feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

MERDEKA!!!!!!!!!!!! O! Saudaraku...

Labels:

SELAMAT MENYAMBUT.....



Semoga kita menghargai setiap tapak yang kita pijak di bumi bertuah ini...!
Jangan abaikan kedaulatan negara dan agama...
Sama-sama kita jaga KEHARMONIAN n MARUAH negara MALAYSIA..!!!


Mengapa kita biarkan......

Jalur Gemilang dan maruah negara tercalar..???

26 ogos 2010: Di Jakarta- Rakyat Indonesia sewenangnya membakar
Jalur Gemilang negara Malaysia- mencalar maruah negara dan bangsa..

Seramai 600 orang rakyat Indonesia menyertai demonstrasi di Jakarta berteriak "ganyang Malaysia" bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara, berhampiran Bintan, Kepulauan Riau 13 Ogos lepas.

Ketika emosi memuncak, penunjuk perasaan bergaduh dengan pasukan Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar untuk masuk ke dalam kawasan kedutaan.

Mereka membaling batu dan selipar ke arah polis. Seorang daripada mereka ditahan polis kerana membaling sebatang buluh, yang sebelum itu digunakan untuk mengibarkan bendera Indonesia, ke arah pasukan keselamatan.

Insiden pada 13 Ogos itu membabitkan penahanan tiga pegawai penguatkuasa laut Indonesia oleh Polis Marin Malaysia ekoran penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana didakwa meneroboh.

Malaysia mempertahankan bahawa nelayan tersebut berada di perairan sendiri apabila ditahan oleh pihak penguatkuasa Indonesia itu. Kesemua tahanan itu telah dibebaskan pada 17 Ogos.

Sejak insiden 13 Ogos itu, beberapa demonstrasi dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil antara 20 dan 40 orang sahaja namun ia tetap ganas sehingga ada yang bertindak merosakkan plak nama Kedutaan Besar itu, memanjat pintu pagar dan tembok pintu pagar dan berdiri di atasnya.

Kerosakan pada harta benda kedutaan besar itu telah dilakukan oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Laskar Merah Putih.

Penghinaan paling buruk dilakukan terhadap Malaysia ialah perbuatan melempar najis manusia ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di sini oleh penunjuk perasaan dari kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) pada Isnin lepas.

Kumpulan penunjuk perasaan hari ini menuntut Malaysia memohon maaf serta meminta kerajaan Indonesia memanggil balik Duta Besar Indonesia di Malaysia.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Haji Hanifa bertegas bahawa Malaysia TIDAK akan memohon maaf kerana Malaysia mempunyai hak dari segi undang-undang dalam penahanan tersebut. Beliau juga meminta kerajaan Indonesia melindungi rakyat Malaysia di Indonesia mengikut Perjanjian Geneva serta meminta rakyat Malaysia yang bercadang melawat Indonesia dalam masa terdekat, membatalkan niat tersebut.
Sumber:
Bernama /
Tv3.

Nota:
2 orang pemuda anak bangsa Malaysia cuba berdemonstrasi di Kuala Lumpur sebagai protes di atas apa yang dilakukan oleh rakyat Indonesia terhadap Jalur Gemilang tetapi mereka telah ditangkap dan di bebaskan atas jaminan pihak keselamatan....

Malaysia bukannya tidak mempunyai mata dan telinga yang tidak peka kepada perbuatan rakyat Indonesia yang membakar Jalur Gemilang dan bersifat provokasi untuk menimbulkan kekacauan antara bangsa, namun Malaysia sebagai negara dan bangsa bertamadun TIDAK membenarkan perkara yang boleh membinasakan hubungan baik 2 negara berlanjutan secara tidak berperundangan...

Mengapa mereka tidak berfikir....

Negara masing2 mempunyai undang2 dan prinsip yang dijunjung... Alangkah ruginya jika 2 negara yang majoriti rakyatnya dari etnik Melayu dan beragama Islam terus bermusuhan kerana sedikit pertelingkahan. Dalang dibelakang akan bersorak kemenangan dan mengaut keuntungan dari persefahaman 2 negara yang berserakan......

Rakyat Indonesia pula perlukah selalu dingatkan atau mengapa begitu cepat melupakan pertolongan Malaysia apabila mereka ditimpa bencana..??? Bantuan material (kewangan, makanan, perubatan dan pakaian) dalam misi kemanusiaan oleh negara dan rakyat Malaysia ketika Indonesia ditimpa bencana Tsunami di Acheh, serta ketika kejadian letusan gunung berapi atau tanah runtuh... melibatkan jutaan ringgit Malaysia yang disalurkan serta begitu ramai saudara sebangsa mereka -sukarelawan Malaysia dari berbagai bidang (keselamatan, perubatan dan awam)... Adakah pertolongan dan simpati Malaysia terhadap Indonesia umpama melepaskan "anjing tersepit??" - maaf di atas penggunaan bahasa yang kasar.

Sekiranya sikap sebilangan rakyat Indonesia yang cepat melenting tanpa berfikiran matang ini terus diamalkan serta tidak dibendung oleh pemerintah Republik Indonesia, TIDAK MUSTAHIL konfrontasi berdarah Malaysia-Indonesia akan berulang!!

Adakah negara2 Melayu dan Islam di rantau Asia Tenggara akan menerima nasib malang seperti negara2 Arab (Iraq, Iran dll) yang mulanya berantakan, berpecah akibat provokasi anasir luar dan akhirnya menjadi ratahan negara penjajah yang RAKUS??


O! Saudaraku - Malaysia dan Indonesia:

Sama2 kita mengambil iktibar dari perkembangan dunia semasa dan sejarah yang boleh mengajar dan fikirlah sebelum bertindak...

Terima kasih kerana sudi membaca...

MERDEKA!!!





2 comments:
gravatar
Cikli said...
September 2, 2010 at 4:30 AM  

salam..

selalunya singapura yang selalu mencari masalah, kali ini indonesia.
peliknya apabila semangat patriotisma rakyat didambakan oleh pemerintah untuk melupakan masalah dalam negara, jiran-jiran selalu bikin kacau. cuma kali ini indonesia. kurang ajar engkau mas.

gravatar
Sueozana said...
September 3, 2010 at 9:39 AM  

>> Wlkmslm cikli..

Yup, kalau S'pore mmg kita faham lah pmerintahan lbh kpd pro Amerika/Yahudi.. wpn x smua rakyat stuju, esp masy Melayu yg dah jadi rakyat kelas ke 3 d sana... Apa kita buat semua salah, n yg mereka tau hanyalah mengeksploitasi Msia seboleh mgkin..

Indonesia plak memang mempunyai dasar yg rapuh.. Apa2 kesusahan kita mmg sntiasa mbantu, tapi dlm hub 2 hala kita pula yg kena mengalah..

Dasar persefahaman negara Islam serantau patutnya mengekang tindakan melulu rakyat/pemerintah negara Islam berjiran dr membuat tindakan yg mengancam perpaduan d antara negara ahli.. ASEAN pulak semakin gah pada nama n teori saja.

Apapun pendidikan/pembendungan dr pemerintah amat perlu samada melalui undang2 dlm negara dll.

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."