AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
AURAT WANITA
Posted by
Sueozana
Labels:
Pedoman Hidup
Gambar hiasan: Cantiknya Fasya Sandha Bertudung...
Lumrah bagi naluri setiap wanita untuk kelihatan kemas dan cantik...baik pada pandangan mata sendiri, suami malah umum. Kekemasan diri membina keyakinan diri pada setiap orang tanpa mengira lekaki mahupun wanita, terutama sewaktu berhadapan dan berkomunikasi dengan umum. Lantaran inilah, kadang-kadang kita terlalai dari hukum sewaktu berdandan untuk ke pejabat, ke majlis-majlis, bahkan untuk ke mana sahaja...dek desakan ingin dilihat cantik dan bergaya! Namun, Islam telah menggariskan batasan yang perlu kita ikuti, demi kebaikan diri dan sesama ummah. Justeru, untuk saling memperingati antara satu sama lain, saya senaraikan 'aurat wanita' untuk renungan bersama berdasar dari firman Allah s.w.t (Al-Quran), dan penerangan hadis.
1. Pakaian- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Hadis rwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibn Majah. "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu -p) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Firman Allah s.w.t, "Wahai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar-p) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Surah Al Ahzab : 59.
2. Wangian- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Hadis rwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban
3. Bulu kening - Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
4. Dada- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."Surah An-Nur:31
5. Kaki (tumit kaki)-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." Surah An-Nur: 31. (Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki-p)
6. Gigi - "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. " Hadis riwayat At-Thabrani.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Dilaknati perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah (kecuali jika keadaan giginya menjejaskan kesihatan-p)". Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
7. Muka dan Tangan- "Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah s.a.w, " Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Sentuhan- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Hadis riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." Surah An Nur : 31.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan (pandangan nafsu yang disertai syaitan -p)." Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Suara- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Surah Al Ahzab: 32.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan (nama) yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." Hadis riwayat Ibn Majah.
11. Rambut- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu ketika di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
12. Kemaluan- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
Sabda Rasulullah s.a.w, "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Hadis rwayat Al Bazzar.
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
Note: Berhiaslah secara sederhana mengikut syariat Islam sewaktu akan keluar rumah, namun berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami di rumah...agar disenangi/dikasihi suami dan berbahagia dalam kehidupan berumah-tangga. Insya allah... K sue.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment