feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

IBU

Labels: ,


Restu Ibu

Dalam ajaran Islam, memang terdapat banyak nas dan dalil yang memperihalkan betapa anak-anak itu perlu menghormati kedua-dua ibu bapa mereka. Ketika Rasulullah s.a.w ditanya, siapakah yang lebih wajar dihormati, baginda menjawab "ibu..!" sebanyak tiga kali, dan kemudiannya barulah "bapa..."

Hadis sahih juga menyebut dengan jelas bahawa "syurga berada di bawah telapak kaki ibu". Dunia Islam tidak sunyi dari kisah-kisah anak yang soleh dan taat kepada ibu mereka telah berjaya berkat dari restu ibu mereka. Antaranya;

Imam Muhammad bin Idris (pengasas Mazhab Asy-Syafie): Lantaran terlalu gembira untuk menemui ibunya, maka dia mengetuk pintu rumah dengan kuat. Ibunya marah lantaran sikap itu masih lagi menunjukkan bahawa anaknya tidak beradab. Atas arahan ibunya yang meminta dia pergi merantau lagi mencari ilmu untuk memperbaiki akhlaknya, maka beliau juga terus akur terhadap perintah ibunya.

Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi): Gara-gara ibunya enggan mengambil fatwanya, beliau telah bersusah payah mendapatkan fatwa daripada ulama lain. Akhirnya, dia akur mencari ulamak yang menjadi muridnya sendiri bagi mendapatkan fatwa.

Imam Syeikh Abdul Qadir al-Jailani (pengasas tarikat sufi Qadiriyyah): Beliau tetap tidak menipu walaupun ditahan bersama segerombolan kafilah penyamun dalam perjalanannya mahu belajar agama. Si perompak yang asalnya tidak menemui sebarang duit pada tubuh al-Jailani akhirnya bertanya berhubung sikap anak muda itu yang telah berkata benar.

"Aku telah berjanji dengan ibuku untuk menyatakan yang benar pada setiap masa," itulah yang Al-Jailani lafazkan. Ternyata, kata-kata itu akhirnya meninggalkan kesan yang amat mendalam, lalu menyebabkan ketua perompak itu segera bertaubat.

Latihan kerohanian yang diterimanya, termasuk keberkatan doa ibu dan hormatnya anak muda ini terhadap ibunya, maka diangkat mertabatnya sebagai wali Allah s.w.t.

Daripada kisah-kisah ringkas mereka ini, kita mendapat pengetahuan bahawa pengasas mazhab Shafie, Hanafi dan Qadiriah ini adalah imam-imam yang terbangun intelektual dan kerohanian mereka dengan sebab keberkatan doa dan restu ibu.

Maka tepatlah kata orang bahawa tangan yang menggoncang buaian itu menggoncangkan dunia. Ringkasnya, dunia Islam memang sarat dengan kisah ketaatan ke atas ibu bapa ini. Hari Ibu yang disambut di serata dunia dengan tajaan Barat masih lagi belum mengaitkan kisah kasih-sayang ibu dengan jihad/perjuangan.

Menggembirakan ibu bapa lebih utama daripada berjihad

Ada kisah di mana seorang anak muda yang ingin berjihad, tetapi akhirnya diperintahkan Rasulullah s.a.w. segera pulang ke rumah untuk menggembirakan kedua ibu bapanya yang kesepian.

"Hai orang muda, terangkan keadaan ibu bapamu tatkala engkau mahu keluar dari rumah tadi," kata baginda. Rasulullah s.a.w dapat melihat secara kasyaf, bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan anak muda remaja yang ghairahkan syahid itu.

"Hamba ingin syahid tapi, ibu bapaku menahan pemergianku sejak tadi dengan teresak-esak sedangkan hambalah satu-satunya anak mereka," kata anak muda tersebut.

"Sekarang dengar baik-baik perkataanku wahai anak muda," kata baginda, "Atas perintah Rasulullah, kembalilah ke rumah dan gembirakan kedua ibu bapamu."

Anak muda tadi bingung. Jihad adalah kewajipan dalam Islam. Tapi, perintah khusus Rasulullah s.a.w itu juga wajib ditaati. Maka, beliau akhirnya menuruti perintah baginda kerana diterangkan kepadanya, menjaga dan menggembirakan hati ibu bapa lebih utama dari berjihad. Tibanya beliau di rumah, maka gembiralah hati kedua ibu bapanya.

Dalam hadis lain, baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, andai diizinkan Allah s.w.t, baginda mahu mewajibkan setiap anak itu sujud kepada kaki orang tuanya. Tetapi, hal itu tidaklah diizinkan Allah, memadai dengan mematuhi dan menghormati mereka. Malah Allah s.w.t. telah meletakkan darjat dan mertabat setiap ibu bapa amat tinggi dan mulia di sisiNya. Tidak masuk syurga seseorang itu seandainya dia menderhaka kepada ibu dan bapanya, meskipun dia beramal soleh...!

Jangan serah ibu bapa ke rumah kebajikan!

Namun, hari ini sudah menjadi semakin biasa bagi anak-anak meninggalkan orang tua mereka ke rumah kebajikan/rumah orang tua. Malah ada yang hanya membiarkan ibu bapa mereka tinggal bersendirian di rumah mereka di kampung dengan kebajikan mereka langsung tidak terjaga. Tekanan hidup dan bebanan kerja menyebabkan agihan masa generasi kini kepada orang tua dan anak-anak semakin berkurangan.

Apakah ada cara untuk mengatasi hal ini?

Kita tak boleh terus merungut tanpa berusaha mencari jalan penyelesaian. Sesetengah orang mengirim anaknya ke kampung sewaktu cuti persekolahan untuk menjaga nenek mereka. Kaedah ini boleh juga digunakan. Tetapi, harus kita persoalkan juga.... Apakah kita suka jika anak-anak kita melakukan hal yang sama kelak; mengirim cucu sekali-sekala untuk menjaga segala keperluan kita?

Sebaik-baiknya, jika kita benar-benar mencari keberkatan serta kebahagiaan hidup kita di dunia dan akhirat, maka ibu bapa itulah satu-satunya jalan terakhir dan mudah untuk kita dapatkan keredhaan Allah. Kita perlulah kembali kepada hadis, "Keredhaan Tuhan ada pada keredhaan kedua ibu bapa."

Bagaimanakah kita mahu menjaga ibu bapa dalam keadaan kita bekerja?

Andaikan kita mempunyai enam orang saudara dan purata gaji bulanan kita RM2,000, maka kita perlu berbincang sesama ahli keluarga (adik-beradik), untuk memilih salah seorang daripada kita perlu berhenti kerja untuk menjaga kebajikan orang tua kita.

Jadi, bagaimana mahu mendapatkan semula RM2,000 sebulan yang telah hilang itu? Di sinilah letaknya pertimbangan budi bicara, pengorbanan kepentingan diri masing-masing. Hendaklah, lima orang saudara kita itu bersedia menyerahkan RM400 seorang sebulan, bertujuan menggantikan jumlah gaji bulanan kita sebagai anak yang dipilih untuk menjaga ibu bapa bagi menggantikan adik beradik yang lain.

Kalau boleh biarlah kita lihat tiada lagi orang-orang Melayu apatah lagi mereka beragama Islam mengirim orang tua ke rumah kebajikan. Kalau bukan Muslim yang melakukannya, maka hal itu boleh diterima kerana pembalasan akhirat tidak wujud dalam kepercayaan mereka.

Apalah ertinya kita menyambut Hari Ibu, tetapi hakikatnya dalam masa yang sama masih ada lagi ibu-ibu yang terlantar kesepian di rumah-rumah orang tua,di pondok-pondok usang, menagih simpati dari orang luar, sedangkan anak-anak sendiri TIDAK memperdulikan mereka???.

Jadilah seorang anak yang membahagiakan hati ibu yang mengandung dan melahirkan kita, membelai dan mendidik kita dengan penuh kasih dan sayang... Hormatilah dan taatlah kepada bapa yang bersusah payah mencari nafkah dan membimbing kita, menyediakan makan dan minum serta perbelanjaan pelajaran kita sehingga berjaya menjadi seorang manusia yang boleh berdiri di atas kaki sendiri, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri....

JANGAN kita menjadi seperti kacang lupakan kulit; habis madu sepah dibuang atau membalas susu yang diberi dengan tuba dan racun berbisa..!! Rasalah nanti pembalasan Allah s.w.t. yang amat perit ke atas anak-anak yang menderhaka!

Waspadalah... Sesungguhnya pembalasan bagi anak-anak yang menderhaka amat cepat sebagaimana dijanjikan Allah s.w.t. Rata-rata kita lihat, anak-anak derhaka ini akhirnya ditimpa musibah yang besar dalam kehidupan mereka di dunia, apatah lagi di akhirat nanti...

Andai kata ibu bapa telah pergi mengadap Illahi, sedekahkanlah surah Al-Fatihah kepada roh mereka sebagai amal bakti kepada mereka. Malah, sedekah Al-Fatihah tidak semestinya dilakukan ketika mereka sudah tiada. Ketika mereka masih ada, hal itu boleh dibuat agar fizikal mereka sihat, jiwa mereka tenang, serta kebajikan mereka terjaga dalam rahmat Allah s.w.t...

Masih adakah anak soleh yang taat dan menyayangi ibunya di zaman ini?

Dalam dunia moden ini masih ada lagi kisah yang menyentuh hati kita, kerana nun jauh di kampung, tidak lama dahulu, masih ada anak yang sanggup tidak bernikah hanya kerana ingin menjaga ibunya yang menderita sakit lumpuh. Laporan akhbar itu menyebutkan pekerjaannya sebagai posmen.

Lelaki itu akhirnya didapati meninggal dunia di pangkuan ibunya selama dua atau tiga hari. Ketika jiran-jiran menemuinya, didapati ibu masih mengusap tubuh dan kepala anaknya, seolah-olah berharap cara itu dapat merawat anaknya yang telah mati.

Sukar digambarkan kesedihan ibu tua yang terpaksa berputih mata melihat tubuh anaknya yang sudah tidak bergerak itu. Dia wanita tua yang lemah, lumpuh tidak berdaya bersuara meminta pertolongan jiran, tak mampu berjalan melainkan terpaksa melihat saja anaknya terbaring di pangkuannya selama dua hari.

Ada juga kisah seorang anak lelaki, yang sanggup melupakan cita-cita untuk menyambung pelajaran dan kerja di bandar lalu tinggal di kampung menjaga ibunya yang telah tua dengan menjadi seorang petani...berkebun dan membela lembu sebagai sara hidupnya dan ibunya. Dia pernah menadah muntah ibunya dengan kedua belah tangannya... Dia pernah mencuci punggung ibunya dari najis, mamandikan dan memakaikan baju dan memasak untuk ibunya... Sudah ajalnya dijanjikan meninggal terkena biasan panahan petir sewaktu hujan, namun apabila dijumpai orang di kebunnya, mayat pemuda ini berbau wangi dengan berkeadaan seperti qiam dalam solat.... Sudut di mana beliau selalu bersolat di biliknya didapati berbau wangi oleh abangnya... Subhanallah...

Semoga roh mereka dimasukkan ke syurga. Amiin....

Buat ibu ummi

Hajjah Siti Aminah Tahir

dan semua insan bergelar ~ ibu ~ di luar sana

~ SELAMAT HARI IBU ~

Semoga diberkati Allah s.w.t

serta dikasihi suami dan ditaati anak-anak....





0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."