feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

AL-FATIHAH


*************************BismillahirRahmanirRahim*************************
Bonda kak Sue
,
HAJJAH SITI AMINAH BT TAHIR telah kembali ke Rahmatullah pada Ahad, 20 Jun 2010 (7 Rejab 1431H). Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dalam golongan hambaNya yang beriman. Amiiin... Al-Fatihah..

Terima kasih kepada yang sudi menghadiahkan Fatihah kepada bonda. Semoga Allah swt juga memberkati saudara-i...Wassalam.
Al-Fatihah...

Hati Seorang Anak

Labels: ,


Ummi mengenali Angah sejak dia berumur 16 tahun. Seorang remaja lelaki dari keluarga yang kurang berkemampuan. Adik beradiknya seramai 7 orang dan Angah anak yang ke dua. Yang paling tua adalah kakaknya kini berumur 21 tahun, manakala adik Angah yang paling kecil berumur 7 tahun.

Ayah Angah sering sakit akibat kerosakan pada sel-sel paru-paru kesan dari penagihan dadah suatu ketika dahulu. Dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu, ayah Angah tidak mampu mendapatkan sebarang pekerjaan bagi menampung keperluan keluarga... Mak Angah pernah bekerja di beberapa restoran dan kantin kilang sekitar rumahnya, tetapi atas sebab yang tidak ummi ketahui, mak Angah sering berhenti dan bertukar tempat kerja. Akhirnya dia terus berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Menyedari kesusahan keluarga dan keperitan untuk menampung kelangsungan hidup, Angah mendatangi ummi untuk memohon pekerjaan. Gerak hati dan penilaian ummi mengatakan remaja ini perlu diberi peluang untuk bekerja sambilan (di luar waktu persekolahannya), demi menjaga kebajikan diri dan keluarganya. Selama 2 tahun, bermula dari hari pertama Angah bekerja, sehingga ke saat akhir dia berkerja dengan ummi, dia adalah seorang pekerja yang baik, selalu datang awal ke tempat kerja dan tidak pernah cuti kecuali kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Angah juga seorang yang amat rajin dan bersifat 'ringan tulang' untuk membantu meskipun dalam hal-hal di luar bidang tugasnya.

Kelemahan Angah cuma satu... duit! Desakan kemiskinan dengan tanggungan yang begitu ramai (9 orang ahli keluarga termasuk ibu bapanya), serta mungkin juga kerana kurangnya kefahaman dalam hukum agama menjadikan Angah tidak jujur jika diserahkan tugasan sebagai 'cashier'. Demi kepentingan perniagaan ummi tidak akan bertolak ansur jika kesilapan yang sama berulang meskipun telah diberi peluang untuk berubah sikap. Bagaimana pun, bila memikirkan tanggungjawab besar Angah yang dipikul sebagai 'bread feeder' kepada keluarganya, ummi tukarkan Angah ke bahagian lain (sales) dan Angah berjaya menjalankan tugas dengan memuaskan lebih-lebih lagi dengan sifatnya yang peramah dan 'X- factor' yang dimilikinya yang menyebabkan pelanggan menyukainya.. adakah kerana rupanya yang agak 'handsome', ceria, dan 'aura' kemesraan pada diri Angah..??? Entahlah... Kesimpulannya, berikan Angah apa saja tugasan kecuali yang melibatkan pengurusan duit! Yang pasti, jika gajinya dibayar dengan tepat dan kebajikannya dijaga, Angah akan memberikan pulangan amat baik sebagai seorang pekerja!

Selepas keputusan SPM diumumkan (dengan keputusan yang tidak memberangsangkan) Angah menyuarakan ingin mencuba nasib bekerja sepenuh masa dengan Syarikat Southern Waste - mengangkut sampah, di mana gajinya lebih lumayan dari apa yang dapat ummi berikan. Lalu ummi galakkan dia pergi mencuba nasib. Angah mendapat gaji pokok bersama elaun berjumlah RM 1000 sebulan.

Dari jumlah ini Angah hanya menggunakan RM 300 untuk membayar sewa rumah di Port Dikson (PD) dan untuk sara dirinya (makanan -setiap hari Angah makan nasi putih dengan telur 'mata kerbau' berkuahkan kicap manis!; pengangkutan; serta lain-lain keperluan). Selebihnya diserahkannya kepada maknya untuk menyara keluarga, terutama perbelanjaan dapur dan perbelanjaan persekolahan adik-adik Angah. Meskipun keluarga Angah mendapat bantuan makanan (beras) dan kewangan dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada setiap bulan, namun tidak mencukupi untuk menanggung jumlah perbelanjaan keluarga tersebut. Lebih-lebih lagi kakak sulung Angah (berpendidikan setakat tingkatan lima - SPM) juga sering berhenti kerja serta sukar mendapat pekerjaan tetap.

Setelah setahun bekerja di PD, Angah pulang ke Melaka dan membuka gerai berniaga roti canai dengan menyewa tapak di sebuah restoran di Ayer Keroh Melaka. Selang beberapa bulan timbul perselisihan faham dengan pemilik restoran tersebut menyebabkan Angah berhenti berniaga. Bagi mendapatkan rezeki untuk menyara keluarganya Angah mendapatkan kerja sebagai pekerja Am (tukang sapu/tukang kebun) di sebuah sekolah di sebelah pagi, manakala di sebelah petang Angah akan melakukan apa sahaja pekerjaan tambahan yang mendatangkan duit untuk kegunaan keluarga... Pada hari Sabtu dan Ahad Angah akan bekerja sambilan menghantar surat khabar ke stesyen-stesyen minyak di sekitar Ayer Keroh, berhampiran rumahnya.

Apa yang terlintas pada fikiran ummi adalah betapa seorang remaja begitu gigih mencari rezeki untuk menyara ibu bapa dan adik beradiknya dengan mengenepikan kepentingan dirinya sendiri. Angah benar-benar seorang anak serta abang yang yang bertanggung jawab kepada keluarganya... Pada umur sebegini Angah sepatutnya menyertai rakan-rakan sebaya menyambung pelajaran untuk masa depan yang lebih baik...

Tidak perlu dipersoalkan mengapa keputusan SPM Angah kurang memberangsangkan, kerana sudah jelas, kebanyakan masa di luar waktu persekolahannya Angah banyak habiskan untuk mencari rezeki kepada keluarganya, berapa sangatlah masa yang tinggal untuk Angah gunakan untuk mengulangkaji pelajarannya...? Seingat ummi, Angah hanya cuti bekerja sewaktu menduduki peperiksaan. Selebihnya dia akan bekerja dan bekerja... Jika remaja lain sibuk belajar di kolej atau institusi pengajian tinggi sambil mempunyai masa senggang untuk berseronok bersama kawan-kawan, menonton wayang atau menghadiri konsert atau ber'shopping', semuanya tidak ada dalam kamus hidup Angah...

Dua tahun lalu... apabila ummi mengajak Angah untuk membeli pakaian raya, Angah menggunakan wang yang diberikan kepadanya bukan untuk membeli pakaiannya tetapi untuk membeli seutas jam tangan untuk emaknya! Kata Angah, maknya sudah lama teringin memakai jam tangan baru... Hati ummi menangis mendengarkan kata-kata Angah... [Teringat suatu ketika dulu anak-anak ummi juga pernah mengumpul wang saku mereka untuk membelikan ummi sehelai tudung (dari abang) sempena hari jadi ummi, dan 'Back bone supporter' (dari adik) untuk mengurangkan kesakitan tulang belakang yang ummi deritai sekian lama. Terima kasih buat anak-anak ummi- semoga Allah s.w.t memberkati abang dan adik]. Namun apa yang Angah lakukan lebih menyentuh perasaan, kerana dia terpaksa bekerja untuk menyara seluruh ahli keluarganya, seolah-olah dialah bapa atau ketua keluarganya...

Semalam Angah datang ke rumah ummi untuk kerja-kerja penyelenggaraan laman dan kolam ikan. Sewaktu makan tengah hari kami berborak mengenai perkembangan terbaru diri dan keluarganya. Apa yang mengejutkan ummi, di rumah Angah ada Astro, ada TV LCD berskrin besar...semuanya tuntutan kemahuan ayah Angah untuk hiburan keluarga..! Bukan hak ummi untuk mempersoalkan jauh sekali untuk mengata. Namun ummi berasa pelik, dengan gaji bulanan Angah sebanyak RM 600 sebagai pencari nafkah untuk keluarga dan sedikit bantuan dari MAIM, mampukah keluarganya membeli keperluan sampingan tersebut?? Dalam erti kata lain, perlukah semua itu?? Tidakkah ia menambah bebanan perbelanjaan? Bukankah jumlah bayaran ansuran bulanan TV dan bil Astro itu lebih baik dimasukkan ke dalam bank sebagai simpanan di waktu kecemasan? Apa pun terserahlah pada perkiraan ayah dan mak Angah.. Cuma ummi sedih mendengarkan rungutan Angah.. tanggungannya semakin bertambah kerana terpaksa membayar ansuran TV dan bil bulanan Astro keluarganya... Rokok ayahnya, prepaid telefon ayahnya... semua dalam tanggungan Angah.. Sedangkan cita-cita Angah untuk membuka akaun ASB untuk dirinya masih tidak kesampaian sehingga hari ini..! Setiap hari Angah hanya mampu memakai baju dan seluar yang lusuh pemberian orang... Malah dia pernah berjalan kaki sejauh 20 km untuk pulang dari sekolah tempat dia bekerja kerana tidak mempunyai wang tambang untuk menaiki bas.. Apa pun, Angah tetap patuh menuruti kehendak ayahnya selagi tulang empat keratnya masih boleh digerakkan untuk bekerja!

Baru-baru ini kaki (tulang betis) Angah retak kerana terjatuh dari tangga sekolah sewaktu sedang bekerja. Akibat insiden dan kecederaan tersebut Angah mungkin berasa fobia, kerana dia menyuarakan hasratnya ingin bekerja semula dengan ummi. Katanya dia ingin mengumpul wang sebanyak mungkin untuk membiayai ke dua ibu bapanya menunaikan fardhu Haji di Mekah! Oh, mulianya hati seorang anak... kepentingan diri di kemudiankan tapi kepentingan ibu bapanya yang didahulukan.... Bertuahnya mak Angah melahirkannya ke dunia.. Semoga suatu hari nanti Angah akan merasai kesenangan hidup dari rezeki yang diberkati...

Buat ibu bapa- jangan kita menggunakan anak-anak untuk kepentingan diri... Mereka adalah tanggungjawab kita dan selagi terdaya bagilah yang terbaik untuk anak-anak, dari segi pendidikan agama, pelajaran dan tabungan untuk masa depan mereka.

Buat anak-anak- Contohi sifat mulia yang ada pada diri Angah dan renungi nasib diri Angah... Berusahalah untuk kesenangan hidup di masa depan dan carilah rezeki yang diberkati dari sumber yang halal... walaupun sedikit jumlahnya ia akan 'mencukupi' dan jika banyak ia akan 'menyusuri' cabang-cabang untuk beramal jariah yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat..


Sila baca cerita berkaitan 'Hati seorang Anak' di:




Terima kasih kerana membaca...





4 comments:
gravatar
sya-shan said...
November 2, 2010 at 8:55 AM  

terharu baca...
hope ada orang dapat membantu Angah supaya dapat jadi bijak dalam mengingatkan orang tuanya supaya tidak berlebih-lebihan.

semoga Allah pelihara Angah dan menghadiahkan dia dengan Jannah , Insyaallah.

Syabas juga untuk ummi yang sentiasa prihatin. ^_^

gravatar
maz said...
November 2, 2010 at 6:41 PM  

salam diptg hri kaksue..kak sklrga apa kbar..duk wakpe tu kak..kita rya kat bahrain lgi thun ni kak..insyaallah flight kita nga anak2 pgi sabtu dpn..

gravatar
Sueozana said...
November 3, 2010 at 4:11 AM  

>> sya-shan:

Terima kasih kerana sudi membaca.. Smoga sya-shan dirahmati Allah swt.

Sama2 kita doakan kbahagiaan Angah.
Smoga di samping mbahagiakan ibu bapanya di dunia, Angah juga dpt mencari keredhaan Allah swt utk dirinya dgn mempelajari ilmu / hukum hakam agama Islam..

gravatar
Sueozana said...
November 3, 2010 at 4:14 AM  

>> Maz:

Salam Maz..Erm, tgah tggu nak sahur, hehe! Waah...alhamdulillah, beraya bsama che abang lah yer.. sronok la anak2 n mama dpt jmpa ayahnya..

T8 care yer..selamat pergi n selamat kembali!

Post a Comment

Komen Tentang Blog Ini:

Related Posts with Thumbnails

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Lilypie Kids Birthday tickers
***KEREDHAAN ALLAH terletak pada keredhaan kedua orang tua (ibu bapa), dan KEMURKAAN ALLAH terletak pada kemarahan orang tua***HR At-Tarmidzi.
Lilypie Kids Birthday tickers
YA ALLAH...
JADIKANLAH IBU BAPAKU, SUAMIKU, ANAK-ANAKKU DAN AKU, SEBAGAI HAMBA2MU YANG SOLEH...
BERKATILAH HIDUP KAMI DENGAN RAHMATMU... IZINKAN KAMI MENGHUNI SYURGAMU... LINDUNGI KAMI DARI API NERAKAMU...
Daisypath Anniversary tickers
Kasihanilah KAMI dan SAUDARA2 ISLAM KAMI... Ampuni dosa2 kami...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...
LAPIS...Lapis...Lapis...MY PASSION...


I Love Cheesecake.......!!!
.........and I love indian foods!!!

Sabda Rasulullah s.a.w;
"Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solat dan puasanya, maka tertutuplah pintu-pintu neraka baginya dan masuklah ia ke mana-mana syurga yang disukainya..."
~WELCOME TO MY BLOG~
Dan... Syurga itu di bawah tapak kaki ibu...

Anok Tupai I & II ~Halim Yazid, Layaaannn..........

Jom kita Tai chi...
Warm up lah dulu...
Yeaah...Gerak kiri/kanan cam nak bersilat...
Pusing bahu n Lenggang kiri/kanan...
Bongkok n Pusing kepala..!
Lor... Ko amik gambo ker..?
Adehh... Sakit pinggang la plak..!
Hahaha.... Pasal tak leh stop ni...?


*The tale 0f you and I*


you gave walking sticks to others

yet you yourself were limping

you offered a lending hand

but it was you who needed help

you wore shields and armours

but it wasnt the outside that needed protection

you claimed others as foes and threats

yet you stabbed your very own heart

you blamed the time for being envious

was it not you who made the clock?

you walked the road with glitters and jewels

but back in home you slept on dirt

you conquered the lands and the oceans and skies

yet you moaned and screamed in dreams

you were the king of glorious men

but you were held captive of unseen strings

you claimed yourself a proud free man

yet you were chained to your old ventriloquist>

"By the power of Truth...."