AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
AN HONOUR KILLING : Amalan Jahiliah moden
Posted by
Sueozana
Labels:
Dicelah Kehidupan,
Pedoman Hidup
Kemajuan sains dan teknologi di abad 'aero-angkasa' berserta lengkapnya peraturan hidup yang dibawa oleh Islam sebagai agama yang sempurna hari ini, belum dapat diseimbangi oleh corak pemikiran sesetengah kelompok manusia, yang masih kuat berpegang kepada adat resam ciptaan mereka sendiri. Amat menghairankan jika kita mengetahui bahawa di zaman serba moden dan maju ini, terdapat sekelompok manusia yang sanggup membunuh zuriat sendiri yang telah dibela dan dididik dengan bersusah payah (sehingga menjadi seorang manusia dewasa), demi menjaga adat resam semata-mata. Mereka sanggup menafikan hak kemanusiaan, bahkan mencemar kesucian agama yang dianuti. Apa yang diperkatakan di sini bukanlah mengenai amalan sesat orang-orang kafir, tetapi amalan yang dipertahankan oleh sekelompok masyarakat dunia yang beragama Islam..! Aneh, tetapi benar...
Kes Pertama:
Pada tahun 2007, seorang gadis Pakistan (Saira Jatoi, 22 tahun), telah berkahwin lari mengikut pilihan hatinya dengan seorang pemuda (Ismail Soomro, 26 tahun). Mereka berasal dari 2 buah keluarga Islam dari keturunan Jatoi, dari daerah Sindh di Pakistan. Perkahwinan yang mendapat tentangan keluarga itu membawa kepada ancaman maut kepada pasangan tersebut berikutan dari keputusan ' mahkamah' puak Jatoi (yang dipanggil Jirgas) telah mengisytiharkan pasangan tersebut sebagai 'Karo-Kari' - iaitu pasangan (lelaki-Karo; perempuan-Kari) yang mendatangkan keaiban kepada keluarga. Walaupun tidak sah dari sisi undang-undang negara Pakistan, keputusan Mahkamah Jatoi yang dianggotai oleh golongan tua dari puak konservatif tersebut telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap pasangan tersebut demi menjaga kehormatan keluarga mereka. Dalam adat puak Jatoi, setiap perkahwinan masih dirancang oleh keluarga. Penentangan atau perkahwinan berdasarkan cinta pilihan sendiri menjadi suatu 'taboo' yang membawa kepada hukuman bunuh atau 'an honour killing'. Sehingga Jun 2009, pasangan ini mendapat perlidungan dari pihak berkuasa Pakistan dan dibenarkan menghuni sebuah bilik di ibu Pejabat Polis Garden di Pakistan dalam keadaan serba kedaifan bersama seorang anak mereka (Hasnain), yang berusia lapan bulan. Pasangan ini bersama anak mereka hidup melarat kerana tidak dapat keluar mencari pekerjaan, bimbang dibunuh oleh keluarga mereka sendiri.
Kes kedua:
Pada tahun 2003, pasangan Shaista Almani dan Balukh Sher Mehar dari daerah Ghotki di utara Sindh, Pakistan, telah berkahwin atas dasar cinta dan ditentang oleh keluarga mereka. Pergolakan dari kisah cinta mereka telah mengorbankan seramai 15 nyawa. Pasangan ini terselamat dari dibunuh kerana berjaya keluar dari Pakistan dan kini menetap di Norway.
Kes ketiga:
Seorang lelakipuak telah menanam hidup-hidup 3 orang remaja perempuan sebagai hukuman ke atas mereka kerana mengahwini suami dari calon pilihan sendiri. Terdapat juga pasangan yang ditembak mati sebagai perlaksanaan hukuman ke atas 'Karo-Kari'.
Statistik dari sebuah kumpulan hak asasi wanita Pakistan, Yayasan Aurat, seramai 550 orang telah menjadi mangsa kepada 'honour killing' sepanjang tahun 2008. Sebahagian besar dari jumlah ini, iaitu 204 orang wanita dan 96 orang lelaki menjalani hukuman 'honour killing' di daerah Sindh. Bgaimanapun, mengikut rekod yayasan ini, jumlah kes yang dilaporkan hanyalah mewakili sebilangan kecil dari jumlah sebenar 'honour killing' yang berlaku. Walaupun 'mahkmah Jirgas' diharamkan oleh kerajaan Pakistan semenjak 5 tahun lalu, namun 'honour killing' masih berterusan malah dilaporkan semakin meningkat...!
Apabila seseorang itu diisytiharkan sebagai Karo dan Kari, mereka boleh dibunuh oleh mana-mana anggota puak. Dalam beberapa kes berkaitan, wanita dan kanak-kanak perempuan sering dijadikan sebagai 'alat' pertukaran untuk menyelesaikan pertelingkahan.
Rumusan kes mengikut pandangan Islam...
Rasulullah s.a.w diutuskan ke dunia untuk menyebarkan agama Islam yang suci di zaman kemuncak kesesatan kaum Arab jahiliah di bumi Arab lebih seribu tahun dahulu. Umumnya kita boleh menerima pakai alasan bahawa kaum Arab sewaktu itu jahil dan sesat, bersesuaian dengan zaman kehidupan mereka, dan kehidupan masyarakat dunia amnya, masih belum mencapai tahap kemajuan seperti hari ini. Maka itulah, Allah s.w.t mengutuskan seorang Rasul khas kepada mereka, dan umumnya kepada manusia sejagat. Iaitu sebagai mediator untuk membetulkan kesilapan dan kesesatan orang-orang Arab jahiliah dan semua bangsa manusia di dunia ini, memandangkan pada waktu itu umat manusia telah jauh terpesong dari ajaran agama Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menyampaikan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia agar dapat mengatur kehidupan di dunia ini dengan lebih sempurna dan beretika. Peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w mencakupi semua aspek kehidupan bermasyarakat, yang diperlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup manusia di dunia dan juga di akhirat nanti. Di antara perlakuan sesat kaum Arab jahiliah yang amat ditegah oleh ajaran Islam adalah amalan membunuh anak-anak perempuan yang baru dilahirkan (dengan menanam mereka hidup-hidup), demi menjaga maruah keluarga, kononnya ditakuti anak-anak perempuan ini akan mencemarkan nama keluarga apabila mereka dewasa kelak. Orang-orang Arab jahiliah ketika itu amat memandang rendah kepada kaum perempuan.
Kedatangan syiar Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, sebaliknya memberi nafas baru kepada dunia di mana kaum perempuan diberi penghormatan dan kedudukan yang tinggi di sisi masyarakat dan lebih-lebih lagi di sisi Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Pencipta. Islam menekankan bahawa syurga bagi seorang anak adalah berada 'di bawah tapak kaki' ibunya (iaitu melambangkan ketinggian darjat seorang perempuan). Rasulullah s.a.w. sendiri melalui beberapa hadis baginda, menekankan secara perbandingan bahawa mertabat seorang ibu (mewakili kaum perempuan keseluruhannya), adalah lebih tinggi dari mertabat seorang bapa. Ini membawa maksud, untuk mendapat keberkatan dalam hidup di dunia dan untuk memasuki syurga di akhirat nanti, seseorang anak, mestilah mematuhi semua perintah ibunya selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Allah s.w.t. Jika seseorang anak perempuan yang telah berkahwin beralih keutamaannya, iaitu mengutamakan suami dengan mematuhi semua perintah dan meninggikan mertabat suaminya (melambangkan lelaki tetap tinggi mertabatnya) sebagai syarat baginya memasuki syurga, namun Allah s.w.t. tetap mengekalkan keutamaan mematuhi perintah ibu bagi setiap anak lelaki meskipun mereka telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:
" Andainya dibolehkan seseorang manusia itu menyembah sesuatu selepas menyembah Allah s.w.t, akan ku perintahkan umatku agar menyembah ibunya."
Begitulah besar dan tingginya mertabat seorang wanita (seorang ibu) di sisi agama Islam, iaitu sebuah agama yang sempurna buat semua insan di dunia ini.
Kedatangan Islam juga telah memerangi kesesatan kaum jahiliah yang menghalalkan perkahwinan di kalangan adik beradik dan saudara mara terdekat, yang kononnya diamalkan demi menjaga penyatuan kaum dan memelihara mertabat kebangsawanan suku kaum mereka. Hal ini terjadi kerana kaum jahiliah Arab terkenal dengan kekuatan amalan semangat 'assobbiah' (perkauman). Peraturan dan hukum perkahwinan dalam agama Islam mengharamkan perkahwinan di antara adik beradik seibu dan sebapa; adik beradik seibu tetapi berlainan bapa (bagi adik beradik dari ibu yang mempunyai anak dari suami yang bercerai hidup atau mati); adik beradik sebapa tetapi berlainan ibu (bagi adik beradik dari bapa yang mempunyai anak-anak dari berlainan isteri semasa, atau yang telah diceraikan dan juga yang bercerai mati); di antara ibu saudara dan anak saudara serta di antara bapa saudara dan anak saudara. Saudara terdekat yang dihalalkan untuk dikahwini adalah saudara sepupu (anak kepada bapa saudara sedarah atau anak kepada ibu saudara sedarah). Meskipun begitu, perkahwinan dengan saudara sepupu tidak begitu digalakkan dalam Islam kerana Islam menggalakkan penyatuan dan perkembangan ummah melalui sistem perkahwinan sejagat yang menggalakkan perkahwinan dengan saudara jauh atau suku kaum yang berbeza.
Meskipun agama Islam tidak menggalakkan perkahwinan yang ditentang oleh keluarga (terutama yang tidak mendapat restu ibu bapa) kerana berbagai faktor, seperti pasangan yang tidak sekufu (tidak seimbang) dari segi keturunan, pekerjaan (jaminan sara hidup dan masa depan), pendidikan dan lain-lain yang menjadi asas kepada kebahagiaan rumahtangga yang akan terbina, namun sekiranya ikatan perkahwinan itu telah terjadi (diijab dan kabulkan) secara sah mengikut syarat agama Islam, maka Islam melarang sekeras-kerasnya memutuskan ikatan tersebut, apalagi membunuh pasangan tersebut adalah haram dan berdosa besar. Sesungguhnya Allah s.w.t. mempunyai hak ke atas setiap nyawa makhlukNya dan tidak ada sesiapapun yang boleh mendahului hak Allah s.w.t sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta.
Allah s.w.t. adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Selepas pengutusan Nabi Muhammad s.a.w ke dunia sebagai Rasulullah yang membetulkan segala kesesatan dan keengkaran manusia terhadap Yang Maha Pencipta, Allah s.w.t telah berjanji akan membangkitkan kembali Nabi Isa a.s. di zaman akhir sebelum belakunya Kiamat. Ini semata-mata di atas sifatNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengampuni terhadap sekelian hambaNya. Kehadiran Nabi Isa a.s kelak akan kembali mengingatkan dan mengajar manusia tentang ke Esaan Allah s.w.t, serta peraturan-peraturan yang telah Allah s.w.t. tetapkan melalui agama Islam sebagai agama yang sempurna, demi memberi ruang keinsafan dan menarik manusia agar bertaubat ke jalan yang benar. Sesungguhnya siksaan dari Allah s.w.t itu amat pedih dan tidak tertanggung oleh setiap manusia. Namun manusia adalah makhluk yang sering bersifat pelupa dan sentiasa memungkiri janji...
Semoga kita mendapat iktibar dari amalan jahiliah dan sesat yang diamalkan oleh kaum Jatoi. Mudah-mudahan kita menginsafi diri dan tidak tergolong dalam golongan penghuni Neraka.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
December 11, 2009 at 2:56 AM
Budaya kita pun apa kurangnya,
Biar mati anak jangan mati adat
tapi tak ada la yg sampai buat macam tu sungguh.
Tapi kita sebagai org Islam kena fikir ,bila dah adat disanjung melebihi agama tu dah jadi syirik.
Agamo di junjung,adat di kilek itu baru botul.hehe..
December 11, 2009 at 6:38 PM
To Ijoks2009,
Betul kata sdr ijok, setuju ssgt. Skrg ni pulak,gnerasi kita cepat sgt meniru dan mngambil bdaya org jadikan ikutan... Sdgkan agama dan budaya kita ckup cantik dan indah, tak gituu...? Smga anak2 kita taat & patuh pada garis panduan dr Allah s.w.t.
Post a Comment