feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

'Uluit Tapaik Kaki..."

Labels:

Dah 4 hari kak su pergi menjalani urutan kesihatan atau dalam bahasa mudah, urut belakang, abdomen, lengan, kepala, kaki dgn menggunakan tilam urut dan peralatan untuk bahagian2 lain, termasuklah alat untuk urutan tapak kaki sambil menyahtoksin dari badan. Kebanyakan peralatan dilengkapi massage balls dan Far infrared rays. Hasil rawatannya amat bagus. Terasa ringan badan.... seolah baru membuat rawatan chiropraktik dgn pakar tulang / chiropractor terkemuka, Dr Ong (presiden Chiropractor Msia -mempunyai beberapa klinik chiropractik di Malaysia, spt di KLCC, Kota Damansara, Taman Maluri, Cheras, Bukit Baru Melaka dan Johor Bharu).


Apa yang membezakan rawatan yang kak su sedang ikuti sekarang dari rawatan pakar tulang / chiropractor hanyalah ia terhad kepada beberapa peralatan mesin kesihatan (dengan fokus utama kepada tilam urutan), yang didatangkan dari Korea. Ia tidak disertai oleh pakar kesihatan, tetapi oleh pembantu-pembantu yang akan memberi maklumat serta nasihat berkaitan penggunaan mesin yang digunakan, bagaimana ia berfungsi dan jenis masalah kesihatan yang boleh dirawat menggunakannya. Ia sesuai untuk pesakit biasa (minor health problems). Manakala untuk mendapat rawatan yang tepat serta fokus kepada bahagian yang bermasaalah, anda digalakkan berjumpa dan mendapat rawatan langsung dari pakar kesihatan seperti doktor fisio atau chiropractor, mengikut keperluan. Manakala rawatan di sini hanyalah untuk pencegahan atau untuk rawatan susulan sahaja, selepas rawatan dari doktor.

Pada mula kak su hairan juga, mengapa rawatan ini diberikan percuma..? Selepas bersembang dgn fasilitator yg ada, fahamlah kak su bahawa mereka memberi rawatan percuma sebagai strategi marketing mereka! Hmm... baguslah, beramal, buat marketing dan bisnes. Maklumlah set urutan itu paling murah berharga RM 9600 satu. Tidak termasuk aksesori kesihatan lain seperti alas tilam infrared berharga RM 4800, pembakar lemak pinggang RM 580 dll. Ok jugalah, mereka berniaga kak su merasa (dapatlah buat rawatan percuma! Jimat duit ku dari masuk kocek Dr Ong! hehe..).

Majoriti yg datang adalah pesakit berumur lebih 30 tahun. Paling ramai berumur 50an dan 60an. Kak su pernah membawa anak bujang kak su yang sedang sakit belikatnya (setelah berbincang dengan facilitator). Anak kak su ni selalu sakit belikatnya akibat 'memikul' bag sekolah yang sarat dgn buku semasa di sekolah rendah! [Bila lagi Kerajaan Malaysia nak kesihan pada anak2 sekolah rendah ni? Simpan segala buku text dalam locker sekolah aje lah..bawak balik buku latihan aje, atau guna laptop ajelah kalau susah sangat, kan ringan dan lebih berinovasi]. Bagaimanapun anak kak su hanya dibenarkan menerima sekali rawatan sahaja kerana masih di bawah umur 30 tahun, dikhuatiri sinaran far infrared itu akan merosakkan tisu dan struktur tulang anak kak su yg masih muda. Ini boleh membantutkan / menurunkan kadar pertumbuhan ketinggian pesakit di bawah umur 30 tahun.

Ada kawan kak su, sepasang suami isteri berbangsa cina, Setelah menjalani rawatan urutan ini selama 2 bulan, keadaan kesihatan mereka bertambah baik. Bacaan kolestrol mereka jatuh, bacaan paras gula mereka juga baik dan darah tinggi mereka juga berkurangan.

Berbaring dan releks sambil diurut belakang.

Ada pula seorang makcik warga emas yg pada mula beliau mendapatkan rawatan kira-kira 3 bulan lalu, keadaan struktur badannya amat bongkok. Bagaimanapun kini makcik ini boleh berjalan dgn tegak! Wahh, bagus kan? Usaha dan ikhtiar yg berterusan amat diperlukan dlm merawat sesuatu penyakit.

Thank you Cayong Medical Instruments Sdn Bhd.


Terima kasih kerana sudi membaca.






2 comments:
gravatar
Unknown said...
August 1, 2016 at 1:17 PM  

Berapa harga brng tu...

gravatar
Unknown said...
August 1, 2016 at 1:18 PM  

Berapa harga brng tu...

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."