AL-FATIHAH
**************************************************
Mak...Dikaulah Ratu...hidupku..!
Entah mengapa selepas menulis n3 pasal si Nita, hati ummi teringat dan terasa rindu sangat pada mak(mek) di kampung... Sebenarnya memang kami satu keluarga sudah merancang untuk balik kampung pada hari Jumaat ini... Bagaimanapun abang tak dapat ikut serta kerana masih perlu menduduki peperiksaan semeseternya yang tertunggak oleh cuti Hari Raya Haji tempuhari. Jadi, sebaik sahaja babah sampai ke rumah dan selepas berehat sekejap, kami akan bertolak balik ke Kelantan...(penerbangan dari Miri malam tadi berlepas pukul 9.30 malam, babah akan sampai ke KLIA airport kira2 pukul 11.30 atau 12 tengah malam. Perjalanan ke Melaka mengambil masa 2 setengah jam... Rasanya dalam pukul 2 setengah atau 3 pagi babah akan sampai ke rumah).
Sebenarnya mek ummi juga kurang sihat kebelakangan ini... maklumlah umurpun dah 75 tahun, banyak penyakit yang singgah ke badan.. Namun mek ummi seorang wanita yang amat kuat semangatnya.. Wanita yang tabah menghadapi hidup.
Sebelum ini mek pernah bertahun-tahun tinggal bersama ummi. Seronok apabila mek berada di sisi.. Mek banyak memberi nasihat dan pedoman dalam menghadapi kehidupan seharian, cara mendidik anak-anak, cara melayan suami, cara meningkatkan iman di hati, dan yang paling penting... mek adalah semangat dan pendorong ummi untuk tabah menghadapi hidup, selain dari suami dan anak2 ummi...!
Mek...ummi rindu sangat pada mek...! Sungguh2 rindu.. Kalaulah bukan kerana babah sudah dalam penerbangan balik ke rumah, mahu saja ummi balik ke kampung bersama adik untuk berjumpa mek... Ummi nak peluk mek erat2... Ummi nak cium mek lama2... Ke dua-dua hari Raya tahun ini ummi tak dapat beraya dengan mek! Maafkan ummi kerana bukan sengaja ummi tak mahu balik, tetapi kerana tugas yang terpaksa dilaksanakan ...
Mek...Ummi sayang mek..! Jika ada seribu mawar sedang berkembang, akan ummi petik dan taburkan di halaman rumah mek... Jika ada melur putih yang sedang berkembang di taman... akan ummi sanggulkan di rambut mek... Wajah mek yang berseri akan lebih bercahaya indah dalam wangian bungaan...
Mek... mengapa hati ini tiba-tiba sayu dan sedih...
Mengapa suara mek di telefon terdengar lemah...?
Sedihkah mek kerana ummi lambat tiba?
Sabarlah mek...Tunggulah.... Sekejap saja....Kita akan bersama lagi...
Mek, dari kejauhan ini ummi mohon restu dari Illahi agar mek sentiasa selamat dan diberkati.
Semoga Allah s.w.t. meringankan segala kesakitan yang mek alami....
Semoga Allah s.w.t. megasihani mek...
Ya Allah... Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
Kau ampunilah segala dosa2 ibuku...
Kau ringankanlah segala bebanan rohani dan jasmaninya..
Kau kuatkanlah keimanan dan taqwanya..
Kau sirami jiwa ibuku dengan rahmatMu yang melaut...
Ya Allah...
Aku bersyukur dikurniakan seorang ibu yang pengasih dan penyayang..
Aku bersyukur dikurniakan ibu yang penyabar dan beriman...
Aku bersyukur dikurniakan seorang ibu yang mendidik aku ke jalan yang benar...
Aku bersyukur dikurniakan seorang ibu yang sentiasa mendoakan aku dan keluargaku...
Aku bersyukur kerana dia adalah IBUku,
RATU hidupku...
Ya Allah...
Andai tiba juga saat yang mendebarkan...
Saat yang memisahkan kasih sayang di antara kami...
Saat yang memulang segalanya pada yang Hak..
Andainya tiba saat itu nanti....
Kau ambillah hakMu itu dengan penuh kasih sayangMu....
Kau terbangkanlah rohNya di atas sayap bidadari yang paling gemalai....
Kau curahkan wangian kasturi dari syurgaMu pada pakaiannya..
Kau bukakan kelopak bebunga syurga berkembang menyambut kedatanganmya...
Kau hadapilah wajahnya dengan senyuman terindah untuk muslimah sejati...
Agar ibu berbahagia di sana...
Agar ibu tenang di sana..
Ya Allah...
Kau payungilah ibuku denag payung terindah di syurga..
Semoga dalam redup dingin dan indahnya suasana syurgaMu...
Ibu akan kembali bertemu dengan kekasihnya..
Ibu akan kembali menyulam rindu yang tersimpan...bersama ayah..!
Semoga jika tiba saatnya nanti..
Ia menjadi detik terindah buat ibu...
Detik yang dinanti-nanti...
Mengadap Illahi...
Maha Suci Allah Tuhan ku, Tuhan seru sekelian alam...
Aku bermohon padaMu dalam doa yang kudus...
Izinkan aku menemui ibuku...memeluk dan mencium ibuku...
Sebelum tiba saatnya nanti...
Aku teramat merindui ibuku...
Aku berdoa padaMU Ya Allah...
Dengan sesungguh hatiku...
Dengarkanlah..
Makbulkanlah...!
Amiin, Ya Rabbul 'aalamiin...
Ya Allah
Ya Rahmaan
Ya Rahiim
Ya Malik
Ya Khaliq
Ya Hayyu
Ya Qayyum
Ya Qawiyyu....
Ya 'Aliyyu
Ya Dzaljalaa liwalikraam
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu..
Engkau Yang Maha merancang...
Dan Engkau Yang Maha Melaksanakan...
Semuanya adalah milikMu!
Allah hu Akbar..
Laa ilaa haillallah..
Muhammadan Rasulullah....
Kasih sayang selamanya...
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
January 2, 2010 at 11:29 PM
Salam kak..baru berkesempatan baca entri akak ni.semoga ibu akak dikurniakan kesihatan yang paling baik..
akak ni memang ada bakat semulajadi dalam penulisan... :)
January 4, 2010 at 5:08 PM
Amiinn...Mdah2n beliau dikasihani Allah swt serta dsembuhkan segera dr sgala kesakitan. Smoga diampuni smua dosa2 n drahmati slalu... TQ Sue..
Post a Comment