kepastian dengan berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih. Jangan terus percaya kepada pendapat ulamak tanpa nas yang kukuh.
Apa yang perlu diingat ialah, Al-Qur'an adalah Kitab Allah / Qalam Allah yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang teragung.. Al-Qur'an juga boleh memberi syafaat kepada pembacanya. Jadi, sebagai anak kita adalah 'harta' ibu bapa kita, maka apa saja amalan kita akan sampai kepada mereka meskipun setelah kematian mereka. Maka bacalah Al-Qur'an dan sedekahkan pahalanya kepada ibu bapa kita yang telah pergi mengadap Illahi... Selebihnya kita berserah kepada sifat pengasih dan pengampun Allah s.w.t.
Contoh hadis yang turut dijadikan perdebatan ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Bacakanlah surah Yasin untuk orang-orang yang akan mati (mautaakum) di antara kamu." Hadis ini diriwayat Imam Abu Dawud dan Ibnu Majah.
Yang menjadikan ulamak berselisih pendapat ialah "Mautaakum" ia bukan bermaksud orang yang sudah mati tetapi orang yang hampir mati.
Apa yang diperintah oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk mengajar orang yang sedang menghadapi maut bacaan La ilaa ha illallah.
Per
hatikanlah sabda Rasulullah s.a.w. ini: "Ajarkanlah oleh kamu orang-orang yang akan/hampir mati (mautaakum) di antara kamu La ilaaha illallahu." - Hadis riwayat Imam Muslim.Terdapat beberapa lagi hadis-hadis yang digunakan oleh golongan yang membenarkan pembacaan al-Qur’an di kubur. Hanya sahaja hadis-hadis tersebut tidak sunyi dari kritikan oleh para ulamak hadis. Telah sepakat oleh para ulamak bahawa hadis-hadis dha’if (lemah) dan mawdhu’ (palsu) tidak boleh dijadikan hujah untuk perkara-perkara berkaitan akidah dan penetapan hukum-hakam (seperti menetapkan hukum wajib atau sunat terhadap sesuatu amal). Para ulamak berbeza pendapat tentang kebolehan mempergunakan hadis dha’if (lemah) dengan syarat-syarat yang ketat untuk bab fadilat amal atau targhib dan tarhib.
Bagaimanapun, jelas Rasulullah s.a.w amat menggalakkan muslimin membaca Al-Quran di rumah, sepertimana sabda baginda:
"Janganlah kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan (sunyi), kerana sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” - Hadis riwayat Imam Muslim.
Berbalik kepada fasa alam, apabila hari kiamat, kita akan masuk ke alam kelima atau alam yang terakhir iaitu “alam akhirat”. Sebelum ke alam akhirat, kita dihimpunkan di Padang Mashyar untuk diadili dan dihisab sekali lagi segala amal perbuatan di dunia. Jika baik akan dibalas syurga, dan sebaliknya jika buruk, akan dibalas dengan azab siksaan dari api neraka.
Sunday, June 27, 2010 | 0 Comments
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."