AL-FATIHAH
**************************************************
Ke mana perginya wang saya?
Sudah sebulan tak menulis di blog ni.... Sudah berhabuk dan bersawang! Berada di Kota Bharu selama sebulan benar-benar memisahkan kak Sue dari dunia siber, setiap masa yang ada dimanfaatkan untuk merawat mak. Alhamdulillah! Dengan rawatan perubatan dan penjagaan pemakanan yang betul, mak kak Sue telah hampir sembuh sepenuhnya... Allah s.w.t Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..! Sewaktu kak Sue tinggalkan mak untuk kembali ke Melaka, mak sudah boleh tersenyum dan melambaikan tangan mengucapkan selamat jalan.. Buat mak, semoga jangan bersedih kerana kami terpaksa kembali berjauhan demi melaksanakan tugas masing-masing yang sekian lama tertunggak demi merawat ibu (nenek) tercinta... Kami pergi buat seketika, semoga cepat bertemu kembali....!
Pesanan buat mak:
"Jangan lupa minum jus manggis dan madu, di samping rajin melakukan rawatan Sonotron bagi memulihkan kesihatan...Okay..? Juga, jangan jemu makan ubat-ubat doktor ya maakk..?"
Bercerita pasal mak mengingatkan kak Sue pada perbualan dengan suami sewaktu dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu... Kata suami kak Sue, selepas selesai solat berjemaah bersama rakan-rakan kerjanya, seorang rakan menyatakan kepada imam (seorang sahabat yang lebih tua dan tinggi ilmu agamanya), bahawa dia berasa amat hairan, ke mana perginya wang gaji bulanan yang diperolehinya setiap bulan, sehingga dia merasakan sentiasa kekurangan dan tidak mencukupi... Walhal keluarganya kecil, keperluan hidupnya tidak banyak atau berbagai. Malah, dia sentiasa mengamalkan hidup bersederhana bersama isteri dan anak-anaknya. Gajinya pula mencecah 5 angka. Wang gajinya tidak pernah berbaki lama dalam akaun banknya. Selalunya akan ada saja keperluan atau masalah yang memerlukannya menggunakan wang gajinya sehingga akaunnya tinggal '0'!
Setelah mendengar keluhan rakan ini, imam itu pun tersenyum, lalu menyoal kembali....
"Adakah tuan memberikan sedikit dari wang gaji itu kepada emak tuan..?"
Dengan wajah tergamam rakan ini menjawab, " Tidak..."
"Cubalah dahulu, mungkin tuan akan merasai perubahannya!" Balas imam tersebut sambil tersenyum.
Kak Sue teringat seorang saudara kak Sue, seorang guru sekolah rendah manakala suaminya seorang Penolong Pengurus di sebuah bank di ibu kota. Ke duanya anak bongsu di dalam keluarga masing-masing, namun tanggungjawab yang mereka pikul seolah merekalah anak sulung dalam keluarga. Dengan anak seramai 3 orang, pasangan ini turut menanggung perbelanjaan ibu masing-masing, di mana ibu si isteri tinggal bersama di rumah pasangan ini, manakala ibu si suami walaupun tinggal berasingan, namun masih di kawasan taman perumahan yang sama dengan anaknya.
Pasangan ini melayani ibu mereka dengan penuh kasih sayang, serta tidak pernah meninggikan suara kepada ibu mereka. Segala keperluan ibu mereka diadakan mengikut kemampuan mereka. Ibu si isteri sudah lanjut usia dan berpenyakit pelupa sehingga lupa kepada nama dan dirinya sendiri. Si ibu juga tidak lagi mengingati siapa dan nama anak-anaknya sehingga terpaksa dberitahu berkali-kali. Si ibu juga kerap membuang air besar dan kecil di merata tempat di dalam rumah. Namun...baik isteri (anaknya), mahupun suami (menantunya), bahkan cucu-cucunya yang berumur di antara 7 tahun hingga 14 tahun itu, tidak pernah merungut, jauh sekali dari memarahi si ibu tadi. Apa yang kak Sue perhatikan, rumah mereka sentiasa melimpah dengan kasih sayang di antara mereka dan barakah dari Allah s.w.t.
Di pihak suami pula, seperti mana isterinya, dia sendiri juga dengan penuh melayani ibunyahormat dan kasih sayang. Setiap pagi sebelum ke pejabat beliau akan singgah di rumah ibunya untuk mencium tangan si ibu dan memohon restu dari si ibu. Sebaik pulang dari pejabat, samada beliau akan singgah dahulu ke rumah ibunya atau pulang sekejap ke rumahnya dan kemudian akan pergi ke rumah ibunya untuk beberapa ketika sebelum pulang ke rumahnya sendiri.
Pernah di suatu ketika, pasangan ini merancang untuk pergi bercuti bersama anak-anak mereka setelah sekian lama sibuk dengan tugasan masing-masing, namun apabila si ibu kepada suami mengajak anak dan menantunya menghadiri sebuah kenduri seorang kenalannya, langsung tanpa banyak bicara percutian keluarga itu dibatalkan dan mereka menemani si ibu ke majlis kenduri tersebut...
Sudah pasti banyak wang yang dibelanjakan untuk menampung keluarga sendiri dan ibu masing-masing pasangan ini. Maklumlah, semakin lanjut usia, semakin banyak penyakit yang singgah. Kos perubatan dan saraan diri warga emas memang memeningkan kepala jika tidak bijak merancang dan menilai, belum dikira tenaga dan masa... Yang menghairankan, selain berupaya menggaji pembantu rumah (merangkap pelayan si ibu di rumah), pasangan ini mampu memiliki 2 buah kereta yang agak berjenama (Toyota dan Honda), di samping memiliki 4 atau 5 buah hartanah (rumah) yang disewakan. Kesemuanya mungkin kerana barakah dari Allah s.w.t. di atas rezeki yang mereka perolehi kerana layanan mereka yang sebegitu rupa kepada ibu dan ibu mertua masing-masing. Alangkah bahagianya ibu dan ibu mertua yang mempunyai anak dan menantu sebegini.
Keberkatan ini turut menyerlah ke dalam diri ke 3 anak pasangan ini, di mana, ke semuanya amat pintar dan berdaya kepimpinan, disertai dengan budi bahasa yang tinggi di dalam diri masing-masing.
Kak Sue dan suami bermuhasabah diri, merenungi kekurangan yang ada pada diri dan keluarga kami. Sesekali, jauh di sudut hati terasa bahawa apa yang kami lakukan untuk ke 2 ibu kami amat jauh dari mencukupi berbanding dengan apa yang dilakukan pasangan ini terhadap ibu mereka. Bagaimana pun, kami cuba melakukan sedaya yang mampu, kerana jarak dan waktu yang memisahkan di antara kami dan ibu. Namun tidak salah jika kita mulakan dengan niat untuk berbuat baik, dan jika tiba waktunya nanti, kita laksanakanlah sebaik mungkin...
Kasih ibu membawa ke syurga..! Apalah nilainya wang dan kekayaan bagi kita, jika dibandingkan dengan segala kesusahan ibu sewaktu mengandung, melahir dan membesarkan kita... Baik dari segi wang mahu pun kasih sayang, berikanlah terbaik dan termampu buat ibu dan bapa kita... Jangan nanti kita menyesal hanya setelah mereka 'pergi' meninggalkan kita buat selamanya!
Benar seperti kata rakan suami di atas, 'ke mana perginya wang saya?' Semakin kita mengejar harta dan kekayaan, semakin ia menjauhi kita jika jalan yang kita tuju tidak diberkati Allah s.w.t. Sesungguhnya keredhaan Allah adalah pada kesukaan (restu) ibu dan bapa, dan kemurkaan Allah pula adalah pada kemarahan ibu dan bapa! Sebanyak mana pun harta dan kekayaan yang kita perolehi, jika ianya tanpa keredhaan Allah, akan ada sahaja musibah yang menimpa, sehingga ia hilang atau hancur begitu sahaja setelah sekian lama berusaha dan bersusah payah untuk mendapatkannya. Malah, balasan dari Allah s.w.t. terhadap anak-anak yang mengabaikan ibu dan bapa kadang-kadang menjadikan seseorang itu mati kerana kekayaan yang dimilikinya! Berikanlah yang terbaik buat ibu dan bapa kita, semoga Allah s.w.t. memberikan yang terbaik pula untuk kita dan zuriat kita...
Kepada teman-teman yang belum melakukannya, mulailah sekarang dan lakukanlah dengan ikhlas, pastinya anda akan merasai tenang, bahagia dan diberkati Allah dalam segala urusan dunia dan akhirat anda. Mulakanlah hari ini, walaupun hanya dengan bertanya khabar dan mengucapkan kata "....saya sayang emak (ayah)...!". Berikanlah sedikit dari rezeki anda kepada ibu dan ayah, walaupun hanya $20 atau $50 sebulan! Pasti mereka akan tersenyum! Bukan jumlah wang yang mereka kira, tetapi 'nilai kasih dan ingatan' dari anaknya...
Di sini kak sue catatkan antara himpunan firman Allah dan sabda Rasulullah yang menyeru manusia berbuat baik dan mengutamakan ibu bapa...
1-Firman Allah s.w.t bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua, sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku sewaktu kecil" (Surah al-Isra' ayat 24).
2-Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa" (Hadis riwayat at-Tarmizi).
3-Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara; sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya" (Hadis riwayat Muslim)
4-Sabda Rasulullah s.a.w: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan orang tua (ibu bapa), dan kemurkaan Allah terletak pada kemarahan orangtua" (Hadis riwayat at-Tarmizi)
5-Sabda Rasulullah s.a.w: "3 perkara yang disukai oleh Allah s.w.t;
1-Solat pada waktunya
2-Berbakti kepada ibu bapa
3-Berjihad pada jalan Allah" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Jika kita perhatikan kepada sabda Rasulullah di atas, jelas bahawa Allah s.w.t MURKA (marah) pada seseorang anak apabila dia menimbulkan kemarahan ibu bapanya. Malah berbakti kepada ibu bapa lebih diutamakan Allah s.w.t berbanding dengan berjihad di jalan Allah.
Sepertimana 'beratnya' ibadah solat, begitulah beratnya seruan Allah dan Rasul supaya berbakti dan menghormati ibu bapa. Jika tidak sempurna solat seseorang, maka tiadalah ganjaran Allah untuk kebaikannya yang lain. Justeru, apa guna kita berjihad jika ibu bapa sendiri diabaikan? Setelah berbakti kepada mereka, barulah kita boleh mengorak langkah untuk berjihad dalam keredhaan Allah dan ibu bapa kita...
Maha Suci Allah telah menentukan segala hukum dan peraturan kepada hambaNya. Semoga kita semua diredhai dan diberkati Allah s.w.t. Wassalam.
~Sue~
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment