feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Panggilan Allah Terhadap HambaNya

Labels: ,



Allah memanggil kita hanya 3 kali dalam hidup:

1) Panggilan pertama - Azan

Azan adalah panggilan Allah yang pertama. Lima kali sehari semalam, kita mendengar panggilan Allah ini. Ia sangat
jelas / kuat terdengar di telinga kita. Jika kita menunaikan solat fardhu, sesungguhnya kita menjawab panggilan pertama Allah. Namun ada di antara kita yang enggan atau malas untuk menjawab pangilan Allah. Kita lalai dan engkar dari bersolat! Kadangkala kita terlambat, kerana malas, lalai dan hanyut dengan keseronokan diri dan dunia.

Allah s.w.t Yang Maha Pencipta adalah Tuhan yang bersifat dengan sifat Maha Pelembut (Al-Lattif), masih bertolak-ansur dan fleksible. Allah tidak terus murka. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Maha Pengampun.....Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan kepada hambaNya, bahkan Allah s.w.t tetap MENJAWAB panggilan hambaNya dengan memakbulkan permohonan mereka yang berdoa, memberikan rezeki kepada mereka yang berusaha; baik hambaNya itu menjawab panggilan AzanNya atau tidak.

Allah s.w.t sentiasa memberi ruang dan masa kepada hamba-hambaNya untuk bertaubat dari dosa-dosa dan keengkaran mereka terhadap perintahNya. Allah hanya akan membalasi hambaNya setelah Kiamat dan tiba hari pembalasan bagi setiap amal dan dosa..... Pada hari ini, segala pintu taubat telah ditutup dan segalanya akan dihisab dari sekecil zarah sehinggalah sebesar manapun, setiap dosa dan pahala akan dibalas!


2) Panggilan yang kedua - Haji / Umrah.

Panggilan ini bersifat
halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Panggilan kedua ini adalah panggilan bersyarat. Setiap hamba Allah mendapatkan rezeki dan kesempatan yang berbeza dengan yang lain. Hanya mereka yang mampu dari segi kewangan dan tenaga yang diwajibkan menjawab panggilan Allah ini.

Kekuasaan, takdir (qada' dan qadar) Allah ke atas percaturan hidup setiap hambaNya jelas melalui kemampuan atau ketidakmampuan seseorang hambaNya menjawab panggilan Allah yang satu ini. Ia terlalu subjektif... Ada orang yang kaya-raya, tetapi tidak dapat menyahut panggilan Haji / Umrah kerana sifatnya yang bakhil atau lalai dari menunaikan perintah Allah. Ada juga yang berkemampuan hartanya, namun tidak dapat mengerjakan Haji / Umrah kerana keuzuran kesihatan atau terlalu tua.

Tidak kurang pula hamba-hamba Allah yang berusaha mencari harta dan kekayaan dunia serta taat dan patuh pada panggilan Allah s.w.t. Mereka berkemampuan dari segi harta dan tenaga, malah mampu pula membawa ibu bapa, isteri, anak-anak dan mereka yang di bawah tanggungannya untuk bersama-sama menyahut panggilan Allah s.w.t, menunaikan Haji di Mekah! Merka bersegera berusaha dan merancang menunaikan fardhu Haji ini dengan sempurna, malah berkali-kali. Mereka susuli panggilan Allah ini dengan menunaikan Umrah pada setiap tahun... Sesungguhnya Allah memberikan kelapangan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.

Ada di antara hamba Allah yang tidak berharta dan tidak mampu dari segi kesihatan, namun dengan keikhlasan hati, sering berdoa kepada Allah Yang Maha Kaya (Al-Razak), maka tiba-tiba sahaja terbuka peluang kepadanya dengan diberikan rezeki yang mencukupi untuk menunaikan Haji di Mekah, malah sebelum atau selepas tiba di Kota Suci itu segala penyakit dan keuzurannya hilang lalu dapat mengerjakan ibadah Haji dengan tenang dan sempurna.

Walau apapun cara dan keadaannya, ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labbaik Allahumma Labbaik......', sesungguhnya kita pada saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita akan berasa amat bahagia dan syahdu, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berfirman, laksanakanlah Haji / Umrah bagi yang mampu.


3) Panggilan ketiga - Kematian.

Panggilan yang praktikal dan terakhir di dunia.....Samada kita seorang yang engkar, patuh, bersedia atau tidak, kita akan didatangi oleh seruan atau panggilan ini...kita perlu menjawab walau di mana sahaja kita berada dan dalam keadaan bagaimanapun kita pada waktu itu. Kematian tidak mendatangi kita setelah kita tua sahaja... Umpama buah muda yang gugur, begitulah keadaan panggilan Allah yang satu ini... Mengikut perjanjian ajal dan maut bagi setiap makhluk ciptaan Allah s.w.t., Dia akan memanggil kita kembali kepadaNya samada kita masih muda atau setelah tua.
Umumnya, Allah tidak memberikan tanda secara langsung, mungkin caranya sahaja yang berbeza; secara perlahan (dengan melalui proses keuzuran kesihatan - sakit) atau pun secara tiba-tiba (seperti kemalangan jalan raya, gempa bumi, keracunan, dibunuh dan lain-lain).

Allah s.w.t. telah menugaskan malaikat maut (Izrail) melaksanakan panggilan kematian dariNya terhadap setiap hambaNya. Panggilan kematian dijawab oleh setiap orang dengan amal masing-masing. Kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.

Malaikat maut akan mencabut roh setiap dari kita secara berhemah andaikata kita beramal soleh. Namun, setingi dan semulia Rasulullah s.a.w di sisi Allah s.w.t. pun masih merasai sakitnya sewaktu berada di ambang sakaratul maut! Sehinggakan Jibrail yang menemani baginda sewaktu Izrail memisahkan roh dari jasad baginda, TIDAK SANGGUP memandang ke arah wajah baginda kerana sedih dan kasihan. Sedangkan Izrail telah mencabut roh Rasulullah dengan cara yang paling lembut sebagaimana yang telah dipesan oleh A-Khaliq yang sangat menyintai Rasulullah, kekasihNya....

Bagaimana pula keadaan kita tatkala berada di ambang maut nanti..??? Oleh itu manfaatkan waktu kita sebaik-baiknya. Bersedialah setiap masa dengan amal yang soleh.

Jawablah 3 panggilan Allah dengan hati dan sikapmu yang Husnul Khotimah...Basahilah lidah dan suburkan degupan jantung kita dengan zikirullah.... Panjatkanlah doa tanpa berputus asa, bertaubatlah dari dosa-dosa kita dan berharaplah kepada syurga Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat Lagi Maha Mendengar setiap amal dan doa hambaNya... Insya Allah...




Sumber: Tazkirah







0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."