feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

SIAPA NAK JAGA MAK NI...?

Labels:


Hari ni ummi rasa penat sangat... Baru saja nak duduk sewaktu balik dari hospital (routine medical check-up), tiba-tiba pulak telefon menyanyikan lagu pop rock..! Erm.., ini tak ada orang lain punya kerja, mesti adik yang menukar ringtone ummi, ish, memang kenal sangatlah ustaz rock ni... (suka sangat dia mengodek telefon maknya.. Bila habis kredit telefonnya, seronoklah dia meminjam telefon ummi.. Diminta tambahkan kredit, ummi buat tak layan! Saja jer.. bagi kureng sket aktiviti jari dia memicit keypad handphone, hehe..).

Ops, membebel2 ummi, sampai lari dari n3 senja nih... sabau jer ler..

Sebenarnya yang menalipon ummi tadi tu seorang kawan, dari Kuala Lumpur... dia bercerita, mengadu hal mengenai kisah keluarganya. Maknya yang sedang sakit tinggal bersama abangnya di kampung halamannya di Perlis.

Sooo...?

Baru saja seminggu maknya sakit, abangnya dah menalipon, merungut2 banyak berhabis duit buat membeli ubat-ubatan maknya...

*
mengeluh...!*

Selama ni, maknya lah yang banyak berkorban tenaga dan harta menjaga makan pakai abangnya dan anak-anak abangnya yang telah kematian isteri sejak 12 tahun yang lalu.... Maknya yang memasak dan membela serta mendidik cucu2nya sehingga sekarang dah agak berjayalah, seorang dah dapat ijazah pertama, dan seorang lagi di tahun akhir di sebuah kolej.

*Not bad..!*


Persoalannya, Si Nita (nama samaranlah ye..), bukan senang atau mewah sangat pun, tetapi disebabkan dia dan suaminya bekerja dan rajin mencari duit lebih (macam2 Direct Selling yang dia masuk!), jadi bulanan mereka agak tepatlah 'sorruu'nyer. Alhamdulillah... Adik beradik yang lain pun ada kerjaya masing-masing, tetapi tak taulah macamana pula perbelanjaan harian mereka kerana selalu jugalah si Nita ni menjadi tempat mereka menghantar borang zakat... Tu pun banyak yang Nita simpan di belakang pintu store rumahnya kerana tabung jariahnya telah kekeringan...

*termenung kesian*.


Kata Nita, abangnya juga merungut sebab tak mampu nak mengangkat maknya ke bilik air untuk buang air dan mandi. Pernah sekali maknya terjatuh ketika cuba ke bilik air sendirian dan terus ter***** di depan pintu bilik air. Apa lagi.. bersepailah na**s maknya di situ.

Kata abang si Nita, "Aku tak laratlah nak cuci mak ni, na**snya sampai ke kepala, atas katilnya pun ada na**s, aku rasa mak dah tak terasa bila nak buang na**s... Beratlah macam nih! Aku ni jantan, bukannya tugas aku duduk kat rumah... Aku nak keluar cari rezeki untuk anak2 aku..."

"Maksud abang?" balas si Nita.

"Eh, ko pompuan kan? Baliklah jaga mak... Tuu, adik pompuan ko sorang lagi kat KL tu, buat apa? Tak boleh cuti ke sesekali, balik jaga mak? Si Malik pun sama, kalo tak raya tak reti nak balik, atau hantar duit ke sikit!" Serang abang si Nita.

"I dah macam hilang akal Sue, bukan I tak nak jaga mak, dah berkali-kali I ajak mak tinggal dengan I. Tapi mak nak jugak tinggal di kampung dengan abang I tu.. Ikutkan, suami I pun memang seronok sangat nak jaga mak I sebab dia memang sayang mak I.." Luah si Nita dalam talipon...

*
macam2 kes...*


"Dah lama ke mak you 'menyusahkan abang you tuu?" Ummi cuba merisik kisah benar...

"Mak tinggal dengan abang dari sejak isteri dia meninggal. Waktu tu anak2 abang I tu baru tingkatan 2 dan 4. Mak yang jaga makan pakai dia orang. Abang I biasalah, tiap hari pergi kerja," Balas si Nita.

"Bila mak you mula sakit, berapa umurnya sekarang?" Tanya ummi lagak seorang doktor la pulak....

"Baya mak you jugak...75 tahun. Alah, baru 1 bulan ni mak demam2 dan mak pun baru sekali jatuh depan bilik air tu. Sebelum ni biasalah orang tua, demam2 urat sikit. Lenguh2 sana-sini. I pun ada juga dengar mak mengadu penat... bersolat pun sambil duduk aje, tak larat nak berdiri lama-lama... Masa mak duduk rumah I sebulan dua, I tak bagi mak buat kerja, I belikan vitamin dan suruh mak rehat betul2... Tapi mak boring pulak duduk kat bandar lama-lama." Panjang lebar pulak si Nita bersirah pasal maknya.

"Yang I geram tu Sue, abang I kalo bukan nak pinjam duit, dia takkan talipon I.. I sms pun jarang berjawab, susah betul I nak berhubung dan mendengar khabar pasal mak melalui abang I nih. I kena merisik khabar dari mak sedara I yang tinggal berjiran dengan abang I... Kan pelik tuu? Pastu, bila I kata tak ade duit nak pinjamkan dia, abang I marah2... I nak balik jenguk mak di kampung pun tak dibaginya, buat serabut kepala dia jer kalo famili I balik, dia kata..! Geram tau Sue!" Marah betul si Nita pada abangnya kali ini.

*Marah dan sedih*

"Abes, apa you nak buat apa sekarang?"

"I nak balik jugak... Nak cuba pujuk mak datang dok dengan I la kat KL ni.. Memang susah sikit, I tak ada pembantu rumah, tapi apa boleh buat... keadaan kritikal, I usahakanlah nanti.. Daripada mak hari2 dikatakan menyusahkan abang I, biarlah I yang jaga mak.. Alaa Sue, mak I mengandungkan setiap orang anaknya 9 bulan, menyusu badan, memberi makan minum kami dan mendidik kami sampai kami jadi orang tua, boleh kahwin dan beranak pinak, takkan mak I sorang I tak boleh jaga... I akan cuba yang termampulah... mak I Sue... I ada sorang mak jer, bukan 2, bukan 3... Ayah I dah lama meninggal, mak I nak harapkan siapa lagi kalo bukan anak2nya? Tapi 4 orang anaknya tak mampu nak bela mak kami sorang...!" Tersekat-sekat suara si Nita dihujung telinga ummi.

*Terasa air mata ummi pula menerjah di bibir mata*

"Ya lah Nita... saat2 beginilah kalo you nak balas jasa2 mak you tu pun... Pergilah balik. Pedulikan abang you... Pujuk2lah mak you, mana tau mau pulak dia ikut you kali ni... Barakahnya besar Ta, kalo kita jaga mak kita, lebih2 lagi dalam keadaan dia sedang sakit..." Ummi cuba mententeramkan perasaan si Nita.

"Sue... Thanks for listening yer.. I tak ade tempat nak mengadu... Adik beradik I bukannya nak bersatu hati cari penyelesaian... Sori tau mengganggu you... salamu'alaikum..!"

"Ok... No hal...wa'alaikumussalam."

*Mengeluh lemah..*


Mak, oh mak...!

*Rindu pada mak*


Mengapalah seseorang yang yang dipanggil 'mak' sering ditimpa nasib sebegini rupa... Dari dalam kandungan mereka menjaga kita sehingga lahir dan meningkat dewasa, semuanya mak dan ayah yang menguruskan perbelanjaan makan minum dan pakaian kita, persekolahan dan perbelanjaan2 lain sebelum kita mendapat pekerjaan dan boleh berdikari. Malah ummi sikit pun tak hairan kalau ada di antara anak2 mak yang telah dewasa dan berumah tangga serta beranak-pinak, masih terkadang-kadang 'meminjam' wang dari mak kerana masalah ekonomi rumah tangga yang meruncing...!

Ada ramai pasangan yang tak mampu mengambil pembantu atau menghantar anak2 ke pusat asuhan, dengan 'senang hatinya' menjadikan mak mereka sebagai orang gaji terhormat atau pengasuh anak2 samada di rumah sendiri atau di rumah mak... Kadang2 mak dan ayah (atok) bermasam muka juga kerana ayah terasa diabaikan dek penangan sibuk menjaga cucu2 yang ada. Kadang2 mak mengeluh kepenatan kerana sudahlah penat seharian menjaga cucu2nya, bila ada saja kemalangan yang tak disengajakan menimpa cucu jagaan mak, mak jugalah yang kena marah atau diperli tak pandai menjaga cucu oleh anak dan menantu... Apalah nasib seorang mak??? Kenapa mak saja yang perlu berkorban masa, tenaga, rohani dan jasmaninya untuk anak2???

Lumrahnya bila ayah meninggal pula, tinggallah mak keseorangan. Cukup bernasib baik jika mak dibawa tinggal dan dijaga oleh anak2nya sama ada secara tetap oleh seorang anak mithali, atau bergilir2 umpama seorang nazir yang melawat rumah anak2nya mengikut jumlah anak... Tapi kenapa mak saja yang perlu berkorban??? Kenapa anak2 tak perlu fikir bagaimana nak membalas balik segala pengorbanan mak pada anak2 selama ini? Mengapa keperluan rohani dan jasmani mak sering diabaikan? Tutur kata sewaktu bercakap dengan mak selalunya 'pakai hentam' saja tanpa memikirkan mak mungkin berkecil hati dengan ucapan kita atau sebarang keputusan yang kita sebagai anaknya buat jika ia melibatkan mak? Adakah kerana mak tidak lagi mempunyai kekuatan dan tempat bergantung (suaminya iaitu ayah kita) maka mak diperlakukan sebegitu sahaja? Anak2 lelaki sering melebihkan isterinya dari segi penjagaan perasaan, makan minum dan kebajikan lain berbanding dengan mak sendiri... Adakah kerana isteri kita melahirkan zuriat2 kita dan saban waktu menjadi peneman kita di atas katil? Bagaimana pula kebajikan mak kita yang melahirkan kita dan sentiasa keseorangan serta kesepian di atas katil??? Terjagakah kesihatannya? Terubatkah kesepian jiwanya? Bahagiakah mak tatkala meniti hari-hari terakhir di dunia ini?

Masih adakah saki-baki perasaan bertimbang rasa atau hormat dan sayang kepada mak yang melahirkan kita ke dunia ini? Berapa kerap kita memeluk mak, mencium tangan dan pipi mak, berbanding kekerapan kita memeluk dan mencium pipi pasangan kita dan anak2 kita? Berapa kerap kita mendoakan mak berbanding kita berdoa untuk kejayaan sendiri, isteri dan anak2 kita? Mak pernah berdoa agar Allah s.w.t mengalihkan segala kesakitan yang ditanggung oleh setiap anaknya agar berpindah ke atas diri mak, asalkan anak2nya sihat dan bahagia... Pernahkah kita berdoa agar Allah s.w.t. memindahkan kesakitan mak kepada kita sebagai galang ganti??

Sesekali mak terbuang air secara tak sengaja di ruang tamu bersofa mahal di rumah kita kita sudah melenting... atau sekurang-kurangnya akan berasa tertekan, bagaimana pula mak melayan berak kencing kita di waktu siang dan malam sewaktu bayi dan kanak2? Sanggup pula mak bangun memberi minum susu kepada kita atau menukar lampin yang basah dek najis dan air kencing kita di waktu orang lain sedang lena diulit mimpi dinihari, tanpa keluh dan kesah... Bagaimana pula jika mak terkencing di malam hari, sehingga membasahi tilamnya, adakah kita juga akan bangun menukar lampin dan mencuci najis mak? Tanpa keluh dan kesah juga? Wahai mak, beruntunglah jika mempunyai anak atau anak2 mithali yang berebut2 mendapatkan kunci syurga dengan memberikan layanan kelas pertama kepada mak..! Alhamdulillah... Jika sebaliknya, na'uzzubillah...!

Ummi hanya seorang wanita biasa... punya mak, punya suami dan punya anak2.. Gementar hati ummi sebenarnya tatkala meneliti kembali cerita si Nita...Takut jika kemampuan ummi untuk membahagiakan mak tidak kesampaian dek kejahatan nafsu dan tipisnya iman ummi dalam melayan karenah seorang mak... Bukan calang2 kesabaran dan keimanan yang perlu memenuhi rongga hati dan nafsu kita jika ingin berada dalam keredhaan Allah s.w.t, jika ianya berkaitan dengan seorang yang bergelar mak..! Sedikit hati mak tersentuh... terbukalah seluas2nya pintu neraka untuk meratah setiap inci daging dan tulang kita dengan api yang ganas membakar... Subhaanallah...

Terdetik pula di hati ummi...., sudah berapa banyakkah dosa yang ummi kumpulkan dalam melayani dan memenuhi tanggung jawab ummi kepada seorang lelaki bernama suami... Sedangkan syurga ummi berada dalam genggamannya, di bawah tapak kakinya...!


Tersentap juga hati ummi memikirkan bahawa ummi mempuyai 2 orang anak lelaki, yang pasti tanggung jawab mereka amat berat... terhadap ibu bapa, di samping isteri dan anak2 yang bakal dilahirkan nanti... Ya Allah... Kau bimbinglah anak2ku agar sentiasa beriman kepadaMu dan melayani ibu bapanya sebagaimana yang Engkau kehendaki..... Sesungguhnya kunci syurga seorang wanita berada di bawah tapak kaki suaminya setelah beliau berkahwin. Namun, syurga seorang lelaki TETAP di bawah tapak kaki ibunya, maknya, umminya...! Ingatlah wahai anak2ku... dan anak2 saudara2 seislam ummi di luar sana... JANGAN PERMAINKAN MERTABAT SEORANG MAK jika tidak mahu dihumban ke NERAKA JAHANAM...!!!

*Sedih dan terharu sangat....*



Sekian, wassalam.






0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."