AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
Solat Dan Sistem Hidup Masyarakat
Posted by
Sueozana
Labels:
Solat
Umat Islam bersatu dalam solat, tanpa mengira bangsa dan di mana...
Kewajipan dan syiar Islam yang paling utama adalah solat, ia merupakan teras agama Islam dan rutin wajib dalam ibadah harian. Ia merupakan ibadah yang pertama akan dihisabpada setiap mukmin di hari kiamat. Solat adalah 'garis pemisah antara iman dan kufur' antara orang-orang beriman dan orang-orang kafir, sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadis-hadis berikut:
"Batas antara seseorang dengan kekufuran adalah meninggalkan solat." (HR Muslim)
"Perjanjian antara kita dengan mereka adalah solat, maka barang siapa yang meninggalkan bererti ia kafir." (HR Nasa'i, Tirmidzi dan Ahmad)
Tidak hairan jika Al Quran telah menjadikan solat itu sebagai pembukaan sifat-sifat orang
yang beriman yang akan memperoleh kebahagiaan dan sekaligus menjadi penutup terhadap jalan kemunkaran dan kemurkaan Allah. Allah s.w.t telah berfirman:
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." (Al Mu'minun: 9)
Al Qur'an juga menganggap bahwa mengabaikan solat itu termasuk sifat-sifat masyarakat yang sesat dan menyimpang. Pengabaikan solat secara terus dan menghina pensyariatannya termasuk ciri-ciri masyarakat kafir. Allah SWT berfirman:
"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (generasi) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan." (Maryam: 59)
Allah SWT juga berfirman mengenai sikap orang-orang kafir yang mendustakan Al Quran dan kewajipan bersolat sebagai berikut:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Rukuklah, nescaya mereka tidak mahu rukuk." (AI Mursalat: 48)
Dalam ayat lainnya Allah s.w.t juga berfirman:
"Dan apabila kamu menyeru mereka untuk bersolat, mereka menjadikannnya sebagai bahan ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mahu menggunakan akal." (Al Maidah: 57)
Sesungguhnya masyarakat Islam adalah masyarakat yang Rabbani, baik secara ghayah (orientasi) maupun wijhah (arahan). Sebagaimana Islam itu agama yang Rabbani, baik
secara nasy'ah (pertumbuhan) mahupun masdar (sumbernya), masyarakat yang beriman kepada Allah SWT, terikat dengan ikatan yang kuat. Solat merupakan ibadah harian yang menjadikan seorang Muslim itu selalu memperbaharui perjanjiannya dengan Allah. Ketika tenggelam dalam kesibukan dunia maka datanglah solat untuk mengingatkannya. Ketika
diliputi oleh dosa-dosa akibat hatinya penuh kelalaian, maka datanglah solat untuk
membersihkannya. Ia merupakan santapan ruhani yang dapat membersihkan roh dan
menyucikan hati lima kali dalam setiap hari, sehingga tidak tersisa sedikit kotoran pun.
Ibnu Mas'ud meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w, beliau bersabda:
"Kamu sekalian berbuat dosa, lalu kamu telah melakukan solat Subuh, maka solat itu
membersihkannya, kemudian kamu sekalian berbuat dosa, lalu jika kamu melakukan solat Zhuhur, maka solat itu membersihkannya, kemudian kamu berbuat dosa lagi, lalu jika kamu melakukan shalat 'Asar maka solat itu membersihkannya, kemudian kamu berbuat dosa lagi, lalu jika kamu melakukan solat Maghrib, maka solat itu membersihkannya, kemudian kamu
berbuat dosa lagi, maka jika kamu melakukan solat Isyak, solat itu akan membersihkannya, kemudian kamu tidur dan tidak lagi dicatat dosa bagi kamu hingga kamu bangun." (HR Thabrani)
Perlaksanaan solat dalam Islam mempunyai keistimewaan iaitu dengan berjemaah danadanya azan. Ramai ulamak yang menyatakan berjemaah dalam solat adalah fardhu kifayahdan ada yang mengatakan fardhu 'ain sebagaimana mengikut pendapat Imam Ahmad.Kerana pentingnya solat berjemaah, Rasulullah s.a.w menegaskan akan membakar rumahr-umah suatu kaumnya dengan api kerana mereka ketinggalan dari solat berjemaahkerana bersolat sendirian di rumah-rumah mereka. Ibnu Mas'ud berkata sewaktu zaman para para sahabat, tidak ada orang yang tertinggal dari solat berjemaah kecuali mereka sakit atau munafik yang diketahui nifaqnya.
Pentingnya solat berjemaah amat jelas, di mana Islam menekankan kepada kita untuk sentiasa mendirikan solat secara berjemaah, walaupun berada di tengah peperangan. Telahdianjurkan solat "Khauf" iaitu solat berjemaah yang khusus dilakukan sewaktu peperangan, di belakang satu imam dengan dua peringkat. Pada peringkat pertama: Sebahagian orang-orang yang sedang berperang bersolat sambil berwaspada terhadap serangan musuh.Kemudia pada peringkat berikutnya: Datang pula sebahagian lagi mujahidin yang tadinya sedang menghadapi para musuh, untuk mengikuti solat di belakang imam.
Ini semua mereka lakukan dengan membawa senjata perang serta dalam keadaan yang penuh kewaspadaan. Mengapa mereka lakukan solat berjemaah walaupun ketika berperang? Semata-mata agar tidak seorang pun dari mujahidin kehilangan fadhilat solat berjamaahyang sangat dituntut oleh Islam. Allah s.w.t menjelaskan dalam firmanNya;
"Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) besertamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat besertamu) sujud (telah menyempurnakan satu rakaat), maka hendaklah mereka pindah dari belakangmu (untuk menghadapi musuh) dan hendaklah datang golongan yang kedua yang belum solat, lalu solatlah mereka bersamamu, dan hendaklah mereka berwaspada dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, iaitu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus. Dan tidak ada dosa atasmu meletakkan senjata-senjatamu, jika kamu mendapat sesuatu kesusahan kerana hujan atau kerana kamu memang sakit, dan berwaspadalah kamu. Sesungguhnya Allah menyediakan azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir itu." (An-Nisa': 102)
Ayat ini selain menunjukkan peraturan solat berjemaah semasa peperangan, juga menunjukkan betapa pentingnya solat itu sendiri. Berlangsungnya peperangan, serangan musuh dan kesibukan dalam berjihad fi sabilillah itu tidak menggugurkan kewajiban solat. Kewajipan bersolat mesti dilaksanakan dengan cara semampunya, walaupun tanpa rukuk, tanpa sujud dan tanpa menghadap kiblat ketika keadaan peperangan dalam kritikal. Cukuplah dengan berniat dan bacaan surah-surah Ladzim yang ringkas ketika dalam darurat. Kemudian lakukan apa saja yang mungkin dikerjakan seperti membaca surah, berzikir dan sebagainya. Allah s.w.t telah berfirman:
"Peliharalah segala solat(mu), dan (peliharalah) solat wustha. Berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk. Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka soalatlah sambil berjalan atau berkenderaan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (solatlah dengan sempurna), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui." (Al Baqarah: 238-239)
Yang dimaksud dengan firman Allah, "Farijaalan aur-rukhaanan" adalah solatlah kamu
sambil berjalan atau berkenderaan, menghadap ke kiblat atau tidak, semampu kamu, inisesuai dengan orang yang naik pesawat, kereta, tanker (kereta perisai) dan lain-lain.
Keutamaan solat diperjelaskan juga melalui 'Azan. Itulah seruan Rabbani terhadap hambaNya sebanyak lima kali sehari. Seruan 'Azan bererti mengumumkan masuknya waktu solat, memperingatkan tentang aqidah yang asas dan prinsip-prinsip dasar Islam:
"Allahu akbar - 4x,
Asyhadu an laa ilaaha illallah - 2x
Wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah - 2x
Hayya'alassolaah -2x
Hayya 'alalfalaah -2x,
Allahu akbar - 2x
Laa ilaaha illallah - 1x "
'Azan ini umpama 'lagu kebangsaan' bagi umat Islam yang dilaungkan dengan suara yang tinggi oleh mu'adzin, lalu dijawab oleh orang-orang beriman di mana sahaja berada. Mereka bersama-sama ikut mengulang secara serentak kalimah-kalimah 'Azan itu, untuk menghayati nilai-nilainya dalam jiwa dan melaksanakan aqidah tersebut menerusi pemikiran dalam akal dan pegangan kepercayaan (keimanan) dalam hati.
Solat, sebagaimana disyariatkan oleh Islam, bukanlah sekadar hubungan ruhani dalam kehidupan seorang Muslim. Sesungguhnya solat dengan 'Azan dan iqamatnya, berjemaah
mengikut peraturannya, dengan dilakukan di rumah-rumah Allah (masjid dan rumah-rumah individu yang beriman), dalam keadaan diri yang penuh kebersihan, hati yang suci dan khusyuk, menghadap ke kiblat, mengikut ketentuan waktunya dan memenuhi rukun-rukunnya seperti pergerakan dan bacaan surah-surah Al Qur'an. Solat dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ia mempunyai nilai yang lebih dari sekadar ibadah.
Sesungguhnya solat merupakan sistem hidup, manhaj tarbiyah dan ta'lim yang sempurna, yang meliputi keperluan fizikal, akal dan hati. Tubuh menjadi bersih dan bersemangat, akal akan terarah untuk mencerna ilmu, dan hati menjadi bersih dan suci.
Solat merupakan tathbiq 'amali (aspek aplikasi) dari prinsip-prinsip Islam baik dalam aspek
politik mahu pun sosial kemasyarakatan yang ideal. Iag membuka ruang ukhwah sehingga nilai persaudaraan, persamaan dan kebebasan itu terwujud nyata. Disiplin dan peraturan solat amat indah sekali jika diperhatikan.
Imam Asy-syahid Hassan Al Banna dalam mengupas aplikasi solat secara sosial berkata, bahawa pengaruh solat TIDAK terbatas pada pribadi, tetapi mencakupi juga pada berbagai aspek zahir, dan hakikatnya yang bersifat batin merupakan minhaj yang kamil (sempurna) untuk mentarbiyah umat ke arah kesempurnaan pula. Solat menerusi gerakan tubuh dan waktunya yang teratur sangat bermanfaat untuk tubuh, sekaligus ia merupakan ibadah ruhiyah. Zikir, bacaan surah (mengikut tajwid / harakat) dan doa-doanya sangat baik untuk pembersihan jiwa dan melunakkan perasaan.
Solat dengan dipersyaratkan membaca Al Fatihah di dalamnya, sementara Al Qur'an menjadikurikulum Tsaqafah Islamiyah yang sempurna, telah memberikan bekal pada akal dan fikiran dengan berbagai hakikat ilmu pengetahuan, sehingga orang yang solat dengan baik akan sihat tubuhnya, lembut perasaannya dan akalnya pun mendapat gizi. Maka kesempurnaan manakah dalam pendidikan manusia secara individu sebaik ini? Kemudian solat itu dengan disyaratkan secara berjemaah, maka akan berupaya mengumpulkan dan menyatukan umat manusia lima kali setiap hari dan sekali dalam satu minggu dalam solat jumaat, di atas nilai-nilai sosial yang baik seperti ketaatan, kedisiplinan, rasa cinta dan persaudaraan serta persamaan darjat di hadapan Allah yang Maha Tingi lagi Maha Besar. Maka kesempurnaan yang manakah dalam masyarakat, yang lebih sempurna daripada masyarakat yang tegak di atas asas Islam tersebut dan diperkuatkan di atas nilai-nilai keimanan yang mulia..???
Sesungguhnya solat dalam Islam merupakan prasarana tarbiyah yang sempurna bagi individu dan pembinaan bagi membangun umat yang kuat. Solat yang sempurna membawa impak kebaikan bagi pelakunya dan membuang sifat-sifat buruk yang ada.
Solat dari segi politik telah mengambil dari "Komunisme" makna persamaan hak dan persaudaraan iaitu dengan mengumpulkan manusia dalam satu tempat yang tidak ada yang memiliki kecuali Allah yaitu masjid. Solat telah mengambil dari "Diktatorisme" maknakedisplinan dan semangat iaitu dengan adanya komitmen untuk berjemaah mengikuti Imamdalam setiap gerak dan diamnya, dan barang siapa yang menyendiri, maka ia akan menyendiri dalam neraka...
Solat juga mengambil dari "Demokrasi" makna nasihat, musyawarah dan wajibnya mengembalikan Imam (kepimpinan) ke arah kebenaran apabila dia tersalah langkah / pendapat dalam keadaan apa pun.
Solat membuang segala sesuatu yang lemah yang terdapat pada semuaideologi tersebut di atas; seperti kekacauan dalam komunisme, penindasan dalam diktaktorisme dan kebebasan tanpa batas dalam demokrasi. Islam menggambarkan dengan jelas ia sebagai agama yang amat sempurna, cukup melalui solatnya... Justeru itulah, semua masyarakat Islam pada masa salafus shalihsangat memerhatikan masalah solat, sampai mereka menempatkan solat itu sebagai "mizan" atau ukuran yang dengan neraca itu ditimbang kadar kebaikan seseorang dan diukur kedudukan serta darjatnya di sisi Allah dan masyarakat. Jika mereka ingin mengetahui pegangan agama seseorang, iaitu sejauh mana istiqamahnya, maka mereka bertanya tentang solatnya; sejauh mana dia memelihara solatnya, dan bagaimana dia melakukan solatnya dengan baik. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w:
"Apabila kamu melihat seseorang membiasakan ke masjid, maka saksikanlah untuknya dengan iman." (HR Tirmidzi)
Kemudian Rasulullah membaca firman Allah s.w.t sebagai berikut:
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada Allah, maka mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk." (At-Taubah: 18)
Berdasarkan inilah, maka muassasah (lembaga) pertama yang dibangunkan oleh Rasulullah s.a.w setelah beliau berhijrah ke Madinah, adalah Masjid Nabawi, yang berfungsi sebagaipusat ibadah, kampus bagi kajian keilmuan dan 'Dewan Parlimen' untuk masyarakat bermusyawarah. Pada masa itu umat Islam bersepakat bahawa siapa yang meninggalkan solat kerana menentang kewajiban solat atau menghina solat, maka dia telah kafir.
Dan mereka berbeza pendapat mengenai orang yang meninggalkan solat secara kerana malas. Sebahagian mereka ada yang menghukumi kafir dan berhak dibunuh seperti pendapat Imam Ahmad dan Ishaq. Sebahagian lagi ada yang menghukumi fasik dan berhak dibunuh, seperti Imam Syafi'i dan Malik, dan sebagian yang lain ada yang mengatakan fasikdan berhak mendapat ta'zir (hukuman, atau pengajaran dengan dipukul dan dipenjara sampai ia bertaubat dan bersolat), seperti pendapat Imam Abu Hanifah.
Apa yang jelas, tidak seorang pun di antara ulamak itu mengatakan bahwa solat boleh titinggalkan menurut sesuka hati seorang Muslim/ Islam. Jika solat tinggalkan dia tetappatut menerima hukuman dan hisabnya terserah Allah. Bahkan mereka (para Imam / ulamak) mengambil kesepakatan bahwa termasuk kewajiban hakim atau daulah Muslimah untuk ikut
mengancam dan memberi pengajaran bagi setiap orang yang secara terus-menerus
meninggalkan solat (seperti mana orang Islam yang meninggalkan puasa bulan Ramadhandikenakan hukuman ).
Masyarakat Islam TIDAK boleh membiarkan sesiapa di antara orang-orang Islam hidup tanpa sujud kepada Allah s.w.t, tanpa mereka diberi pengajaran / hukuman, dengan alasan bahwa manusia itu mempunyai hak kebebasan peribadi untuk berbuat apa sahaja. Masyarakat Islam TIDAK boleh menyamakan di antara orang-orang yang solat dengan orang yang tidak bersolat, apalagi mengutamakan orang-orang yang tidak bersolat dan menjadikan mereka sebagai pemimpin..!
Masyarakat Islam yang membangunkan prasarana tumpuan umum seperti pusat membeli-belah, pejabat, kilang dan sekolah-sekolah, wajib membina masjid atau ruang bersolatdan mendapat kebenaran untuk memperdengarkan 'Azan mengikut waktu setiap solat fardhu. Sistem dan waktu bekerja bagi masyarakat Islam mesti memberi hak dan keutamaan bersolat pada waktunya kepada para pekerja, sama ada ketika bekerja di pejabat, di pasaraya, di tapak pembinaan, di udara, darat atau laut, bahkan di mana sahaja. Sewaktu menghadiri mesyuarat atau seminar, ceramah atau majlis-majlis resmi, masyarakat Islam tidak boleh mengabaikan solat jika 'Azan telah kedengaran atau telah pasti masuk waktunya.
Masyarakat Islam itu adalah masyarakat yang menjadikan solat termasuk dalam kurikulum pendidikan di sekolah-sekolah dan di rumah-rumah mereka sendiri. Pendidikan solat kepada anak-anak amat perlu sebagai syariat yang asas dalam agama Allah dan dalam kehidupan Muslimin. Justeru ibu-bapa Muslimin tidak boleh melalaikan tanggung-jawab mereka darimendidik perukunan solat kepada anak-anaknya di rumah, selain mendapat tunjuk-ajar dari guru-guru di sekolah. Usaha ke arah mendalami dan melakukan solat perlu dibuat secara bersungguh-sungguh dan semenjak kanak-kanak itu masih kecil lagi. Maka ketika mereka berusia TUJUH TAHUN mereka harus diperintahkan, dan ketikaberusia SEPULUH TAHUN mereka perlu dipukul jika meninggalkan solat.Keperitan dari hukuman dunia tidak setimpal dengan keperitan azab siksaan Allah s.w.t bagi mereka yang melalaikan solat.
Sama-sama kita rasai keindahan Islam dan manisnya iman dengan mengutamakan solat fardhu 5 waktu, kerana Allah s.w.t sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa akan memberkati hambaNya yang selalu 'menemuiNya sambil mengadapkan wajah ke arahNya' sewaktu bersolat!
Sumber: Buku-buku dan tulisan dari Dr. Yusuf Qardhawi dan Abdullah Al-Qari.
Nota:
Terima kasih kepada Yang berbahagia Ustaz Abdullah Al-Qari (Kubang Kerian Kelantan), di atas segala ilmu dan bimbingan yang diberikan sewaktu saya menjadi murid ustaz... Semoga Allah s.w.t merahmati ustaz dan keluarga, di dunia dan akhirat.
Terima kasih kerana membaca...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
November 13, 2010 at 1:53 AM
Salam Adik, rencana yg berguna dan manfaat. Satu peringatan. Heran gak, ramai orang boleh melakukan riadah yang berat2 dan lama2 sampai berpeluh2 tapi nak solat 10-15 minit susah...ngape yek?
November 13, 2010 at 9:18 PM
Wlkslm...
Trima kasih.. Ramai yg tau agaknya, selain mjadi kewajipan dlm Islam, menunaikan solat tu amat bagus sebagai penjana kesihatan fizikal n minda kita. Rukun pergerakan solat amat bagus n lengkap utk sistem otot/tulang/ pengaliran darah dll, lbih2 lagi jika dilakukan 5x sehari mengikut waktu/fardhunya...:D
Post a Comment