feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Kurangkan Kolestrol Secara Alami....?

Labels:





1. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Untuk memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh, disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi . Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

2. OAT

http://www.khas.com.my/khas/products_pictures/B102612.jpg

Kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

http://www.quakeroats.com/Libraries/Products/Oatmeal-Quick-Detail.sflb.ashx

3. KISMIS

Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%. Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol.

4. MANGGA

Mangga banyak mengandungi vitamin C yang berupaya mencegah kolestrol jahat dalam tubuh. Mangga mengandung carotenoid yang disebut beta crytoxanthin, sebuah antioksidan yang dapat melindungi terhadap beberapa jenis kanser seperti kanser usus dan kanser tulang tengkuk.

5. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol baik dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

6. IKAN TUNA

Ikan Tuna tergolong dalam sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol jahat.

7. EPAL

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari dapat untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, dapat menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dgn zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.

Selain zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.

Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah. Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.

Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 %.

Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.

Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.. Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet.

8. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

Kulit buah delima mengandungi asid tannin juga yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C yang berkesan meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.

9. KUACI

Kuaci mengandungi zat besi. Pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari dapat menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol jahat sekali gus menghadkan kolestrol baik.

10. SOYA

Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral membantu memecahkan lemak di samping membantu meningkatkan kadar lemak baik dan mengurangkan kadar lemak jahat. Ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Kacang soya juga dapt mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang
soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt
menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg
membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

11. CIKU

Buah ciku kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya Kalsium. Bagi setiap 100 gm bahagian yg dimakan, ciku mengandungi:

82 kcal

79.1 g

0.4 g

0.8 g

18.4 g

0.9 g

0.4 g

16 mg

4 mg

2.3 mg

21 mg

31 mg

0.01mg

0.06 mg

2.8 mg

6.5 mg

Tenaga

Air

Protein

Lemak

Karbohidrat

Fiber

Abu

Kalsium

Fosforis

Zat besi

Natrium

Kalium

Vitamin B1

Vitamin B2

Niasin

Vitamin C


12. BUAH NAGA

Buah naga merah sangat baik untuk sistem peredaran darah, juga memberikan efek mengurangi tekanan emosi dan menetralkan toksik dalam darah.“Penelitian juga menunjukkan buah ini bisa mencegah kanker usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan menurunkan kadar lemak dalam tubuh,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesehatan jantung; serat (mencegah kanker usus, kencing manis dan diet); karotin (kesehatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit), kalsium (menguatkan tulang).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mencegah demam badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :

Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg

13. BUAH TUNJUK LANGIT

Buah tunjuk langit ini di kunyah begitu saja oleh orang-orang kampung untuk mengubati penyakit2 kencing manis, darah tinggi dan jangkitan2 virus atau bakteria seperti selsema, batuk, jerawat, resdung dan demam. Rasanya yang teramat pahit dan sifat alkalinya dapat membuatkan sistem perdarahan badan kita lebih kuat untuk melawan dan membunuh bakteria/virus yang cuba menyerang Ianya juga amat berkesan untuk memberi tenaga seperti hilangkan mengantuk bila badan keletihan.


Khasiat yang hebat dari buah Tunjuk Langit.

Digunakan untuk mengubati penyakit seperti:

-kencing manis
-darah tinggi
-gout/stroke
-asma/resdung
-migrain
-mati pucuk
-insomia
-stress/tension
-keletihan
dan banyak lagi.....


14. BUAH MANGGIS

Buah eksotik yang sering dijuluki sebagai Queen of Fruit ini ternyata memiliki banyak kandungan antioksidan pada kulit dan buahnya. Kajian menunjukkan, buah asli Asia Tenggara ini menghasilkan xanthone, yaitu zat yang terbentuk dari hasil isolasi kulit buah manggis. Xanthone mempunyai kelebihan antiinflamasi dan antioksidan.

Penelitian tentang xanthone telah dimulai sejak tahun 1970 dan hingga saat ini telah ditemukan lebih dari 40 jenis xanthone, diantaranya adalah alpha-mangostin dan gamma mangostin yang dipercaya memiliki kemampuan mencegah berbagai penyakit. Kedua jenis xanthone tersebut dapat membantu menghentikan inflamasi (radang) dengan cara menghambat produksi enzim COX-2 yang menyebabkan inflamasi.

Penelitian lain menunjukkan bahwa gamma-mangostin mempunyai efek anti radang lebih baik daripada obat antiinflamasi lain yang dijual di pasaran. Xanthone jenis ini dapat menghindarkan berbagai penyakit yang disebabkan oleh peradangan, seperti artritis dan alzheimer (merupakan salah satu penyakit disfungsi otak).

Xanthone juga bermanfaat mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor. Kemampuan antioksidannya bahkan melebihi vitamin C dan E yang selama ini dikenal sebagai antioksidan yang paling efektif.

Kandungan alpha-mangostin dan gamma-maostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteri. Alpha-magodtin juga diketahui mempunyai efektivitas yang sama baiknya dengan antibiotika yang berada di pasaran seperti amphicillin dan minocycline.

Selain itu, kandungan stilbenes pada buah manggis juga sangat bermanfaat sebagai antifungas.

Sebuah studi di Singapura menunjukkan bahwa sifat antioksidan pada buah manggis jauh lebih efektif dibandingkan dengan durian dan rambutan.


15. Avocado

Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.





4 comments:
gravatar
MOH KEMBARA said...
July 17, 2011 at 7:03 PM  

Assalamualaikum Sue, bagus, bagus...banyak yg boleh kita amalkan sbb mudah dapat, thanks!

gravatar
Petunjuk Ketenangan said...
July 18, 2011 at 11:16 AM  

Salam.. auntie... nak copy ye.. hihi.. hari tu masa kelas nutrition, dr ada jugak citer.. lebih 20 jenis makanan tak silap.. tapi ta ingat la pulak.. huhu~

gravatar
Sueozana said...
July 18, 2011 at 5:33 PM  

>> MOH KEMBARA

Wlkmslm n welcome kak..

gravatar
Sueozana said...
July 18, 2011 at 5:35 PM  

>> :: سكينة ::

Wlkmslm Sakinah..

Silakan.

Hmm,byk tu 20 jenis, mcm2 pilihan :)

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."