AL-FATIHAH
**************************************************
Kisah Benar: Hidup Kali Ke 2...
Kepalanya sakit berdenyut-denyut bagai dibaji.. Bermula dari sebelah kiri kini sakitnya beralih ke sebelah kanan kepalanya. Sudah beberapa hari Najihah tidak dapat tidur. Usahkan menyikat, menyentuh kulit kepalanya dgn jemarinya pun Najihah sudah terasa sakit yg teramat sangat. Seperti ada jentolak sedang mengorek dan menghentak-hentak kepalanya. Najihah menahan sakitnya. Kalau boleh nak dicabut saja kepalanya, selesai penyiksaan!
Menahan kesakitan, Najihah bertayamum lalu dia membaringkan dirinya mengadap ke kiblat sementara menunggu masuknya waktu untuk bersolat Zuhur. Tangannya dirasakan selesa berkeadaan qiam. Namun dia merasa serba tak kena dengan dirinya.. Sambil memejamkan mata, Najihah terdengar suara anak-anaknya yang masuk ke bilik dan menyapa dirinya tetapi berlalu keluar kerana menyangka ibu mereka sedang tidur.
Helaan nafasnya smakin pendek, pendek dan pendek. Sebaik azan Zuhur berkumandang, Najihah terdengar seolah bunyi letupan kecil seakan penutup gabus tercabut dari botol dan serentak itu Najihah terasa nafasnya terputus sudah… Jantungnya berhenti berdenyut!
Hitam pekat. Sepi… Najihah kebigungan dan terkapai-kapai dlm kegelapan… Sakit kepalanya sudah tidak terasa lagi. Pun…tidak ada lagi suara anak2nya. Malah tidak ada suatu bunyi yg kedengaran. ”Di mana aku..?”
Apabila dia menoleh ke kiri, ternampak olehnya 4 susuk tubuh yang berjubah putih dan berserban. Raut wajah mereka seakan sama, sukar dikenal pasti bangsanya, bukan Melayu, bukan Arab, jauh sekali Cina atau India..
“Siapa?”
Seorang darinya menjawab ” Akulah malaikat maut..”
Ketakutan merenggut kebingungan Najihah. “Ya Allah..!! Sudah matikah aku?”
Tiba-tiba Najihah ternampak di kejauhan sana, cahaya sehalus hujung jarum lalu semakin mendekat dan membesar menjadi sebuah skrin besar di sebelah kanannya.
Dipertontonkan pada skrin besar itu…… Seorang kanak-kanak perempuan comel, bermain dan berlari-lari.. semakin mbesar.. lalu menjadi seorang gadis cantik. Gadis itu seorang yang lemah lembut, beradab sopan, berpelajaran tinggi dan mendapat didikan agama yg cukup serta menjadi pujaan ramai lelaki. Akhirnya dia disunting keluarga kenamaan untuk putera mereka seorang ahli perniagaan…
Akhirnya setelah melahirkan anak ke dua, si isteri akur mengikut suaminya berhijrah untuk melebarkan empayar perniagaan. Panas tidak sampai ke petang, perniagaan suaminya merosot dan konflik perebutan harta keluarga meyeret suaminya bergelut dengan berbagai masaalah yang turut mencengkam hubungan rumah tangga selama berbelas tahun.
Sepanjang kehidupan berumah tangga dia merasa tidak dicintai selayaknya.. hanya nafkah batin sahaja, nafkah zahir dan hubungan di antara suami dan isteri serta di antara bapa dan anak-anak terlalu hambar. Hari demi hari kehidupannya diulit tekanan dan keresahan... Simpanannya yang ada digunakan untuk menyara kehidupan anak-anak memandangkan pendapatan suaminya kini tidak mencukupi bagi menyara keluarga. Untuk menampung kehidupan mereka si isteri berkongsi modal dengan seorang kawan membuka butik Muslimah serta peralatan dan pakaian Haji dan Umrah. Dia berniaga sambil beribadah. Namun keuntungannya mencukupi keperluan keluarganya, di samping mendapat pendapatan tambahan dari mengajar Qiraati dan Al-Quran kepada kanak-kanak pada sebelah malam.
Dia terpaksa menarik diri dari perniagaannya semenjak melahirkan anaknya yang ke tujuh kerana serangan penyakit saraf yang membuatkannya terlantar di hospital selama 4 bulan kerana tidak berupaya berjalan. Selain mendapat rawatan doktor dia berusaha mengubati dirinya dengan mengamalkan zikirullah sebagai makanan roh dan jasadnya.
Sambil menanggung bebanan penyakitnya yang belum pulih sepenuhnya, setahun kemudian dia terpaksa keluar mencari rezeki dengan berniaga pakaian di pasar tani dan pasar malam kerana suaminya telah berhenti kerja. Setiap hari dia mengangkut bekalan pakaian dari dalam vannya untuk dijual dan mengemasnya kembali ke dalam van sebaik selesai berniaga lebih kurang pukul 10.30 malam. Bukan suaminya yang menolongnya memasang dan menurunkan khemah berukuran 10 kaki lebar dan 10 kaki panjang itu setiap hari… bukan sebuah, tapi 2 buah khemah! Semuanya dilakukan bersama 4 orang anaknya yang berumur di antara 7 tahun hingga 13 tahun sewaktu berniaga di pasar malam. Manakala 2 org anaknya yang berumur 4 tahun dan 6 tahun akan menolong membantunya membawa barang-barang yang lebih ringan semasa berniaga di pasar tani di sebelah pagi kerana pada waktu ini kakak-kakak dan abang mereka sedang belajar di sekolah. Anaknya yang berusia 1 tahun ditinggalkan di rumah di bawah jagaan suaminya.
Kehidupan hariannya sentiasa penuhi dengan bisikan zikir, Asma ul-Husna dan dibasahi dengan wudhu’, sementara malamnya dia menahan mata bermunajat kepada Illahi sebaik anak-anak dan suaminya lena dibuai mimpi. Kesakitan menghiris di dalam dirinya, kesedihan bergolak di dalam jiwanya, namun imannya tidak pernah goyah! Dalam sujud air matanya berlinang membasahi sejadah. Namun dia sentiasa mengukir senyuman manis di hadapan suami dan anak-anak…
Itulah Najihah. Kronologi hidupnya dipamirkan satu persatu pada skrin besar itu…..!
Najihah menangis semahunya. Jelas kembali di hadapan matanyanya bagaimana ibu dan ayahnya berselisih faham sehingga membawa kepada perceraian, di mana dia bersama adik beradiknya yang lain menjadi anak-anak yang ketandusan kasih. Sebab itulah sebaik disunting ibu dan bapa mertuanya Najihah terus menerima takdir dengan harapan jodohnya akan membelainya dengan kasih sayang di alam rumah tangga. Namun harapannya yang meleset menjadikan Najihah menjeruk hati dan menjadi perindu kepada kasih Illahi yang hakiki.
Tiba-tiba terdengar suara dari lelaki berjubah bertanya… “Bagaimana Ibadatmu kepada Allah sewaktu di dunia?”
“Dulu aku sihat dan sentiasa mndirikan solat fardhuku, solat sunat di waktu siang dan malam. Aku berpuasa di bulan Ramadhan selain berpuasa sunat beberapa hari pada bulan-bulan yang lain” Najihah terdengar suara dari dalam dirinya menjawab tegas.
“Bagaimana pula dengan jihadmu dalam menegakkan Islam?” Tanya lelaki itu lagi.
“Aku mencari rezeki dijalan yang halal lalu ku sedekahkan sebahagiannya untuk mendirikan masjid, madrasah, aku menjadi guru sekolah agama di waktu lapangku dengan mengajar kanak-kannak Al-Quran dan fardhu ‘Ain. Aku turut memberi sumbangan harta dan tenaga untuk menjayakan ceramah agama di majlis-majlis agama sebelum dan sesudah aku berkahwin, sekadar kemampuanku”
“Adakah sempurna tanggung jawabmu kepada Anak-anak?”, soal lelaki itu lagi.
“Aku menghantar mereka ke sekolah agama agar mereka mendalami ilmu agama. Aku mencari dan menyara anak-anakku dari nafkah yang halal dengan berniaga”
“Apa yang kau perbuat dengan hartamu?”
“Aku tak ada harta..! Kereta yang ada padaku kepunyaan ayahku, Aku hidup dalam kesusahan…” Sampai di sini suara Najihah tersekat-sekat dan dia terus menangis…
“Mengapa hidup aku susah…? Dari kecil higga ke alam berumah tangga aku ditimpa msaalah bertimpa-timpa..? Mengapa aku selalu sakit? Aku tak mahu sakit, aku tak boleh lagi beribadat kepada Allah sebanyak mungkin! Aku tak mahu hidup begini.. aku tidak dikasihi suamiku… aku tak ada sesiapa tempat mengadu dan menumpang kasih, hidupku cuma kesusahan, kesakkitan dan penderitaan di dunia ini… berilah aku kebahagiaan, kembalikan aku kepada Rabbul Jalil”
Najihah merayu-rayu dengan airmata berhamburan sambil matanya tidak berkelip menatap skrin besar tersebut. Sedih hatinya diluahkan semahunya… Pengharapannya… agar penderitaannya segera berakhir.
“Itulah ujian bagi setiap hambaKu semasa hidup di dunia”
Serentak itu Najihah merasa jantungnya bedegup dan terasa dirinya terlonjak ke atas dan dia nampak dengan jelas pintu-pintu langit terbuka selapis demi selapis sebaik dia ‘terbang’ menuju ke arah punca suara yang menjawab soalannya. Suara itu… dia mencari-cari sambil menafsir… Suara itu penuh kasih sayang, amat lembut dan lunak pada pendengarannya. Malah mendengarNya sahaja sudah menjadikan dia merasa dirinya dilindungi dan dikasihi!
“Aku tak sanggup hidup di dunia… Aku mahu kembali padaMu ya Rahman……”
“Benarkah kamu mahu kembali….?”
Sekali lagi skrin besar terpampang di hadapan mata Najihah….
Dilihat anak-anaknya yang seramai 7 orang berdiri di situ dalam keadaan bermuram… Naluri ibunya membuatkan hati Najihah terdetik persoalan, ‘siapakah yg bakal menjaga anak-anaknya jika dia kembali kpd Al-Rabb-nya.‘
Tiba-tiba terpampanglah pada skrin besar itu wajah tua ayahnya. Najihah berkata pada dirinya “Ayahku sudah tua dan tidak akan mampu menjaga anak2ku lagi…”
Ternampak pula olehnya wajah ibunya yang sedang keuzuran. Sekali lagi air mata Najihah berhamburan menatap wajah ibunya… ”Kasihani ibuku yang sudah uzur… dulu dia melahir dan membesarkan aku dan adik beradikku, aku tak sanggup membebani hidupnya dengan memelihara anak-anak2ku pula…!”
Seketika, keluarlah wajah suami Najihah pada skrin tersebut… Kali ini Najihah tidak dapat bersuara. Hatinya semakin sayu dan pilu kerana selama ini pun suaminya tidak mampu menjaga dirinya dan 7 orang anak-anak mereka, sebaliknya dialah yang mencari nafkah untuk kehidupan keluarga mereka. Jauh di sudut hatinya dia tidak yakin suaminya mampu menjaga kebajikan anak-anak mereka dengan sempurna.
Justeru hati Najihah hancur luluh menghitung nasib anak-anaknya… Dia ingin melihat anak-anaknya mampu berdikari dan hidup bahagia sebelum meninggalkan mereka. Terdetik di hatinya dia ingin membesarkan anak-anaknya dan mendidik mereka menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.
Tiba-tiba Najihah terasa dirinya terjatuh ke bawah dan dengan pantas lapisan demi lapisan langit tertutup sambil dirinya menjauh ke bawah!
Suasana menjadi gelap kembali. Tiada lagi cahaya. Terdengar azan berkumandang… dan terasa dirinya digoncang bertalu-talu. Apabila membuka matanya, Najihat melihat suami dan anak-anaknya sedang menggoncang badannya sambil memanggil namanya. Najihah membuka matanya sambil terkebil-kebil. Kemudian tangannya mengusap wajah anak-anak yang dikasihinya satu persatu.
“Ummi kenapa…?? Dah 3 jam ummi pengsan, dari Zuhur sampai ke Asar! Babah dah panggil ambulan……” Terdengar suara anak sulungnya mendayu-dayu sambil menangis..
Seluruh pakaian Najihah basah oleh peluh sejuk yang menyimbah dari seluruh badannya. Najihah menyambung kehidupan dunianya buat kali ke 2…!!! ( Selalunya apabila malaikat maut menarik roh dari jasad kita, peluh sejuk akan keluar dan membasahi badan – p).
Peristiwa ini berlaku 3 tahun yang lalu dan Najihah masih lagi menjalani kehidupannya seperti biasa. Rezeki Najihah semakin mencurah-curah. Amalan ibadahnya kepada Allah s.w.t dipertingkatkan, keikhlasannya terhadap suami dan anak-anak semakin jelas. Dia menerima segalanya dengan penuh keredhaan, tanpa merungut atau mengenal marah.
Petang semalam Najihah mengunjungi saya. Wajahnya bercahaya dan penuh kepuasan. Dia menemui ketenangan hidup dan sentiasa bersyukur sejak peristiwa tersebut. Kini dia berjaya memiliki hartanah yang dibeli secara tunai (dua buah gudang besar yang disewakan, serta sebuah rumah, 2 buah van dan mempunyai simpanan yang agak selesa untuk anak-anaknya), hasil perniagaannya di pasar malam dan pasar tani.
Nota:
Kisah ini adalah seperti mana yang diceritakan kepada saya oleh seorang sahabat (Najihah-nama samaran) yang mengalami sendiri peristiwa di atas. Keredhaan menerima ujian Allah s.w.t, keikhlasan hati dan bersangka baik kepada diri, keluarga dan masyarakat adalah antara kunci ketenangan hidup.
Apabila jasad dan roh diberi makanan yang cukup (amal ibadah wajib yang sempurna kepada Allah, ucapan zikir menggantikan pemikiran negatif dan hasad dengki, pemakanan dan harta dari sumber yang halal) kita akan temui kepuasan dan kebahagiaan walau di mana kita berada, insyaAllah.
Analisa kesempurnaan ibadat kita kepada Allah, tanggung jawab kita mendidik diri, anak-anak dan keluarga supaya mematuhi syari'at Allah, sumbangan tenaga dan jihad kita dalam membangunkan dan mengembangkkan agama Islam, serta dari mana sumber harta kita perolehi dan ke mana kita belanjakannya menjadi kunci keselamatan hidup kita di dunia dan akhirat. Pembersihan jiwa adalah dengan sentiasa bertaubat serta bermuhasabbbah diri manakala penyucian harta adalah dari sumber yang halal dan dengan mengeluarkan zakat.
Samada kita seorang hartawan atau pun miskin harta, pokok persoalan adalah hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta. Tidak bermakna jika kita dilimpahi harta dunia namun tidak ada ketenangan hidup kerana penuh permasaalahan manakala di akhirat kita disiksa oleh azab Allah kerana kelalaian tanggung jawab terhadap Allah s.w.t. Beruntunglah mereka yang berharta dari sumber yang halal lalu dia mentaati Al- Razak, sentiasa bersyukur dan menyumbang dalam pembangunan Islam di kalangan keluarga dan masyarakatnya.
Bagi yang kekurangan harta, tidak perlu berhasad dengki dengan si kaya, sebaliknya kuatkan usaha dengan penuh keikhlasan dan perbanyakkan amal ibadah kerana kekayaan iman dan pahala lebih bermakna di sisi Allah s.w.t. Sedangkan kesibukan mencari dan mengumpul harta menjadi sia-sia jika tidak diimbangi dengan kesibukan beramal dan beribadah kepada Allah.
Siapa pun kita, kaya atau miskin, cantik atau kekurangan rupa, sempurna atau cacat anggota... hanya kekuatan iman, amal dan pahala yang dikira di sisi Al-Kholiq. Harta akan ditinggalkan kepada yang masih hidup, cantik dan segak akan dimamah cacing dan ulat tanah, yang dibawa hanya sehelai kain putih pembalut mayat dan amalan untuk dihisab. Renungkanlah.....Wassalam.
Terima kasih kerana sudi membaca....
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."
Post a Comment