feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Ramadhan: Solat Tarawih & Check list Amalan

Labels: ,


Definisi Solat Tarawih

Solat Tarawih hanya dikerjakan pada malam hari di sepenjang bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih juga disebut sebagai Qiyamu Ramadhan. Istilah Qiamu Ramadhan dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan ibadat-ibadat sunat seperti solat sunat Tarawih, solat sunat Witir, iktikaf dalam masjid dengan berzikir, membaca al-Quran dan seumpamanya. Teramat rugi mereka yang tidak mahu merebut peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia dan penuh rahmat.

Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Bahawa sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadhan (solat Tarawih) dengan penuh keimanan dan ikhlas mengharap keberkatan dari Allah, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu."

Sejarah Solat Tarawih

Sejarah solat sunat Tarawih ini dimulai oleh Rasulullah s.a.w. pada bulan Ramadhan di Masjid Nabawi. Menurut baginda Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikutnya.

Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Jika solat Tarawih
itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam. Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka:

“Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.”

Perhatikan sebuah lagi hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah dari 'Aisyah r.a yang ertinya:

"Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu."

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

Di samping mengamalkan ibadat puasa yang diwajibkan, umat Islam digalakkan mengerjakan berbagai ibadat sunat yang di sepanjang bulan Ramadan yang diberkati Allah ini. Di antaranya yang utama sekali ialah ibadat Solat Sunat Tarawih; dan seterusnya solat-solat Qiamullail (Tahajjud, Hajat, Tasbih), membaca Al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

Allah SWT mengurniakan satu keistimewaan lagi iaitu malam “Lailatul-Qadr” pada salah satu malam sepanjang bulan Ramadhan itu. Seperti yang tersebut di dalam Al-Quran, surah Al-Qadr, mereka yang beribadat pada malam tersebut akan diberi pahala ganjaran seperti beribadat 1,000 bulan (83 tahun).

Fadhilat, kelebihan dan pahala yang paling besar dikurniakan Allah S.W.T daripada berbagai ibadat itu ialah solat sunat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari).

Hukum Solat Tarawih

Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih.

Berjemaah Lebih Afdhal

Sebagaimana yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w., solat sunat Tarawih dilakukan sebanyak 8 rakaat sahaja diikuti 3 rakaat witir. Ia juga boleh dikerjakan dengan bersendirian atupun secara berjemaah di masjid atau surau. Ini kerana Rasulullah s.a.w. tidak suka memberati ummatnya.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab, beliau melihat umat Islam berkelompok-kelompok di sana sini di dalam Masjid Nabawi mendirikan solat sunat Tarawih. Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan solat sunat Tarawih itu dalam satu sahaja jemaah yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.

Perubahan yang dibawa oleh Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Justeru telah sepakat pendapat ulama bahawa adalah lebih afdhal solat sunat Tarawih itu dikerjakan dengan berjemaah.

Bilangan Rakaat

Solat Tarawih boleh dibuat sebanyak 8 rakaat, sesuai dengan keterangan 'Aisyah r.a:

“Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat, kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim.

Bagaimanapun, pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, selain menggalakkan berjemaah beliau juga telah menambah bilangan rakaat solat Tarawih, dari 8 rakaat menjadi 20 rakaat diikuti 3 rakaat sunat witir. Hal ini kerana, Sayidina Umar mendapati ianya tidak lagi memberatkan umat Islam di zaman pemerintahannya. Ini disebabkan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar itu, keadaan keilmuan agama Islam telah semakin luas dan mendalam, dan suasana mayarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dikuatkan), bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka yang mengamalkan solat sunat Tarawih 20 rakaat, bukan wajib bilangan 20 rakaat ini tetapi memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar dari Allah s.w.t, sementelah ia hanya dilakukan setahun sekali di bulan Ramadhan (selama 30 hari).

Cara menunaikan Solat Tarawih

Ia dikerjakan selepas umat Islam mengerjakan solat fardhu Isya’ dan waktu mengerjakannya adalah sehingga akhir malam. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan 4 rakaat solat sunat Tarawih lalu membaca zikir dan doa sebelum menyambung semula solat Tarawih tersebut dengan 4 rakaat lagi, sehingga cukup 8 rakaat atau pun sehingga 20 rakaat, di mana selepas setiap 4 rakaat mereka akan berehat seperti di atas.

Lafaz niat: (Solat Sendiri)
"Usolli sunnatan Tarawih roka'ataini, lillahi ta'ala."
Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Lafaz niat Solat Tarawih: (Solat Berjemaah - di masjid atau di rumah)
"Usolli sunnatan Tarawih roka'ataini, ma'muuman (@ imaaman-jika imam) lillahi ta'ala."
Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala
Rukun dan bacaan solat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun dan bacaan solat yang lain. Ia adalah solat sunat 2 rakaat dengan 1 salam, yang dilakukan samada sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat. Kemudian diikuti dengan menunaikan solat sunat witir 3 rakaat (iaitu dengan menunaikan solat sunat witir 2 rakaat 1 salam, diikuti lagi dengan solat witir 1 rakaat dan 1 salam).


Di Malaysia, solat Tarawih biasanya dimulakan di masjid selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat 2 rakaat selepas solat fardhu Isyak. Bagaimanapun, bagi mereka yang mengerjakan solat Tarawih di rumah, mereka boleh melewatkan solat Tarawih mengikut keselesaan masa mereka kerana waktu solat ini agak panjang iaitu sehingga lewat malam (sebelum masuk waktu solat Subuh).


Di Masjidil Haram, Makkah, solat Tarawih dilakukan dengan bilangan jemaah yang amat besar. Pada kebiasaannya imam akan membaca satu juzuk Al-Quran pada setiap kali Tarawih dan menamatkan seluruh Al-Quran (30 juzuk) pada malam ke 27 Ramadhan.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Menunaikan solat syukur dipanjangkan umur dapat menyambut Ramadhan
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
4. Solat sunat Tarawikh 8 atau 20 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam (baca 3 Qul dan 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dibangunkan jam 4.00 pagi).
7. Bangun 4.00 pagi untuk Qiamullail ringan (Solat sunat Tahjud,Taubat dan Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu dan ahli keluarga masak/memanaskan juadah sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid atau di rumah dengan keluarga.
12.Tadarus pendek.
13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq 2 rakaat.
14.Menjalankan tugasan harian dan menjaga 'puasa' hati/pancaindera.
15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha 2 rakaat.
16.Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat 1:Fatihah & Al-Kautsar 7x.Rakaat 2: Fatihah & Ikhlas 7x.
17.Solat Zuhur berjemaah.
18.Tadarus pendek bagi yang mempunyai masa.
19.Sebelah petang kaum ibu menyediakan juadah berbuka.
20.Solat Asar berjemaah di pejabat atau di rumah/masjid.
21.Waktu petang yang terluang hadiri majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
22. Berbuka dengan ala kadar iaitu kurma dan minuman yang belum dipanas dengan api.
23.Segera Solat Maghrib berjemaah di Masjid atau di rumah.
24.Makan malam bersama keluarga.
25.Menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaahdi masjid/di rumah.

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah diberi pahala ibadah sunah setahun.
2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. 10 hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. 10 hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan sempena Nuzul Quran.
3. 10 hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam
Lailatul Qadar:
i. Sentiasa Solat Subuh, Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Sentiasa berwuduk dan melebihkan bacaan Al-Quran, Ayat Kursi, Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Al Kafirun, al-Ikhlas dan Yasiin.
iii. Bagi kaum ibu yang uzur, banyakkan berzikir.
iv. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat sunat Tahajjud, Taubat, Hajat,Tasbih.


Lailatul Qadar: Sesiapa yang berjaya mendapatkannya, amat beruntung kerana ganjaran Allah teramat besar.

Nota: Sebaiknya sepanjang bulan Ramadhan ini, kita bukan sahaja melebihkan pembacaan Al-Quran, tetapi mendalami maknanya, lalu menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian, diri kita, pasangan kita.., anak-anak kita.., saudara-saudara kita... Mulai Ramadhan ini.. kita mulakan pembentukan ummah yang sebenar, mengikut hukum Al-Quran.. InsyaAllah..


Ini saranan buku bagi yang malu bertanya... saja promote, kak Sue x de kepentingan pun..

Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Puasa

Penulis: Al-Ustaz Dato`Hj. Ismail Kamus

HARGA : RM20.00

Di kedai buku atau secara online di http://store.stormreaders.org

Kerana kurang pendedahan dan tidak mengikuti kelas fardu ain, ramai juga umat Islam yang tidak lagi arif tentang selok-belok ibadah puasa. Jika penerangan kak Sue mengenai PUASA dlm article yang lepas masih kekurangan maklumat, bolehlah sdr-i merujuk buku di atas ye.. Malah banyak lagi buku di pasaran yang boleh membantu. Jangan segan untuk bertanya atau mencari ilmu...


Terima kasih kerana sudi membaca.







0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."