feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Mencipta Kejayaan Pelajar (1).

Labels: , ,

Seorang jiran saya baru saja berangkat ke Tanah Suci Makkah pad hari Khamis yang lepas. Untuk menunggu giliran menunaikan haji terlalu lama mereka rasakan, sementara tiba giliran haji, mereka sekeluarga terlebih dahulu berangkat menunaikan umrah. Mungkin itu sebagai sebahagian dari cara mereka mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi setelah perniagaan mereka berkembang maju dan anak sulung mereka mencapai semua A dalam 11 matapelajaran yang diambil dalam peperiksaan SPM 2010 yang baru lalu. Alhamdulillah... Mudah-mudahan umrah mereka mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah swt.


Apa yang saya perhatikan dari keluarga jiran saya sepanjang 7 tahun mengenali mereka, dapat saya simpulkan seperti berikut;

Mereka adalah keluarga yang bersederhana dalam segala perkara, tetapi menitik beratkan aspek agama dalam amalan harian, termasuk cara mendidik anak-anak. Sentiasa bersyukur dengan takdir yang diterima tetapi tidak pernah menyerah kalah dengan nasib, justeru mereka sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian diri dan keluarga dalam segala aspek.

Saya perhatikan Sufiah adalah seorang isteri dan ibu mithali... dalam kehidupan dunia hari ini yang serba mencabar dan penuh materialistik, Sufiah begitu setia dalam menemani suaminya menghadapi jatuh dan bangun dalam dunia perniagaan. Dia tidak cepat melatah. Kesabarannya diiringi doa-doa, solat sunat dan solat hajat memohon kasihan belas dan bantuan dari Yang Maha Esa agar keluarganya sentiasa diberkati Allah.

Sebagai seorang ibu saya dapat menyelami hati dan perasaan Sufiah yang mungkin bersedih kerana pencapaian anak sulungnya belum di tahap maksima dalam ujian UPSR dan peperiksaan PMR. Namun berkat usaha, didikan dan doa darinya sebagai seorang ibu, Sufiah kemudiannya berjaya menuai hasil yang diharapkan dari anaknya yang ke dua, yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2008. Jelas tergambar keceriaan dan kesyukuran di wajah Sufiah sewaktu menyampaikan berita gembira tersebut kepada saya. Alhamdulillah...

Kejayaan adiknya Fadhli rupanya telah membakar semangat si abang sulung, Hanif. Dari seorang yang digambarkan oleh ibunya sebagai seorang yang agak leka dalam pelajaran, kini Hanif berubah menjadi pelajar yang begitu fokus dalam pelajaran. Bermula dari tingkatan 4 lagi, Hanif mula mengubah corak kehidupan hariannya. Dia lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji pelajaran di rumah dan di waktu terluang di sekolah, manakala masa selang di antaranya dihabiskan dengan bersolat sunat (selain menunaikan solat fardhu 5 waktu), membaca Al-Quran serta membaca Yasiin setiap kali selesai solat Maghrib.

Perubahan pada anak remaja ini begitu ketara. Wajahnya saya lihat begitu berseri dan ceria. Perilakunya nampak begitu tertib dan matang, berbanding setahun yang lalu. Jika remaja lain sibuk menonton televisyen selepas berbuka puasa di bulan Ramadhan, namun Hanif mengikut ibu dan bapanya mengerjakan solat Terawih dan sekembalinya dari masjid dia akan menyambung pembacaan Al-Quran sehingga menurut ibunya dia sempat khatam Al-Quran 3 kali sepanjang bulan Ramadhan 2010.

Saya cuba membayangkan andainya anak-anak saya sehebat perilaku Hanif, tentunya saya juga akan menjadi ibu yang amat bersyukur kepada Allah swt. Tidak dinafikan anak-anak saya juga mengamalkan sedikit sebanyak amalan yang baik serta selalu mengimami keluarga sewaktu bersolat di rumah, namun mereka belum lagi dapat mengkhatami Al-Quran sehingga 3 kali pada satu bulan, terutamanya di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakah. Walaupun begitu, saya tetap mendoakan suatu hari nanti anak-anak saya juga akan dijangkiti kehebatan remaja bernama Hanif ini. Sesungguhnya kata-kata dan doa seorang ibu adalah senjata yang paling tajam dan tinggi nilainya di sisi Allah swt. InsyaAllah..!

Kecemerlangan yang dicapai oleh Hanif dalam SPM 2010 sudah saya jangkakan dari awal lagi. Namun remaja ini sungguh mengkagumkan. Di samping tidak pernah riak dengan kejayaan yang dicapai, dengan penuh hormat dia bertanyakan ibunya apakah jurusan yang disukai oleh ibunya dan dia akan mengikuti jurusan tersebut. Minatnya akan dipupuk berdasarkan keinginan ibunya! Subhanallah... sewaktu menulis rencana ini airmata saya hampir menitis lagi... membayangkan wajah Hanif, seorang remaja yang tinggi keimanannya, bijak, tampan, berbudi pekerti mulia, serta begitu menghormati dan patuh kepada ibunya. Hanif menerima tajaan MARA dan memilih jurusan kedoktoran seperti yang diingini oleh ibunya. Berbahagialah Sufiah mendapat anak yang begitu cemerlang dari segi rohani dan jasmaninya. Semoga Hanif berjaya mencapai cita-citanya, insyaAllah...

Sebenarnya kejayaan Hanif bermula dari kesedaran dalam diri remaja ini sendiri. Usaha yang gigih tanpa mengenal putus asa, akan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Setengah orang memang dilahirkan alaminya sebagai seorang yang bijak. Namun lebih ramai pula orang biasa yang berjaya kerana benar-benar berusaha untuk mencapai apa-yang mereka impikan. Tidak kurang pula orang yang dilahirkan bijak kecundang dalam hidup mereka disebabkan sifat lalai dan ego dengan kebijaksanaan yang dianugerahkan kepada mereka. Mereka sebenarnya telah mensia-siakan kelebihan yang ada pada diri mereka sendiri.

Bagi anak-anak di luar sana yang bergelar pelajar, baik di bangku sekolah mahupun telah berjaya memasuki kolej dan universiti, sedarlah bahawa kehidupan ini amat singkat! Masa berlalu begitu pantas. Selagi berupaya dari segi mental, fizikal dan kewangan, sentiasalah berusaha dan kejarlah kejayaan dalam bidang yang kalian minati. Niatkan pencarian ilmu dan usaha yang dibuat itu sebagai suatu ibadah kepada Allah swt. InsyaAllah usaha kalian akan diberkati. Andainya ada yang kecewa, berusahalah lagi kerana kekecewaan adalah batu loncatan untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna dalam hidup. Kejayaan TIDAK datang BERGOLEK, ia harus diusahakan dan selagi belum berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai, kita harus meningkatkan usaha dan mencuba berbagai kaedah yang lebih proaktif agar membuahkan hasil yang optimum.

Jika sekali kita gagal tidak bermakna kita gagal selamanya, manakala jika sekali kita cemerlang tidak bermakna kita akan terus cemerlang... Kesinambungan kejayaan hanya terjamin hasil dari usaha yang BERTERUSAN. Jangan kita lalai dalam sejarah kejayaan semalam... Kehidupan adalah perjuangan yang tidak berpenghujung. Mahu atau tidak itulah hakikat kehidupan dunia ini yang penuh persaingan.

Renungan:
Dalam satu eksperimen, seekor monyet yang lapar diletakkan dalam sebuah sangkar bersama sebiji pisang yang digantung tinggi. Pada suatu sudut di dalam sangkar itu juga diletakkan beberapa buah kotak. Pada mulanya monyet itu melompat-lompat untuk mencapai pisang tersebut namun tidak berjaya. Akhirnya dia duduk terdiam dan memerhati keadaan sekitar sangkar itu. Tiba2 dia menarik kotak2 lalu menyusunnya bertindih2 menjadi tangga. Monyet itu kemudiannya memanjat kotak2 tersebut dan berjaya mendapatkan pisang yang tergantung tinggi itu!

Kesimpulannya, monyet sebagai haiwan boleh berfikir dengan mengaitkan kegunaan kotak2 dalam usahanya mendapatkan pisang yang tergantung jauh darinya. Kita adalah manusia yang dilahirkan dengan sifat dan otak yang jauh beribu kali lebih bijak dan sempurna berbanding dengan monyet....jangan kita persiakan kelebihan yang dianugerahkan Allah swt kepada kita dalam mencipta kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


Salam untuk anak-anak pelajar. Semoga diberkati Allah swt..

>> Akan menyusul: Mencipta Kejayaan Pelajar (2) - Menyingkap teknik dan masa belajar, serta cara pemakanan pelajar cemerlang, bersumberkan kajian dan saranan beberapa pakar motivasi.





0 comments:

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."