AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
Solat Dhuha : Rezeki Tak Akan Putus...
Posted by
Sueozana
Labels:
Pedoman Hidup,
Solat
Indahnya fajar yang menyinsing, cahaya mentari yang menyerlah di ufuk timur menyinari alam yang tadinya gelap gelita di kepekatan malam. Fajar... lazimnya menandakan bermulanya suatu hari baru dalam kehidupan manusia dan makhluk Allah di alam ini. Allah s.w.t. melimpahi hambaNya dengan rahmat, rezeki dan kemewahan bagi mereka yang beriman, sering bertaubat, rajin berusaha dan bijak menggunakan akal...
Justeru manusia yang mengakui dirinya sebagai hamba Allah s.w.t. akan sujud bertafakur menyatakan kasih dan syukurnya kepada pencipta dan pemberi rezeki Yang Maha Kaya, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah, Allah s.w.t. yang bersifat dengan sifat Al-Razzaq.. Al-Rahmaan dan Al-Rahiim.. Umpama anak kecil yang merengek memohon susu dari ibunya, begitulah sepatutnya kita sebagai hamba memohon rezeki dari Yang Maha Kaya.... Nescaya tidak akan dipersiakan permintaan kita, nescaya akan dikenali dan dilayani wajah dan permohonan kita, InsyaAllah...
Dari segi kerohanian Dhuha mendidik kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kerana diberi sehari lagi masa untuk menyedut udara di dunia dan bagi melakukan pelbagai tugasan yang belum selesai, baik dalam memperbaiki dan memperelokkan hubungan dengan Maha Pencipta seandainya terdapat salah dan khilaf pada hari-hari sebelumya, lalu kita berpeluang bertaubat kepadaNya.
Rasulullah s.a.w.telah bersabda; "Sesiapa yang dapat mengerjakan solat sunat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni segala dosanya oleh Allah s.w.t, meskipun dosanya itu seluas lautan."
Solat Dhuha memberi ruang untuk segala otot-otot kita yang tadinya tegang oleh bebanan kerja dan kegiatan lain, untuk diseimbangkan semula melalui rukun perlakuan solat yang terbukti dari segi sains amat baik untuk kesihatan.
Rasulullah s.a.w.telah bersabda; "Sesiapa yang dapat mengerjakan solat sunat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni segala dosanya oleh Allah s.w.t, meskipun dosanya itu seluas lautan."
Solat Dhuha memberi ruang untuk segala otot-otot kita yang tadinya tegang oleh bebanan kerja dan kegiatan lain, untuk diseimbangkan semula melalui rukun perlakuan solat yang terbukti dari segi sains amat baik untuk kesihatan.
Dari segi ekonomi pula begitu banyak hadis-hadis yang menyatakan sunat Dhuha menjamin kesinambungan rezeki hambaNya oleh Allah s.w.t. Jika diselidiki,kebanyakan muslimin yang berjaya membina kerjaya atau empayar perniagaan yang halal dari segi syarak, kebanyakannya mengatakan mereka tetap (tidak meninggalkan) solat Dhuha dan Tahajjud (solat malam). Contoh terbaik ingin saya katakan adalah seseorang yang menjadi idola saya, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari seorang jutawan Islam terkemuka dari Utara Semenanjung. Beliau pada asalnya hanyalah seorang anak muda dari keluarga miskin yang amat patuh pada Allah s.w.t.dan ibunya. Keperibadian mulia beliau dari kacamata Islam membawa beliau kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan dan empayar perniagaannya. Apabila ditanya pada beliau, amat sedikit waktu malam beliau diperuntukkan untuk tidur dan beliau seringkali mengerjakan solat Dhuha.
Firman Allah s.w.t dalam sebuah hadis Qudsi: "Wahai anak-anak Adam, sebut-sebutkan (zikirkan) akan Aku selepas solat Subuh barang sekejap, dan selepas solat 'Asar barang sekejap, maka akan Aku cukupkan engkau apa yang ada di antara dua waktu tersebut. Maka apabila naik matahari solat Dhuha sebanyak lapan rakaat"
Sabda Rasulullah s.w.t; "Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat." (Al-Hakim dan Tabrani).
Waktu Dan Cara Menunaikan Solat Dhuha
Dhuha... Hadirnya di antara waktu matahari terbit sehingga masuknya waktu Zuhur. Dalam pengertian Fiqih, waktu Dhuha adalah apabila matahari lebih kurang sepergalahan. Iaitu, di antara pukul 7:00 pagi sehingga pukul 1:00 tengahari.Meskipun hukumnya hanya sunat,namun Rasulullah sangat menganjurkan solat ini didirikan oleh muslimin kerana Allah s.wt. menjanjikan rezeki yang mencukupi kepada sesiapa yang mengerjakannya.
Solat sunat Dhuha boleh didirikan sebanyak 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat atau 12 rakaat, sesuai dengan kemampuan tenaga dan masa seseorang muslimin. Ia tidak memberati sesiapa yang ingin mengerjakannya, bergantung kepada kesanggupan, kerajinan serta kesedaran seseorang betapa bermanfaatnya mengerjakan solat sunat yang satu ini kepada diri, malah keluarga masing-masing, dari pelbagai aspek kehidupan.
Niat Dan Lafaz Dhuha: "Usolli sunnatan Dhuhaa raka'ataini lilahi Ta'ala"
(Sahaja aku solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala).
Cara Pertama Dalam Bacaan:
1-Selepas membaca Fatihah pada rakaat pertama, bacalah Surah As-Syamsi:
(Sila rujuk surah ini dalam Al-Qur'an -(surah Lazim)- untuk ketepatan bacaan dan tajwid).
"Wasyamsi wadhuhahaa * Walqomari idzaa talaahaa * Wannahaa ri idzaa jallaahaa * Wallaili idzaa yarghshaahaa * Waassamaa iwamaa banaahaa * Wal 'ardhi wamaa thohaahaa * Wanafsin wamaa sauwwaahaa * Fa 'alhamahaa fujuurahaa wa taqwaahaa * Qad aflahaman zakkaahaa * Waqad hobaman dassaahaa * Kadzzabat thamuu du bithorghwaahaa * 'Idzin ba 'atha 'asqoo haa * Faqoo lalahum rasuulullahi naa qotallahi wa sukyaahaa * Fakadzzabuu hu fa 'aqoruuhaa Fadam dama 'alaihim robbuhum bidzanbihim fasawwaahaa * Walaa yakhoo fu 'uqbaahaa * "
2- selepas membaca Fatihah pada rakaat kedua, dibaca pula Surah Al-Lail.
(Sila rujuk surah ini dalam Al-Qur'an -(surah Lazim)- untuk ketepatan bacaan dan tajwid).
"Wallaili idzaa yarghshaa * Wannahaari idzaa tajallaa * Wamaa kholaqodzzaka rowal 'unthaa * 'Innasa' yakum lashattaa * Fa 'ammaa man a' thoo wattaqoo * Wasoddaqobil husnaa * Fasanuyassiruhulil 'usraa * Wamaa yurghnii 'anhumaa luhu, idzaa taroddaa * 'Inna 'alainaa lalhudaa * Wa 'inna lanaa lal 'aakhirotawal 'uulaa * Fa 'an dzartukum naaran taladdzoo * Laa yaslahaa 'ilaal 'ashqoo * 'Alladzii yu' tii maalahu, yatazakkaa * Wamaa li 'ahadin 'indahu, minni' matintujzaa * 'Illaabtighoo 'awajhirobbihiil a'laa * Walasaufayarrdhoo *"
Cara kedua Dalam Bacaan:
Bacaan berikut adalah bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah afdhal yang disarankan di atas.
1-Selepas membaca Fatihah pada rakaat pertama, bacalah Ayatul-Qursi sebanyak 7 kali. (Sila rujuk surah ini dalam Al-Qur'an -(surah Lazim)- untuk ketepatan bacaan dan tajwid).
Disarankan membaca ayat ini kerana keistimewaannya terlalu banyak. Surah ini diturunkan dengan diiringi beribu-ribu malaikat dan di dalamnya terkandung Qursi (Kerajaan) Allah s.w.t yang sangat besar, iaitu meliputi 7 lapisan langit dan bumi. (Sila rujuk Hikmah ayat Qursi dalamrencana saya yang terdahulu)
"Allahu laa ilaaha 'illa hualhayyulqayyuum * Laa ta' khudzuhu sinatun walaa naumunlahu, maa fiissamaa waa tiwamaa fil ardhi * Man dzalladhzii yash fa 'u 'inndahu, illaa bi 'idznihi, ya' lamu maa bai na 'aidiihim wamaa kholfahum * Walaa yukhii thuu na bishai'in min 'ilmihi, 'Illaa bimaa shaa' * Wa si 'a qursiyyuhussamaa waa ti wal ardha * Walaa ya 'uduhu, khifdzhuhumaa, wa hu wal 'ali yul 'adzhiimu * "
2- Selepas membaca Fatihah pada rakaat kedua, bacalah lagi Ayatul-Qursi sebanyak 11 kali. Ataupun, bacalah Surah Al-Ikhlas yang fadhilatnya bacaannya menyamai 1/3 dari Al-Qur'an. Ia mengandungi sifat-sifat Allah s.w.t. yang Esa.
3-Selepas sujud dan memberi salam, sebaiknya kita bertasbih memuji Allah s.w.t, contohnya seperti bacaan di bawah, sebanyak 10 kali atau sekadar mampu mengikut kesempatan masa;
" Subhaanallahi walhamdulillahi walaa ilaa ha illallahu wallahu Akbar * Walaa haula walaa quwwata illaa billahil 'aliyyil 'adziimi *
Doa yang disarankan selepas solat Dhuha;
Sebarang doa juga boleh dibaca, terutama doa yang datang dari hati yang insaf dan penuh kekusyukkan. Namun, ada beberapa doa khas untuk dibaca selepas solat Dhuha, untuk memohon keberkatan dan rezeki daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Di antara yang disarankan adalah seperti di bawah;
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu,keindahan itu adalah keindahanMu, kekuatan itu adalah kekuatanMu, kekuasaan itu adalah kekuasaanMu, dan perlindungan itu adalah perlindunganMu.. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika ada di bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu DhuhaMu, CahayaMu, keagunganMu, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarganya,dan para sahabatnya. Segala pujian adalah bagi Allah Tuhan seru sekelian alam."
Kisah teladan:
Seorang teman, dengan penuh kesedihan menceritakan kepada saya betapa perniagaan yang dijalankannya sentiasa bermasaalah dan semakin merudum... Dengan ikhlas saya mencadangkan kepadanya supaya sentiasa bersolat Dhuha di samping mencukupkan solat yang Fardhu.
Selang setahun berlalu, teman ini datang kepada saya, dan dengan wajah yang ceria mengatakan perniagaannya semakin maju serta dia menemui ketenangan apabila sering melakukan solat Dhuha serta Tahajjud setiap hari dan malam. Saya hanya tersenyum syukur... Maha Suci Allah, sesungguhnya Engkau tidak pernah melupai janji. RahmatMu melimpahi seluruh alam. Alhamdulillah..!
~Sue~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
January 21, 2010 at 2:51 AM
Betul3x.
February 19, 2010 at 7:57 PM
Hanya ssiapa yang benar-benar beriman serta rajin/bersabar dlm mendirikn solat Dhuha akan merasai hasinya yg manis...
October 4, 2015 at 11:19 AM
Cara Mendapatkan Informasi Ghaib
-
Cara Mendatangan GoLongan Jin
-
Cara Merubah Batu Jadi Emas Intan Dan Permata -
Do'a Dzikir Rajah Kodam Wassyamsi Waduhaha -
Ilmu Merubah Kertas / Daun Jadi Uang -
Ilmu Merubah Kertas Jadi Uang -
Post a Comment