AL-FATIHAH
**************************************************
Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...
Setahun Berlalu..
Posted by
Sueozana
Labels:
Bicara Hati,
Dicelah Kehidupan
Cepatnya masa berlari, tak terkejar rasanya. Tak banyak perkara yang berlaku dan tak ada apa yang berubah. Ikutkan perasaan mahu rasanya dipusing kembali detik masa namun apa daya, kita semua insan yang tertakluk pada kuasa Yang Esa. Sejak dari mulanya beginilah alam ini diciptakan, terus beredar dalam perjalanan menuju fasa demi fasa.. Dan manusia sentiasa berada dalam kerugian, kecuali mereka yang benar-benar beriman dan memanfaatkan masa yang berlalu dgn perkara yang membawa kebaikan!
Setahun berlalu..
Umur pun bertambah setahun. Semalam hari ulangtahun kelahiran kak su. Tak payah tanya berapa umur, kerana dah tua pun diri ini. Anak-anak dah besar panjang, semua dah masuk universiti... kulit kak su pun semakin mengecut di sana-sini, dan tulang pun semakin mereput.. Dah beli tongkat pun sebagai preparation kot-kot ada tulang patah atau sendi yang terkehel.. jadi bolehlah tongkat tu membantu di waktu kecemasan! Merapu ke kak su kali ni..? Biasa bercakap pasal motivasi diri atau kesihatan atau keagamaan... Hish! Biar betul! Ye la, betul la ni... Bila jiwa rasa tertekan diri terasa lebih tua dari umur sebenar. Bila renung tongkat-tongkat sakti tu, lagi kuat kak su bermuhasabah diri! "Memang sah aku dah tua ni..!" Hehe..
Haa...ni dia tongkat-tongkat sakti kak su.
Setahun yang lalu kak su masih ada seorang ibu atau mak yang sentiasa menyayangi kak su, tetapi pada tarikh ini, 20 hb Jun 2010, setahun yang lalu, hanya 1 jam 45 minit selepas harijadi kak su berlalu, ibu kak su telah dijemput mengadap Illahi. Meskipun orang-orang tersayang seperti anak-anak dan suami masih setia di sisi.. tapi kehilangan seorang ibu memberi impak yang besar dalam hidup kak su.. terasa KEKOSONGAN menghantui jiwa dan kehidupan harian. Bukan kak su tak boleh berdikari. Mak kak su pun sudah 10 tahun tidak tinggal bersama kak su.. Kak su punya keluarga sendiri, iaitu suami dan anak-anak, tetapi setiap hari bila bangun dari tidur, selain dilimpahi kasih suami dan anak-anak, kak su terasa diri ini didoakan oleh seorang ibu! Kasih ibu yang amat agung terasa tersentuh di hati dan mendindingi diri dari segala musibah, meskipun orangnya berada jauh dari segi jarak dan fizikal. Apa yang kak su lakukan terasa begitu diberkati dan amat bermakna... Semuanya kerana kak su sedar yang diri ini amat dikasihi ibu!
Dua bulan terakhir sebelum ibu kak su pergi mengadap Illahi, Allah swt dengan limpahan kasihNya telah memberi peluang untuk kak su, suami dan anak-anak menjaga ibu kak su dengan sepenuh kasih sayang. Begitu manis dan indah saat-saat kami kembali tinggal bersama di bawah satu bumbung! Makan dan minum bersama, bersolat jemaah bersama, berpuasa dan membaca Yaasin serta berzikir bersama.. bergurau senda dan saling mendoakan...
Bertahun yang lalu... 20 tahun yang lalu, kami pernah melakukan perkara yang sama, sewaktu kak su sedang hamil cahayamata pertama dan kedua kak su.. Ibu kak su sentiasa membelai kak su dengan sentuhan dan pandangan kasihnya yang tak pernah pudar.. Kata-katanya sentiasa lunak dan dipenuhi nasihat, pedoman dan iktibar dari petikan hadis dan pengalaman... Jari-jemarinya sentiasa mengusap perut kak su yang semakin memboyot dengan iringan zikirullah dan Asma' ul-Husna..
Setelah anak-anak kak su lahir, ibu jugalah yang banyak berkorban menjaga dan mendidik anak-anak kak su di rumah sewaktu kak su dan suami keluar bekerja. Ibu kak su memang seorang yang amat penyayang... beliau tidak pernah memberi kepercayaan penuh kepada pembantu rumah dan pengasuh untuk menjaga cucu-cucunya. Kak su sendiri banyak menerima teguran ibu dalam tatacara mendidik anak dan menjaga keharmornian rumahtangga. Hanya setelah anak-anak kak su berumur 9 tahun dan 10 tahun barulah ibu mengundurkan diri dan berpisah dari kami untuk pulang ke kampung dan tinggal bersama keluarga abang kak su di sana.
Kini semuanya tinggal kenangan dan setiap hari hanya doa yang dapat mengiringi roh ibu... Semoga ibu kak su sentiasa dirahmati Allah dan tergolong dalam golongan hambaNya yang bakal menghuni Syurga Allah swt. Aminnn...
Setahun berlalu...
Terasa diri harus bangkit menelan arus dan menggapai arah tuju yang sekian lama dibiarkan hanyut tak berkemudi... Hidup perlu diteruskan!
Hidup adalah perjuangan yang hanya bernoktah apabila skaratul maut datang menjemput!
Semoga kita bertemu lagi di sana, wahai kekasih hatiku, syurga hidupku... IBUku..!
Al- Fatihah..... buat ibu, Hjh Siti Aminah Sheikh Tahir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komen Tentang Blog Ini:
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU...
IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU...
LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI...
Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!
Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...
Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........
Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu... Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
June 21, 2011 at 9:19 AM
Assalamualaikum Sue, Al-Fatihah buat arwah bonda Sue. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan dihimpunkan di kalangan orang2 yg soleh. Sue apa kabar?
June 21, 2011 at 2:05 PM
Wlkmslm kak,
Terima kasih atas Al Fatihah n doa kkak buat ibunda su tercinta. Alhamdulillah, su sihat. Mudah2an Allah memberi kesejahteraan utk kkak n keluarga. Aminn..
Post a Comment