AL-FATIHAH
**************************************************
Solat Istikharah: Cara Dan Petunjuknya
Setelah beristikharah, namun hati masih dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi solat dan doa Istikharah itu sehingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Jangan pula kita hanya berharap pada petunjuk melalui mimpi yang kadang-kadang berjaya ditebusi oleh helah syaitan akibat kurangnya keimanan diri dan kecelaruan akal. Oleh itu, dianjurkan juga beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Apa yang penting sebagai manusia kita harus menggunakan akal dan pertimbangan yang bijak dalam membuat pilihan. Istikharah pula membantu kita untuk mendapat petunjuk/keberkatan dari Allah mengenai ketepatan pilihan kita itu dengan syarat kita TIDAKdipengaruhi oleh kemahuan dari godaan syaitan dan nafsu sewaktu mengadakan Istikharah.. Jiwa yang tidak pasrah meminta kepada Allah, sebaliknya sering mengharapkan('memaksa') Allah menyokong kemahuan dirinya sendiri.
Beristikharah bertujuan memohon pertolongan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang fitnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatifmalah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Jangan tersalah langkah dan lalai dalam mencari petunjuk Allah. Dikhuatiri pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah dengan mainan syaitan.
Imam Nawawi mengatakan: “Disunatkan pada rakaat pertama setelah al-Fatihah membaca surat al-Kafirun dan rakaat ke dua membaca surat al-Ikhlas”.
Sedangkan al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan “Aku tidak menjumpai satu hadis pun tentang penentuan bacaan surah-surah khusus dalam solat Istikharah.”
Dan keterangan di atas jelas bahawa pendapat yang lebih kuat adalah tidak adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikharah, lantaran tidak ada keterangan dari Rasulullah akan hal itu, dan mereka yang mensunatkan surah-surah tertentu tanpa berdasarkan dalil dari al-Qur’an dan Sunnah, sehingga kita katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah di masing-masing rakaat untuk membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal.
Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaknya (orang yang solat Istikharah) membaca al-Fatihah di setiap rakaat dan membaca surah apa saja yang mudah.”
Bilakah Doa Istikharah Dibacakan?
Doa Istikharah boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam sebaik selesai solat dua rakaat. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatwanya 12/105)
i. Sebelum salam
Adapun dibolehkan membaca doa istikharah sebelum salam ini berdasarkan:
1. Kebanyakan doa Rasulullah dalam solat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud akhir).
Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdoa meminta perlindungan (berdoa) kepada Allah dari empat perkara; Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam; dan azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian; dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
2. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan masa pembacaan doa istikharah samada harus sebelum salam atau sesudah salam.
b. Sesudah salam
Doa Istikharah boleh juga dibaca sesudah salam berdasarkan hadis yang mebolehkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunat dua rakaat, kemudian berdoa...”
Sabda Rasulullah s.a.w lagi: “Solat Istikharah hukumnya sunat, dan do’a istikharah tempatnya setelah salam" Hadis riwayat Ibnu Baz: Majmu’ (Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422).
Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikharah Dan Isytiharah?
Imam Nawawi r.a. berpendapat: “Setelah seseorang melakukan solat Istikharah, sebaiknya diabertindak mengikut gerak hati dan kelapangan dadanya terhadap perkara tersebutsamada baik untuk meneruskan maksudnya ataupun meninggalkannya.
“Sebelum beristikharah hendaklah seseorang itu menghilangkan kecenderungan hatinya terhadap suatu perkara, dan tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecenderungan hati sebelum istikharah, kerana apabila sudah ada kecenderungan hati sebelum istikharah, lalu dia melakukan istikharah, bererti dia tidak beristikharah, kerana istikharah dilakukan ketika bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik oleh Allah untuknya.” (Perkataan Imam Nawawi ini dinukil oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author 2/298)
Apakah Petunjuknya?
Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikharah, maka akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka buatlah pilihan sebagaimana mimpinya,” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat dan doa istikharah, kemudian terus tidur(mengharap petunjuk datang melalui mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih (supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangkamanusia (yang tidak ada asasya). Jangan sesekali kita melakukan sesuatu perkara yang berkaitan hal agama hanya berdasarkan hearsay kerana ia terselit permainan syaitan yang menyesatkan.
Kesimpulan
1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah hal yang wajar, kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia. Namun berusahalah supaya diri tidak sentiasa keliru atau was-was kerana ia merupakan permainan syaitan dalam percubaan menyesatkan manusia.
2. Solat Istikharah adalah solat sunat yang dilakukan untuk minta petunjuk dan keberkatan daripada Allah supaya terhindar dari kekeliruan dalam menghadapi sesuatu permasalahan.
3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikharah hukumnya sunat.
4. Solat Istikharah disunatkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil, selama seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang.
5. Apabila terdapat kecondongan hati atau mengetahui kebaikan sesuatu perkara (dari awal lagi), maka tidak disunatkan beristikharah; kerana solat Istikharah itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambaNya yang telah beristikharah supaya bertawakal kepada Allah.
6. Istikharah disunatkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah. Perkara wajib dan sunat, tidak memerlukan istikharah, ini kerana kebaikannya sudah jelas, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunatkan istikharah kerana keburukannya dan hukumnya sudah jelas.
7. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam setiap rakaat solat Istikharah.
8. Doa Istikharah boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam)
9. Dibolehkan mengulangi solat Istikharah dalam satu perkara apabila diperlukan, sehingga hati mendapat keyakinan dalam membuat sesuatu keputusan.
10. Ketenangan hati dan kelapangan dada terhadap suatu perkara setelah melakukan solat istikharah adalah tanda petunjuk dari Allah, DAN tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikharah.
Demikian serba sedikit mengenai solat Istikharah, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk Allah ewaktu menghadapi masalah dalam membuat pilihan / keputusan yang tepat, bersesuaian dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya serta mendapat yang terbaik di sisiNya dengan cara taat dan beristiqomah kepadaNya.
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
July 14, 2012 at 3:52 PM
sangat bermakna untuk saya .. terima kasih .. :)
July 31, 2013 at 12:38 AM
salam, mtk pendapat,yg manakah perlu didahulukan samada solat taubat dahulu @ solat istikarah, wallahualam
August 16, 2013 at 6:47 PM
Selepas saya solat istikharah, saya difitnah tapi saya tabah. Setakat inilah
August 30, 2013 at 12:12 PM
Assalamualaikum...saya ingin bertanyakan pendapat. Saya telah mengerjakan solat istikorah untuk membuat pilihan sama ada menunggu ataupun melupakan seorang hamba ALLAH itu. Setiap kali saya menunaikan solat tersebut sepanjang 5 malam kebelakangan ini, saya bermimpi tentang hamba ALLAH tersebut dan selepas saya bangun untuk solat subuh, saya rasa sangat tenang..adakah itu petunjuk daripadaNya?
May 29, 2017 at 3:12 PM
Terima kasih untuk info ini
February 7, 2019 at 5:10 PM
kalau kita selitkan nama org yg bukan islam bole ke?
Post a Comment