Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri
di dalam perayaan hari raya orang-orang kafir, dalam bentuk apa sekali
pun. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir
ke rumah mereka (dengan niat meraikan),hadir di majlis-majlis terbuka
anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (lebih buruk), hadir
di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir,
mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan
sebagainya. Perayaan hari raya orang kafir di sini pula mencakupi
seluruh perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari
yang disambut oleh orang-orang kafir, yang berhubung kait dengan akidah
dan kepercayaan mereka..
وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
“...dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan
perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja)
dengan menjaga kehormatan dirinya” (Al-Furqan, 25:72).
Berdasarkan ayat ini , ramai ulama' yang menyatakan haramnya menghadiri
perayaan atau hari raya kaum kafir.
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
“Kaum Muslimin telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi
dan Nasrani. Kaum Muslimin juga dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya
orang-orang kafir dan musyrik.” (Ibnu Tamiyyah; Iqtidha’ al-Shirath al-Mustaqim).
.
Imam Maliki pula menyatakan,
“Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang musyrik
atau kafir,atau memberikan sesuatu (hadiah), atau menjual sesuatu kepada
mereka,atau naik kenderaan yang digunakan mereka untuk merayakan hari
rayanya.Sedangkan memakan makanan yang disajikan kepada kita hukumnya
makruh,baik yang dihantar oleh mereka atau mereka mengundang kita
(kepadanya).” (Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Shirath al-Mustaqim).
Abu al-Qasim al-Thabari mengatakan,
“Tidak boleh bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mereka karena mereka
berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur
dengan ahli mungkar, tanpa mengengkari mereka, maka ahli ma’ruf itu adalah
sebagaimana halnya orang yang meredhai dan terpengaruh dengan kemungkaran
itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jama’ah mereka, yang meliputi
secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murka-Nya Ibnu Qayyim
al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah).
Abdul Malik bin Habib,seorang ulama Malikiyyah menyatakan,
“Mereka tidak (boleh) dibantu sedikit pun pada hari perayaan mereka. Sebab,
tindakan (tersebut) merupakan penghormatan terhadap kemusyrikan mreka
dan membantu kekufuran mereka. Dan seharusnya para pemimpinn melarang
kaum Muslimin melakukan perbuatan tersebut." Ini adalah pendapat Imam Maliki
dan lainnya. (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa).
Di era kegemilangan pemerintahan Islam, bermula dari zaman Rasulullah saw,
kaum Muslimin tidak dibenarkan merayakan hari raya Ahlul Kitab dan kaum
musyrikin.Dari Anas ra bahawa ketika Rasulullah saw datang ke Madinah, mereka
(kafir) memiliki dua hari raya yang mereka rayakan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
قَدْ أَبْدَلَكُمْ اللَّهُ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا : يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
“Sungguh Allah swt telah mengganti dua hari itu dengan dua hari yang lebih
baik daripada keduanya,iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.”(HR. Abu Daud dan
al-Nasa’i).
Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khathab, beliau telah melarang
kaum Muslimin merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqi telah
meriwayat dengan sanad shahih dari ‘Atha’ bin Dinar,bahawa Umar ra
pernah berkata:
لَا تَعَلَّمُوا رَطَانَةَ الْأَعَاجِمِ وَلَا تَدْخُلُوا عَلَى الْمُشْرِكِينَ فِي كَنَائِسِهِمْ يَوْمَ عِيدِهِمْ فَإِنَّ السُّخْطَ يَنْزِلُ عَلَيْهِمْ
“Janganlah kalian memempelajari bahasa-bahasa orang-orang Ajam.
Janganlah kalian memasuki kaum Musyrikin di gereja-gereja pada
hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah swt akan turun kepada
mereka pada hari itu.”
Umar bin al-Khathab ra juga mengatakan,
اجْتَنِبُوا أَعْدَاءَ اللَّهِ فِي عِيدِهِمْ
“Jauhilah musuh-musuh Allah pada di hari raya mereka.”
Demikianlah, Islam telah melarang umatnya melibatkan diri di dalam perayaan
hari raya orang-orang kafir, walau apapun bentuknya. Melibatkan diri bermaksud
apa jua aktiviti seperti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka,
hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk
mereka (lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat
perayaan orang kafir, mengirim kad selamat,memberikan hadiah kepada mereka
dan sebagainya. Sementara, perayaan hari raya orang kafir pula bermaksud,
seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang
berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung
kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik musyrik mahupun ahlul kitab.
Ada golongan Muslimin berpendapat. dibolehkan mengucapkan Selamat
Hari Krismas kerana berdalilkan sebuah firman Allah SWT, iaitu:
وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا
“Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku
dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan
hidup kembali” ( Maryam,19:33).
Memang di dalam ayat ini disebutkan tentang keselamatan pada hari
kelahiran Isa. Tetapi, hal ini tidak ada kaitan langsung dengan ucapan
Selamat Hari Krismas. Ia adalah perkara yang berbeza. Ini kerana,
Krismas atau Natal adalah perayaan golongan kafir Kristian kerana
memperingati kelahiran Jesus di Bethlehem sebagai Tuhan.
Semenjak abad keempat Masehi, pesta atau perayaan natal telah ditetapkan
pada 25 Disember, menggantikan perayaan Natalis Solis Invioti, iaitu
'kelahiran matahari yang tak terkalahkan'.
Semua Muslimin maklum bahawa keyakinan orang-orang kafir Kristian
terhadap Nabi Isa as (yang mereka sebut sebagai Jesus), adalah sebagai
Tuhan. Dan keyakinan inilah menjadi penyebab kekufuran mereka.
Banyak sekali ayat menegaskan hal ini, seperti firman Allah SWT;
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي
وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: 'Sesungguhnya
Post a Comment