AL-FATIHAH
**************************************************
Islam Dan Iman: Jatidiri Generasi Muda
“Adapun orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal soleh, dia termasuk dalam orang-orang yang beruntung”. (Surah Al-Qasas ayat 67)
Ya, orang-orang yang beruntung! Beruntunglah orang-orang yang merasai kemanisan iman dan kebahagiaan taqwa. Semoga kita semua diberkati oleh Allah dengan kemuliaan dan kejayaan.
Mampukah kita menjadi umat yang hebat dengan mencontohi kehidupan beragama 10 orang Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin Syurga, sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah...?
Senarai 10 orang Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin Syurga:
1. Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه
2. Umar Al-Khattab رضي الله عنه
3. Uthman Al-Affan رضي الله عنه
4. Ali Bin Abu Talib رضي الله عنه
5. Talhah Bin Ubaidillah رضي الله عنه
6. Zubair Bin Awwam رضي الله عنه
7. Sa’ad Bin Abi Waqqas رضي الله عنه
8. Abdul Rahman Bin Auf رضي الله عنه
9. Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah رضي الله عنه
10. Sa’id Bin Zaid رضي الله عنه
Saat-saat Bertemu KEKASIH
Berkenaan pengisian keimanan, seperti mana yang telah dihuraikan dalam rencana sebelum ini, kita wajib mendirikan solat fardhu 5 waktu, di samping teramat perlu pula kita menjaga kekusyukan sewaktu mendirikannya. Marilah kita bersama-sama terus menunai, memelihara dan menghidupkan solat kita dengan khusyu' sebelum tiba masanya kita disolatkan! Semoga dengan solat yang khusyu', kita kian jatuh cinta kepada Allah! Inilah saatnya kita bertemu dengan kekasih yang agung, yang mencipta kita dan menguasai setiap sesuatu.
Sempurnakah Solat Kita?
Menghayati Perasaan-perasaan Islam
Pernahkah kita bermuhasabah diri dan “Menghayati Perasaan-perasaan Islam” dengan mengajukan soalan kepada diri sendiri seperti “Pernahkah kita merasai Kemanisan Iman dan Kebahagiaan Taqwa?” dan diikuti dengan persoalan “Banggakah kita menjadi Muslim?”.
Mengapa persoalan-persoalan ini perlu diberi penekanan dan memerlukan jawapan? Ini kerana realiti semasa hari ini jelas menunjukkan satu trend, di mana “too many people wear the title of a Muslim, but they don’t practise Islam!“. Alhamdulillah, ramai yang telah menjadi Muslim pada nama dan kad pengenalannya, tetapi tidak pada perasaan, percakapan dan tindakannya. Apapun, perlu dinyatakan betapa masih ramai dalam kalangan umat Islam yang terus kekal dengan prinsip Islamnya.
Senario di atas dinyatakan sebagai satu dilemma nyata yang perlukan perhatian holistik secara bersama. Mudah-mudahan dengan teori retorika yang disepadukan dengan kemahuan membara untuk beramal, akan dapat menghindari kejahilan penghayatan beragama, lalu menyemarakkan penghasilan umat Islam yang berminda sedar akan ad-deen, iaitu menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Krisis Identiti dan Krisis Idola
Generasi muda adalah aset penting dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah. Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di saf hadapan sekaligus menjadikan kebangkitan pemuda sebagai agenda penting dalam senarai teratas pemerkasaan tamadun Islam.
Daripada pengamatan semasa, ramai bersetuju betapa cabaran utama generasi muda, malah umat Islam secara umum, adalah krisis identiti dan krisis idola! Mungkin idola bukanlah perkataan terbaik dan qudwah hasanah lebih bermakna, tetapi idola adalah perkataan diterima umum yang sedia dimaklumi oleh generasi masa kini.
Menuding jari dan menyalahkan pihak-pihak lain adalah perkara termudah untuk lari dari krisis-krisis ini. Temasya pencarian ‘kambing hitam’ untuk menanggung bebanan sekaligus dipersalahkan dalam hal sebegini juga terlalu mudah diungkap dan diwar-warkan di sana-sini. Huru-hara pemikiran dan kecelaruan perlakuan yang dialami oleh kebanyakan (bukan semua) umat Islam hari ini boleh saja disandarkan kepada pengaruh Barat/ konspirasi Yahudi/ Illuminati/ Freemasons/ gerakan Kristianisasi, parti pemerintah yang sekular, pengaruh media massa dan lain sebagainya.
Tidak dinafikan, perkara-perkara di atas sememangnya mempunyai peranannya tersendiri dalam meruntuhkan benteng iman dalam diri Muslim, tetapi ianya adalah faktor luaran yang darjah pengaruhnya masihlah relatif kecil berbanding faktor dalaman iaitu jatidiri Muslim.
Bangga Dan Bersyukur Menjadi Muslim
Apakah makna jatidiri? Jatidiri ialah unsur-unsur kehidupan yang mencerminkan lahiriah individu atau masyarakat. Dalam pengertian sahihnya, jatidiri ialah identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang punya sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan. Maknanya jatidiri Muslim ialah identiti pada Muslim yang menggambarkan keutuhan beragamanya dan kebanggaannya pada kepercayaan betapa “La ilaha illalLah, wa Muhammadur Rasulullah” yakni “Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Pesuruh Allah”.
Profesor Hamka menyebut: “20 ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya, sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menjalankan pedati, tentu harganya akan lebih kurang sama. Akan tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama ‘harganya’. Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Namun bagi manusia, peribadinya!”
Saudara Sharudin di dalam blognya Sharudin.com menukilkan tentang ‘bangga’nya Sami Buddha dengan kepercayaannya seperti berikut:
"Saya memetik sami Buddha ini beberapa kali di dalam tulisan saya. Kerana saya cukup terkesan dengan apa yang saya lihat di Manchester, sewaktu belajar dulu. Punya tenangnya mereka, berjalan di bandar besar tersebut. Masih ada yang berkaki ayam. Apa peduli orang lain kata. Aku dengan tuhan aku. Aku cinta tuhan aku. Engkau ada apa? Begitu tebalnya percaya di dalam jiwa mereka, letaklah api di jalan, dia tak berhenti berjalan, kecuali ada semut api, kerana bukan takutkan apinya tapi takutkan semutnya. Ajaran Buddha melarang sama sekali membunuh binatang, apatah lagi membunuh orang … macam 911 tu!"
"Sudah pasti seorang Muslim tidak setuju dengan apa yang diperjuangkan oleh si Buddha tadi. Jumud. Ketinggalan. Macam manalah agama mereka ni? Maka timbul angkuh di hati mereka. Terutama apabila membaca di dalam Al-Quran yang Allah bersama dengan orang-orang Islam (Muslim). Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Sobirin. Khalisin. Mukminin. Muttaqin dan pelbagai lagi.
Kita bukan tak terfikir seperti mereka (sami) berfikir. Tuhan engkau tu salah. Tuhan aku ni yang betul. Cikgu aku ajar begini begini. Kau ni sesat, sekurang-kurang dalam hati. Tetapi tidakkah kita tambahkan sedikit pemikiran kita untuk bertanya kepada diri, soalan-soalan yang mengarah kepada membuktikan kepercayaan kita."
Nota: Tanyakanlah juga kepada diri soalan-soalan yang memungkinkan kita lebih komited kepada Islam dan keimanan. Mudah-mudahan ia menjadi wacana ke arah merasai kemanisan iman dan kebahagiaan taqwa!''
Bagaimana pula dengan kita? Masih malu untuk beragama? Masih segan untuk membuktikan kecintaan kepada Allah dan RasulNya lebih dari manusia seluruhnya? Masih tersipu-sipu malu untuk menzahirkan dan berkata, “Yes, I’m a Muslim and proud of it“? Tepuk dada, tanyalah iman. Buat mereka yang terus bahagia dengan beragama dan hidup berTuhan, bersyukur dan istiqamahlah! Buat mereka yang buta syariat agama, belajar dan carilah murabbi!
Buat generasi muda yang masih mencari, teruskan pencarian dan doamu sehingga dirimu mengenal Allah! Buat mereka yang berdosa dan sering tergoda, bertaubatlah sehingga taubatmu bertahan, taubatlah berkali-kali! Lambat laun taubatmu akan diterima, asal saja ianya lahir dari hati yang insaf dan ikhlas! Sesungguhnya "Life does'nt begin at 40!" Tetapi... "Life begins once Allah The Almighty has given you your soul, from the very moment you were existed in your mom's womb!" Dosa dan pahala akan mengiringi setiap niat, tutur kata dan perlakuan setiap dari kita, seawal usia kita mula baligh..! Janganlah terlena dalam bisikan syaitan dan arus tamadun sekular sehingga merosakkan pendidikan dan pendirian agama Islam dalam diri kita..!
“Adakah Kau Lupa? Kita Pernah Berjaya Dan Menguasai 2/3 Dunia!”
Akhirnya, perhatikan semula senarai 10 orang Sahabat-sahabat Nabi yang disenaraikan di awal entri ini. Tanyalah diri, daripada 10 orang itu berapa ramaikah yang sudah kita kenal biodata, sejarah perjuangan, kehebatan pengorbanan dan kehidupan beragama mereka? Ataukah kita juga sebenarnya mengalami krisis idola? Kerana Akademi Fantasia (AF), ramai yang sudah amat kenal dengan juara-juaranya yang belum tentu masuk Syurga! Kerana "Demam Bola Sepak" menerusi Liga Euro, World Cup 2010, puluhan pemain bola sepak yang belum tentu ahli Syurga menjadi buah mulut dan dijadikan idola! Saban malam setiap ahli keluarga dan sahabat handai akan terpacak menonton dalam kekusyukan, namun 10 orang Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin Syurga, tidak terdetikkah untuk kita membaca sirahnya dan menjadikannya qudwah hasanah? Tepuk dada, tanya iman!
Wassalam.
~SUE~
Rujukan: Al-Ghazali, Muhtar Hj Suhaili.
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
March 3, 2010 at 1:43 PM
Salam Sue dan semua pembaca blog ni,
Saya ingin menjemput anda semua untuk participate dlm survey saya berkenaan dengan Blog Quality Evaluation. Anda juga berpeluang utk memenangi 4GB Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.
Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/
atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation
TQVM
-zu-
April 3, 2010 at 1:57 PM
>>Bujang Susah:
wlkmslm... Trima kasih d atas perhatian n ksudian tuan mnjenguk blog k sue yg serba kkurangan. Smga tuan jga dberi kbrkatan oleh Allah swt.
>>myfuzzyworld:
wlkmslm...insyaAllah akan k sue jgok nti..
Post a Comment