AL-FATIHAH
**************************************************
Aku Rindu Pada RedhaMu
Friday, December 31, 2010 | 4 Comments
Kisah Benar: Hidup Kali Ke 2...
Kepalanya sakit berdenyut-denyut bagai dibaji.. Bermula dari sebelah kiri kini sakitnya beralih ke sebelah kanan kepalanya. Sudah beberapa hari Najihah tidak dapat tidur. Usahkan menyikat, menyentuh kulit kepalanya dgn jemarinya pun Najihah sudah terasa sakit yg teramat sangat. Seperti ada jentolak sedang mengorek dan menghentak-hentak kepalanya. Najihah menahan sakitnya. Kalau boleh nak dicabut saja kepalanya, selesai penyiksaan!
Menahan kesakitan, Najihah bertayamum lalu dia membaringkan dirinya mengadap ke kiblat sementara menunggu masuknya waktu untuk bersolat Zuhur. Tangannya dirasakan selesa berkeadaan qiam. Namun dia merasa serba tak kena dengan dirinya.. Sambil memejamkan mata, Najihah terdengar suara anak-anaknya yang masuk ke bilik dan menyapa dirinya tetapi berlalu keluar kerana menyangka ibu mereka sedang tidur.
Helaan nafasnya smakin pendek, pendek dan pendek. Sebaik azan Zuhur berkumandang, Najihah terdengar seolah bunyi letupan kecil seakan penutup gabus tercabut dari botol dan serentak itu Najihah terasa nafasnya terputus sudah… Jantungnya berhenti berdenyut!
Hitam pekat. Sepi… Najihah kebigungan dan terkapai-kapai dlm kegelapan… Sakit kepalanya sudah tidak terasa lagi. Pun…tidak ada lagi suara anak2nya. Malah tidak ada suatu bunyi yg kedengaran. ”Di mana aku..?”
Apabila dia menoleh ke kiri, ternampak olehnya 4 susuk tubuh yang berjubah putih dan berserban. Raut wajah mereka seakan sama, sukar dikenal pasti bangsanya, bukan Melayu, bukan Arab, jauh sekali Cina atau India..
“Siapa?”
Seorang darinya menjawab ” Akulah malaikat maut..”
Ketakutan merenggut kebingungan Najihah. “Ya Allah..!! Sudah matikah aku?”
Tiba-tiba Najihah ternampak di kejauhan sana, cahaya sehalus hujung jarum lalu semakin mendekat dan membesar menjadi sebuah skrin besar di sebelah kanannya.
Dipertontonkan pada skrin besar itu…… Seorang kanak-kanak perempuan comel, bermain dan berlari-lari.. semakin mbesar.. lalu menjadi seorang gadis cantik. Gadis itu seorang yang lemah lembut, beradab sopan, berpelajaran tinggi dan mendapat didikan agama yg cukup serta menjadi pujaan ramai lelaki. Akhirnya dia disunting keluarga kenamaan untuk putera mereka seorang ahli perniagaan…
Akhirnya setelah melahirkan anak ke dua, si isteri akur mengikut suaminya berhijrah untuk melebarkan empayar perniagaan. Panas tidak sampai ke petang, perniagaan suaminya merosot dan konflik perebutan harta keluarga meyeret suaminya bergelut dengan berbagai masaalah yang turut mencengkam hubungan rumah tangga selama berbelas tahun.
Sepanjang kehidupan berumah tangga dia merasa tidak dicintai selayaknya.. hanya nafkah batin sahaja, nafkah zahir dan hubungan di antara suami dan isteri serta di antara bapa dan anak-anak terlalu hambar. Hari demi hari kehidupannya diulit tekanan dan keresahan... Simpanannya yang ada digunakan untuk menyara kehidupan anak-anak memandangkan pendapatan suaminya kini tidak mencukupi bagi menyara keluarga. Untuk menampung kehidupan mereka si isteri berkongsi modal dengan seorang kawan membuka butik Muslimah serta peralatan dan pakaian Haji dan Umrah. Dia berniaga sambil beribadah. Namun keuntungannya mencukupi keperluan keluarganya, di samping mendapat pendapatan tambahan dari mengajar Qiraati dan Al-Quran kepada kanak-kanak pada sebelah malam.
Dia terpaksa menarik diri dari perniagaannya semenjak melahirkan anaknya yang ke tujuh kerana serangan penyakit saraf yang membuatkannya terlantar di hospital selama 4 bulan kerana tidak berupaya berjalan. Selain mendapat rawatan doktor dia berusaha mengubati dirinya dengan mengamalkan zikirullah sebagai makanan roh dan jasadnya.
Sambil menanggung bebanan penyakitnya yang belum pulih sepenuhnya, setahun kemudian dia terpaksa keluar mencari rezeki dengan berniaga pakaian di pasar tani dan pasar malam kerana suaminya telah berhenti kerja. Setiap hari dia mengangkut bekalan pakaian dari dalam vannya untuk dijual dan mengemasnya kembali ke dalam van sebaik selesai berniaga lebih kurang pukul 10.30 malam. Bukan suaminya yang menolongnya memasang dan menurunkan khemah berukuran 10 kaki lebar dan 10 kaki panjang itu setiap hari… bukan sebuah, tapi 2 buah khemah! Semuanya dilakukan bersama 4 orang anaknya yang berumur di antara 7 tahun hingga 13 tahun sewaktu berniaga di pasar malam. Manakala 2 org anaknya yang berumur 4 tahun dan 6 tahun akan menolong membantunya membawa barang-barang yang lebih ringan semasa berniaga di pasar tani di sebelah pagi kerana pada waktu ini kakak-kakak dan abang mereka sedang belajar di sekolah. Anaknya yang berusia 1 tahun ditinggalkan di rumah di bawah jagaan suaminya.
Kehidupan hariannya sentiasa penuhi dengan bisikan zikir, Asma ul-Husna dan dibasahi dengan wudhu’, sementara malamnya dia menahan mata bermunajat kepada Illahi sebaik anak-anak dan suaminya lena dibuai mimpi. Kesakitan menghiris di dalam dirinya, kesedihan bergolak di dalam jiwanya, namun imannya tidak pernah goyah! Dalam sujud air matanya berlinang membasahi sejadah. Namun dia sentiasa mengukir senyuman manis di hadapan suami dan anak-anak…
Itulah Najihah. Kronologi hidupnya dipamirkan satu persatu pada skrin besar itu…..!
Najihah menangis semahunya. Jelas kembali di hadapan matanyanya bagaimana ibu dan ayahnya berselisih faham sehingga membawa kepada perceraian, di mana dia bersama adik beradiknya yang lain menjadi anak-anak yang ketandusan kasih. Sebab itulah sebaik disunting ibu dan bapa mertuanya Najihah terus menerima takdir dengan harapan jodohnya akan membelainya dengan kasih sayang di alam rumah tangga. Namun harapannya yang meleset menjadikan Najihah menjeruk hati dan menjadi perindu kepada kasih Illahi yang hakiki.
Tiba-tiba terdengar suara dari lelaki berjubah bertanya… “Bagaimana Ibadatmu kepada Allah sewaktu di dunia?”
“Dulu aku sihat dan sentiasa mndirikan solat fardhuku, solat sunat di waktu siang dan malam. Aku berpuasa di bulan Ramadhan selain berpuasa sunat beberapa hari pada bulan-bulan yang lain” Najihah terdengar suara dari dalam dirinya menjawab tegas.
“Bagaimana pula dengan jihadmu dalam menegakkan Islam?” Tanya lelaki itu lagi.
“Aku mencari rezeki dijalan yang halal lalu ku sedekahkan sebahagiannya untuk mendirikan masjid, madrasah, aku menjadi guru sekolah agama di waktu lapangku dengan mengajar kanak-kannak Al-Quran dan fardhu ‘Ain. Aku turut memberi sumbangan harta dan tenaga untuk menjayakan ceramah agama di majlis-majlis agama sebelum dan sesudah aku berkahwin, sekadar kemampuanku”
“Adakah sempurna tanggung jawabmu kepada Anak-anak?”, soal lelaki itu lagi.
“Aku menghantar mereka ke sekolah agama agar mereka mendalami ilmu agama. Aku mencari dan menyara anak-anakku dari nafkah yang halal dengan berniaga”
“Apa yang kau perbuat dengan hartamu?”
“Aku tak ada harta..! Kereta yang ada padaku kepunyaan ayahku, Aku hidup dalam kesusahan…” Sampai di sini suara Najihah tersekat-sekat dan dia terus menangis…
“Mengapa hidup aku susah…? Dari kecil higga ke alam berumah tangga aku ditimpa msaalah bertimpa-timpa..? Mengapa aku selalu sakit? Aku tak mahu sakit, aku tak boleh lagi beribadat kepada Allah sebanyak mungkin! Aku tak mahu hidup begini.. aku tidak dikasihi suamiku… aku tak ada sesiapa tempat mengadu dan menumpang kasih, hidupku cuma kesusahan, kesakkitan dan penderitaan di dunia ini… berilah aku kebahagiaan, kembalikan aku kepada Rabbul Jalil”
Najihah merayu-rayu dengan airmata berhamburan sambil matanya tidak berkelip menatap skrin besar tersebut. Sedih hatinya diluahkan semahunya… Pengharapannya… agar penderitaannya segera berakhir.
“Itulah ujian bagi setiap hambaKu semasa hidup di dunia”
Serentak itu Najihah merasa jantungnya bedegup dan terasa dirinya terlonjak ke atas dan dia nampak dengan jelas pintu-pintu langit terbuka selapis demi selapis sebaik dia ‘terbang’ menuju ke arah punca suara yang menjawab soalannya. Suara itu… dia mencari-cari sambil menafsir… Suara itu penuh kasih sayang, amat lembut dan lunak pada pendengarannya. Malah mendengarNya sahaja sudah menjadikan dia merasa dirinya dilindungi dan dikasihi!
“Aku tak sanggup hidup di dunia… Aku mahu kembali padaMu ya Rahman……”
“Benarkah kamu mahu kembali….?”
Sekali lagi skrin besar terpampang di hadapan mata Najihah….
Dilihat anak-anaknya yang seramai 7 orang berdiri di situ dalam keadaan bermuram… Naluri ibunya membuatkan hati Najihah terdetik persoalan, ‘siapakah yg bakal menjaga anak-anaknya jika dia kembali kpd Al-Rabb-nya.‘
Tiba-tiba terpampanglah pada skrin besar itu wajah tua ayahnya. Najihah berkata pada dirinya “Ayahku sudah tua dan tidak akan mampu menjaga anak2ku lagi…”
Ternampak pula olehnya wajah ibunya yang sedang keuzuran. Sekali lagi air mata Najihah berhamburan menatap wajah ibunya… ”Kasihani ibuku yang sudah uzur… dulu dia melahir dan membesarkan aku dan adik beradikku, aku tak sanggup membebani hidupnya dengan memelihara anak-anak2ku pula…!”
Seketika, keluarlah wajah suami Najihah pada skrin tersebut… Kali ini Najihah tidak dapat bersuara. Hatinya semakin sayu dan pilu kerana selama ini pun suaminya tidak mampu menjaga dirinya dan 7 orang anak-anak mereka, sebaliknya dialah yang mencari nafkah untuk kehidupan keluarga mereka. Jauh di sudut hatinya dia tidak yakin suaminya mampu menjaga kebajikan anak-anak mereka dengan sempurna.
Justeru hati Najihah hancur luluh menghitung nasib anak-anaknya… Dia ingin melihat anak-anaknya mampu berdikari dan hidup bahagia sebelum meninggalkan mereka. Terdetik di hatinya dia ingin membesarkan anak-anaknya dan mendidik mereka menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.
Tiba-tiba Najihah terasa dirinya terjatuh ke bawah dan dengan pantas lapisan demi lapisan langit tertutup sambil dirinya menjauh ke bawah!
Suasana menjadi gelap kembali. Tiada lagi cahaya. Terdengar azan berkumandang… dan terasa dirinya digoncang bertalu-talu. Apabila membuka matanya, Najihat melihat suami dan anak-anaknya sedang menggoncang badannya sambil memanggil namanya. Najihah membuka matanya sambil terkebil-kebil. Kemudian tangannya mengusap wajah anak-anak yang dikasihinya satu persatu.
“Ummi kenapa…?? Dah 3 jam ummi pengsan, dari Zuhur sampai ke Asar! Babah dah panggil ambulan……” Terdengar suara anak sulungnya mendayu-dayu sambil menangis..
Seluruh pakaian Najihah basah oleh peluh sejuk yang menyimbah dari seluruh badannya. Najihah menyambung kehidupan dunianya buat kali ke 2…!!! ( Selalunya apabila malaikat maut menarik roh dari jasad kita, peluh sejuk akan keluar dan membasahi badan – p).
Peristiwa ini berlaku 3 tahun yang lalu dan Najihah masih lagi menjalani kehidupannya seperti biasa. Rezeki Najihah semakin mencurah-curah. Amalan ibadahnya kepada Allah s.w.t dipertingkatkan, keikhlasannya terhadap suami dan anak-anak semakin jelas. Dia menerima segalanya dengan penuh keredhaan, tanpa merungut atau mengenal marah.
Petang semalam Najihah mengunjungi saya. Wajahnya bercahaya dan penuh kepuasan. Dia menemui ketenangan hidup dan sentiasa bersyukur sejak peristiwa tersebut. Kini dia berjaya memiliki hartanah yang dibeli secara tunai (dua buah gudang besar yang disewakan, serta sebuah rumah, 2 buah van dan mempunyai simpanan yang agak selesa untuk anak-anaknya), hasil perniagaannya di pasar malam dan pasar tani.
Nota:
Kisah ini adalah seperti mana yang diceritakan kepada saya oleh seorang sahabat (Najihah-nama samaran) yang mengalami sendiri peristiwa di atas. Keredhaan menerima ujian Allah s.w.t, keikhlasan hati dan bersangka baik kepada diri, keluarga dan masyarakat adalah antara kunci ketenangan hidup.
Apabila jasad dan roh diberi makanan yang cukup (amal ibadah wajib yang sempurna kepada Allah, ucapan zikir menggantikan pemikiran negatif dan hasad dengki, pemakanan dan harta dari sumber yang halal) kita akan temui kepuasan dan kebahagiaan walau di mana kita berada, insyaAllah.
Analisa kesempurnaan ibadat kita kepada Allah, tanggung jawab kita mendidik diri, anak-anak dan keluarga supaya mematuhi syari'at Allah, sumbangan tenaga dan jihad kita dalam membangunkan dan mengembangkkan agama Islam, serta dari mana sumber harta kita perolehi dan ke mana kita belanjakannya menjadi kunci keselamatan hidup kita di dunia dan akhirat. Pembersihan jiwa adalah dengan sentiasa bertaubat serta bermuhasabbbah diri manakala penyucian harta adalah dari sumber yang halal dan dengan mengeluarkan zakat.
Samada kita seorang hartawan atau pun miskin harta, pokok persoalan adalah hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta. Tidak bermakna jika kita dilimpahi harta dunia namun tidak ada ketenangan hidup kerana penuh permasaalahan manakala di akhirat kita disiksa oleh azab Allah kerana kelalaian tanggung jawab terhadap Allah s.w.t. Beruntunglah mereka yang berharta dari sumber yang halal lalu dia mentaati Al- Razak, sentiasa bersyukur dan menyumbang dalam pembangunan Islam di kalangan keluarga dan masyarakatnya.
Bagi yang kekurangan harta, tidak perlu berhasad dengki dengan si kaya, sebaliknya kuatkan usaha dengan penuh keikhlasan dan perbanyakkan amal ibadah kerana kekayaan iman dan pahala lebih bermakna di sisi Allah s.w.t. Sedangkan kesibukan mencari dan mengumpul harta menjadi sia-sia jika tidak diimbangi dengan kesibukan beramal dan beribadah kepada Allah.
Siapa pun kita, kaya atau miskin, cantik atau kekurangan rupa, sempurna atau cacat anggota... hanya kekuatan iman, amal dan pahala yang dikira di sisi Al-Kholiq. Harta akan ditinggalkan kepada yang masih hidup, cantik dan segak akan dimamah cacing dan ulat tanah, yang dibawa hanya sehelai kain putih pembalut mayat dan amalan untuk dihisab. Renungkanlah.....Wassalam.
Terima kasih kerana sudi membaca....
Tuesday, December 21, 2010 | 0 Comments
Tanggungjawab suami isteri
Allah s.w.t telah mengamanahkan kepada manusia dengan berbagai tanggungjawab, termasuk tanggungjawab kepada keluarga. Adalah menjadi tugas setiap manusia untuk menyempurnakan tanggungjawab nya, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya :
“Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab di atas jagaannya. Lelaki (suami) adalah penjaga ke atas anggota keluarga rumahnya dan dia adalah bertanggungjawab di atas jagaannya itu. Perempuan (isteri) pula bertanggungjawab menjaga rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Bukankah setiap kamu itu penjaga dan setiap kamu adalah bertanggungjawab ke atas jagaannya.”
Apabila seseorang itu selesai diijab-kabulkan maka sama ada ia sedar atau tidak ia telah memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri.
1) Tujuan Perkahwinan
i. Untuk meneruskan wujudnya keturunan manusia.
Firman Allah s.w.t, maksudnya :
“Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan (suami isteri) lalu berkembang-biak daripada keduanya lelaki dan wanita yang ramai”.
ii. Pemeliharaan terhadap keturunan
Dengan perkahwinan manusia dapat menentukan zuriat dan keturunannya dan mempunyai harga diri. Tanpa perkahwinan sesebuah masyarakat itu akan jadi porak peranda.
iii. Menjaga masyarakat dari sifat yang tidak bermoral
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya :
“Wahai anak-anak muda! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu membendung pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa, sebab yang demikian itu akan menahan nafsu.”
iv. Menjaga ketenteraman jiwa
Firman Allah s.w.t, maksudnya :
“Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman di antara satu sama lain dan dijadikannya kasih sayang dari belas kasih antara kamu, sesungguhnya dalam hal itu menjadi keterangan bagi orang yang berfikir".
v. Memberi perlindungan kepada anak yang dilahirkan
Perkahwinan menjamin keselamatan anak yang dilahirkan. Tanpa ikatan perkahwinan seseorang boleh mengelakkan diri dari menjaga kebajikan seseorang anak. Oleh kerana itu akan lahirlah masyarakat yang terbiar dan menuju kehancuran.
Untuk menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga, suami isteri hendaklah memahami tujuan perkahwinan dan mengetahui dengan jelas tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam. Kerana itulah Islam menekankan kepentingan mengetahui hukum hakam agama dalam pemilihan jodoh.
2) Mencari Kebahagiaan Berumahtangga
Kebahagiaan adalah sesuatu yang abstrak. Ia tidak dapat dilihat oleh mata, tidak boleh diukur, ditimbang atau dibeli dengan harta, Kebahagiaan adalah sesuatu yang dirasai oleh manusia di dalam dirinya, iaitu; “Ketenangan hati, kelapangan dada dan keselesaan hidup mengikut definisi peribadi”, di mana ianya berpunca dari dalam hati seseorang manusia, bukan dari luar atau mengikut kacamata orang luar.
Ada satu kisah di mana seorang suami memarahi isterinya;
Suami: Saya akan buat sesuatu sehingga kamu menderita!.
Isteri : Abang tidak akan dapat menjadikan saya menderita sebagaimana abang tidak mampu membahagiakan saya....
Suami: Kenapa tidak?
Isteri : Kalau kebahagiaan berada pada wang, bolehlah abang potong nafkah saya, jika pada perhiasan bolehlah abang merampasnya daripada saya, tetapi kebahagiaan berada di tempat yang abang dan semua manusia tidak terdaya menguasainya”.
Suami: Di mana kebahagiaan kamu?
Isteri :Saya dapati kebahagiaan saya terletak pada iman saya dan iman saya berada dalam hati saya dan hati saya tidak siapa dapat menguasainya kecuali Tuhan saya”.
Kebahagiaan menjadi impian kepada setiap individu tidak kira yang kaya atau miskin, pemimpin atau rakyat. Tidak seorang pun di dunia ini yang inginkan kecelakaan untuk dirinya. Ianya tidak terletak pada harta atau pangkat tetapi pada hati seseorang. Kebahagiaan berkait rapat dengan beberapa faktor yang boleh melahirkan perasaan kebahagiaan dalam diri dan hati manusia.
Kebahagiaan hidup, mengikut pengertian Rasulullah s.a.w, maksudnya :
“Empat perkara yang membawa kebahagiaan (kepada suami -p); isteri yang baik, rumahtangga yang lapang, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa”
3) Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri
Suami adalah pemimpin yang mencorakkan sesebuah rumahtangga. Sikap suami mempunyai pengaruh yang besar terhadap suasana kekeluargaan di dalam rumahtangganya, samada mesra, aman damai atau sebaliknya. Justeru, suami mestilah menjadi seorang yang benar-benar matang fikirannya, berupaya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, serta bersifat jujur dalam memimpin rumahtangganya iaitu ahli keluarganya. Untuk melahirkan sebuah perkongsian hidup yang benar-benar bahagia maka Allah s.w.t sendiri menggariskan beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :
i. Suami wajib memberikan mas kahwin kepada bakal isterinya. Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Berilah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.
ii. Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :
a. Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.
b. Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah s.a.w maksudnya :
“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”
iii. Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang. Firman Allah s.w.t, maksudnya:
“Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”
iv. Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.
v. Suami tidak boleh menyakiti, berlaku kasar atau memudharatkan isteri tanpa bersebab.
vi. Suami mesti memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya) selagi ia tidak menimbulkan fitnah.
Selain dari itu kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat kepada suaminya, mengandung dan melahirkan zuriat suaminya dengan menempuh segala kepayahan, maka hendaklah diberi layanan terbaik.
Cara Layanan Suami Terhadap Isteri:
1. Suami hendaklah sentiasa bertimbang rasa dengan menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sering memarahi isterinya. Amat menyedihkan, bila sesetengah suami menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah perlu untuk menunjukkan kelelakiannya, dan menganggap sifat berlemah-lembut terhadap isteri adalah memalukan.
Sifat kasar seorang suami akan mendorong isterinya untuk berbohong, menipu, menderhaka, malah berlaku curang kerana isteri akan hidup dalam tekanan,merasa kekurangan kasih sayang dan dipersiakan dalam rumahtangganya. Sebaliknya suami yang bersifat lembut, penyayang melayani dan membimbing isteri dengan baik, akan menyebabkan isterinya sentiasa mengasihi dan menghormatinya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”
2. Suami perlu memberi perbelanjaan rumahtangga/ keperluan hidup yang sebaiknya mengikut kemampuannya. Jika suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga, maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan dari harta suaminya walaupun tanpa keizinannya, sebagaimana Rasulullah sendiri memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila ia mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.
3. Suami wajib menguruskan segala urusan rumahtangga dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan hati isteri terutama apabila isterinya sakit, perlu diberi rawatan perubatan yang secukupnya.
4. Pandu dan bimbinglah isteri dengan pengukuhan iman dan memberi nasihat yang baik serta berilah contoh akhlak yang terpuji dan pengajaran secara berhemah. Rasulullah menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya ia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.(tidak baik -p)”
5. Berilah isteri haknya sebagai isteri yang perlu dilayani dan dihormati, bukan sebagai orang suruhan (orang gaji - tukang masak dan tukang cuci), serta janganlah melayani isteri sebagai boneka seks yang digunakan semata-mata untuk memuaskan nafsu suami sahaja.
6. Suami hendaklah ikhlas dalam perhubungan dengan isterinya, iaitu setia, bersikap terus terang dan jujur kepada isteri. Jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.
7. Sebagai ketua keluarga suami mesti bijak menguruskan isterinya, iaitu jangan mengikut segala kehendak isteri tanpa pertimbangan yang waras sehingga menjatuhkan maruah dan harga diri suami atau mengenepikan hukum agama. Ada juga suami yang terlalu menyayangi isteri sehingga sanggup mengikut segala arahan isteri (Berada di bawah telunjuk isteri - “queen control”).
8. Diharuskan suami memukul isterinya sekadar untuk mendidik, tetapi bukan mengambil kesempatan atau untuk balas dendam. Dalam hal ini suami tidak perlu memaki hamun isterinya apabila hendak memberi pengajaran, cukuplah menasihati isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tidak tidur bersamanya) sehingga isteri insaf dan memohon maaf.
Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu InsyaAllah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.
4) Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami
Selain suami yang mempunyai hak dan kewajipan terhadap isterinya, isteri juga mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya. Sesungguhnya tugas seorang isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.” Hadis Riwayat At-Turmizi)
Antara tugas isteri ialah :
1. Jujur dan taat setia kepada suaminya dalam semua hal dan pekerjaan yang tidak berlawanan dengan hukum Islam.
2. Menyampaikan hajat suami kepadanya, iaitu perkara-perkara yang dibolehkan oleh Islam termasuk perkara berkaitan hubungan kelamin, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud.
“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur sedangkan isterinya menolak (tanpa uzur) sehinggalah suami itu tidur dalam keadaan marah dan kesal, malaikat akan melaknatkannya (isteri) hingga ke subuh.” (Hadis Riwayat Abdul Rahman Bin ‘Auf)
3. Isteri mestilah sentiasa sopan terhadap suaminya, wajib menjauhkan kata-kata yang kasar atau menderhakai / menyakiti hati suami seperti memaki, berleter atau kata-kata yang tidak disukai oleh agama dan adat sopan.
4. Isteri tidak boleh memberati / memaksa suami dalam soal nafkah seperti pakaian, wang ringgit dan tempat tinggal yang lebih dari ukuran yang wajib baginya kerana ia akan mendorong suaminya ke lembah hina seperti rasuah, curi, rompak dan sebagainya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Perempuan yang datang kepada suaminya dengan muka masam dan mengeluh meminta nafkah (lebih) serta tidak bersyukur dengan pemberian mengikut kemampuan suami, maka tidaklah diterima Allah amalan perempuan (isteri -p) seperti itu.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abi Hurairah).
5. Ister wajib mendapatkan keizinian suami apabila hendak keluar dari rumah walaupun untuk menziarahi keluarga, ibu-bapa atau kerana menuntut ilmu. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:
“Perempuan-perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya adalah ia di dalam kemurkaan SWT sehinggalah ia balik ke rumahnya atas suaminya redha akan dia.”
6. Ister wajib memelihara harta benda suami dan rumahtangganya supaya bersih, rapi dan kemas serta isteri tidak boleh memberikan sesuatu dari harta benda suaminya kepada orang lain tanpa keizinannya.
7. Segera meminta maaf dari suami apabila terlanjur berkata kasar / menyakiti hati suami sepertimana yang dipraktikkan oleh Fatimah puteri Rasulullah s.a.w, menurut sepotong hadis yang bermaksud:
Fatimah telah datang berjumpa ayahandanya Rasulullah s.a.w dalam keadaan menangis dan mukanya berubah tanda penyesalan lalu bertanya Rasulullah s.a.w: “Kenapa wahai anakku, Fatimah?”
Fatimah menjawab, “Ayahanda, kelmarin anakanda dengan Ali telah berseloroh (bergurau) sehingga terbit kata-kata anakanda yang menyebabkan Ali marahkan anakanda, anakanda menyesal kerana kata-kata anakanda itu Ali menjadi marah, lantas anakanda meminta maaf darinya dan mengeliling dia sebanyak tujuh puluh dua kali sehinggalah ia memaafkan dan Ali pun tertawa serta redha”.
Sabda Rasulullah kepada Fatimah,”Demi diriku yang telah diangkat oleh Allah sebagai Nabi, sesungguhnya engkau sekiranya meninggal dunia sebelum Ali redha atas kesalahan itu takkan ku sembahyang jenazah engkau”.
8. Jikalau suami tidak berharta dan isteri dari anak orang kaya janganlah isteri menunjuk-nunjuk dan berbangga diri dengan hartanya sambil memperkecilkan pemberian dari suaminya, serta berkata,”Apalah yang awak boleh berikan kepadaku dan tengok ini, itu dan sebagainya semuanya dari hartaku (atau bapa berikan kepadaku)”. Isteri yang bersikap demikian sentiasa dimurkai Allah dan tidak diterima amalannya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Allah akan menghapuskan amalan perempuan itu sekalipun banyak amalan kebajikannya.”
9. Isteri harus memakai pakaian yang cantik dan bersih di hadapan suaminya agar mendamaikan hati suaminya dan menyukainya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Perempuan-perempuan yang menghias diri kepada yang bukan suami atau muhrimnya adalah seperti lampu yang tidak bercahaya di akhirat kelak.”
10. Isteri wajib memelihara perasaan dan peraturan suaminya, isteri tidak boleh membenarkan masuk seorang lelaki atau perempuan yang tidak disukai suaminya ke dalam rumah. Sabda Rasulullah s.a.w :
Jika isteri hendak berpuasa sunat ketika suaminya berada di rumah hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu dan tidak boleh membenarkan seorang lelaki masuk ke rumahnya dengan tidak izin suaminya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
11. Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :
a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”. (Hadis Riwayat Anas Bin Malik)
Demikianlah hak dan tanggungjawab isteri terhadap suami dalam rumahtangga serta ganjaran pahala dari Allah SWT kepada seorang isteri yang solehah. Apabila suami dan isteri melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna, maka lahirlah rahmat dan kasih sayang yang akan menghasilkan kebahagiaan bersama seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya, yang bermaksud:
“Dan di antara keterangan tanda-tanda Allah bahawa ia menjadikan isteri dari kamu untuk kamu tinggal bersama dalam keadaan kasih sayang, cinta mencintai serta mendapat kerahmatan, sesungguhnya tentang yang demikian itu adalah tanda kebesaran Allah SWT bagi kamu yang mahu berfikir.”
Apabila tanggungjawab masing-masing dapat dilaksanakan maka ada lagi tanggungjawab bersama yang mesti diawasi dengan rapi yang juga merupakan faktor penting dalam mewujudkan rumahtangga bahagia. Antaranya:
i) Anak-anak yang lahir dari perkongsian hidup suami isteri adalah amanah dari Allah kepada ke dua suami isteri tersebut,maka hendaklah mereka diberi pendidikan yang sempurna sama ada dari segi rohani, jasmani dan akalnya atau dalam erti kata yang lain ditanam dalam dirinya iman dan taqwa untuk menjalani hidup di dunia ini.Mudah-mudahan mereka pula menjadi anak yang soleh yang taat beribadat kepada Allah sebagai penciptaNya dan menghormati ibu bapa mereka yang bersusah payah melahir dan menjaga mereka.
ii) Menghormati orang tua kedua belah pihak sekiranya mereka masih hidup. Senangkanlah hati ibu bapa ke dua belah pihak dengan berlaku adil membahagikan kasih sayang di antara mereka. Janganlah berat sebelah dengan mngabaikan ibu bapa mertua, kerana merekalah yang melahir dan mendidik pasangan kita suatu masa dahulu. Andai kata mereka telah tiada, berilah hak mereka dengan mendoakan mereka serta melakukan amalan yang ikhlas yang memberi manfaat kepada roh mereka.
iii) Hormati dan berbaik-baiklah dengan jiran tetangga kerana sekiranya suasana di dalam rumah tangga penuh harmoni tetapi masih bermusuh dengan jiran, kebahagiaan tidak tercapai dengan sempurna. Sebab itulah Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa antara syarat kebahagiaan seseorang anak Adam ialah jiran yang soleh (baik).
5) Mencari Rahmat Dalam Rumahtangga
Di samping usaha suami isteri sebagai faktor penentu rumahtangga bahagia, hakikat yang tidak boleh dilnafikan adalah, hanya Allah yang berkuasa penuh menentukan sama ada mahu memberi kebahagiaan atau tidak terhadap sesebuah rumahtangga tersebut. Justeru, Allah s.w.t jmemberi panduan melalui RasulNya perkara-perkara yang patut diamalkan agar saluran rahmat sentiasa menuju ke rumah kita, antaranya:
1. Hidupkan salam antara ahli keluarga. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
“Wahai Anas, ucapkanlah salam kepada ahli rumah engkau nescaya ahli rumah engkau mendapat berkat.”
2. Banyakkan membaca Al-Quran dalam rumah. Kata Abu Hurairah r.a : Sesungguhnya rumah yang sentiasa dibaca ayat-ayat Al-Quran di dalamnya, memberi kelapangan kepada ahlinya, banyak berkatnya dan ianya dikunjungi oleh para malaikat dan keluar darinya syaitan-syaitan dan sesungguhnya rumah yang tidak dibaca Al-Quran di dalamnya membuat kesempitan kepada penghuninya, sedikit berkatanya, keluar darinya oleh para malaikat dan masuk ke dalamnya oleh para syaitan.
3. Banyak solat sunat di rumah, sebab itu Rasulullah s.a.w apabila hendak solat sunat baginda pulang dan bersolat sunat di sudut rumahnya, kerana katanya Malaikat Rahmat akan memasuki rumah yang banyak dilakukan ibadat di dalamnya.
4. Hiasi rumah dengan perhiasan yang halal dan bersihkan dari perhiasan haram kerana rumah yang dihiasi dengan benda-benda haram seperti patung-patung, gambar-gambar atau VCD lucah dan sebagainya tidak akan dimasuki Malaikat, sedangkan Malaikat pembawa rahmat, rumah yang tidak dimasuki Malaikat ertinya tidak mendapat rahmat dari Allah, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:
“Malaikat tidak akan memasuki rumah-rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung-patung”.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa: Rasulullah s.a.w pada tahun pembukaan Makkah apabila melihat gambar-gambar tergantung di rumah, baginda tidak akan masuk sehingga baginda perintahkan supaya dihapuskan terlebih dahulu.
Ini menunjukkan gambar-gambar terutama yang lucah atau yang menzahirkan aurat adalah dibenci oleh Islam.
Demikian di antara perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh para suami dan isteri untuk membentuk sebuah rumahtangga yang aman dan bahagia. Semoga rumahtangga kita tergolong yang diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.
Sekian...
Terima kasih kerana sudi membaca.
Sunday, December 12, 2010 | 3 Comments
Komen Tentang Blog Ini:
*The tale 0f you and I*
you gave walking sticks to others
yet you yourself were limping
you offered a lending hand
but it was you who needed help
you wore shields and armours
but it wasnt the outside that needed protection
you claimed others as foes and threats
yet you stabbed your very own heart
you blamed the time for being envious
was it not you who made the clock?
you walked the road with glitters and jewels
but back in home you slept on dirt
you conquered the lands and the oceans and skies
yet you moaned and screamed in dreams
you were the king of glorious men
but you were held captive of unseen strings
you claimed yourself a proud free man
yet you were chained to your old ventriloquist>
"By the power of Truth...."