AL-FATIHAH
**************************************************
SOLAT: Apa penting dan perlunya dalam Islam?
Solat adalah tanda kesyukuran hambaNya kepada Allah yang Maha Pencipta
Merujuk kepada kitab Fiqh As-Solah:
Solat adalah satu ibadah yang telah difardhukan oleh Allah s.w.t sebanyak lima kali sehari semalam ke atas setiap orang Islam yang mukallaf tanpa diuzurkan kepadanya, selagi akalnya masih sempurna, sekali pun dia berada dalam peperangan atau dalam pelayaran atau pun dia sakit tenat.
**Mukallaf: Orang Islam yang diwajibkan ke atasnya melaksanakan kewajipan agama dengan syarat ia berakal, cukup umur, sejahtera kedua-dua pancaindera mata dan telinga sejak dari lahirnya atau mumayyiznya serta sampai kepadanya seruan agama.**
Oleh itu, kalau kita tidak mampu solat berdiri seperti kebiasaannya, dibolehkan bagi kita untuk bersolat secara duduk atau berbaring mengiring . Sekiranya tidak mampu juga berbuat demikian, maka dibolehkan bagi kita bersolat dalam keadaan bertelentang, dan kalau masih juga tidak mampu, maka hendaklah kita bersolat dengan mengisyaratkan perlakuan rukun solatnya dengan kelopak mata kita.
Andainya masih tidak mampu juga, hendaklah kita bersolat di dalam hati.
Begitulah betapa berat dan pentingnyanya kewajipan ibadah solat ini kepada kita sebagai umat Islam.
Solat fardhu lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan nabi dan rasul akhir zaman ini, pada hakikatnya mempunyai nilai yang amat tinggi kerana proses penerimaan perintah solat oleh Rasulullah itu sendiri bukannya satu kerja yang mudah.
Berbanding dengan nabi-nabi lain yang mula melakukan solat atas beberapa faktor, tetapi ibadat solat yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w diterima perintah oleh baginda secara terus dari Allah dengan baginda dibawa ke Sidratul Muntaha yang letaknya melepasi lapisan langit ketujuh. Sidratul Muntaha itu sendiri adalah tempat yang tidak boleh didatangi oleh manusia lain, kecuali Nabi Muhammad, malah para malaikat juga tidak boleh ke sana.
Pemergian baginda SAW pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan baginda (iaitu dalam tahun 622 Masihi) dinamakan Israk Mikraj yang mana selain daripada menerima perintah kewajipan solat, baginda juga berpeluang berjumpa dengan para nabi dan rasul, malah berkesempatan beramah mesra. Rasulullah juga dipertontonkan dengan manusia yang menanggung seksa kerana memusuhi Allah dan Rasul-Nya serta mereka yang menikmati nikmat kerana bertakwa kepada Allah.
Pada mulanya solat yang diperintahkan adalah sebanyak 50 waktu. Bagaimana pun atas cadangan dan desakan Nabi Musa a.s. yang menyebabkan Rasulullah s.a.w berulang alik naik turun Sidratul Muntaha, maka jumlah waktu sembahyang hanya tinggal lima waktu sehari semalam sahaja. Nabi Musa yang merasakan jumlah solat lima waktu sehari semalam itu masih malas dilakukan oleh umat Nabi Muhammad meminta baginda membuat rayuan pengurangan jumlah waktu solat tetapi baginda enggan kerana malu kepada Allah.
Sebenarnya solat lima waktu itu adalah himpunan solat-solat yang telah dilakukan oleh lima orang nabi dan rasul kerana ada sebab dan peristiwanya sebagaimana berikut;
SUBUH : Manusia pertama yang mengerjakan sembahyang subuh adalah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke dunia.
Semasa Adam dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke dunia kerana kesalahan memakan buah khuldi yang dilarang, yang pertama yang dilihat oleh bagi ialah kegelapan. Baginda berasa sangat takut. Macam mana pun apabila fajar menjelang Subuh dunia mulai terang dan kerana bersyukur apabila dunia mula menampakkan akan terang dan tidak gelap lagi, Nabi Adam a.s. pun bersolat dua rakaat. Rakaat pertama sembahyang baginda adalah sebagai tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam manakala rakaat kedua adalah bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZUHUR : Manusia pertama yang mengerjakan solat Zuhur ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah s.w.t memerintahkan baginda agar menyembelih anak baginda Nabi Ismail a.s. sebagai korban melepaskan nazar baginda.
Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari (bertepatan dengan waktu Zohor), lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. Rakaat pertama kerana bersyukur bagi penebusan, rakaat kedua tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya, rakaat ketiga: tanda bersyukur dan memohon keredaan Allah s.w.t manakala rakaat keempat tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR : Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Sebagai tanda syukur kerana dikeluarkan dari perut ikan Nun, maka Nabi Yunus a.s. bersolat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama tanda syukur dari bebas dari kelam dengan kesalahan, rakaat kedua bersyukur kerana kelam dengan air laut, rakaat ketika kerana kelam malam dan rakaat keempat kerana kelam perut ikan Nun.
MAGHRIB : Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, yang di kala itu telah terbenamnya matahari. Kerana tanda bersyukur bagi solat tiga rakaat dengan rakaat tanda bersyukur kerana baginda berjaya menafikan ketuhanan selain dari Allah yang Esa, rakaat tanda bersyukur kerana berjaya menafikan tohmahan ke atas bonda baginda Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang manakala rakaat ketiga tanda bersyukur kerana berjaya menyatakan kepada kaum baginda bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah s.w.t, tiada dua atau tiganya.
ISYAK : Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat untuk mencari jalan keluar dari negeri Madyan. Sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita kerana sesat ekoran doa seorang alim yang diupah oleh Firaun agar mendoakan supaya Nabi Musa a.s.
Orang alim dan doanya sangat mustajab itu pada mulanya enggan akur kepada arahan Firaun dan enggan menerima upahan dalam bentuk jongkong emas kerana diketahuinya bahawa Nabi Musa a.s. adalah nabi dan rasul.
Hasil siasatan oleh pegawai-pegawai perisikan Firaun mendapati orang alim itu sangat sayangkan isteri dan dia adalah seorang suami yang sering mengalah kepada isteri.
Kelemahan itu diambil kesempatan oleh Firaun dengan memberi upah emas kepada isteri orang alim itu supaya meminta suaminya berdoa supaya Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir negeri Madyan. Bila diminta dan dirayu dan direngek oleh isterinya, orang alim itu tidak dapat menolak. Bagaimanapun, dia memberi syarat akan berdoa dalam kandang kuda.
Orang alim itu menyangka bila berdoa pada tempat yang kotor, doanya tidak akan mustajab. Macam mana pun doanya tetap mustajab dan Nabi Musa a.s. tersesat manakala orang alim itu mati dalam keadaan berdosa kerana mengikut kemahuan Firaun.
Bagaimana Allah s.w.t menghilangkan semua perasaan dukacitanya Nabi Musa a.s. apabila beliau akhirnya tidak lagi sesat dan ketika itu adalah waktu Isyak yang akhir. Sebagai tanda syukurnya, Nabi Musa a.s berolat empat rakaat dengan rakaat pertama tanda syukur kerana baginda akan dapat kembali ke pangkuan isteri dan kampung halaman. Rakaat kedua tanda bersyukur kerana dapat bersua kembali dan berganding bahu dengan saudara Nabi Harun a.s. bagi menyampaikan seruan Allah. Rakaat ketiga pula kerana selamat daripada tindakan Firaun manakala rakaat keempat tanda bersyukur selamat daripada pengkhianatan anak Firaun terhadap baginda dan umat baginda yang bertakwa.
Ertinya kesemua waktu solat yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad adalah merupakan amalan-amalan tanda ketakwaan terhadap Allah oleh para nabi dan rasul dan nilainya tidak boleh disamakan dengan apa jua bentuk kebendaan. Jika nabi dan rasul pun bersolat atau bersembahyang sebagai tanda syukur dan untuk melayakkan diri masuk ke syurga, siapa kita yang bukan nabi dan rasul untuk tidak sembahyang di samping melakukan pelbagai kemungkaran namun apabila mati kita mahukan syurga..??
Begitulah beratnya kewajipan ibadah solat ini kepada kita sebagai umat Islam. Maka selagi kita bernyawa, selagi itulah solat difardhukan (diwajibkan) bagi kita umat Islam.
Kedudukan solat dalam Islam adalah teramat penting dan teramat mulia, sebagaimana sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
“Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya. Kemudian sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya” Hadis riwayat Baihaqi.
Dalam memperjelaskan kepentingan solat, Rasulullah s.a.w bersabda lagi, yang bermaksud:
“…dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan solat dalam agama Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan” Hadis riwayat at-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a.
Satu lagi sabda nabi s.a.w yang juga riwayat at-Tabrani yang memperkatakan perihal solat, yang bermaksud:
“Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”
Solat adalah rukun Islam yang kedua dan yang paling utama selepas mengucap dua kalimah syahadah. Malah, dalam sesebuah solat itu terkumpul hakikat kelima-lima rukun Islam, termasuklah ucapan dua kalimah syahadah, zakat, puasa, dan haji.
Perkaitan dengan Dua Kalimah Syahadah : " Assyhadu an Laa ilaa ha illallah Wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah" Inilah persaksian terpenting dalam agama Islam... iaitu "mengakui bahawa Tiada Tuhan yang patut disembah melainkan Allah, serta mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul Allah."
Kalimah inilah yang merupakan akujanji atau pengakuan seseorang itu sebagai muslimin atau muslimat. Pengakuan dari seorang hamba terhadap keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t. sebagai Tuhan Yang Satu, Yang Maha Pencipta, iaitu Tiada Tuhan selain Allah.
Perkaitan dengan Zakat : Menurut kitab Fiqh As-Solah, memberi salam merupakan doa memohon keselamatan dan kesejahteraan kepada orang lain. Salam ini menepati pemberian zakat untuk menolong orang-orang yang susah supaya mereka pun hidup bahagia, aman dan sejahtera.
Perlaksanaan solat itu sendiri telah merangkumi pengertian zakat dari segi bahasa, iaitu kebersihan dan kesuburan. Dengan menunaikan solat bererti dia telah membersihkan waktunya dari perlakuan-perlakuan dosa sebagaimana zakatnya telah membersihkan hartanya.
Solat itu sendiri pula merupakan zakat harian. Ini kerana orang yang bersolat demi kerana menunaikan kewajipan solatnya, dia telah merelakan dirinya menunaikan ibadah solat dan sanggup mengorbankan masanya yang berharga yang boleh digunakan untuk mencari harta kekayaan.
Jadi ketika dia menunaikan solat itu, bererti dia telah membelanjakan masanya yang berharga yang merupakan sumber untuk menghasilkan harta kekayaan untuk melaksanakan kewajipan solatnya. Oleh itu, dia dikatakan seorang yang telah menzakatkan masanya untuk bersolat., menzakatkan hartanya kerana membeli pakaian keperluan solatnya sebagaimana orang yang berzakat mengeluarkan hartanya kerana kewajipan berzakat.
Seseorang yang bersolat dalam masa yang ditetapkan (mengikut 5 fardhu solat), dengan pakaian yang bersih dan suci, yang dibeli dari sumber rezeki yang halal, sebenarnya telah menambah dan menyuburkan lagi kebajikan dan pahala dari ibadah solatnya, sebagaimana zakat telah menambah dan menyuburkan keberkatan dan keuntungan kepada pemberi zakat.
Perkaitan dengan Haji : Menurut kitab Fiqh As-Solah, sebagaimana bersolat diwajibkan mengadap kiblat yang menghala ke arah ka’abah, ia adalah menepati replikasi mengerjakan ibadah haji di Mekah terutamanya dari segi mengutamakan kaabah.
Perkaitan dengan Puasa : Sewaktu menunaikan ibadah solat, kita ditegah dari makan dan minum sehingga selesai solat. Makan dan minum ketika bersolat dengan sendirinya membatalkan ibadah itu. Ini bersesuaian dengan perlakuan ibadah puasa di bulan Ramadhan (dan juga puasa sunat), di mana seseorang ditegah makan dan minum sepanjang tempoh berpuasa tersebut, dari mula terbit fajar sehingga terbenamnya matahari...
Begitulah penting dan perlunyanya kewajipan ibadah solat ini dilaksanakan oleh kita sebagai umat Islam. Selagi kita bernyawa, selagi itulah solat difardhukan (diwajibkan) bagi kita umat Islam, tanpa mengira sihat atau uzur, namun dipermudahkan sesuai dengan kemampuan masing-masing, sehinggakan ke tahap niat pun sudah memadai sebagai sah solat!.
Jadi...dirikanlah solat dengan penuh ketaqwaan, kesyukuran, dan jiwa yang suci memohon keberkatan dari Yang Maha Pencipta, Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.... Solatlah, sebelum kita disolatkan...
Memang benar kata anak-anak muda dan orang-orang yang berhati muda jika dinasihatkan supaya solat...."tak apa, kamu solatlah dulu...lagipun, kubur asing-asing..!!"
Nak juga kak sue membalasnya..."Sebab kubur asing-asinglah, kita ingatkan awak, nanti bila dah mati, dah masuk dalam kubur tak ada sapapun yang boleh ingatkan kamu lagi...siksaan neraka tu periiit...sangat..!!"
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment