feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

22 Dis 2011...dan Nadiah Nasaruddin..

Labels: , ,

Bingit!

Bingit sungguh bunyi alarm kat handphone tu! Malas betul aku nak keluar dari selimut. Kat luar hujan mencurah2. Confirm dah pukul 6:00 pagi nih... Perlahan2 aku celikkan mata dan mengatur tapak2 malas ke bilik air....

Bukak je pili (selak kamus: paip air daa...), aku sentuh air. Arrgghhh! Sejuuuukkkk.... Kang tak pasal2 aku amik wudu' dgn air suam kang..? Terkial2 aku menahan sejuk... Jangan buat hal! Sapa yang melengah atau meninggalkan solat sangat berat siksaanNya.

Dah solat Subuh dan Dhuha, dah habis baca Yaasiin. Tengok jam dah hampir 8:00 pagi. Cuaca kat luar sangat redup. Hari ni hari Khamis, so tak payah aku nak susah2kan diri selongkar dapur untuk sediakan breakfast. Babah out station dan anak2 belum cuti.

Aku?
Dah namanya pun hari Khamis, baik puasa sunat. Hmm...sambung balik projek tidur yang terbengkalai. Tak ade sapa pun nak kacau. Syurgaku, duniaku....lalalalaaaa.

Terjaga. Handphone berbunyi...
Adehh... sapa pulak yang tepon nihh..? Malas nak tengok!

Dah 2 kali mati, handphone berbunyi lagi...
Alamak, emergency case ke? Cepat2 amik tepon dan tengok.

Ohh! Babah yang teponnn.... Siaaann babah.

"Assalamu'alaikum Yang....." Aku bagi salam selembut2nya dengan suara yang semerdu2nya... (takut kena marah sebab lambat jawab telepon, ahahaa!)

"Wa'alaikummussalam." Aikk, pendek je jawabnya, dia marah ke?

"Ummi kat mana? Babah call lambat pulak jawab. Ummi tak sihat ke? Ke... dalam bilik air ke..?" Sambung suara di sana, lembuuut je. (Dalam hatiku 'legaaaa...'. Confirm, boss tak marah, ehehee... )

"Tak, lepas Subuh ummi tidur balik, hujan kat sini. Tak ada apa nak buat. Ari ni Khamis, so ummi puasa. Babah?" Kena pandai menjawab dan alihkan topik perbualan, baru suami sejuk hati bila dengar cerita si isterinya 'tidur balik' lepas Subuh!

Tapi betul lah, memang aku puasa sunat pun. InsyaAllah, almost every Monday and Thursday masa tak 'uzur'. . BUKAN nak RIAK pasal ibadah, tapi nak menampal kekurangan amalan aku, di samping mendidik anak2 bujang aku yang 2 orang tu supaya 'MELEKAT' amalan berpuasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Mana yang aku dan suami mampu dan rasa mereka juga mampu amalkan, kami cuba terapkanlah. Mulanya memang 'liat', macam air jatuh ke batu lah... lama2 batu berlekuk jugak! Terutama si abang, rajin jugak dia berpuasa sunat. Si adik tu buat jugak, tapi sekali sekala... Haihh..!!! Mudah2an Allah swt menyirami jiwa raga anak2 aku dengan keimanan dan taqwa. Itu doaku, setiap kali habis solat. Fullstop.

"Ohh...ok2. Sori, babah kacau ummi tidur...! Alhamdulillah, babah pun puasa." Eh, suami aku siap mintak maaf pulak? Seronoknya...'umpanku dimakan ikan'.

"Tak ape la, ummi pun dah nak bangun dah! Dah dekat pukul 12:30 tengahari..." Kataku sambil menjeling jam di meja sisi (selak kamus: meja kecik tepi katil lah tuu...). Lama jugak aku tidur rupanya (!).

"Yang, babah nak bagitau ni, Alhamdulillah kakak dapat 8A PMR" Terdengar suara suami bernada riang.

"Ehh... result PMR dah keluar ye? Alamak, ummi lupa laa..! Alhamdulillah! Ok2 nanti ummi call kakak, ucap tahniah..." Wah, aku terlupa rupanya hari ni keluar result PMR. Itulah padahnya asyik 'membuta' aje selepas Subuh tadi!

"Ok Yang, bye...assalamu'alaikum." Tuuuutt... Dah tak ada suara babah lagi dah.

"Wa'alaikummussalam...." Jawab aku dalam hati.

Kakak.
Nama penuhnya Nur Nadiah Natasya Bt Nasaruddin. Maknya cikgu Nur Hafizah Bt Hamri, adik suami aku. Jadi, cikgu ni adik ipar aku. Bermakna 'kakak' tu anak sedara aku lah! Hihihiii....

Aku check balik telepon... ada sms berbunyi: "Assalamu'alaikum. Alhamdulillah. Kkak ucapkn rbuan trima ksh krna doa yg sntiasa mengiringi kkak. Kkak dh brjaya mndpt 8A. Trima ksih skli lgi krna sntiasa * some text missing* "

Aku nak aje call kakak, nak ucapkan tahniah. Tapi mood aku masih mood tidur! Sifat buruk aku bila baru bangun tidur, aku MALAS nak tepon orang atau menjawab telepon, kecuali suami! Lagi pun, kalau kakak dengar suara aku, sah2 dia tau aku baru bangun. Kantoi! Dengan anak buah ni kena tunjuk contoh yang bagus2 je... (Walaupun lepas ni dia mungkin tau 'rahsia' aku selepas dia baca coretan aku nih, aku dah tak kesah lah...). Mood tidur aku dah lama terbang, hehe...

Cepat2 aku sms kakak.... lambat2 kang kecik hati pulak anak dara manis aku tuh...

"Alhamdulillah. Congratulation kkak. Smga terus bjaya dlm SPM nti. Jgn lupa wat solat syukur kpd Allah. Tk care."

"Tq umi. Tcare jgak tau. I Lebiu umi... " Jawab kakak. Sms jugak.

Apa pun, kejayaan kakak memang dalam jangkaan aku dan keluarga kami. Kak Nadia ni memang cemerlang dari sekolah rendah lagi. Sebut apa saja aktiviti yang dia sertai, insyaAllah kakak akan dapat juara. Paling teruk pun 2nd place... contohnya untuk pertandingan Pidato Sekolah Menengah peringkat Negeri 2011. Walhal dia naik stage tanpa latihan sebenarnya. Dengar cerita kelakarnya, dia dapat text pun sehari sebelum pertandingan. Apa masalah cikgu yang bertugas tu pun tak tau lah, macam tak ada responsibility langsung! Tapi nak menang.... Aku marah sangat dengan cikgu yang berperangai macam ni.... Mentang2 anak murid bagus, cikgu jadi over confident pulak, apa laa..?

Allah swt Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Saksama. Kakak dari kecik lagi mempunyai sifat2 terpuji yang agak extra. Mamanya kerap membiarkan dia tidur di rumah neneknya (nenek sebelah babahnya) untuk menemani nenek yang selalu keuzuran. Sejak dari darjah 2 atau 3, kalau tak silap aku. Dia jugalah yang selalu terpaksa ponteng sekolah kerana menjaga neneknya tu...

Dia juga satu2nya cucu Nenek Ma'ah (Mak kepada En Nasaruddin Bin Lihem, hehe...), yang berani mencucuk insulin dengan jarum ke dalam salur darah nenek Ma'ah tanpa perasaaan ngeri... sedangkan dia baru berusia 11 tahun lebih ketika tu.

Pada masa yang sama kakak sangat2 perihatin dan sentiasa menjaga dan menyelia makan minum Tok Yah (Mak cikgu Nur Hafizah Bt Hamri, merangkap mak mertua aku lah tu...). Walau pun ada pembantu rumah yang menguruskan penyediaan makan pakai mak (kakak dan cucu2 memanggilnya 'Tok Yah'), kakak selalu akan menyuap sendiri nasi ke mulut Tok Yah semasa kakak berada di rumah.

Usia yang lanjut (hampir 80 tahun) dan ujian dari Allah swt menjadikan mak 'lupa' pada realiti dan persekitaran. Kakak jugak lah yang secara IKHLAS tanpa disuruh, TANPA mengira masa (siang, malam, malah dinihari...) 'membersihkan' Tok Yah, serta memandikan Tok Yah. Sedangkan anak2 dan menantu2 mak (termasuk aku!) pun, kadang2 melayani mak dengan perasaan 'terpaksa' terutama jika terpaksa menguruskan mak di tengah2 malam... (korang jangan terasa hati, aku cakap yang betul, dari instinct dan pemerhatian aku...).

Add Image
Itulah kakak. Memang Allah swt Yang Maha Berkuasa telah menciptanya dengan sifat2 yang terpuji. Setakat hari ini. Harap2 sifat2 terpuji tu berkekalan hingga ke akhir hayat kakak. Seorang anak serta cucu yang AMAT baik budi pekertinya. So, that's why aku tak heran sangat bila kakak dapat 8A PMR.

Reward dari Allah swt kepada kakak mungkin!

I love U kakak.
Bukan sebab kakak dapat UPSR 5A, PMR 8A, tapi kerana diri kakak. Kakak anak yang baik. Anugerah Allah swt yang dipinjamkan buat mama dan babah kakak. Semoga kakak bahagia di dunia dan akhirat!

Ummi.










Di mana Tanah Kuburku..?

Labels: , ,

"Bila ummi meninggal nanti, babah bawak jenazah ummi balik ke Kelantan dan kebumikan ummi di sebelah mek ye..?" Ujar aku memecah kesunyian bilik tidur kami di pagi hari tadi...


"Haa? kenapa pulak... Isteri mestilah ikut suami. Babah nanti kebumi kat Banting, Mak nanti pun kat sana insyaAllah. So, ummi pun kena ikut babah lah." Jawab suami berbaur perintah.

Persoalan tanah kubur tiba-tiba bermain dibenakku sehabis bersolat jemaah fardhu Subuh bersama suami pagi tadi... Entah lah, kebetulan atau kerana keadaan emosi yang terbawa-bawa dek keadaan kesihatan yang tak berapa baik sehari-dua ini yang menyebabkan persoalan itu berlegar-legar di kepala.

Teringat pula kata-kata dua orang anak bujangku suatu ketika dahulu, sewaktu sembang-sembang santai di petang hari sambil menghirup secangkir kopi di tepi laman rumah...

"Ummi kena fikirkan satu tempat yang abang dan adik senang menziarah nanti... Jika diizinkan Allah, abang dan adik akan cuba dapatkan pekerjaan di KL atau sekitar Selangor dan kembali menetap di sana... Jadi kita 'berkampung' di sanalah ye ummi..?" Jawab abang bila ditanya di mana agaknya bakal tanah kuburku nanti jika aku yang pergi dahulu...

"Ye la ummi, Kelantan tu jauh sangat... adik tau ummi nak bersemadi dekat mek... tapi nanti susahlah bagi kami untuk menziarah setiap Jumaat atau sekerap yang kami mampu. Mungkin Hari Raya baru kami ke sana. Itu pun bukan setiap tahun. Kami tak tau jodoh kami dengan orang dari negeri mana. Kalau berdekatan dengan tempat tinggal kami kan senang?" Adik cuba memberi gambaran berupa garis-panduan yang lebih jelas mengenai 'konflik' destinasi tanah kuburku.

Sudah 8 tahun kami tinggal di Melaka. Di taman perumahan tempat tinggal kami ini, penduduknya pula 80 peratus berbangsa Cina, 10 peratus berbangsa India, 5 peratus berbangsa Melayu dan 5 peratus lagi warganegara asing dari Singapura, Jerman, Perachis dan lain-lain. Kebanyakan penduduk Melayunya pula adalah perantau dari negeri-negeri lain seperti kami juga. Malah, namanya saja keluarga kami tinggal di Melaka. Hakikatnya hanya aku seorang saja yang lama mendiami rumah ini. Suami hanya selang sebulan berada di rumah. Selang sebulan pulaa dia di offshore. Jika tidak ke offshore pun memang ibu pejabat syarikatnya masih di KL. Dia masih berulang-alik dari Melaka ke KL jika di luar tugasan offshore.

Anak-anak pula memang dari semenjak di tingkatan satu sudah berjauhan dari rumah. Abang bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Ipoh Perak selama 5 tahun. Kemudian menyambung pelajaran di UIA Petaling Jaya dan seterusnya ke UIAM Gombak.

Adik? Sama juga. Sejak dari tingkatan satu adik dah berjauhan dari aku di Melaka, sebab adik belajar di MRSM Mersing di Johor. Hanya 2 tahun dulu saja adik dapat balik tinggal 'setanah' dengan aku bila adik berjaya masuk ke MRSM Tun Ghafar Baba di Jasin Melaka. Bagaimana pun adik terpaksa tinggal di asrama juga dan hanya aku sahaja yang tinggal di rumah ni. Itu pun aku bernasib baik kerana anak-anak aku semuanya tidak berminat keluar negara untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama mereka. Mereka bersepakat untuk ke luar negara pada peringkat ijazah ke dua nanti, jika diizinkan Allah swt. Alasan mereka adalah tidak mahu berjauhan sangat dengan aku dan babah mereka buat masa sekarang. Justeru adik juga mengikut jejak langkah abangnya meyambung pelajarannya di UIAM.

Semasa hidup pun berseorangan, inikan pula bila meninggal kelak... berseorangan ke liang lahad. Menjawab soalan Munkar dan Nakir juga seorang diri... tak ada siapa pun boleh membantu! Aku rasa tak ada maknanya bertelagah pasal tanah kubur ni. Ajal, maut dan tanah perkuburan di luar jangkaan kita. Tapi, hidup ini perlukan perancangan. Mati pun perlukan perancangan. Kalau tidak ada perancangan, kacau bilau nanti jadinya. Kacau bagi pihak yang ditinggalkan untuk membuat keputusan bagi pihak si mati! Sebab itu juga perlunya wasiat yang bertulis. Sebab itu juga Islam mempunyai perundangan (sistem Faraid) dalam mentadbir harta peninggalan si mati. Islam sebagai agama yang lengkap tidak membiarkan umatnya termangu-mangu tanpa garis-panduan.

Begitu juga soal tanah kubur. Perlu dirancang dari awal juga, melainkan jika dalam keadaan di luar jangkaan, seperti meninggal di Tanah Suci Mekah atau di negara-negara luar yang membenarkan warga asing dikebumikan di negara mereka. Sebaiknya mengikut Islam seseorang itu akan disemadikan mengikut kariah mana semasa hidupnya si mati tadi berada... Mengikut negeri, daerah, mukim dan kampung atau taman perumahan mana..? Pada masa ini, kebanyakan masjid bagi setiap mukim pun mempunyai senarai nama jemaah atau kariah masing-masing dan mereka ini dikehendaki membayar sedikit yuran khairat kematian untuk kemudahan ahli-ahli kariah yang meninggal. Justeru sebaik meninggal sahaja seseorang ahli kariah, bantuan khairat akan segera dihulurkan bagi menyelesaikan perkara-perkara yang wajib dan fardhu dalam pengurusan jenazah seperti pembelian kain kapan, upah memandikan jenazah dan upah menggali kubur serta mengebumikan (bagi sesetengah tempat).

Berbalik kepada soal tanah kubur aku dan suami pula, kalau kami memilih Banting sebagai tempat persemadian terakhir kami, belum tentu anak-anak akan dapat menziarahi kubur kami selalu sebagaimana yang mereka inginkan.

Kalau Kelantan menjadi pilihan, memang sah jugalah kubur kami jarang-jarang dilawati anak-cucu kami. Walaupun begitu, ramai pula saudara-mara yang masih menetap di sana malah bersemadi di sana, terutama mak dan ayah aku, adik-beradik aku, serta ramai lagi. Namun, sudah menjadi adat kepada perantau seperti aku, sementelah berkahwin dengan orang yang bukan senegeri, zahirnya Kelantan seolah kurang sesuai untuk menerima jasadku...

Kalau kami memilih Shah Alam, seperti yang pernah suamiku cadangkan selain dari Banting (memang dia akan memilih Selangor sebagai negeri 'akhirnya' kerana dia orang Selangor!), ada kemunasabahannya. Ada pula kesesuaiannya kerana anak-anak kami ingin kembali menetap di KL atau Selangor bila bekerja nanti. Itu pun dengan izin Allah swt. Aku sentiasa doakan agar anak-anakku tercapai apa sahaja yang mereka cita-citakan selagi ia mengikuti syariat Allah swt.

Ada logiknya anak-anakku memilih untuk menetap di sana berbanding Kelantan atau tempat lain. Aku sendiri pun terus menetap di KL sebaik habis belajar di universiti Malaya (KL juga!). Sudah 19 tahun aku menetap di KL. Belajar, bekerja, berkahwin dan beranak-pinak di sana. Hanya pada awal tahun 2003 kami berpindah ke Melaka atas paksaan tugas. Jadi nostalgia anak-anak semuanya di sekitar KL dan Selangor. Kawan-kawan semasa kecil mereka pun ramai dari sana. Mereka sebenarnya warga KL, hanya dilahirkan di Kelantan (kerana aku yang inginkan begitu - setiap kali bersalin aku mesti nak bersalin di Kelantan sebab inginkan mak aku berada bersama semasa aku dalam pantang. Sebagai anak bongsu, aku memang rapat dengan mak. Sungguh beruntung hidupku kerana segala makan pakaiku sewaktu dalam pantang diuruskan oleh mak).

Nampaknya aku kena redha menerima cadangan suami dan anak-anak. Tapi, kalau nak dikuburkan di Shah Alam, kami mestilah menjadi warga Shah Alam terlebih dahulu. Takkan kami tinggal di Melaka tiba-tiba bila aku meninggal kelak, keluarga aku nak paksa kariah Shah alam terima jenazah aku menumpang di tanah perkuburan mereka. Sudahlah bersolat di masjid mereka pun aku tak pernah (dulu aku tinggal di Bukit Indah, Ampang), kecuali di masjid negeri, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah sewaktu perasmianya berpuluh tahun dahulu. Itu 'kejadian aneh' namanya... Tanah Melaka tak sesuai ke? Tak cukup subur untuk 'menanam' jenazah aku?" Hehehe... rasa nak tergelak bila aku fikirkan hal ini.

"Ummi jangan susah hati la, soon, kita akan pindah balik ke Selangor. Kita beli rumah di Shah Alam, makcik-pakcik kita sebelah babah pun ramai di sana. Sepupu-sepupu kita juga ramai di sana, ok?" Tiba-tiba suami aku bersuara, seolah dapat membaca apa yang sedang bergolak di kepala aku waktu ini.

Aku hanya tersenyum. Mengiyakan pun tidak, menidakkan pun tidak. Bagi aku, selagi sesuatu perkara itu belum menjadi kenyataan, aku tidak akan menaruh harapan. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Walaupun aku menyukai Melaka sebagai negeri yang sangat 'aman- dan damai' jauh dari kesibukan kota metropolitan seperti KL, namun kadang-kadang aku terasa keseorangan dan kesepian. Sesekali aku rindu pada kawan-kawan lama di sana. Aku rindu pada masjid Bukit Indah dan masjid Kosas tempat di mana arwah mak, aku dan anak-anak sering berkunjung....

Sementara impian kami menjadi kenyataan, aku tekadkan untuk menulis dalam blog aku yang tak seberapa ni... tentang tanah kuburku. Andai kami belum sempat kembali ke Selangor dan menetap di Shah Alam, andai suatu ketika nanti aku terpaksa pergi dahulu meninggalkan suami dan anak-anakku tercinta, aku memohon izinmu wahai suami, kebumikan aku di sisi pusara ibuku tercinta, di Kampong Panji, Kota Bharu Kelantan. Moga rohku damai di sana.

Kalian tidak perlu risau, di mana sahaja jasadku berada, doa dari kalian, anak-anakku dan suamiku... akan pasti menyusulku. Tidak perlu kerap menziarahi kuburku jika keadaan menyukarkan. Cukup sekadar limpahi aku dengan doa serta bacaan Al-Fatihah dari kalian anak-anaku, kerana doa dan amalan kalian adalah harta yang berkekalan buatku ibumu, hingga ke akhirat nanti. Begitu juga dengan suamiku, jangan biarkan aku kegersangan doa n Fatihah darimu, kerana syurgaku bergantung pada redhamu, doa-doamu dan kasihmu terhadapku. Andainya aku pergi dahulu.... Salam penuh kasih dan sayang dari ummi buat abang, adik dan babah. Ummi doakan kalian sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah swt. Maaf dan ampuni segala dosa-dosa ummi.





Cara Solat Berjemaah

Labels:


Solat Berjemaah Mengikut Mazhab Syafie

1. Niat dalam solat

Makmum mestilah berniat makmum sewaktu takbiratul ihram. Batal solat jika dia sengaja mengikut imam tanpa niat makmum atas alasan tiada apa ikatan antara dia dengan imam. Kecuali kalaulah pengikutan dia dengan imam itu secara kebetulan, tidak batal solat, namun dia dikira solat sendirian (munfarid).

Makmum yang syak niatnya samada niat makmum atau tidak, jika dalam solat, batal solatnya. Kecuali dia belum mengikuti imam 1 rukun perbuatan, maka, dia boleh berniat menjadi makmum.

Imam pula, untuk mendapat kesempurnaan berjemaah, hendaklah berniat imam sewaktu takbiratul ihram jika dia ada makmum bersamanya seawal solat. Jika di pertengahan solat, baru ada makmum mengikutinya, maka dia berniat imam sesudah makmum selesai bertakbiratul ihram. Imam yang yang tidak berniat imam, sah sembahyangnya tapi tidak mendapat kelebihan berjemaah. Kecuali untuk solat jumaat, adalah wajib bagi seseorang berniat samada imam ataupun makmum.

2. Takbiratul ihram

Tidak boleh mendahului atau serentak dengan imam dalam takbiratul ihram. Makmum kena tunggu selesainya imam takbiratul ihram, barulah boleh dia takbiratul ihram. Jika tidak, batal solatnya.

Makmum yang takbiratul ihram dan mendapati imam sujud, boleh sahaja terus sujud tanpa mengucapkan takbiratul intiqalat.

Begitu juga, jika dia mendapati imam tasyahud awal atau tasyahud akhir, terus sahaja boleh duduk tasyahud tanpa perlu bertakbir intiqalat. Membaca tasyahud itu dibolehkan baginya.

Makmum yang takbiratul ihram kemudian mendapati imam telah memberi salam sebelum dia sempat duduk, maka dia hendaklah terus sahaja berdiri meneruskan solatnya. Tidak perlu baginya duduk lagi. Dia dikira mendapat jemaah.

3. Menunggu makmum

Adalah lebih afdhal berjemaah dengan orang yang sedikit di awal waktu daripada bersembahyang berjemaah dengan orang yang banyak di akhir waktu. Justeru, tidak sunnah mentakhirkan sembahyang sebab menanti akan orang yang banyak atau menanti orang-orang terpilih.

Sunnat bagi imam menanti di 2 tempat dalam sembahyangnya; Rukuk dan tasyahud akhir; akan orang yang dirasakan datang untuk mengikutnya. Jika dia menunggu untuk makmum mengikutnya masuk jemaah, dia boleh melebihkan tasbih dalam kiraan ganjil 5x, 7x sehingga kesempurnaannya ialah 11x. Jika tiada apa keuzuran seperti itu, makruh imam membaca tasbihnya dalam rukuk atau sujud lebih dari 3x.

4. Makmum Muwafik

Makmum muwafik (mengikut imam pada waktu kadar dia sempat membaca fatihah) yang dikira uzur hendaklah menyempurnakan bacaan fatihahnya tetapi tidak boleh ketinggalan dengan imam melebihi 3 rukun panjang (rukun perbuatan) sebagai syarat mendapat rakaat. Uzur di sini adalah seperti makmum itu bacaan fatihahnya lambat sedangkan imam membaca cepat. Atau makmum syak bacaan fatihahnya. Atau makmum sibuk membaca doa iftitah dan taawuz. Jika tiada uzur, tidak boleh ketinggalan dengan imam melebihi 2 rukun perbuatan atau sembahyangnya batal. Termasuk tiada uzur, ialah seperti makmum membaca surah atau makmum diam.

Makmum muwafik yang was-was dalam membaca fatihah tidak dikira sebagai uzur. Dia perlu menyelesaikan fatihahnya dan hanya dimaafkan sekadar 2 rukun (rukuk & i’tidal). Batal solat jika imam menuju sujud sedangkan dia masih lagi qiyam dan membaca fatihah.

5. Makmum Masbuk

Makmum masbuk (mengikut imam pada waktu kadar dia tidak sempat membaca fatihah) hendaklah terus membaca fatihah tanpa dilengahkan dengan doa iftitah dan taaawuz. Bila imam rukuk, dia hendaklah terus sahaja memberhentikan bacaan fatihahnya. Dia dikira mendapat rakaat, sekiranya dia mendapat rukuk itu bersama imam sekurang-kurangnya tukmaninah (sekadar waktu melafaz subhanAllah).

Sekiranya dia melengahkan bacaan fatihahnya atas sebab sibuk membaca doa iftitah atau taawuz atau diam disebabkan lupa atau mendengar bacaan imam: Maka bilamana imam rukuk, jika dia turut rukuk dengan sengaja, batal solatnya. Hendaklah disempurnakan bacaan fatihahnya dahulu sekadar banyak huruf yang telah dibacanya (doa iftitah atau taawuz) atau lama diamnya. Jika selesai membaca yang tersebut, didapati imam masih rukuk, dia dikira mendapat rakaat. Dia dikira tidak mendapat rakaat, jika imam sudah bangun daripada rukuk dan i’tidal. Justeru, hendaklah dia menyesuaikan diri (muwafakat) dengan terus i’tidal dan tidak wajib baginya rukuk. Jika imam menuju sujud, hendaklah dia terus menuju sujud juga, tidak wajib baginya rukuk dan i’tidal. Syarat baginya tidak boleh ketinggalan dengan imam 2 rukun perbuatan atau batal solat. Kecuali dia niat mufaqarah, maka dia boleh terus solat sendirian.

Makmum masbuk yang bilamana dia takbiratul ihram, didapatinya imam rukuk tanpa dia sempat membaca apa-apa dari Al-Fatihah, maka dikira mendapat rakaat sekiranya dia dapat rukuk bersama-sama imam sekadar tukmaninah atau kadar membaca subhanaAllah. Jika tidak, rakaat tersebut tidak dikira untuknya dan batal solatnya jika dia ketinggalan dengan imam 2 rukun perbuatan.

6. Memberi Salam

Makruh makmum serentak mengiringi Imam dalam memberi salam malah boleh menghilangkan kelebihan berjemaah. Tetapi batal solat jika mendahului imam dalam memberi salam.

Sunnat bagi orang yang masbuk, untuk menyelesaikan baki rakaatnya, bangun selepas imam selesai memberi kedua-dua salam. Bangunnya itu hendaklah disegerakan dan tidaklah boleh dia sengaja duduk dengan kadar yang lama. Bangunnya makmum itu hendaklah diucapkan takbir intiqalat jika dia bangun pada rakaat yang sepatutnya dia bangun daripada tasyahud awal. Jika tidak, tidak perlu baginya takbir intiqalat.

7. Mengulangi Solat (i’adah)

Sunnat bagi makmum mengulangi (i’adah) solatnya 1x atas alasan solat pertamanya itu adalah solat sendirian atau dia ingin menemani orang lain untuk solat berjemaah. Syaratnya solat kedua itu mestilah solat jemaah. Niatnya adalah sama seperti solat pertama.

Orang yang solat sendirian kemudian mendapati ada solat jemaah didirikan, ada 3 keadaan. Pertama, dia boleh berhenti terus daripada solat itu dan masuk jemaah. Kedua, Jika solat itu kurang daripada 2 rakaat, dia boleh sempurnakan solat 2 rakaat. Solat tersebut dikira solat sunat. Kemudian dia masuk jemaah. Ketiga, jika solat itu sudah melepasi 2 rakaat, dia boleh menyelesaikan solat fardhunya secara sendirian itu kemudian dia mengulangi solat dengan berjemaah.

8. Mendahului atau ketinggalan daripada Imam

Haram mendahului imam dengan sengaja satu rukun perbuatan dan batal jikan mendahului imam dengan 2 rukun perbuatan. Terkecuali bagi mereka yang jahil atau lupa.

Jika makmum mendahului imam satu rukun dengan terlupa atau tidak sengaja, dia boleh memilih untuk kembali kepada rukun sebelumnya atau tunggu sehingga imam berada pada rukun tersebut. Contoh jika makmum rukuk mendahului imam, maka bolehlah dia menunggu sehingga imam rukuk untuk kembali bersama-sama imam.

Bagi makmum yang ketinggalan tanpa uzur, tidak boleh melebihi 2 rukun perbuatan. Contoh, makmum masih berdiri, tetapi imam sudah sempurnakan 2 rukun perbuatan dan menuju sujud.

9. Memperingatkan kelupaan imam

Disunatkan bagi makmum memperingatkan kelupaan makmum dengan lelaki mengucapkan tasbih iaitu SubhanaAllah. Wanita pula hendaklah menepuk permukaan tapak tangan kanan ke atas belakang tapak tangan kiri. Apabila imam masih meninggalkan sesuatu yang fardhu, atas keyakinannya yang dia tidak meninggalkannya, walau setelah makmum mengingatkannya, maka makmum boleh mufaraqah.

Jika imam meninggalkan sunat abaa’d, walau setelah makmum menegurnya, maka makmum tidak perlu mufaraqah. Boleh sahaja dia ikut imam. Contoh, imam meninggalkan tasyahud awal atas sebab lupa. Walaupun nanti imam tidak sujud sahwi, makmum boleh sujud sahwi selepas imam memberi salam kedua. Jika imam sujud sahwi, wajib makmum ikut sekali. Jika tidak batal sembahyang makmum. Bagi imam kena niat sujud sahwi. Bagi makmum tidak perlu berniat apa-apa kerana dia mengikut imam. Sama juga jika imam sujud tilawah.

10. Imam batal sembahyang

Imam yang batal sembahyang atas sebab seperti hadas, boleh diganti oleh makmum dengan syarat makmum belum melakukan satu rukun perbuatan. Pengganti imam kenalah menggantikan imam di tempat imam berhenti.

Haram bagi makmum bersembahyang di belakang orang yang berhadas jika dia mengetahui akan hadas orang tersebut. Samalah sekiranya orang tersebut mempunyai najis pada pakaiannya. Jika sedang sembahyang, makmum baru mengetahuinya, maka wajib bagi makmum mufaraqah. Jika setelah selesai solat, makmum baru mengetahuinya, sah solat makmum, tetapi tidak bagi imam tersebut.

11. Syarat menjadi Imam

Syarat menjadi imam mengikut urutan seperti berikut didahului oleh Faqih atau faham dalam bab hukum hakam agama terutama sembahyang. Jika terdapat dua orang yang sama faqih, maka dilihat pada elok bacaannya. Samada dia seorang qari ataupun tidak. Jika terdapat persamaan pada baik bacaannya, maka dilihat pula dari segi kewarakannya.

Batal sembahyang orang yang qari di belakang orang yang ummi jika dia mengetahui akan umminya orang tersebut. Jika di dalam sembahyang, baru dia mengetahuinya, maka hendaklah dia mufaraqah.

Jika di masjid, maka imam yang dilantik oleh pihak masjid berhak menjadi Imam. Juga, di rumah, tuan rumah lebih berhak menjadi imam, kecuali dia merasakan ada orang lain yang lebih berhak maka dia meminta orang lain menjadi imam. Namun, bagi pemimpin, dia lebih berhak menjadi makmum kepada anak-anak buahnya. Kecualilah dia menunjukkan orang lain menjadi imam.

Bagi imam yang berlainan mazhab, ia diukur mengikut iktiqad makmum. Jika makmum dapat mempastikan yang imam meninggalkan sesuatu yang diambil kira sah sembahyang dalam mazhab makmum, maka tidaklah sah mengikuti imam tersebut.

12. Saf Imam & Makmum

Saf hendaklah mengikut aturannya. Imam mestilah di hadapan makmum dan tidak boleh makmum terkehadapan daripada imam. Makmum lelaki di hadapan dan makmum perempuan di belakang lelaki. Tidak boleh saf perempuan berdiri terlalu jauh daripada saf lelaki yang akhir. Kalau ada 2 orang sahaja untuk berjemaah, makmum hendaklah berdiri di sebelah kanan imam, dekat betul dengan imam sekira-kira jari kelingking kaki kiri makmum bertemu tumit kaki kanan imam. Kalau ada 3 orang, maka 2 orang hendaklah berdiri betul-betul di tengah belakang imam dan jaraknya hendaklah dekat dengan imam kira-kira pada kadar 3 hasta. Begitu juga antara satu saf dengan saf lain di belakangnya. Jika terlalu jauh, maka hilanglah kesempurnaan berjemaah. Namun, ia dikira tetap sah solat.

Imam, sebelum mula mendirikan solat, hendaklah memastikan dahulu barisan saf untuk rapat dan lurus. Lurus itu mengikut tumit makmum. Manakala rapat itu bermaksud jari kelingking kaki makmum bertemu satu sama lain. Makmum pula janganlah hanya menjaga saf pada sebelum solat sahaja atau rakaat pertama sahaja. Sedangkan menjaga saf agar rapat dan lurus hendaklah berlaku pada setiap rakaat. Oleh yang demikian, sebaik bangun daripada sujud kedua untuk rakaat seterusnya, betulkanlah semula saf kita itu walaupun kita dalam keadaan solat.

Makmum yang seorang di kanan imam, bilamana datang seorang lain untuk menyertai jemaah, maka hendaklah dia berundur ke belakang selepas orang tersebut bertakbiratul ihram. Jika di belakangnya sempit, maka wajarlah imam tersebut yang mara ke hadapan.

Bagi seorang yang datang lewat kepada jemaah, hendaklah dia mengisi ruang kosong pada saf yang ada. Makruh baginya memulakan saf baru di belakang saf yang masih ada ruang kosong untuk diisi makmum. Jika ruang sudah penuh, dan dia seorang sahaja di belakang, bolehlah dia memulakan saf baru dengan bertakbiratul ihram, kemudian menarik seorang di saf hadapan menyertainya. Jika dia solat berseorangan di belakang, solatnya sah tetapi makruh baginya berbuat begitu serta kuranglah kesempurnaan jemaah baginya.

13. Solat Imam & Makmum

Harus bagi makmum yang solat penuh (tamam) mengikut imam yang solat qasar. Namun, imam hendaklah memberitahu sebelum solatnya yang dia solat qasar. Tidak menyalahi juga bagi makmum yang solat fardhu untuk mengikut imam yang solat sunat.

14. Jemaah baru

Bagi satu kumpulan yang masuk ke dalam masjid lalu mendapati imam dalam tasyahud akhir, afdhal bagi mereka untuk membuat jemaah baru selepas imam selesai salam. Dengan syarat waktu masih lapang dan tidak sempit.


Sumber: http://mindaglobal.forumsplace.com







Doa-doa untuk seisi keluarga.

Labels: ,


1. Doa Ayat 1000 Dinar:

Maksud ayat:

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah swt (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya (Allah swt) akan menjadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri semata-mata kepada Allah swt, maka Allah cukupkan baginya (menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang dikehendakiNya. Allah swt telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya setiap sesuatu."

Bacalah ayat ini sebagai amalan harian:

- 3x selepas setiap kali solat Fardhu,

-3x sewaktu hendak keluar rumah dan,

-3x sewaktu hendak tidur.

InsyaAllah jika diamalkan selalu dengan penuh yakin dan berserah kepada pertolongan Allah swt semata-mata, kita akan sentiasa mendapat rezeki, terlindung dari mara bahaya dan mempunyai ikatan kekeluargaan yang kukuh di antara ahli keluarga kita.

Cara yang lebih tertib apabila mempunyai hajat adalah:

Solat hajat 2 rakaat dan sebelum bangkit dari sujud akhir bacalah:

1x Al-Fatihah

1x Al-Ikhlas

1x Al-Alaq

1x An-Nas

3x 1000 Dinar

Ia juga boleh digunakan sebagai ayat Syifa' yang dengan keizinan Allah swt, ia boleh mengubati penyakit, iaitu dengan membacanya 3x pada sebekas air setelah dibaca jugaAl-Fatihah 1x, 3Qul 3x dan ayat Qursi 1x.

Dikatakan jika kita kehilangan sesuatu..bacalah ayat ini dalam keadaan amat yakin pada pertolongan Allah, insyaAllah kita akan dapat kembali barang yang hilang tersebut.

Andainya kita dalam kesusahan dan kesempitan yang amat sangat, bacalah juga ayat ini, insyaAllah, Allah swt Yang Maha Mengetahui, Maha Berkuasa, akan memberikan bantuanNya.

Ayat seribu Dinar ini sebenarnya dari Surah At-Talaq, di akhir ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiganya. Menurut banyak riwayat, sebab ayat Seribu Dinar diturunkan Allah swt kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat Rasulullah saw yang bernama Auf bin Malik al-Asyja'i yang mempunyai anak lelaki yang ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah saw dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu." Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan dia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya. Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: "Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya." Hadis riwayat Ibnu Jarir.

Walau bagaimanapun, jika kita ingin mengamalkan doa-doa dari Qalamullah ini, hendaklah disertai juga dengan kepatuhan kita kepada hukum-hukum atau perintah Allah swt serta menjauhi laranganNya, barulah doa kita akan mustajab. InsyaAllah.

Jika apa yang kita doakan itu tidak juga dimakbulkan Allah swt, bermakna Allah swt telah menetapkan untuk kita suatu hikmah atau kurniaan lain yang jauh lebih baik dari apa yang kita doakan. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu dan Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Allah swt tidak pernah menzalimi hambaNya yang bertaqwa kepadaNya.

2. Doa Dzun Nuun (Doa Nabi Yunus)

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya:

"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau, ya Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya tidaklah seorang Muslim berdoa dengannya dalam satu masaalah melainkan Allah swt kabulkan baginya" - Hadis sahih riwayat Thirmidzi no 3505.

Doa ini terkandung dalam surah Al-Anbiya' ayat 87. Doa ini dibaca oleh Nabi Yunus sewaktu terperangkap dalam perut ikan Nuun (ikan Paus). Ia amat baik diamalkan selalu, bahkan ia amat baik dibaca sebelum membaca doa-doa lain. Mengapa ia begitu istimewa..? Ini kerana, jika kita perhatikan maksud doa di atas, ia mempunyai 3 perkara asas dalam hubungan hamba Allah dengan Yang Maha Pencipta, iaitu Allah swt:

1. Pengakuan Tauhid

2. Permohonan ampun (istighfar) kepada Allah swt

3. Pengakuan kelemahan diri.

Justeru, Allah swt amat menyukai hambaNya yang memperbaharui bai'atnya kepada Allah dan rasulNya, merendah diri kepadaNya serta mengakui dan memohon ampun di atas segala perlakuan dosa-dosanya. Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani hambaNya.

Dikatakan Doa Dzun Nuun ini dapat meringankan bebanan kita, samada dalam kesempitan wang ringgit dalam kesedihan yang amat sangat, atau apa-apa sahaja. Doa ini sangat mujarab. Yang paling penting, kita mesti yakin dan percaya yang Allah swt sentiasa menolong kita.

Di samping itu kita perlu perbanyakkan usaha dalam mengatasi segala masaalah. Ingatlah, Allah swt TIDAK akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali ia sendiri berusaha mengubahnya. Apa pun amalan doa yang kita amalkan, kita perlu berusaha, terutama jika ia melibatkan kewangan, kerjaya, pelajaran dan sebagainya. Doa adalah cara kita sebagai umat Islam untuk memohon petunjuk dan pertolongan bahkan perlindungan dari Allah swt Yang Maha Berkuasa agar membantu kita. Apabila ada usaha dari yang empunya diri, nescaya Allah swt juga akan turut membantu.

3. Doa dan amalan Al-Fatihah:

Ia mempunyai berbagai fadhilat kerana ia adalah IBU al-Quran. Antara kegunaannya yang diperlukan oleh ibu bapa adalah untuk mendidik anak-anakagar menjadi insan soleh dan solehah. Ayat-ayat al-Fatihah amat mujarab untuk mengurangkan dan menghentikan perlakuan tidak elok anak-anak.

1. Baca Al-Fatihah 10x, tapi apabila sampai ayat "ihdinassirothol mustaqiim, ulang ayat tersebut 10 x, baru habiskan Fatihah.

2. Baca dan tiup pada air untuk di minum.

Wassalam.






Puasa Yang Haram Hukumnya

Labels:


Waktu haram puasa adalah waktu di mana umat Islam dilarang berpuasa. Ia jatuh pada hari-haribesar (hari perayaan mengikut kalendar Islam) yang mana hikmahnya adalah ketika semua orang bergembira, seseorang itu perlu turut bersama merayakannya.

Bagaimana pun terdapat hari-hari selain hari perayaan yang turut ditegah oleh agama Isalam dari melakukan ibadah puasa. Hari-hari yang dilarang berpuasa adalah:

§ Berpuasa pada Hari Raya Aidil Fitri (1 Syawal )

§ Berpuasa pada Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah )

§ Berpuasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah )

§ Berpuasa sehari pada hari Jumaat

§ Berpuasa pada Hari Syak (30 Sya’aban)

§ Berpuasa selamanya (setiap hari)

§ Berpuasa ketika dalam haid / nifas – bagi wanita

§ Berpuasa sunat tanpa keizinan suami- bagi wanita

1. Hari Raya Aidil Fitri

1 Syawal telah ditetapkan sebagai hari raya bagi umat Islam. Ia adalah hari kemenangan yang harus dirayakan dengan bergembira. Kerana itu syariat telah menetapkan bahwa di hari itu tidak dibenarkankan siapa pun berpuasa kerana hukumnya adalah haram. Biarpun tidak ada apa yang boleh dimakan, paling tidak harus membatalkan puasanya dengan sekadar meminum air atau tidak berniat untuk puasa. Sabda Rasulullah saw;

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمَ الفِطْرِ وَيَوْمَ الأَضْحَى – متفق عليه

Maksudnya: Rasulullah saw melarang berpuasa pada dua hari: hari Fitri dan hari Adha. (Hadis riwayat Muttafaq ‘alaihi)

2. Hari Raya Aidil Adha

10 Zulhijjah pula adalah Hari Raya Qurban, iaitu hari kebesaran dan kemuliaan bagi umat Islam yang mengerjakan Haji di Baitullah. Namun ia turut diraikan oleh seluruh umat Islam lain yang tidak menunaikan fardhu Haji pada tahun tersebut. Hari itu umat Islam diharamkan berpuasa dan malah disunatkan untuk menyembelih haiwan Qurban dan membagikannya kepada fakir msikin dan keluarga. Ini bertujuan agar semua umat Islam samada yang mampu mahupun yang kurang berkemampuan, turut merasakan kegembiraan dengan mendapat pembahagian daging haiwan qurban dari golongan yang mampu tersebut, dan bersama merayakan hari kebesaran itu.

3. Hari Tasyrik

Hari Tasyrik jatuhnya pada 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah, iaitu sehari selepas Aidil Adha. Pada tiga hari itu umat Islam masih dalam suasana perayaan Hari Raya Aidil Adha, sehingga masih diharamkan untuk berpuasa. Namun sebagian pendapat mengatakan bahwa hukumnya makruh, bukan haram, dengan andaian kemungkinan orang yang sedang mengerjakan Haji di Mekah ada yang tidak mampu membayar dam haji, maka mereka berpuasa 3 hari selama dalam ibadah haji. Sabda Rasulullah saw:

إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْب وَذِكْرِ اللهِ تَعَالى – رواه مسلم

Maksudnya: Sesunggunya hari itu (Tasyrik) adalah hari makan, minum dan zikrullah (Hadis riwayat Muslim)

4. Puasa sehari saja pada hari Jumaat

Puasa ini haram hukumnya bila tanpa didahului dengan hari sebelum atau sesudahnya. Kecuali ada kaitannya dengan puasa sunat lainnya seperti puasa sunat nabi Daud, iaitu berpuasa selang sehari (sehari berpuasa dan sehari tidak). Maka bila jatuh hari Jumat giliran untuk puasa, boleh berpuasa. Sebagian ulama tidak mengharamkannya secara mutlak, namun hanya makruh sahaja.

5. Puasa pada hari Syak

Hari syak adalah pada 30 haribulan Sya‘ban di mana timbul keraguan tentang awal bulan Ramadhan kerana hilal (bulan) tidak kelihatan. Saat itu tidak sahih apakah sudah masuk bulan Ramadhan atau belum. Ketidaksahihan ini disebut syak. Dan secara syari‘i umat Islam dilarang berpuasa pada hari itu, pad setiap tahun.

6. Puasa Selamanya

Diharamkan bagi seseorang itu untuk berpuasa terus setiap hari. Meski dia sanggup untuk mengerjakannya kerana kekuatan fizikal atau kesihatan yang baik. Secara syari‘i puasa seperti itu ditegah oleh Islam. Bagi mereka yang ingin melakukan banyak ibadah puasa, Rasulullah saw menyarankan untuk berpuasa seperti puasa Nabi Daud as iaitu berpuasa selang sehari sehari. Itu sudah memadai.

7. Wanita dalam haid atau nifas

Wanita yang sedang mengalami haid (darah kotor yang keluar setiap bulan) atau nifas (darah yang masih keluar setelah bersalin / melahirkan anak) diharamkan mengerjakan puasa. Ini kerana keadaan wanita tersebut yang masih berhadas besar, iaitu belum suci dari darah yang hukumnya najis. Apabila tetap melakukan puasa, maka berdosa hukumnya. Bagaimanapun jika ianya berkebetulan pada bulan Ramadhan, wanita tersebut tetap wajib menggantinya di hari lain, di luar bulan Ramadhan nanti.

8. Puasa sunat bagi wanita tanpa izin suaminya

Seorang isteri yang ingin mengerjakan puasa sunat (puasa di luar bulan Ramadhan), maka wajib meminta izin dahulu daripada suaminya. Bila mendapatkan izin, barulah dia boleh berpuasa. Jika tidak diizinkan suaminya tetapi dia tetap berpuasa, maka puasanya haram secara syari‘i.

Dalam situasi ini suami berhak untuk memaksanya berbuka puasa. Kecuali jika si isteri telah mengetahui bahwa suaminya tidak ‘ingin bersamanya’ pada hari tersebut. Misalnya ketika suaminya berjauhan darinya (bertugas) atau dalam keadaan ihram haji atau umrah atau sedang beri‘tikaf.

Sabda Rasulullah saw yang maksudnya: Tidak halal bagi seorang wanita untuk berpuasa tanpa izin suaminya sedangkan suaminya ada di hadapannya. Kerana hak suami itu wajib ditunaikan dan merupakan fardhu bagi isteri, sedangkan puasa itu hukumnya sunat sahaja. Kewajiban tidak boleh ditinggalkan untuk mengejar yang sunat.





Fadhilat Hari Wukuf Di Arafah

Labels: ,



Kerajaan Arab Saudi telah menetap bahawa wukuf di padang Arafah pada 5 Nov 2011 iaitu hari Sabtu , manakala umat Islam di malaysia dan negara islam lain akan beraya pada hari Ahad 6 Nov.

Hari ini 5 November 2011 bersamaan 9 Zulhijjah 1432 H adalah hari berwukuf di Arafah. Bagi kita di Malaysia, ia bersamaan dengan masa dari 5 petang hingga 10.39 malam.

Fadhilat Hari Wukuf atau Hari Arafah

Pada hari Wukuf yang dikenali juga sebagai Hari Arafah, ketujuh-tujuh pintu syurga dibuka, dan TIADA HIJAB di antara Allah swt dengan hambaNya. Ia adalah hari paling afdhal untuk beramal soleh, seperti bersolat sunat, membaca Al-Quran serta berdoa memohon ehsan dan rahmat dari Allah swt ke atas diri, keluarga dan sebagainya.

Allah swt memuliakan hari Wukuf (pada setiap 9 Zulhijjah) dan akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah daripada api neraka. Justeru, sebagai kesyukuran di atas kemuliaan Allah ke atas hambaNya pada hari Wukuf, umat Islam menyambut hari keesokannya iaitu 10 Zulhijjah sebagai hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha.

Kelebihan Hari Wukuf di Arafah, tidak hanya terhad kepada jemaah haji yang berada di Tanah Suci, malah kelebihan itu turut dapat dinikmati umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji. Sehubungan itu, umat Islam dianjurkan berpuasa pada sembilan hari pertama dalam bulan Zulhijah, terutama pada Hari Arafah. Tidak diragui lagi bahawa puasa adalah amalan yang afdal di sisi Allah swt berdasarkan sabda Rasulullah saw:

“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya”. Hadis Muslim.

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan salih seperti solat sunat tahajud, bersedekah, membaca al-Quran dan menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Perlu diinsafi bahawa setiap amalan yang dilakukan pada hari-hari berkenaan akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT.

Pada masa yang sama, Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada hari raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan sahih yang meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t ". Hadis Muslim.

Pada hari raya Aidiladha umat Islam disunatkan melakukan ibadah Korban dan memberi makan fakir miskin serta merupakan hari untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah swt.

Ibnu Abbas pernah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Bagi umat Islam yang tak berwukuf, mereka digalak mengerjakan korban”. Hadis Ibnu Abbas.

ibadat korban, korban, raya korban 2011, 6 nov 2011 raya haji,

Hikmah ibadah korban :

Pertama : Untuk mengekalkan ingatan kita kepada kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail Alaihissalam sebagai korban, akan tetapi Allah menggantikannya dengan seekor kibasy. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah daripada Zaid bin Arqam, dia berkata :


Para sahabat Rasulullah saw bertanya,’wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?’ Rasulullah saw menjawab dengan sabdanya yang bermaksud :


“Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim. Mereka bertanya lagi : Apa yang akan kami perolehi daripadanya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya. Mereka bertanya lagi : Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab : Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya”. Hadis Ibnu Majah.

Kedua : Melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.


Ketiga : Memupuk sikap pemeduliaan dan prihatin terhadap masyarakat iaitu dengan mengagihkan sebahagian daging korban itu sebagai makanan atau meluaskan rezeki orang-orang fakir miskin sempena Hari Raya Aidiladha.


Keempat : Menyemai dan menanamkan sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan menteladani kesabaran Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dan sifat keduanya yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah swt.


Salam Aidiladha buat semua..






Slipped Disc - Alternatif utk pembedahan...

Labels: ,



‎*
Info Perubatan*

Sesiapa yang mengalami Slipped disc / prolapsed disc yg tidak ingin melalui pembedahan di hospital, sila temui Pak Sheikh Omar yg dgn izin Allah telah berjaya menyembuhkan kak Su Johnsue
dlm sesi perubatan selama 20 minit sahaja.

Kak Su telah mengalami sakit slipped disc selama 8 tahun dan telah menjalani berbagai rawatan termasuk rawatan di hospital - otopedik, fisioterapi, juga rawatan daripakar tulang - chiropractor, n terapi mandian ais, tetapi tidak sembuh sepenuhnya, serta mengalami kesakitan yang berulang...


Cara perubatan Pak Sheikh amat simple:

Seperti seorang pakar tulang / chiropractor, Pak Sheikh akan study n penetrate bahagian yang mengalami kesakitan. Dengan pandangan'X-ray' matanya, beliau akan mengkaji dan membetulkan / memasukkan tulang @ sendi yang terseliuh, patah, rosak etc... Hanya dengan menekan / memegang bahagian yang terlibat sahaja n dlm masa beberapa minit sahaja. Beliau membaca ayat2 suci Al-Quran sewaktu memulihkan pesakit.


Sesiapa yang proaktif untuk sembuh sila hubungi...

SHEIKH OMAR...hubungi 019-280 5377/019-356 5377
No. 1, Jalan Sastera Dua, U2/1B, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Rawatan : 8pg-12 tgh setiap hari.
Kos rawatan : Seikhlas yang mampu
(kecuali jika ada ubatan yang diperlukan, harga setiap jenis ubat/kuantiti saja yg dibayar).

Allah swt menciptakan setiap penyakit dengan ubat (penyembuhnya) sekali. Jangan berputus asa. Berusahalah.









Ya Allah... MeNGapa...???

Labels: ,


Schwarzenegger clan: Arnold and Maria Shriver with their four children in 2003
Gambar ehsan mr Google: Happy Family - Schwarzenegger clan:

Dah lama tak berblog. Senang n ringkas cerita, kak Su tak sihat. 2 bulan terlantar atas katil gara2 slipped disc. Lepas tu dah ok sket baru masuk ward.. Dok bertapa kat Pantai Hospital, Ayer Keroh Melaka, sampai 9 hari 10 malam.. heheh. Dunia. Tak lepas2 dari ujianNya. Biarlah. Redha n berusaha je agar diri sembuh n boleh beraktiviti macam biasa lagi. Rindu nak berjalan2... nak gi shopping or (window shopping je? - mengada2! Bagi belakang sihat dulu baru boleh cerita pasal jalan2. Now time for self recovery... Full stop.)

Apa cerita hari ni? (Real life drama...? Yup! Utk iktibar.)

Ada sebuah keluarga. Mak, ayah, anak2 perempuan 4 org, anak lelaki 2 org.
Anak bujangnya pernah bekerja dgn kak su. So keluarga ni agak dikenali jugalah melalui penceritaan anak bujangnya kepada keluarga kak su. Mak ayahnya k su tak kenali sangat (n maaf lah, tak ingin kenali lebih dekat kerana terlalu complicated - susah nak dengar nasihat orang atau pandangan orang..). Jadi k su tak perlu busy body lebih2.

2 minggu lepas sebelum kak su kna 'tahan' kat wad utk rawatan slipped dics tu, tetiba suami ajak gi attend kenduri kawen keluarga si Angah (bukan nama sebenar), kerana adiknya kawen. Terkejut juga sebab tetiba saja undangannya mendatang! Tapi untuk tak mengecewakan hati Angah, walaupun dalam keadaaan bertongkat, kak su gagahi juga menghadiri majlis yang serba ringkas tu. Alhamdulillah, majlis berlangsung dgn selamat.

Yang menjadi tandatanya, mengapa majlis dibuat secara tetiba... memandangkan sebelum ni ada terdengar ura-ura perancangan kawen si adik Angah ni menjelang pertengahan tahun depan..? Tanpa ditanya lebih lanjut, si Angah mula membuka cerita kepada suami kak su (meluahkan rasa sebagai abang dan anak yang tertekan perasaan terhadap keluarganya)...

Adiknya memang bertunang dgn si polan A ni. Lama2 hubungannya tak dapat dibendung lalu terlanjur dan tetiba dicekup pegawai pencegah maksiat di tepi Tasik berdekatan Taman rekreasi Ayer Keroh pada bulan puasa lepas! Astaghfirullah.. korang buat maksiat di bulan puasa rupanya... Seepas berbincang dengan pihak lelaki (tunangnya) yang ingin bertanggungjawab, lalu kedua mempelai tu pun diijabkabulkan. Selesailah kes tu. Hukum Allah tu, pandai-pandailah yang empunya diri masing2 menjawab.

Kita doakan semoga kekhilafan mereka menjadi iktibar diri dan para remaja yang sudah atau belum bertunang di luar sana... jangan anggap hubunga bebas di antara rakan2 lelaki dan perempuan sebagai tiket untuk menafikan HAK n HUKUM Allah! Biar zaman berubah, namun Allah tetap SATU n tak pernah lalai dari hukumanNya. Perit! Muhassabah diri kita agar sentiasa menghargai hukum agama yang Allag turunkan untuk panduan dalam menjalani kehidupan harian kita. Janganbiarkan diri dan keluarga manusia berubah menjalani tatacara hidup keluarga HAIWAN. Maaf jika terkasar bahasa! Itu hakikat kehidupan. Rules of life...

Selang 2 minggu dari tarikh perkahwinan adik si Angah, sewaktu berada dalam wad, kak su terima berita dari mulut si Angah sendiri..., kakak si Angah didapati sakit perut yang amat sangat! Kanser ke apa ke? Tengah malam buta mak ayahnya kejarkan ke hospital Besar melaka untuk dapatkan rawatan semerta. Bila masuk ke ICU, selepas pemeriksaan doktor, ayah n mak angah ditemui oleh doktor bertugas... "Tahniah, makcik, pakcik... anak makcik. pakcik sudah sampai masa untuk melahirkan!!!"

MasyaAllah.....................

Macamana boleh jadi macamtu?

Baru 2 minggu lepas adik Angah (anak perempuan ke2 dlm keluarga..... bunting (dgn maaf)!). Ni anak perempuan pertamanya pulak sah bunting juga n dah tiba masa nak bersalin.... TANPA BAPA yang SAH!

Malam tu kakak si Angah bersalinkan seorang anak lelaki, cukup bulan n sihat sempurna sifatnya. Habis selama ini mak ayahnya tak nampak apa2 perubahan fizikal anak2 perempuan mereka yang bunting tu ke? Takkan... ehh.. malas nak andaikan apa2. Tapi sebagai ibu bapa yang bertanggung jawab kita mesti sentiasa peka pada setiap perlakuan dan tindak-tanduk anak2 kita, lelaki ataupun perempuan.

Mengapa sampai 2 orang anak perempuan dalam satu keluarga yang sama terjebak melahirkan anak ZINA, n dalam jarak masa yang begitu dekat antara satu sama lain...?

Kata si Angah... satu sifat tak baik ayahnya ialah suka sangat mengambil anak angkat remaja perempuan... bawak balik rumah. Malam2 tengok TV bersama di ruang tamu, duduk berdekatan antara satu sama lain dgn ayahnya. Mak Angah sampai pening kepala tak boleh nak larang perangai suaminya. Bukan muhrim tinggal bersama dan satu keluarga pula tidak bersolat! Nama dalam kad pengenalan Melayu Islam dan hidup juga dalam sebuah perkampungan orang Melayu.

Mak Angah suri rumah tangga sepenuh masa. Ayahnya Tak bekerja n mengidap penyakit radang paru2 ( ini dijadikan sebagai alasan kuat oleh ayahnya untuk bersenang-lenang tinggal di rumah...). Ayahnya semasa muda seorang bekas penagih tetapi hingga waktu ini masih seorang perokok tanpa menghiraukan kesihatannya sendiri. Pendapatan mereka bergantung kepada Angah semata-mata.

Apa pun bukan hak kita untuk mengajar perjalanan n aturcara kehidupan keluarga orang... Tapi sebagai ahli masyarakat kita rasa terpanggil untuk melihat, menilai n menegur mana yang boleh diperbaiki. Bukan memandai.. Tapi itulah tanggung-jawab agama n sosial sesama kita. Jika tak dapat ditolong lagi.. kita iringi saja dengan doa kepada Allah. Sampai sekarang bayi lelaki yang dilahirkan kakak si ANgah belum berdaftar n belum bernama. Mungkin rumit dan panjang ceritanya kerana perkara ini dalam genggaman undang-undang (hospital). Mudah-mudahan mereka dapat mengenal pasti siapa bapa kepada anak tersebut melalui ujian DNA n semoga nasib si kecil itu terbela. Dia tidak berdosa. Mak n ayahnya yang tersilap langkah.

Ya Allah... semoga kisah ini menjadi iktibar kita bersama dalam mendidik anak2 kita. Jangan terlalu mempercayai kata anak2. Jangan terlaluberlepas tangan. Umur 17 tahun atau 21 tahun bukan petanda mereka mendapat lesen kebebasan hidup. Selangi langit dijunjung, bumi masih dipijak di tapak kaki... ibu bapa akan bawa tanggungjawab sebagai pendidik n pencanai menerajui susila kehidupan anak2 yang dilahirkan.

Sebagai ibu-bapa... janganlah kita membesarkan nafsu atau kepentingan diri semata-mata. Berusahalah menjana ekonomi keluarga, n jangan bergantung harap pada usaha anak2 semata. Tak adillah kalau begitu. Biarlah anak2 mencari rezeki dan peluang kehidupan mereka tanpa dibebani oleh tanggung jawab terhadapibu bapa yang masih boleh berusaha.

Tanya diri dan keupayaaan kita, adakah kita sanggup memporak-purandakan masa depan anak2 hanya kerana sakit yang boleh kita atasi n usahakan mengubatnya atau jika memang kita benar2 ditakdirkan tak mampu bekerja, lainlah ceritanya. Mengapa ada segelintir ibu bapa yang suka mengambil kesempatan ke tas anak2 mereka? Adakah setiap apa yang ibu bapa korbankan demi masa depan anak2 perlu ditulis sebagai 'hutang'? Itu tak ikhlas namanya. Biarlah anak2 membesar dan terdidik dengan kasih-sayang yang sempurna. Mereka ada hak untuk hidup lebih bahagia.. dengan didikan yg sempurna berlandaskan agama dan bimbingan kerohanian, tunjuk-ajar yang sempurna mencakupi peluang pelajaran n pekerjaan. Pilihan di tangan kita. Fikir dan pilihlah...

Semoga Allah melindungi kita semua dari bala dan ujian yang mengheret kita ke NERAKA. Na'uzzzubillah himin zaliq.

Salam takzim.





Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."